Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Sunday, December 16, 2012
DAP ajak PR buat perubahan 3 serangkai
Pakatan Rakyat mesti menghadapi tiga cabaran utama sekiranya mahukan mandat yang jitu daripada rakyat serta sanggup menjadi Kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum nanti sesuai dengan tema 'Perubahan Ditanganmu'.
Demikian kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Ucapan Dasar Kongres Ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru pagi tadi.
Menurutnya, pertama mesti memastikan Pakatan Rakyat kukuh walaupun banyak dugaan ditempuhi
Saturday, December 15, 2012
Mahathir akan pertahan Najib selagi ikut telunjuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pasukan penyerang dan pertahanan Umno ketika pimpinan yang lain tidak mampu melawan tsunami kebencian rakyat kepada Umno.
Justeru, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Mahathir terpaksa mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai kepentingan peribadi, bukan kepentingan rakyat.
“Beliau sedar jika BN kalah nasib beliau dan anak beliau akan menerima musibah. Kebetulan Najib pula mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan anak beliau,
50,000 sertai HKR T’ganu, bukti rakyat berubah
Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.
“Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu. PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN,” tegasnya.
Thursday, December 13, 2012
Berdoalah dengan intensif agar sentiasa mendapat keredhoan Tuhan
Isu kenyataan Musa Hassan masih menjadi isu hangat dan entah bila isu ini akan surut. Merata-rata dalam media massa alternatif ianya diperkata dan dibincangkan oleh rakyat khususnya mereka yang tampil untuk menulis tentangnya. Minat rakyat terhadap isu ini semakin besar kerana isu permainan politik di dalam institusi penguatkuasa dan demokrasi dalam negara ini sememangnya isu yang begitu sensitif bermulanya dari pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
Pihak eksekutif telah mencerobohi semua badan dan institusi demokrasi dan penguatkuasa kerana kepentingan seseorang atau sekumpulan manusia lemah yang memimpin kita.
Bom dari Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.
"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
Wednesday, December 12, 2012
PKR Serah Bukti Rasuah Konsensi Balak Sabah Kepada ICAC Hong Kong
PKR menghantar satu delegasi ke Hong Kong dalam usaha membuka semula siasatan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) terhadap tuduhan rasuah yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Delegasi itu yang diketuai Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan membawa bukti-bukti transaksi wang dari syarikat yang mendapat konsesi balak Sabah kepada akaun milik ahli perniagaan, Michael Chia.
Selepas Utusan, Star pula jadi alat politik
Selepas Utusan Malaysia, akhbar The Star milik MCA pula meneruskan agenda bagi kepentingan politik tuannya dalam usaha menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan bukan Islam.
Lebih-lebih lagi apabila akhbar yang mempunyai pembaca bukan Islam itu sengaja mensensasikan isu yang dikatakan kes 'khalwat' di Kelantan yang telah berlaku beberapa bulan lalu padahal ianya bukan kes khalwat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata isu yang dianggap panas oleh The Star itu sebenarnya hanya sebahagian dari agenda politik MCA.
Mahathir puas hati prestasi Najib hanya lakonan
Masalah pembantu rumah pun tak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, amat lucu bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.
Bank Negara dan SPRM ‘bisu’ kes rasuah RM40 juta Musa Aman
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih membisu terhadap laporan KEADILAN mengenai kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 25 Oktober lalu mendesak BNM menyiasat Musa, Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno yang terlibat dalam skandal itu.
Tuesday, December 11, 2012
Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak 16 Dis ini
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Disember ini bertempat di Bandar Seri Iskandar.
Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO
Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat
Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.
Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.
Monday, December 10, 2012
Undang-undang dalam negara ini kian tercemar - MAILBAG
Undang-undang di negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Seakan-akan undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara ini hanyalah untuk disasarkan kepada orang ramai yang tidak menyetujui kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka-mereka yang mengkritik dasar-dasar BN yang tidak adil, mereka yang berjuang menentang ketidakadilan, kekejaman, keganasan, politik wang, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkauman.
Sementara mereka yang berada di dalam lingkungan BN, para penyokong BN, Umno, MIC, MCA, Gerakan, NGO yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Pembela, JI, MTPKL dan sebagainya
Kalau Musa Hassan hendak melakukan kebaikan, apa salahnya? - Aspan Alias
Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh beberapa orang bekas pegawai tinggi Polis yang telah bersara semasa kita sedang menghadapi saat akhir pilihanraya umum kali ini, yang merupakan ‘mother of all general elections’. Kenyataan yang banyak di keluarkan oleh bekas IGP, Musa Hassan membuatkan beliau menjadi bahan polimik dan perbincangan di kalangan ramai rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan terakhir sebelum pilihanraya yang amat mendebarkan pihak BN ini.
Bagi pembangkang mereka bukan lah pihak yang ‘desperate’ seperti UMNO dan BN kerana kekalahan sudah menjadi pakaian mereka sejak dari kita mula mencapai kemerdekaan dahulu.
6+3 tawaran Pakatan untuk rakyat Pahang
Dengan mood perubahan yang memuncak di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang, Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran negeri bersama tiga tawaran pusat untuk menyelamatkan negeri terbesar di Semenanjung daripada kezaliman Umno-BN.
Dalam tawaran peringkat negeri PR Pahang yang ditandatangani Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, PR berjanji akan menyelesaikan masalah tanah di negeri Pahang.
10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka
Kira-kira 10,000 rakyat negeri Melaka membanjiri perkarangan Pejabat DAP Melaka pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka malam tadi.
Kehadiran rakyat seramai itu bukan sahaja rekod kepada negeri Melaka malah memperlihatkan kebangkitan dan semangat peubahan yang ada pada rakyat negeri ini, kerana jarang sekali rakyat akan hadir ke program Pakatan Rakyat dengan jumlah seperti itu.
Sunday, December 9, 2012
UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah.- Adil Mat Selamat
BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal ‘projek rembat tanah rakyat’ oleh UMNO-BN di negeri Selangor.
Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah ‘dibeli’ dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.
Pengerusi BN Pulau Pinang rasis, anti Melayu dan Islam
Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang. Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka.
Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka. Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.
Pakatan mahu angkat martabat Melayu-Islam lebih dari Umno – Anwar
Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak orang Melayu-Islam, bahkan martabat itu akan diangkat lebih tinggi daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP.
“Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah negara selama 56 tahun,” katanya.
Saturday, December 8, 2012
Pertikai peruntukkan Islam Pulau Pinang meningkat 300 peratus: Umno perguna Parti Gerakan?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang mengutuk pandangan serong pemimpin Gerakan yang juga Pengerusi Bn Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang mempertikai langkah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menaikkan peruntukkan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang sebanyak 300 peratus. SAMM juga melihat ada muslihat di sebalik kenyataan Teng Chang.
Sekiranya kerajaan campuran Bn yang diketuai Gerakan suatu ketika dulu tidak mengendahkan peruntukkan hal ehwal Islam kerana tidak mendapat nasihat dari Umno, maka tiada sebab untuk Teng Chang cemburu dan iri hati terhadap kepedulian kerajaan PR pilihan rakyat hari ini yang banyak mengambil berat terhadap pembangunan dan perkembangan Islam di Pulau Pinang.
Sapu tanah: MCA dapat tanah murah di Kajang?
Sedikit demi sedikit skandal projek sapu tanah oleh BN Selangor sewaktu memerintah negeri itu dahulu mula terdedah. Terbaru, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching pula tampil dengan pendedahan berikutnya.
Beliau mendedahkan bahawa tanah seluas 6,900 kaki persegi yang terletak di kawasan komersil di tengah bandar Kajang ‘dibeli’ MCA Hulu Langat pada Januari 2001 juga dengan harga RM1 sekaki persegi.
“Lebih memeranjatkan apabila tanah itu kini diambil pula oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek MRT dengan bayaran pampasan kepada MCA dengan satu jumlah yang tidak diketahui,” katanya pada sidang media, hari ini, lapor Roketkini.
Lebih banyak keganasan menjelang parlimen dibubar
Sikap polislah yang menyebabkan pihaknya dilihat bersubahat dengan keganasan yang dilakukan oleh Umno terhadap perhimpunan-perhimpunan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Malah, katanya, serangan terhadap ceramah PR di Gombak Selasa lalu dengan sendirinya menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kemarahan Umno terhadap parti lawan "tidak sampai tahap nak tembak bunuh".
Mohamad juga melihat kejadian tersebut sebagai notis keganasan Umno yang kelihatan tidak sabar-sabar lagi mahu mencetuskan ulangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Friday, December 7, 2012
Campur tangan: Giliran Hisham lepas jawatan
Jika benar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu mereformasikan Umno dan kerajaan pimpinannya, beliau perlu berani mengambil tanggungjawab dan mengambil langkah serupa dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Hanya dengan cara ini beliau dapat membersihkan dirinya dan mengelak lebih banyak tuduhan dilemparkan ke atas dirinya,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
UMNO tak sebulu dengan MCA ‘disengajakan’?
Ketika pimpinan UMNO ghairah menakutkan orang Melayu dengan momokan akan berulangnya 13 Mei sekiranya BN tewas pada PRU ke-13, manakala MCA menakutkan kaum Cina dengan mendakwa jika PR memerintah, mereka akan kehilangan hak politik, ekonomi, pendidikan, sosio-ekonomi dan kewarganegaraan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata apa yang lebih keji, tuduhan dan momokan UMNO itu adalah adalah tidak berasas dan penuh dengan ‘auta’.
“Mereka berkata, kekalahan UMNO pada PRU-13 juga boleh mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa politik dan sudah tidak punya apa-apa lagi dan menjadi melukut di tepi gantang.
Ceroboh tapak ceramah suatu kesalahan – Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.
“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia masuk, jangan benarkan,” katanya tanpa menyebut Pemuda Umno pada forum ‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’ hari ini.
Nasrudin cabar Najib dan Khairy isytihar harta
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu usaha untuk memulihkan persepsi rasuah negara.
Nasrudin berkata sedemikian setelah Malaysia mencatatkan markah ‘gagal peperiksaan’ 49/100 di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) 2012 yang baru diterbitkan.
Thursday, December 6, 2012
Najib, Deepak dan Altantuya: Antara anak jantan dan sumpah - Hafiz Zainuddin
KAMI anggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak cukup jantan kerana tidak mampu menjawab tuduhan ke atasnya mengenai pembongkaran ahli perniagaan Deepak Jaikishan membabitkan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Atau, Najib menunggu masa untuk bersumpah menjunjung kitab suci al-Quran seperti yang dilakukan Saiful Bukhari dalam masjid kemudian ke Makkah mengerjakan umrah seperti Shahrizat setelah kesnya meletup
Musa Hassan bakal dedah peranan pemimpin Umno dalam serangan fitnah
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi.
Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.
Tun M patut dipersalah jika Melayu P Pinang mundur
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Melayu Pulau Pinang jika benar Umno dan Barisan Nasional (BN) ikhlas mahu menolong mereka.
"Siapa yang mula buat cerita tentang peminggiran orang Melayu. Setahu saya ia berlaku sejak di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir sendiri.
Wednesday, December 5, 2012
Najib Lebih Takut Gagal Mencapai Dua Pertiga Berbanding Kalah Pilihanraya- Shahbuddin
Ucapan Najib di perhimpunan UMNO baru-baru ini, baik dalam ucapan dasar mahupun ucapan penggulungan jelas menggambarkan ketakutan beliau menghadapi pilihanraya akan datang. Intipati ucapan, riak wajah dan bahasa tubuhnya jelas menggambarkan hakikat itu.
Meski beliau cuba melawak, tersenyum dan mempamerkan wajah gembira tetapi garis-garis ketakutan itu boleh dilihat dan difahami oleh sesiapa saja yang mendengar ucapannya yang banyak aksi meneran dan menjerit itu.
Najib tidak rasa beliau Perdana Menteri
PAS berpendapat ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini tidak menggambarkan beliau seorang Perdana Menteri sebaliknya hanya pemimpin sebuah parti perkauman yang mengajak kepada perpecahan.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika beliau sedar sebagai seorang Perdana Menteri sudah pasti tidak akan terikut-ikut dengan perwakilan dengan begitu emosional menyerang Pakatan Rakyat (PR).
“Jika diteliti ucapan Najib bermula daripada ucapan dasar hinggalah kepada penggulungan, penuh dengan emosi, serangan peribadi, semangat perkauman dan mempergunakan agama.
Umno makin lemas, berpaut pada ‘dahan’ 13 Mei 1969
Hasutan bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya Umno BN kecundang dalam PRU13 menggambarkan betapa tertekan dan lemasnya Umno sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.
“Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar Umno masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli Umno yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei,” kata Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Tuesday, December 4, 2012
Politik kebencian, ketakutan Najib dan Umno
Dalam tempoh PRU13 yang kian hampir, Umno telah menunjukkan tanda-tanda ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar kami, lantas menyerang dengan membenih politik kebencian dan ketakutan.
Dengan media arus perdana yang semakin ketandusan isu, Umno sedang memaksimakan setiap helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.
Najib silap tidak jawab dakwaan Deepak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gagal memanfaatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang diberi liputan meluas untuk menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Ia hanya menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.
“Sesungguhnya, rakyat menanti respons PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis.....
Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti.
“Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati.
“Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?” tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah.
Monday, December 3, 2012
Perhimpunan terakhir Umno sebelum menjadi pembangkang
Meneliti ucapan-ucapan pemimpin Umno dan laporan besar-besaran media arus perdana yang menjadi alat propaganda mereka, dapatlah kita fahami bahawa Umno-Barisan Nasional, kini sedang berada di dalam kegelisahan dan ketakutan yang amat sangat.
Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dihebahkan secara besar-besaran, ternyata gagal melindungi kebimbangan mereka, bahawa kekuasaan yang mereka nikmati selama lebih 55 tahun di Malaysia, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.
Oleh sebab itu PAU 2012 yang diadakan minggu ini, dipergunakan sepenuhnya untuk mengecam Pakatan Rakyat dengan tujuan melabel imej buruk kepada parti yang bakal menggantikan mereka pada PRU-13 akan datang.
Pemimpin Umno kaut keuntungan jual tanah di P Pinang
Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak.
Macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di PWTC, seperti perwakilan Sabah yang memperlekehkan penyeludupan wang tunai RM40 juta yang menjadi sumbangan politik Umno Sabah sebagai “jumlah yang kecil” malah tidak mencukupi, serta perwakilan Pemuda Umno yang menghebahkan dengan megahnya bahawa Umno telah dipilih oleh Tuhan untuk diberi amanah dan kuasa untuk memerintah negara Malaysia.
Jika benar Umno itu parti terpilih Tuhan, maka tidak perlulah Umno bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Apakah gunanya mandat rakyat jika kemenangan Umno sudah ditakdirkan Yang Maha Esa?
Campur tangan tugas polis: Desak Hishammuddin letak jawatan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didesak letak jawatan atau digantung tugas dan perlu ada siasatan terbuka ke atasnya.
Ia ekoran dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hishammuddin campur tangan dalam tugas polis.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan Musa.
“Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera,” kata Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan, Norazizi A Aziz.
Maaf diterima jika Umno tukar dasar - TGNA
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu.
Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.
Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.
1 juta ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.
Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.
"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.
Sunday, December 2, 2012
Khas Perhimpunan Agung UMNO: Tak patut Muhyiddin jual surat khabar lama
Kalau pembangkang menang, negara jadi porak-peranda. Itu kata Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin semalam ketika merasmikan serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di PWTC, se malam.
Malangnya, Muhyiddin tidak nampak porak-peranda yang dibuat UMNO/BN sendiri selama 55 tahun memerintah negara. Bila hutang negara bertambah, harga barang naik, gaji tak cukup hennak membeli-belah, bila sang bapa ikat perut nak bayar kereta-rumah, bila nak menyimpan cukup payah, bila buat projek, bangunan sana sini rebah, ini semua apa kejadah?
Lakonan Pejuang Melayu Bermula Semalam - Idris Ahmad
Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, mengelupor seperti lembu yang hendak mati.
Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan Agama. Walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.
Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan. Mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama. Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja.
Ribuan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor
Ribuan rakyat Johor kini memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.
Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.
Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.
Saturday, December 1, 2012
Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak
Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.
"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.
Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.
3 sebab Najib patut jawab dakwaan Deepak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang sepatutnya menjawab dakwaan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan di dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno hari ini atas tiga sebab.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan demikian sebagai respons kepada Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan akan menjawab dakwaan Deepak Jaikishan terhadap keluarga Najib yang turut melibatkan kes pembunuhan berprofil tinggi seorang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Justeru, tegas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu bahawa sepatutnya Najib yang menjawab dakwaan itu, bukannya Zahid.
Pendedahan Deepak: Heret Najib ke mahkamah – Azmin
Datuk Seri Najib Razak perlu diheret ke mahkamah berikutan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.
Mengikut Malaysiakini, Deepak mendakwa, beliau membayar keluarga Najib sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, pendedahan Deepak semasa perhimpunan Umno berlangsung sangat tepat kerana memberi tamparan hebat kepada Najib selaku Pengerusi Umno.
Naib Ketua Wanita Umno Samporna Sertai PKR
Naib Ketua Wanita Semporna, Sabah Kalasahan Abdul Salam mengisytiharkan pengunduran daripada Umno dan menyertai PKR serta meletakkan semua jawatan dalam parti berkuat kuasa serta merta hari ini.
Keputusan ini dibuat ekoran kepincangan kepimpinan Umno Bahagian Semporna khususnya Ketua Bahagian yang diterajui Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Menurut Kalasahan, beliau berkhidmat selama dua penggal sejak tahun 2004 sehingga 2012 mendapati, kepimpinan dibawah Shafie berbentuk diktator dan menjadikan Umno Sampoerna milik persendirian.
Tuduhan Deepak: Adakah Muhyiddin bela Najib?
Datuk Seri Najib Razak perlu diheret ke mahkamah berikutan pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.
Mengikut Malaysiakini, Deepak mendakwa, beliau membayar keluarga Najib sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)















