Tuesday, January 22, 2013

Bersihkan daftar pemilih sebelum PRU

(LINK YOUTUBE klik http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=IUsC3SMubDk)

Dijumpai dalam YouTube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah.

Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara kepada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

7 janji: Najib hina rakyat Kelantan


Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.

Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.

Najib bertaubat atau bersandiwara di Kelantan?

Antara  kain rentang menyambut lawatan Najib ke Kelantan

Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bertaubat sepenuhnya daripada kesilapan lampaunya dan hanya bersandiwara terhadap rakyat.

“Belum sampai beberapa hari dan air matanya belum kering lagi apabila beliau meminta maaf kepada rakyat, kini beliau menipu pula rakyat Kelantan.

“Dalam keadaan pilihan raya umum ke 13 sudah dekat, beliau mudah menabur janji. Janjinya melangit tinggi dan lumayan harganya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Monday, January 21, 2013

Mahathir boleh disiasat bawah Akta Hasutan- Aziz Bari


Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.

Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta ‘pendatang asing’ di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Mahathir biadap, buta sejarah- Prof Dr Aziz Bari


Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”

Kenapa cincin RM24 juta tak ikut prosedur kastam?- Chegu Bard


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, kemasukan cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dibuat mengikut prosedur kastam.
“Ikut prosedur kastam, cincin itu perlu diikrar ketika urusan keluar masuk negara. Tetapi kenapa ia tidak diikut?

“Begitu juga dengan nilai Free on Board (FOB) dan nombor invois yang berbeza pada borang keluar dan masuk, ia sepatutnya sama,” katanya lagi.

Sunday, January 20, 2013

Kuasa Melayu tetap kekal tanpa UMNO


Dengan majoriti orang Melayu di negara ini melebihi 60 peratus, walaupun tanpa UMNO, orang Melayu tidak mungkin akan kehilangan kuasa kerana ada parti politik lain yang boleh mengambil alih pemerintahan negara.

Ia diperkukuhkan dengan struktur demografi dan politik Malaysia yang berpaksikan demokrasi berparlimen dan berpegang pada konsep rakyat adalah tuan manakala wakil rakyat dipilih oleh rakyat.

Demikian antara kesimpulan yang dirumus dalam Wacana Roketkini.com berjudul “Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?”

Pengakuan Mahathir beri IC pada pendatang bukti Umno ‘jual’ negara


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.

Deepak tekan Najib, Najib tekan Dr M?


Pelbagai andaian mula bergerak di alam maya sekarang ekoran tekanan yang diberikan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad melalui suruhanjaya penyiasatan diraja (RCI) pemberian kad pengenalan di Sabah.

Ada yang berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja memberikan tekanan ini kepada Tun Dr Mahathir selepas beliau ditekan melalui Deepak Jaikishan.

"Mahathir guna Deepak lemahkan Najib, Najib balas dengan kaitkan Mahathir isu pendatang asing Sabah," kata satu dalam laman sosial Facebook.

Pakar ekonomi Bank Islam pertahan analisis ‘kemenangan’ Pakatan


Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatan, mempertahan analisis melibatkan tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk prospek kemenangan Pakatan Rakyat.

Pada kenyataan media lewat petang ini, beliau berkata analisis yang dibentang dalam satu forum di Singapura pada 10 Januari lalu, dibuat secara profesional, jujur dan adil .

Azrul menolak keras andaian kononnya analisis yang meletakkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13, bersifat bias dan tidak profesional semata-mata kerana beliau seorang ahli KEADILAN.

Saturday, January 19, 2013

Projek IC di Sabah: Mahathir patut dianggap pengkhianat negara


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebagai pengkhianat kerana terbabit memberi kad pengenalan (IC) dan hak mengundi kepada warga asing semata-mata untuk mempertahankan kuasa politik UMNO di Sabah.

Beliau berkata, jika Dr Mahathir belum bersedia untuk tampil memberi penjelasan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah dan membersihkan namanya daripada tuduhan pengkhianat, lebih baik dia menutup mulut dan tidak bersuara dan mengatakan perkara secara kebetulan.

Imuniti: Deepak setuju bincang dengan Mahfuz segera


Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan bersedia bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berhubung permohonannya mendapatkan jaminan imuniti dari Pakatan Rakyat.

Dalam email yang dihantar kepada media sebaik sahaja media menyiarkan kenyataan Mahfuz, Deepak berkata, dia menyambut baik jemputan itu.

"Saya menyambut baik jemputan oleh Datuk Mahfuz untuk bertemunya berkaitan dengan permohonan imuniti kepada Pakatan dan berharap dapat bertemu beliau esok di Pejabat Agung PAS," kata Deepak dalam email itu.

Friday, January 18, 2013

Tun Mahathir akui beri IC pada warga asing


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku beliau bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.

Malah beliau mendakwa tindakannya itu tidak seberapa berbanding bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang disifatkan "lebih teruk" dari beliau.

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"

Thursday, January 17, 2013

16,000 pendatang haram di Sabah dapat IC, layak mengundi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.

Desak k’jaan henti beri IC kepada pendatang haram undi BN


Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin mahu lebih ramai saksi tampil membuat pendedahan berhubung projek IC (kad pengenalan) Sabah.

Beliau berkata, pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip itu membuktikan sememangnya wujud penyelewengan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk tujuan mengundi.

“Saya menyokong penuh tindakan berani bekas kakitangan JPN yang membuat pendedahan bahawa ada arahan pihak tertentu dalam pemberian kad pengenalan dalam usaha untuk mendapat undi.

Wednesday, January 16, 2013

Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung


Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara.

Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam.

Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau.

Tuesday, January 15, 2013

Bawa kanak2 ke himpunan Najib dibolehkan, HKR pula disiasat


Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengkritik tindakan dwi-standard polis yang hanya menyiasat kanak-kanak dan siswa hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), sebaliknya membenarkan golongan itu hadir ke satu program bersama Perdana Menteri.

“Himpunan Datuk Seri Najib Razak pun ada kanak-kanak, kenapa hanya siasat HKR? Siasat himpunan kerajaan sekali,” tegas Surendran menyatakan kerajaan melanggar peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman berhubung perkara itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...