Wednesday, May 19, 2010

Bantah Lesen Judi - Himpunan Pemuda Pas Pusat Besar-Besaran 3 Julai Depan.

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.


harakahdailynet

Hanya Cina Mahu ialah Keadilan Tanpa Pemimpin Rasuah

BN Tidak Tahu Apa Cina Mahu?

Keputusan PRK Sibu akhirnya diumumkan secara rasmi pada jam 10.58 malam kelmarin. Calon DAP-Pakatan Rakyat Richard Wong Ho Leng yang sebelum ini dianggap tidak berpeluang mengecapi kemenangan, akhirnya membuat kejutan apabila menang tipis ke atas calon SUPP-BN Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.

Kemenangan ini sekurang-kurangnya menceriakan PR yang terpalit dengan "fenomena lompat parti" kebelakangan ini. Malah, kesudahan ini mungkin di luar jangkaan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Najib Razak yang telah menaburkan peruntukan RM18 juta kepada sekolah Cina tempatan - apabila pengundi Cina menjadi penentu kemenangan PR di Sibu.

PRU 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana kuasa kerajaan di lima negeri jatuh ke tangan PR, dan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen dinafikan. 11 PRK yang diadakan selepas tanggal tersebut, sama ada melibatkan kawasan DUN mahupun parlimen, memperlihatkan kecenderungan orang Cina terhadap PR. Biarpun calon PKR-Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim gagal mempertahankan kerusi PR dalam PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010, namun PR tetap meraih sokongan kira-kira 80% pengundi Cina.

Dalam PRK Sibu, pengundi Cina masih menyebelahi PR, dengan undi yang lebih kepada DAP berbanding PRU ke-12. Daripada mengatakan bahawa senario ini merupakan krisis SUPP, lebih baik dikatakan ia merupakan krisis bersama parti yang berasaskan orang Cina dalam BN (seperti MCA dan Gerakan). Daripada mengatakan ia krisis bersama parti yang berasaskan orang Cina, lebih baik dikatakan ia krisis ketandusan idea BN untuk menangani sokongan Cina yang semakin kehilangan. Malah, model "perkongsian kuasa" dalam BN telah menemui jalan buntu.

Namun demikian, "krisis" mungkin bukan istilah yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan BN sekarang. Sejak PRU pada tahun 2008, BN bukannya tidak tahu bahawa sokongan Cina terhadapnya semakin mengurang. Malah, kerana pemahaman itulah, BN semakin bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk memikat undi orang Cina. Misalnya, ketika PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu, Najib turun sendiri ke padang untuk menaburkan jutaan dan puluhan juta ringgit kepada sekolah Cina dan kawasan perumahan Cina.

Ironinya, serangan berpelurukan wang dana yang dilancarkan oleh BN ke atas komuniti Cina bukan sahaja tidak mendatangkan pulangan, malah mengundang kesan yang sebaliknya. Pengundi Cina tetap mengundi calon PR, menongkah segala wang ringgit dan janji manis yang ditaburkan. Mesej yang tersirat di sebaliknya, berbunyi "hegemonic discourse" yang digunakan oleh BN sepanjang puluhan tahun untuk memperdayakan orang Cina seperti "kesulitan dipermudahkan seandainya ada orang sebangsa dalam pucuk kerajaan", "perkongsian kuasa"-- sedang terburai kalau bukan telah terburai.

Imaginasi baru untuk pengundi

Apa yang memilukan BN adalah, mungkin mereka masih tidak tahu, semakin mereka memikat undi Cina dengan gula sedemikian, semakin terdedahnya ketidaksaksamaan dasar kerajaannya ketika melayani kaum bukan bumiputera dalam puluhan tahun yang lepas. Semakin BN menabur peruntukan sekali gus kepada sekolah Cina, semakin hebat ia mencungkil ketidakpuasan dan rasa protesnya yang terpendam pada zaman di mana "mustahil berlaku pertukaran kerajaan".

PR berjaya memerintah di lima negeri selepas tahun 2008, dengan dasar yang secara bandingannya lebih adil untuk semua kaum. Ia bukan sahaja menonjolkan ketidakadilan BN, malah melakar imaginasi baru dalam politik untuk pengundi. Kepiluan BN adalah, biarpun dengan sumber yang lumayan dalam genggamannya, namun ia gagal mengutarakan politik baru yang boleh menandingi PR, membina semula hegemoninya yang hampir termusnah.

Saban kali apabila kehilangan undi Cina dalam pilihan raya, BN akan berlagak bingung dan mengajukan soalan, "Apa orang Cina mahu?" Selepas kekalahan dalam PRK Sibu, Timbalan Setiausaha SUPP Wong Soon Koh ketika menjawab soalan daripada media berkata, "Saya sudah tidak tahu apa yang orang Cina Sibu mahu."

Inilah kepiluan BN. Namun, apakah BN benar tidak tahu apakah kemahuan Cina, malah kemahuan semua kaum? Atau BN langsung tidak sanggup memandang berat terhadap tuntutan untuk perubahan, kerana kepentingan dirinya yang sudah berakar umbi dalam sistem yang lama?

Sokongan pengundi Cina terhadap PR, terutamanya mengundi calon Melayu di kawasan majoriti Melayu seperti Hulu Selangor, telah menyanggah tuduhan bahawa Cina bersikap cauvinis. Pada hakikatnya, ia merupakan satu langkah ke depan dalam politik berbilang kaum, dan apa yang dikecapi hari ini merupakan hasil yang terkumpul sejak pergerakan reformasi pada tahun 1998.

Namun demikian, kemanisan datang bersama keresahan. Selepas PRU 2008, suasana politik yang memperlihatkan konflik antara kaum berkembang seiring dengan politik baru yang dianjurkan PR. PR mungkin menyambut sokongan pengundi Cina, tetapi pada masa yang sama perlu berdepan dengan ideologi yang dibawa oleh UMNO dan PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia). Harus diingatkan, perluasan pengaruh politik berbilang kaum adalah usaha politik yang lebih penting daripada sekadar memenangi PRK.

*Lidah Pengarang MerdekaReview pada 17 Mei 2010, diterjemahkan daripada bahasa Cina.

Tuesday, May 18, 2010

Lesen Judi Bolasepak Piala Dunia, Umno Bertopengkan Islam

Tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 membuktikan bahawa Umno yang mendabik dada memperjuangkan Islam rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam.

Dewan Ulamak PAS Pusat melalui satu kenyataan hari ini memberitahu, tindakan kerajaan atas alasan menyekat perjudian tanpa lesen itu juga turut memperlihatkan kedangkalan mereka dalam mengatasi isu tersebut.

"Adakah memadai untuk menghalang kemudaratan dengan cara memberikan lesen untuk melakukan kemudaratan tersebut umpama ingin menghalang orang yang mencuri dengan memberikan lesen kepada mereka untuk mencuri.

"Kelulusan judi ini juga memperlihatkan bahawa kerajaan hanya bertopengkan Islam demi wang, politik dan kerakusan kuasa semata-mata," kenyataan itu dipetik.

Mengulas lanjut, pihak kerajaan berkemungkinan tidak segan silu meluluskan lesen judi tersebut demi untuk mencapai matlamat MEB bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Namun katanya, jika itulah yang berlaku, bermakna dasar pemerintahan negara ini adalah sekular melalui cabang pragmatisme dan bukannya Islam sebagaimana yang mereka uar-uarkan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di hadapan masyarakat, mereka menzahirkan bahawa mereka inginkan Islam dengan menganjurkan pelbagai program keislaman seperti forum, sambutan hari kebesaran Islam termasuk begitu vokal dalam isu larangan berpolitik dalam masjid tetapi dalam masa yang sama mereka tidak kisah untuk menghalalkan perkara yang haram di sisi Islam dengan memberikan alasan yang tidak logik," tegas kenyataan itu lagi.

Selain itu, mufti termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dicabar menyatakan pendirian berhubung perkara ini dan tidak hanya berdiam diri.

"Mereka tidak seharus vokal dalam isu yang memihak kepada kerajaan semata-mata tetapi menikus dalam isu yang merosakkan umat Islam demi menjaga jawatan dan kuasa semata-mata," katanya.

Pengertian halal katanya seolah olah dipermudahkan Umno BN dengan erti setiap yang berlesen itu adalah halal, manakala yang tidak berlesen adalah haram.

Sedangkan Islam mempunyai garis panduan jelas berhubung perkara halal dan haram termasuklah judi.

"Halal bagi mereka adalah kegiatan yang berlesen, adapun haram adalah kegiatan yang tidak diberikan lesen oleh mereka. Islam Hadhari yang sebelum ini dijadikan sebagai topeng untuk mengekalkan kuasa kini tenggelam kerana slogan tersebut hanya memakan diri dan merugikan mereka," tambahnya lagi.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak agar kerajaan menarik balik lesen yang diberikan kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan.


harakahdailynet

Kenapa BN Tewas di Sibu?



Gambar-SelatanOnline

Monday, May 17, 2010

DAP Rampas Kembali Sibu, Bencikan Taib


Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng (gambar) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, hari ini.
Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 37,919 atau 69.33 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar mengundi di 45 pusat pengundian.

Bilangan itu meningkat jika dibandingkan dengan 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.

Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.

Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.

“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani


  sumber harakahdaily

Akhirnya BN Tewas Juga Di Sibu


Arena politik Sarawak sudah mula menunjukkan angin perubahan yang besar apabila calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng memenangi kerusi P212 Bandar Sibu dengan majoriti 398 undi.
Selain kemenangan pertama Pakatan Rakyat Sarawak, ia juga telah memberi kesan yang teruk kepada Barisan Nasional yang dianggap terlalu kuat di Sarawak.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang ditemui semasa meraikan kemenangan ini menjelaskan Barisan Nasional perlu sedar dan jangan lagi mengharapkan Sarawak mahupun Sabah dapat membantu mereka pada pilihan raya yang akan datang.
"Barisan Nasional perlu sedar dengan mesej yang telah dilakukan oleh rakyat Sibu pada hari ini, mereka sebenarnya telah muak dengan pemerintahan Barisan Nasional yang tidak ada pembelaan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ingat dan ambil iktibar atas kekalahan ini, jangan ingat Sarawak atau Sabah sebagai 'fixed deposit' mereka selama-lamanya.
"Rakyat sebenarnya sudah muak dengan permainan politik Barisan Nasional terutamanya setiap kali pilihan raya kecil. Mereka terlalu mudah untuk membeli jiwa rakyat dengan wang, kebangkitan rakyat pada kali ini menunjukkan mereka mempunyai maruah tanpa boleh dibelikan oleh sesiapa sahaja.
"Najib kena ingat rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi, kita kena bekerja dengan ikhlas kerana rakyat dimana letaknya keikhlasan perjuangan sebenar setiap parti yang bertanding. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah sedar mereka tidak mahu lagi di tipu oleh Barisan Nasional selama-lamanya," jelasnya.
Beliau juga memberitahu ia juga menunjukkan bahawa perubahan yang besar akan berlaku dalam arena politik di Sarawak.
"Kemenangan yang kita perolehi ini menunjukkan politik di Sarawak akan berubah sepenuhnya pada pilihan raya yang akan datang.
"Kita harapkan momentum sokongan rakyat ini akan berterusan sehingga pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilakukan di sarawak," kata Kit Siang lagi.-SK

Sunday, May 16, 2010

Pakatan Rakyat Yakin Menang Dalam Pilihan Raya Sibu

Pakatan Rakyat berasa yakin pilihan raya kecil P212 Parlimen Bandar Sibu hari ini akan memihak kepadanya berdasarkan kepada sambutan rakyat yang diluar jangkaan sepanjang tempoh berkempen.
Angin perubahan yang menjadi tema kempen calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Richard Wong Ho Leng jelas diterima penduduk Sibu yang dahagakan perubahan drastik setelah berada di bawah pemerintahan SUPP-Barisan Nasional selama hampir lima puluh tahun.
Malah gelombang perubahan ternyata amat memberangsangkan terutamanya daripada masyarakat Cina pada ceramah terakhir 'grand final' yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong di sini malam tadi.
"Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya dari Sibu mereka tidak pernah melihat seramai ini yang hadir pada ceramah politik dalam mana-mana kempen pilihan raya di Sibu," kata Ahli Dewan Negeri Padungan, Dominique Ng Kim Ho yang hadir pada ceramah perdana itu.
Tinjauan Suara Keadilan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat rata-rata melahirkan keyakinan terhadap kemenangan Richard Wong tetapi berhati-hati dalam memberi saiz kemenangan.
"Saya rasa kemenangan majoriti tipis itu boleh dicapai antara 500 hingga 1,000 undi. Ini berasaskan kepada sedikit sokongan rakyat Melayu-Melanau dan Iban di Sibu," komen Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Pandangan beliau dikongsi oleh Wan Zainal Abidin Wan Senusi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak yang menyatakan peluang Pakatan Rakyat memenangi PRK Sibu hari ini adalah sekitar 49 peratus manakala Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini pula mensasarkan peluang sama rata 50:50 antara Richard Wong dan calon BN, Robert Lau Hui Yew.
"Selepas hampir 50 tahun condong kepada BN saya merasakan ada sedikit kemahuan pengundi Melayu-Melanau serta Iban untuk beralih kepada Pakatan Rakyat sekitar 35 peratus. Kelebihan BN hanya kepada undi pos yang sudah 'mencuri' 5 peratus daripada undi kepada Pakatan Rakyat tetapi saya yakin sedikit perubahan dalam undi Melayu mampu membantu kita," kata Wan Zainal Abidin.
Ahmad Thamrin melihat respons positif kepada semua ceramah dan program Pakatan Rakyat sebagai satu faktor penting dalam penilaian prestasi gagasan itu dalam PRK Sibu.
"Ceramah Pakatan Rakyat lebih mendapat sambutan daripada BN yangb terpaksa 'merasuah' pengundi untuk hadir dengan hadiah, saguhati wang dan sebagainya," jelas beliau.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula lebih optimistik Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dengan majoriti selesa.
Katanya, ini berdasarkan kepada kepulangan jumlah pengundi muda yang besar ke Sibu untuk membuang undi hari ini.
"Berbanding dengan PRK Hulu Selangor, kali ini kita lihat minat yang serius yang ditunjukkan oleh pengundi muda untuk pulang bagi melakar masa depan politik Sibu. Ini satu petanda yang amat baik bagi Pakatan Rakyat," kata Shamsul Iskandar.
Beliau juga menyatakan keputusan terdesak Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan semakan semula kadar bagi premium untuk memperbaharui pajakan tanah yang berstatus perumahan, komersil dan pertanian dua hari sebelum pilihan raya kecil sebagai satu petanda BN dalam keadaan tertekan dan panik.
Sementara itu Dominique berkata kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak tiga kali sepanjang kempen PRK Sibu menunjukkan kegusaran BN yang ketara berhubung peluang mereka dalam pilihan raya kecil ini.
"Kita tidak menafikan setelah berjuta-juta ringgit dicurahkan oleh BN di Sibu sudah tentunya ada segmen pengundi yang termakan tetapi pengundi di kawasan bandar sudah matang dan mereka menolak amalan politik kotor seperti ini," kata beliau.
Yang lebih penting menurut ADUN Padungan itu ialah kelompok pengundi bukan Cina yanhg merangkumi kira-kira 40 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Sibu.
"Pemerhati politik meramalkan sekiranya Pakatan Rakyat boleh mengalihkan sokongan 40 peratus ini kepadanya, ia akan mencetuskan perubahan lanskap politik dan keputusan pilihan raya negeri nanti secara drastik.
"PRK Sibu kali ini adalah peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat untuk membuktikan peralihan segmen undi ini," ujar Dominique lagi.-SK

Adun Bukit Selambau Tetap Setia Dengan Pakatan Rakyat

Dakwaan yang disebar melalui propaganda terancang pihak tertentu, kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau bakal keluar parti, tidak benar dan berniat jahat.

Desas-desus ini dinafikan sendiri Adun berkenaa, S Manikumar(gambar) yang menyifatkan ia sebagai fitnah untuk memecah-belahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Khabar angin ini mula kedengaran selepas pihak tertentu menyebarkan spekulasi bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan tumbang dalam satu operasi rampasan kuasa sepertimana yang berlaku di negeri Perak.

Selepas tindakan 3 Adun keluar dan menjadi wakil rakyat bebas, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata Majlis Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan bagi membuka jalan kepada pilihanraya baru sekiranya insiden yang sama berulang sekali-lagi.

Manikumar yang juga Exco Negeri Kedah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau mendalangi gerakan memecah-belahkan kerajaan negeri Kedah.

“Saya bagi jaminan, saya tegas dengan pendirian saya, saya tidak akan berganjak dari kerusi Pakatan Rakyat dikawasan Bukit Selambau.

Saya sayang rakyat yang telah undi saya, yang berjuang habis- habisan untuk saya, yang mengangkat saya menjadi wakil rakyat dikawasan ini,” kata Manikumar.

Pakatan Rakyat Kedah kini menguasai 20 kerusi dalam dewan undangan negeri iaitu 16 dari PAS, 3 PKR dan 1 DAP.
Manakala Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi, kurang 3 kerusi untuk mendapat mandat majoriti mudah.-TVS

Saturday, May 15, 2010

Nik Aziz: Wakil Rakyat Lompat Parti "Tidak Akil Baligh Dalam Politik"

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai "tidak akil
baligh" atau matang dalam politik.
"Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politikpun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik
lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik," katanya.
Menteri Besar Kelantan itu mengakui perbuatan itu menjadi amalan biasa dalam politik sekarang dan menurutnya malah di kalangan pemimpin PAS sendiri pernah berlaku keadaan sebegitu ketika di peringkat awal kerana masih belum mengenali perjuangan politik Islam sebenar parti itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JPM Super Drive Challenge KB 2010, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini hari ini, ketika diminta mengulas keputusan anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.
Mengenai langkah PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai sayap baru kepada parti itu, Nik Abdul Aziz berkata langkah itu bukan
bertujuan menyingkirkan DAP daripada pakatan pembangkang.

"Malah, kita cuba mendekatkan masyarakat bukan Islam melalui DAP dan usaha yang dilakukan PAS ternyata berhasil di mana ramai kalangan bukan Islam, khasnya masyarakat Cina boleh menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS," katanya.
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusoff Rawa berkata DHPP sebagai sayap baru parti itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini..

Bernama
Soalan: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus ? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah?

Masjid adalah Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.) Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin.

Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.

Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.

Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya.

Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!”

Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!”

Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya.Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah.

Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.

Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan.

Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah ?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.

Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya: "Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.

Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lingkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram.

Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap.

Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya ;

الدين النصيحة : قلنا لمن؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وإمامهم

“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?”

Sabdanya: “Bagi Allah, Kitab وRasul, dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.):

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan kamu beriman kepada ALLah.” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat.

Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar.

Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:

Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.

Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.

Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiya’ ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan.

Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangkitan masjid.

Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan.

Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian.

Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.

Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan.

Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dengan kekuatan Allah (s.w.t.)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerajaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia.

Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t):


وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.

Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan.

Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah.

Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita.



*Nasrudin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Seekor Lagi Katak Melompak


Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mengumumkan keluar parti sememangnya sudah diduga dan pilihan raya kecil Sibu dipilih sebagai waktu yang sesuai oleh Umno-Barisan Nasional.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata ahli Majlis Pimpinan Pusat telah memerhatikan gerak-geri ahli parlimen tersebut dan sememangnya Choo Keong berada di dalam senarai teratas ahli parlimen yang akan melompat.
"Saya ingatkan Choo Keong akan mengumumkan keluar parti semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi mungkin tawaran semasa itu tidak lumayan maka beliau mendiamkan diri seketika.
"Gelagat Choo Keong yang cenderung mencari salah parti dan komen beliau di parlimen dan di dalam blog bukan untuk kepentingan parti tetapi lebih bersifat kepentingan diri.
"Ini merupakan tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional dalam mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen," tegas Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
Beliau menambah, tindakan tidak bermoral dan beretika Umno-BN ini didalangi oleh ahli parti yang telah mengumumkan keluar parti sebelum ini.
"Saya yakin ini adalah usaha berterusan pihak tertentu untuk melumpuhkan KEADILAN dan ini mempunyai hubung kait dengan PRK Sibu.
"Saya yakin Choo Keong mendapat habuan yang lebih besar apabila mengumumkan keluar parti ketika Pakatan Rakyat akan menghadapi PRK Ahad ini," katanya kepada Suara Keadilan
Sebelum ini, bekas pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang ini telah berkali-kali menafikan spekulasi mahu keluar parti.
Dengan keputusan itu, Choo Keong akan menyertai empat rakannya yang sudah pun memperoleh status sebagai Ahli Parlimen Bebas setakat ini termasuk wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat Mac lalu.

Pakatan Rakyat Desak Najib Tarik Balik Lesen judi

Pakatan Rakyat hari ini meminta Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya mendesak kerajaan pemerintah supaya menarik balik kelulusan lesen judi bola sempena kejohanan Piala Dunia berikutan ia tidak pernah dibawa ke sidang Dewan Rakyat.
Mereka mahu mencabar semua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang beragama Islam menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan lesen judi bola tanpa membahaskannya di Parlimen.
Ia berikutan keputusan Najib yang juga Menteri Kewangan tidak ubah seperti menggalakkan industri perjudian berlesen di negara yang diwar-warkan Umno sebagai sebuah negara Islam.
Lantaran itu, mereka sepakat mendesak kerajaan Umni Barisan Nasional supaya menarik semula kelulusan lesen judi bola.
Lebih 1,000 orang baik beragama Islam mahupun bukan Islam menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola yang dilakukan kementerian kewangan pimpinan datuk seri najib razak di perkarangan masjid jamek kampung baru.
Dewan Pemuda PAS dan PKR juga akan menghantar memorandum kepada yang Dipertuan Agong bagi membantah kelulusan lesen judi bola ini dalam masa terdekat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata keputusan meluluskan lesen judi bola ini memberi impak negatif kepada rakyat berbilang agama mahupun peringkat umur.
“Ini adalah satu perkara malang bagi Malaysia kerana sebelum ini negara kita telah dipenuhi judi. Pada tahun 2008 sahaja, RM2.7 bilion cukai telah dikutip ileh industri judi, bayangkanlah kalau kita lulus 30 peratus bermakna lebih daripada RM10 bilion duit rakyat akan dilaburkan dalam industri ini,” katanya.
Beliau bimbang golongan muda yang rata-ratanya berminat dalam sukan bola sepak mungkin terjebak dalam perjudian.
“Kita sedia maklum bahawa judi adalah satu masalah keruntuhan agama, sosial, masalah rumah tangga dan masalah yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan juga masalah jenayah.
“Lebih-lebih lagi orang miskin untuk lesen judi ini, jadi kami pihak pembangkang membankang lesen judi bola sepak ini,” katanya.TVS

Friday, May 14, 2010

Kerejaan Umno-BN Lulus Judi, Mana Perkasa Dan Pemuda Umno


Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, (gambar) jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.

"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.

"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.

Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.

Mufti Perak - Saya Dukacita Kerana Kerajaan Umno-BN Meluluskan Judi



Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor  hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.- TVS

Thursday, May 13, 2010

Prk Sibu - Isu Negara Islam Sudah Tidak Berkesan

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad(gambar) berkata cubaan SUPP untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu dengan mengunakan isu negara Islam tidak akan berkesan kerana rakyat di sini sudah memahami dan menolak dakyah yang disebarkan oleh Barisan Nasional.
Dzulkefly berkata isu ini tidak lagi relevan dalam konteks muafakat politik yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.
"Kalau nak tahu apa yang diperjuangkan oleh PAS, boleh rujuk kepada kesepakatan prinsip dan dasar yang ditandatangani oleh ketiga-tigas pemimpin tertinggi PAS, KEADILAN dan DAP.
"Apa yang diminta oleh SUPP untuk PAS menukar perlembagaan parti adalah tidak munasabah dan logik kerana setiap parti ada idealogi masing-masing.
"Tetapi apabila kita bermuafakat dalam Pakatan Rakyat kita berpegang kepada dasar yang kita sama-sama sepakati dan bukan menekan idealogi masing-masing dan ini tidak termasuk isu negara Islam," jelas Dzukefly kepada Suara Keadilan.
Beliau berkata isu negara Islam pernah menyebabkan kekalahan tokoh DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah pada pilihan raya umum 1999 tetapi sesudah itu isu tersebut telah ditolak oleh pengundi di Semenanjung melalui propaganda 'satu undi untuk PAS, satu undi untuk negara Islam'.
"Saya bersetuju dengan Kit Siang bahawa kita perlu berdepan dengan isu ini dan jangan gentar.
"SUPP tahu muslihat mereka mungkin terdedah kalau isu didebatkan dan akhirnya rakyat Sibu akan faham mengenai isu negara Islam. SUPP berharap isu ini memberi pulangan politik kepada mereka.
"Kita mesti lajakkkan isu ini dan gempur BN habis-habisan supaya kita dapat runtuhkan penipuan dan temberang. Mereka tidak boleh tipu rakyat Sibu kerana rakyat lebih celik dari dulu," kata beliau lagi.-SK

MCA Selangor: Keadilan untuk Beng Hock, Siasat kes rasuah!


Lim Hong Siang | May 10, 2010 02:14:20 pm


Kerajaan pusat seharusnya mempercepatkan penyiasatan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock, agar menegakkan keadilan untuk mendiang dan keluarganya. Di samping itu, kerajaan pusat juga harus memberi penjelasan kepada rakyat, dalam kes "banglow mewah Khir Toyo".

Demikianlah antara resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor kedua, yang diadakan di Jenjarom pada malam 8 Mei 2010. Pengerusinya, yang juga Naib Presiden MCA Pusat, Donald Lim Siang Chai (gambar kiri) memaklumkan keputusan mesyuarat kepada Oriental Daily, yang menyiarkan berita ini pada hari ini.

Donald Lim berkata, seandainya kerajaan gagal memberi penjelasan kepada rakyat dalam isu rasuah, maka ia akan memberi kesan kepada pilihan raya umum yang akan datang. Oleh yang demikian, Donald Lim mendesak agar kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) juga didedahkan kebenarannya dalam masa sesingkat mungkin.

Selain isu kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor yang dijumpa mati di bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), dan banglow mewah yang dimiliki bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor juga menggesa agar kerajaan pusat mengotakan janjinya terhadap masyarakat Cina ketika PRU ke-12, pada tahun 2008.

Donald Lim menyeru agar kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor, untuk menyelesaikan isu pembinaan dan perpindahan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, lantas mengatasi masalah kesesakan dalam sekolah Cina yang dihadapi pada hari ini.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Penulis Blog Heret Umno-BN Ke JAIS

PAS dilihat benar-benar mahu memulangkan 'paku buah keras' kepada BN apabila terus mengasak lawan politiknya berhubung dakwaan penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik dengan memanjangkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cukup seminggu setelah BN dibidas oleh ahli parlimen PAS Khalid Samad, esok seorang penulis blog PAS akan tampil mengadu perkara itu secara rasmi kepada JAIS.


Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi akan tampil membuat laporan tersebut di pejabat JAIS di Shah Alam kira-kira jam 2 petang esok.

"Sebenarnya saya datang ini ada hal lain, peribadi. Terlanjur datang, saya buatlah laporan ini.
"Dan saya merasakan, JAIS ni sudah melampau. Dan nampak sangat perangai Pro-Umno mereka," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Khalid mendakwa semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April, BN menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahman - seorang perunding perniagaan di luar negara - berkata beliau membuat laporan tersebut berdasarkan laporan akhbar berhubung dakwaan Khalid itu.

"Laporan akhbar adalah rekod awam. Dalam mahkamah, laporan akhbar boleh jadi bukti. Setidak-tidaknya, JAIS wajib menyiasat dan memanggil ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahimah," katanya ketika ditanya tentang asas aduan mahu dibuatnya.

Beliau juga menafikan berpakat dengan Khalid dalam hal tersebut demi meraih 'populariti politik' untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya adalah pembayar cukai dalam negeri Selangor. Bagaimana saya tiada kena mengena (dalam kes ini)?

"Lagi pun, (menjadi) hak saya untuk buat laporan kerana sesiapa sahaja boleh membuat laporan sekiranya berlaku perlanggaran (terhadap) enakmen syariah Selangor?" kata pengusaha blog Malaysia Waves itu.

Abdul Rahman merupakan seorang penulis blog popular PAS ekoran tindakannya yang sering mendedahkan beberapa pergolakan dalam parti Islam itu, terutamanya berhubung isu 'kerajaan perpaduan' PAS dan Umno sebelum ini.


malaysiakini

Pemuda Pas Kelantan Cabar Pemuda Umno Negeri Buat Pendirian Tentang Judi Bolasepak Piala Dunia


Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta Pergerakan Pemuda Umno negeri untuk menyatakan pendirian mereka berhubung kerajaan meluluskan pengeluaran lesen judi sukan sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.
Ketuanya,(gambar) Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, dalam kenyataan medianya hari ini memberitahu, setakat ini pergerakan pemuda itu tidak membuat sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
“Kita sebagai orang penting di Kelantan, kena buat kenyataan berhubung perkara itu, apa lagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang juga orang Kelantan,” ujarnya.
 Menurutnya lagi, kenyataan Awang Adek itu sebenarnya boleh menjurus kepada menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah yang merupakan salah satu perkara yang boleh membatalkan akidah.
 Sehubungan itu, DPPNK mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap mereka yang sebenar terhadap kenyataan pimpinannya sendiri.
“Sehingga hari ini tidak kedengaran sebarang kenyataan daripada Pemuda Umno Kelantan berhubung perkara itu,” ujarnya lagi.
 Jelasnya lagi, pihaknya  ingin menarik perhatian Pemuda Umno terhadap maksud firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. 
Cabaran itu dibuat berikutan desakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap Exco kerajaan negeri,  Datuk Husam Musa, supaya menjelaskan secara terperinci sumber kewangan yang diperoleh bagi membiayai pengurusan dan aktiviti Global Media Channel Sdn Bhd (GMC).
Kenyataan ketuanya, Anuar Safian telah disiarkan di dalam akhbar akhbar harian berbahasa Melayu semalam.
DPPNK juga, katanya melahirkan kehairanan  dengan sikap pemuda Umno yang begitu ghairah berhubung  isu itu, namun diam membisu tentang judi yang jauh lebih penting sehingga boleh mengakibatkan kesan terhadap akidah.
Dewan Pemuda PAS juga turut  berharap Pemuda Umno Kelantan turut mengulas isu royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat terhadap rakyat Kelantan.


harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta Pergerakan Pemuda Umno negeri untuk menyatakan pendirian mereka berhubung kerajaan meluluskan pengeluaran lesen judi sukan sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, dalam kenyataan medianya hari ini memberitahu, setakat ini pergerakan pemuda itu tidak membuat sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

“Kita sebagai orang penting di Kelantan, kena buat kenyataan berhubung perkara itu, apa lagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang juga orang Kelantan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kenyataan Awang Adek itu sebenarnya boleh menjurus kepada menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah yang merupakan salah satu perkara yang boleh membatalkan akidah.

Sehubungan itu, DPPNK mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap mereka yang sebenar terhadap kenyataan pimpinannya sendiri.

“Sehingga hari ini tidak kedengaran sebarang kenyataan daripada Pemuda Umno Kelantan berhubung perkara itu,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, pihaknya ingin menarik perhatian Pemuda Umno terhadap maksud firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”.

Cabaran itu dibuat berikutan desakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, supaya menjelaskan secara terperinci sumber kewangan yang diperoleh bagi membiayai pengurusan dan aktiviti Global Media Channel Sdn Bhd (GMC).

Kenyataan ketuanya, Anuar Safian telah disiarkan di dalam akhbar akhbar harian berbahasa Melayu semalam.

DPPNK juga, katanya melahirkan kehairanan dengan sikap pemuda Umno yang begitu ghairah berhubung isu itu, namun diam membisu tentang judi yang jauh lebih penting sehingga boleh mengakibatkan kesan terhadap akidah.

Dewan Pemuda PAS juga turut berharap Pemuda Umno Kelantan turut mengulas isu royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat terhadap rakyat Kelantan.

61 Ahli PAS Masuk Umno Adalah Cerita Dongeng

Kisah '61 PAS masuk Umno' yang diuar-uarkan media primitif pro Barisan Nasional(BN) menjadi kisah dongeng apabila terdapat beberapa fakta yang tidak benar dalam laporan tersebut.

"Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut, Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas," kata Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya dalam sebuah blog

Menurut Zulkifli, satu lagi pembohongan yang disebut adalah Cawangan Akar Penyengat.

Beliau berkata tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas.

"Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali," tegas beliau.

Kenyataan Zulkifli itu telah menjelaskan pembohongan yang dibuat oleh media-BN itu.

Beliau membuat kenyataan itu setelah dihujani dengan pertanyaan mengenai kesahihan 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar yang bertindak keluar daripada parti.

Zulkifli juga menjelaskan, hanya seorang sahaja bekas ahli PAS yang menyertai Umno berbanding '61 orang' seperti yang dilaporkan Utusan sebelum ini.

"Sebenarnya ada sebab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, nanti nampak macam dia tu besar sangat,"jelas Zulkifli lagi dalam Kedahlanie

Sebelum ini, media pro Umno-BN juga melaporkan pembohongan kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC di Kulim, Kedah. Padahal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang.

Zulkifli menjelaskan kenapa Umno-BN Kedah begitu terdesak dengan laporan bohong akhbar primitif itu, "sebenarnya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Mat Bashah sudah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS.

"Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang)," terang Zulkifli.

Dalam pada itu, Zulkifli Yahaya turut memberitahu akan ada kejutan yang bakal memberi tamparan hebat kepada Umno-BN Kedah.

"InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS.

"Siapa ketuanya, tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata, di samping tertiarap juga kat Pusat, " jelas Zulkifli Yahaya Lagi.


erapakatan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...