Tuesday, January 15, 2013

Sengsara Salah Pilih Kerajaan Cuma 5 Tahun, Sengsara Kekalkan BN 50 Tahun...


Ketika ini jumlah kehadiran rakyat berbilang kaum di HKR112 di Stadium Merdeka semalam masih menjadi pertikaian. Polis mengatakan jumlahnya cuma 45 ribu orang manakala ada media arus perdana mengatakan hanya 15 ribu orang yang hadir. Hishammuddin Rais pula menganggarkan kehadiran tidak kurang 500 ribu manakala pakar matematik daripada UKM, Prof Dr Shahrir Md Zain pula menganggarkan kehadiran seramai 700 ribu orang.

Angka 500 ribu orang oleh Hishammuddin adalah berdasarkan kehadiran di dalam dan di luar stadium manakala Dr Shahrir pula berhujah bahawa jika orangramai dikumpulkan sebarisan 20 orang dengan panjangnya 1 kilometer, jumlahnya ialah 100 ribu. Oleh kerana terdapat tujuh kumpulan rakyat yang berkumpul menuju Stadium Merdeka semalam dengan masing-masing sepanjang kira-kira 1 kilometer, maka jumlahnya tidak kurang 700 ribu orang.

Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung?


Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, didakwa telah digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen seorang penyokong Pakatan menerusi Twitter.

Monday, January 14, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat lwn Himpunan Merebut Beras



500 atau 700 ribu orang yang hadhir di KL112, bukan lagi isiu besar. Yang penting ialah rakyat pelbagai bangsa disatukan oleh azam menumbangkan UMNO/BN yang korap dan menzalimi rakyat.
Ratusan Ribu berhimpun di Stadium Merdeka untuk memebaskan diri dari kerajaan yang korap, dan rasuah. Pada masa yang sama, Najib menghimpunkan kaum India di Semenyih merasuah mereka dengan sekampit beras dan ole2.

“Anak kecil main api”, UMNO pengkhianat sebenar rakyat – Anwar Ibrahim


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk memerangi habis-habisan sebarang tindakan rasuah atau sebarang cubaan untuk merompak harta rakyat jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara.

“Saya berjanji tidak akan berkompromi dengan perkara itu kerana jika wang rakyat itu tidak dirompak ekonomi negara akan lebih maju dan rakyat hidup lebih senang,” katanya.

Beliau juga mahu UMNO-BN menghentikan tindakan mengarut dengan memainkan pelbagai isu perkauman kerana rakyat sekarang sedar dan mereka bangun menuntut keadilan dan hak yang selama ini dinafikan.

Sunday, January 13, 2013

HKR112 berjaya, rakyat bakal ubah pada PRU13


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengharapkan perubahan murni di atas 10 tuntutan yang diisytiharkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) petang semalam adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana itulah realiti yang sebenar apabila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.

MASYAALLAH!!! Perhimpunan Apakah Ini???




Azan Asar, tuntutan 10 perkara tutup HKR112


Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Saturday, January 12, 2013

10 Kontroversi Najib: Rakyat diseru ke KL112 – KPRU


Pelbagai kontroversi serius membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam empat tahun pentadbirannya telah membuktikan bahawa beliau tidak lagi sesuai memimpin negara selepas PRU ke-13 kerana ianya bakal meletakkan ekonomi dan keamanan Malaysia dalam keadaan yang tidak stabil.

Dalam satu kajian yang dilakukan badan Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU), kegagalan Najib menjawab dengan rasional pelbagai isu membabitkan dirinya dan pelaksanaan Dasar Transformasi Kerajaan yang bersifat retorik menyebabkan BN kini berada dalam keadaan paling lemah sejak merdeka (Perikatan) dan penubuhan Malaysia pada 1963.

Usah terus jadi mangsa tipu BN pada PRU-13


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak terus menjadi mangsa penipuan UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata, tidak serikkah rakyat negara setiap kali ditipu UMNO/BN dengan pelbagai janji untuk memastikan parti itu menang dan menerajui Putrajaya.

Terbaru, katanya, Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa undi BN untuk maju, manakala undi Pakatan Rakyat tidak menentu.

KL112: Jalan Panjang Menuju Kemerdekaan Sebenar


Kurang 24 jam, satu sejarah akan dicatatkan dalam lembaran tahun 2013. 12 Januari 2013 akan menyaksikan sejuta rakyat Malaysia berhimpun secara aman melalui Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan KL112 ini merupakan satu manifestasi dan simbol kemenangan rakyat dalam memperjuangkan kebenaran dan kemerdekaan sebenar. Puluhan tahun rakyat ditekan, dipasung kebebasan berfikir, dan juga disekat hak kebebasan berhimpun, KL112 akan menyaksikan rakyat berhimpun secara aman dalam satu senario yang harmonis.

Friday, January 11, 2013

PM BARU BAGI MALAYSIA? Najib akan dipaksa meletak jawatan atas ‘sebab kesihatan’?


Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanandijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.

5,000 Undi Pos Parlimen Setiawangsa Kena Songlap...



Semalam Nurul Izzah mendedahkan bahawa seramai 5,000 pengundi yang terdiri daripada ahli UMNO Wilayah Perseketuan telah dipindahkan ke Lembah Pantai bagi memastikan kemenangan Raja Nong Chik yang berhasrat bertanding di kawasan itu dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Daripada jumlah 5,000 pengundi itu, sebahagian besarnya difahamkan terdiri daripada pengundi daripada kawasan Parlimen Seputeh. BN dikatakan tiada harapan untuk menang di Seputeh yang selama ini dikuasai oleh DAP, maka pemindahan itu "direlakan" bagi menyelamatkan nyawa politik Raja Nong Chik.

Thursday, January 10, 2013

Tak mustahil sejuta hadir Himpunan 12 Jan


Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.

Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.

PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.

BETULKAH NAJIB SAKIT? Najib perlu jelaskan khabar stroknya & berubat di S’pura


Pemimpin PKR telah menggesa kerajaan persekutuan untuk menjelaskan khabar angin yang hangat menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak yang sedang dilanda beberapa masalah kebelakangan ini telah mengalami strok kecil supaya rakyat dan pelabur maklum akan apa yang telah berlaku kepada kepimpinan tertinggi negara.

"Ya, saya telah dengar khabar itu sejak Jumaat. Kami diberitahu dia mengalami strok kecil dan sedang berehat di Singapura.Ini adalah apa yang kita dengar. Ini merupakan spekulasi yang serius justeru perlu dijelaskan. Orang yang terbaik untuk berbuat demikian adalah Najib ," Rafizi memberitahu sidang akhbar pada Isnin.

Betul-betul sakit atau helah pesaing Umno memaksanya berhenti?

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari: Stadium Merdeka lulus


Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini memaklumkan pihak Stadium Merdeka telah membenarkan penggunaan stadium itu untuk himpunan pada 12 Januari ini.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok.

"Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak Stadium Merdeka kerana membenarkan HKR diadakan di stadium.

Wednesday, January 9, 2013

RM160 juta Lembaga Tabung Angkatan Tentera : Kerabat sedia himpun 40,000 ahli


Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat) akan menggerakkan satu himpunan besar-besaran sekiranya tiada sebarang siasatan dilakukan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM160 juta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pengerusi Kerabat, Leftenan Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, berkata himpunan tersebut akan dilakukan di hadapan pejabat LTAT yang menghimpunkan pelbagai peringkat anggota tentera.

Katanya, Kerabat sendiri mempunyai keahlian seramai 40,000 ahli, maka himpunan itu tidak mustahil untuk diadakan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan pencetus ‘Malaysian Spring’


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpandangan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal diadakan pada 12 Januari 2013 ini adalah “Malaysian Spring” yang boleh mencetus era baru bagi negara ini.

Sentuhan bersemangat dari pempinan rakyat bakal menjadikan kebangkitan rakyat yang boleh melakar sejarah penting di Malaysia.

Walaupun kami berpendapat terlalu banyak kebangkitan dalam bentuk lain harus dijalankan serentak seperti kebangkitan sosial-budaya, kebangkitan rohani, kebangkitan pemikiran dan kebangkitan intelektual, namun perhimpunan yang akan disemangati oleh keinganan menganjakkan negara dari era kroni, salahguna kuasa dan rasuah kepada negara yang bersih dari kepincangan uruskelola harta negara , sangat penting.

Saya sihat, kata Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau diserang angin ahmar ringan (minor stroke) sebagaimana khabar angin yang bertiup kencang sejak minggu lalu.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran juga sihat, pasaran sukut juga sihat, saya juga sihat. Jadi jangan dengar laporan blog, tolonglah," kata Najib ketika memberikan ucapan semasa merasmikan pelancaran the Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS) hari ini.

Sejak seminggu lalu, khabar angin kencang bertiup kononnya Najib terkena minor stroke ekoran serangan bertalu-talu Deepak Jaiskishan ke atas beliau dan keluarganya.

Tuesday, January 8, 2013

Anwar ajak rakyat turun HKR Sabtu ini, tuntut kebebasan & keadilan


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat seluruh negara turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

“Dedikasi untuk semua pejuang rakyat yang menuntut kebebasan dan keadilan. Ayuh bersama turun ke KL 12 Januari ini! Suara rakyat, suara keramat!” kata Ketua Umum KEADILAN di facebooknya hari ini.

Sebelum itu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengerahkan semua anggota KEADILAN setiap peringkat agar hadir ke KHR.

Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.

Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.

Monday, January 7, 2013

PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH: PKR bakal halang perjanjian LTAT-Deepak-Ropiaah


Bersumpah akan mempertahankan dana pencen Angkatan Tentera dari disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan tertinggi, Ketua Pembangkang dari parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut pentadbiran Najib memberi maklumat sebenar tentang perjanjian yang melibatkan RM160 juta bagi pembelian semula tanah milik Kementerian Pertahanan.

Respon dari PKR ini berikutan berita semalam yang mengkhabarkan bahawa unit dana pencen angkatan tentera 'Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah bersetuju untuk membayar RM30 juta kepada ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan RM130 juta pula kepada firma Raja Ropiaah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah.


Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO.

 Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi. Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam.

Najib Berdepan Krisis Tentukan Calon PRU-13 Yang Setia Kepadanya

Rafizi SACC PKR

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan Umno-BN berhadapan krisis menentukan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak cuba meletakkan mereka yang mampu setia kepadanya dan bukan berdasarkan kesetiaan kepada parti.

Menurutnya, usaha ini dibuat bagi memastikan kedudukan Najib masih selamat selaku Perdana Menteri sekiranya Umno kekal berkuasa meskipun beliau bakal ‘disingkirkan’ daripada jawatan Presiden Umno selepas PRU-13.

Skandal Raja Ropiaah: Wanita Umno kena tanggungjawab


Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."

Akhbar Umno kutip apa sahaja di atas jalan


Pemindahan pemilikan saham syarikat Upayapadu membabitkan dua pemimpin DAP Perak tahun lepas telah dimaklum kepada lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Lembaga Pengarah Yik turut dianggotai Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan. Ia dipengerusikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala anggota-anggota lain iaitu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Sunday, January 6, 2013

Umno-BN Tidak Pernah Belajar Daripada Kesilapan Seleweng Wang Rakyat


Pemimpin Umno- BN tidak pernah belajar daripada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila dengan terus menerus terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan wang rakyat

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kes terbaru yang membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiah berhubung pendedahan saudagar karpet Deepak Jaikishan adalah bukti pimpinan Umno-BN perlu ditolak dalam pilihan raya nanti.

Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.

“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.

Saturday, January 5, 2013

TG Nik Aziz seru rakyat sertai Himpunan- Sabtu, 12 Jan 2013


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru seluruh rakyat negara ini sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau kerajaan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap ‘penderaan’ dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di rumahnya sebentar tadi bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini dan terakhir sebelum pilihan raya umum.

Raja Ropiah Perlu Jawab Terbabit Skandal Tanah


Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah perlu tampil menjelaskan skandal tanah terbaru di Selangor yang melibatkan beliau dengan keuntungan atas angin bernilai jutaan ringgit.

Desakan itu dibuat Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dalam satu sidang media yang turut disertai Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Exco Negeri Selangor, Rodziah Ismail di Ibu Pejabat PKR di sini pagi tadi.

“Beliau harus menjelaskan samada keuntungan itu akan digunakan untuk diri sendiri atau menjadi dana untuk kepentingan Wanita Umno Selangor.

Najib beri projek Puspahanas kepada Awan Megah & syarikat berus gigi


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) milik Kementerian Pertahanan kepada Awan Megah Sdn Bhd dan sebuah syarikat pengeluar berus gigi ketika menjawat Menteri Pertahanan.

Dalam sidang media hari ini, Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti penganugerahan tersebut melalui satu surat perjanjian yang ditandatangani pada 8 Jun 2005.

Thursday, January 3, 2013

Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno?


Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.

PKR dedah dokumen pembelian berlian


PKR hari ini mendedahkan beberapa dokumen mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Pemindahan wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong itu dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Bagaimanapun, nama Rosmah tidak tercatat dalam mana-mana slip pemindahan wang tersebut.

Wednesday, January 2, 2013

PANAS! Deepak Tepati Janji!


Perdana menteri, Najib Altantuya terus dihimpit resah gelisah lagi! Seperti dijanjikan, buku berkaitan pengelibatan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dalam penukaran akuan bersumpah pertama kepada yang kedua P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala mula diedarkan kepada media.

Buku setebal 26 muka surat dengan tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama “Spirit of Altantunya” sebagai penulisnya.

‘Amanat’ selesai jika jadi debat PAS-Umno 1985


Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, semasa isu itu dibangkitkan, ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih memakai pampers lagi.

“Isu yang sepatutnya sudah selesai jika Debat PAS-Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS tawar ruang Najib dan Rosmah jawab Deepak


Memandangkan tiada media perdana yang berani menjawab apa-apa mengenai dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan, hari ini PAS menawarkan ruang di Harakahdaily dan TVPAS untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk menjawab segala dakwaan yang dibangkitkan.

“Oleh kerana Deepak melakukan dakwaan di media alternatif, termasuk Harakahdaily dan TVPAS, maka kita kini menawar ruang yang sama untuk Perdana Menteri dan isterinya untuk menjawab segala yang dibangkitkan oleh Deepak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

Tuesday, January 1, 2013

Amanat Haji Hadi: beri TGHA satu jam secara langsung di TV1, TV3 dan Astro


Isu Amanat Haji Hadi yang dibising-bisingkan oleh UMNO sekarang sepatutnya boleh diselesaikan jika ada sikap bertanggungjawab pihak yang berkuasa dan berlaku adil dan demokratik menghadapi isu yang diperbesarkan oleh UMNO itu.. Amanat yang sudah berusia 31 tahun itu kini menjadi isu mainan pihak UMNO sekarang kerana pilihanraya semata-mata. UMNO sedang mencari isu walau sekecil mana pun untuk merentap PAS dari mendapat sokongan rakyat. UMNO masih mempunyai keyakinan yang orang Melayu dan rakyat kita masih bodoh dan tolol.

PKR Desak Lembaga Tabung Angkatan Tentera Hentikan Urusniaga

rafizi-pc

PKR hari ini mendesak Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) menghentikan urus niaga dengan Astacanggih Sdn Bhd (Astacanggih) dan Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah) kerana ia merugikan anggota tentera.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kumpulan bekas anggota tentera termasuk PAHLAWAN dan KERABAT untuk menggerakkan kempen berkenaan.

2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...