Tuesday, February 21, 2012

Takut berdebat, Najib tak ikut trend semasa – Rafizi


                 Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri sebagai ketinggalan zaman kerana enggan berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan debat politik menjadi ‘trend‘ masa kini.
                  Menyifatkan sudah tiba masanya Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat, beliau berkata, debat antara pimpinan politik kini menjadi trend yang dituntut rakyat.

“Najib tidak boleh elak berdebat. Makin lama mengelak, semakin besar kesannya terhadap imej dan kredibilitinya sama ada dalam negara atau peringkat dunia,” katanya.

Monday, February 20, 2012

Umno-BN Parasit 'High Maintenance' Negara

  
               "Jentera penerangan Barisan Nasional (BN) disaran menggunakan formula empat 'M' iaitu media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik dalam usaha memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) ke-13".
                  Demikian saranan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Dari kaca mata pemerhati politik, dalam konteks Umno-BN, saranan Ahmad Maslan itu tiada apa-apa yang baru dan menghairankan.

Tanpa mengira parti politik atau pun mana-mana politikus itu sendiri, media dianggap amat berperanan dalam menaikkan mahupun menjatuhkan mana-mana pihak dalam arena politik negara.

Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'


                Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.
                 Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.

Sunday, February 19, 2012

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal


              Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.
                Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

PRU13: Rakyat perlu tolak 'politik hipokrit' BN


               PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hanya bermain 'politik hipokrit' apabila mendakwa setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS menguasai kerajaan negeri ataupun persekutuan.
               Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, politik jenis itu bukan sahaja dimainkan MCA, namun juga oleh pemimpin Umno komponen BN yang lain.

"Bila MCA jumpa orang Cina dia kata undi DAP akan bagi kuasa pada PAS, bila Umno jumpa orang Melayu mereka canang kata undi PAS akan bagi kuasa kepada DAP.

Saturday, February 18, 2012

ABU Bukan Anti Melayu


Secara umum, segalanya bermula pada tanggal 9 Disember 2011 apabila negara dikejutkan dengan sidang media serentak di seluruh negara. Sidang media yang membawa kepada pelancaran penting sebuah gerakan inisiatif rakyat - Gerakan ABU diperkenalkan dengan penjenamaan semula pada malam bersejarah 15 Disember 2011 di Taman Melewar.

Asalkan Bukan Umno - sebuah gerakan berani yang tidak lagi berselindung dalam menyatakan pendiriannya betapa regim Umno itu harus ditumbangkan segera demi menyelamatkan negara ini. Rakyat yang punya rasa tanggungjawab wajar menyertai gerakan ABU bagi memastikan tiada ruang lagi buat Umno mengkhianati amanah rakyat dengan merompak khazanah kekayaan negara.

Skim kesihatan 1 Care, lagi taktik Najib bebankan rakyat

Cadangan skim penjagaan kesihatan (1Care for 1Malaysia) adalah satu lagi rancangan besar untuk merompak rakyat yang sakit dan susah untuk memperkayakan kroni-kroni UMNO.


             Desas desus cadangan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care yang bakal dilaksanakan kerajaan akan menyebabkan rakyat menanggung beban lebih parah, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.
               Ini kerana katanya, rakyat akan diminta menyumbang 10 peratus melalui potongan pendapatan mereka kepada agensi pengurus dana kesihatan yang dilantik oleh kerajaan, sekiranya skim itu menjadi kenyataan.

“Melalui skim 1Care kerajaan akan melantik satu badan yang akan menguruskan skim ini yang mempunyai kuasa pemutus menentukan kehendak rakyat,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Friday, February 17, 2012

Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan

                Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.
               Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.

Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu.

Anwar: Saya dukung perjuangan rakyat Palestin


                  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street Journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.
                 Anwar bertemu dan berbincang dengan pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Mashal di Qatar baru-baru ini

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata pendirian beliau selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Badan Kehakiman Takut Disebabkan Dr M, Kata Bekas Ketua Hakim - Melissa Chi


             Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
             Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Mahathir mengarut, cuba berlagak anti barat- Aziz Bari

Kenyataan Mahathir itu menunjukkan sikapnya yang hipokrit.“Dia berlagak anti-Barat dan anti-Yahudi tapi menjadi pengkhianat kepada melayu dan Islam...


               Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa undang-undang di Malaysia akan ditukar sewenang-wenangnya jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, sebagai tidak berasas.
                Pakar perlembagaan itu turut mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini kononnya Amerika Syarikat dan Israel mahu melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

“Saya fikir dia ini (Mahathir) mengarut dan tak tahu apa yang dikatakannya. Bukan mudah nak buat undang-undang; ia memerlukan draf dan akan dibincangkan di parlimen.

Thursday, February 16, 2012

Kekalahan yang pasti adalah sebab Najib elak PRU 13 - K Suresh


                 Pilihanraya umum yang seterusnya, ke 13 dijangka akan diadakan pada bulan Mei tahun ini dan April/Mei tahun depan setelah sampai tempoh berakhirnya 5 tahun Parlimen yang sedia ada sekarang. Tempoh 5 tahun itu dikira dari tarikh hari pertama persidangan Parlimen untuk penggal itu.
                Setelah parlimen dibubarkan, pilihan raya akan diadakan dalam masa 2 bulan.

Walaubagaimanapun, jika Parlimen tidak dibubarkan dalam jangkamasa 5 tahun itu, ia akan dibubarkan secara automatik pada penghujung tempoh itu. Jika itu adalah senarionnya, pilihanraya akan diadakan dalam masa 6 bulan. Inilah yang mungkin bermain difikiran Perdana Menteri Malaysia Najib Razak kerana nampak gayanya beliau sangat terdesak untuk memanjangkan tempoh beliau memerintah.

Audit dapati lebih 200,000 pengundi diragui

  
            Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan sejumlah besar pengundi meragukan.
Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut Ahli PSC, Anthony Loke, Mimos memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih 100 pengundi menetap di alamat yang sama.

“Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

Najib mesti dedah penyelesaian Danaharta-Tajudin

                Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak supaya memberitahu bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan.
            “Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib mesti menjelaskan mengapa kerajaan BN sanggup melepaskan tuntutan terhadap seluruh hutang dan melepaskan Tajudin tanpa mempertahankan diri di Mahkamah Rayuan.

"Keputusan ini mempunyai niat jahat kerana kerajaan telahpun memenangi kes tersebut di Mahkamah Tinggi,” kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.(gambar)

Dalam keputusannya semalam, Mahkamah Rayuan juga menetapkan bahawa terma penyelesaian Danaharta dan Tajuddin dirahsiakan.

Wednesday, February 15, 2012

Siapa sedia perjanjian NFC dengan Kem. Kewangan

Banyak lagi persoalan berbangkit yang belum dijawab oleh Perdana Menteri, Najib mengenai pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat milik keluarga Shahrizat.   Najib juga sepatutnya menjawab kepada rakyat benarkan perjanjian pinjaman mudah kepada NFcorp itu tidak ada jaminan peribadi seperti yang dibangkitkan oleh sumber PAC sebelum ini.

         Perdana Menteri bertanggungjawab menyatakan kepada rakyat benarkah perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.
          Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, juga meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kepada rakyat pihak manakah yang menyediakan perjanjian tersebut jika ia tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

"Juga, jika benar perjanjian tersebut tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara, Perdana Menteri juga perlu menyatakan mengapakah pejabat Peguam Negara tidak dilibatkan untuk membuat perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu.

Menteri akui keluarga Shahrizat terlibat skandal NFC

   
             Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dengan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
                Beliau mengulas kenyataan Nazri bahawa Shahrizat tidak perlu meletak jawatan tetapi hanya membayar kembali pinjaman RM250 juta berkenaan.

“Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang Menteri Kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku,”

Tuesday, February 14, 2012

Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih ragu


              Pakatan Rakyat mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
               Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, di sini petang ini berkata, nama-nama tersebut telah menimbulkan keraguan apabila ia tiada maklumat di dalam JPN. Hadir sama ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita hari ini telah mengambil pendekatan berhubung status 42 ribu nama pendaftar baru yang telah dikenal pasti meragukan agar SPR menghapuskan segera nama-nama tersebut sebelum pilihan raya akan datang.

Monday, February 13, 2012

Rafizi: SPRM Perlu Segera Siasat Muhyiddin

Kenapa SPRM  masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan. Itu adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu. Kenapa harus jadi begitu..?

                   Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).
                  Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.

Sunday, February 12, 2012

Hishamuddin Rais: Kita ke jalan raya kerana kita hendak pilihan raya!

Pakatan Rakyat sebenarnya bukan berlawan dengan UMNO-Barisan Nasional, tetapi berlawan dengan  polis, askar, special branch, pegawai kerajaan yang mempertahankan UMNO-BN.

                  Demikianlah penegasan Hishamuddin Rais , aktivis sosial yang mendukung demonstrasi jalanan untuk menuntut pendemokrasian. Koleksi tulisan beliau pernah diterbitkan dengan judul "Pilihan raya atau Pilihan jalan raya" ketika zaman "Reformasi", malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri 1960 (ISA) selama dua tahun. Beliau yang masih giat terlibat dalam demonstrasi jalanan, diajukan soalan sebagaimana tajuk bukunya, dalam satu forum semalam.
               
                 Hishamuddin Rais menjelaskan, padahal kita tidak mempunyai pilihan, melainkan pilihan raya sebagai cara untuk memilih pemimpin. Apapun aliran politik, sama ada sayap kiri, kanan, tengah, Islam atau sebaliknya, akan menyokong pilihan raya, katanya. Bagaimanapun, perbincangan terhadap pemilihan demokratik ini berterusan, berkisar pada sistem pengundiannya, misalnya first-past-the-post dan sebagainya.

Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM -Wong Choon Mei


                 Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.

Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan “jangan paksa saya pecat kamu” untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.

Hasan Ali - Dari UMNO dia datang, kepada UMNO jugalah dia akan kembali


                  Dr Hasan Ali, bekas Exco kerajaan (PAS) negeri Selangor, yang dipecat dari PAS baru-baru ini nampaknya mendapat tempat di media perdana terutamanya di TV3. Setiap malam kita melihat Hasan Ali diliputi oleh TV3 dan beliau ditonjolkan sebagai seorang pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan.
                Kita melihat lakunannya setiap hari dengan berdoa sambil menangis serta kembali bercakap dengan nada yang tinggi beserta dengan gerak tangannya yang menunjukkan beliau memang hebat berlakon dan berdrama. Hasan akhir-akhir ini selalu menggunakan air mata beliau dalam membahaskan isu politik untuk menagih sokongan ramai. Beliau boleh menangis serta merta jika perlu dan air matanya jelas meleleh keluar.

Saturday, February 11, 2012

Jangan pandang rendah ‘fenomena ABU’- Mat Sabu


               Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengingatkan peranan media baru dalam proses menyebarkan maklumat terutama mengenai penyelewengan yang dilakukan kerajaan Umno-Barisan Nasional.
               Mengaitkan peranan media dengan kebangkitan rakyat Tunisia menggulingkan presidennya yang bersikap diktator, Mohamad menekan kepentingan laman sosial seperti facebook dan twitter.

Beliau berkata demikian dalam ‘Forum kiri: Kebangkitan Dunia Arab, Apa Terjadi Selepas Setahun’ di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur KLSCAH) , malam tadi.

Kesian Umno sudah menyimpang jauh - Kadir

   
              Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini membidas tindakan pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin parti itu ekoran beberapa kritikannya.
               "Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti, cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh," katanya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib 27 Januari lalu memaklumkan, Tan Sri Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh beliau.

Friday, February 10, 2012

Skim kesihatan 1 Care zalim terhadap rakyat – Boon Chye

    
              Keputusan Kementerian Kesihatan mewajibkan rakyat Malaysia menyertai skim penjagaan kesihatan 1 Care membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak zalim kepada rakyatnya sendiri, kata Pengerusi Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.
                “Sistem 1 Care ini membuktikan betapa zalimnya pentadbiran Najib kerana beliau tahu majoriti rakyat terutamanya persatuan perubatan menolak skim ini.

“Harus diingat yang membantah skim ini adalah mereka yang terdiri dari pakar perubatan yang sangat memahami dunia perubatan dan sudah tentu bantahan mereka ini berasas,” tegasnya.

Shahrizat dicabar isytihar harta, perjelas cara bayaran bank


               Datuk Seri Shahrizat Jalil dicabar membuat perisytiharan harta ekoran pembelian dua unit kondominium mewah di Singapura oleh keluarga beliau, tegas NGO anti rasuah, Jingga 13.
               Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan kondominium berkenaan dibeli atas nama suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Nur Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Dua kondominum berharga RM34 juta di Marina Bay Suites itu dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

Menjawab komen Fuad Zakarshi - Nik Abdul Aziz Nik Mat

 
                Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.
                Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Thursday, February 9, 2012

NFC: Mengapa Najib takut dedah kepada rakyat?


                       Sekiranya kerajaan Umno bertanggungjawab, kandungan perjanjian berkaitan dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mestilah didedahkan kepada pengetahuan rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
                    "Jika benar seperti yang digambarkan bahawa keluarga (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abul Jalil) adalah pihak yang bertanggungjawab dan menggunakan dana tersebut untuk tujuan lain dari projek lembu di bawah NFC dan kerajaan Umno tidak bersalah sedikit pun, mengapa tidak didedahkan kandungan perjanjian tersebut?

"Apa yang kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat?" beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulangi desakan supaya dinyatakan adakah dana tersebut diluluskan mengikut peraturan kewangan.

Hassan Ali dan saya


              Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali       terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya.

Dua lagi kondo milik keluarga Shahrizat di Singapura RM34.6 juta


              KEADILAN terus membongkar skandal penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFCorp), apabila mendedahkan dua lagi pembelian unit kondominium mewah oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, berharga RM34.6 juta.
              Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kondominium mewah yang dibeli pada 27 Mei 2010 itu dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri itu di Brawn Steakhouse.

Keluarga Shahrizat juga kata Rafizi, perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membayar balik pinjaman yang dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

Rakyat Jeli kecewa Mustapa ‘bohongi’ fakta


              Kewibawaan Datuk Seri Mustapa Mohamed kini semakin terjejas apabila secara berterusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan ‘membohongi’ rakyat Kelantan.
              Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mendakwa Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak kerana pelantar minyak terletak di kawasan bertindih.

Namun tidak lama selepas itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar royalti yang ditukar menjadi wang ehsan dan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Malah ketika berucap di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 November 2007 Mustapa pernah mengakui turut terbabit menyekat peruntukan pusat kepada Kelantan.

Wednesday, February 8, 2012

Guna dana KWSP, Pakatan sahut cabaran debat


               Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.
               Kenyataan bersama itu ditegaskan Sekretariat Pakatan Rakyat yang terdiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.

“Perbahasan sebaik-baiknya disiar secara langsung di Televisyen bagi memberi peluang kepada rakyat seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak menilai perdebatan itu secara adil dan bebas,” kata mereka.

Semalam, Harian berbahasa Inggeris Malay Mail, memetik Nong Chik mengajak perdebatan terbuka dijalankan bagi membahaskan isu itu.

Tuesday, February 7, 2012

Guna duit parti untuk parti, bukan duit kerajaan

Banyak salah guna kuasa dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan BN kerana mereka tidak membezakan peruntukan untuk pembangunan negara dan aktiviti parti.


   
            Sesebuah parti politik berperanan menentukan corak pemerintahan kerajaan tetapi sesebuah kerajaan tidak bertanggungjawab membangunkan parti, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
              Beliau berkata, kerajaan negeri tidak berhak menggunakan peruntukan untuk sebarang aktiviti parti.

Mengambil contoh di Kedah, walaupun PAS memerintah negeri itu, kerajaan negeri tidak pernah menyediakan peruntukan untuk aktiviti parti.

"Parti yang menentukan kerajaan tapi kerajaan tidak ada tanggungjawab untuk membangunkan parti.

Monday, February 6, 2012

Bn Menggelupur Kepanasan di Sabah Sarawak

    
           Perlu diingat bahawa Pakatan Rakyat menjanjikan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus untuk Sabah dan Sarawak, yang mana ini sesuatu yang tidak mustahil dilakukan! Jika Acheh boleh mendapatkan 70 peratus royalti minyak daripada kerajaan pusat Indonesia, tidak ada sebab mengapa ini tidak boleh dilakukan bagi Sabah dan Sarawak.

Janji-janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat begitu menarik dan munasabah, dan sokongan kepada Pakatan Rakyat telah didapati dari rakyat kini begitu kuat, dan ini mengakibatkan pemimpin-pemimpin BN benar-benar bimbang.

Dr M kecewa terhadap Najib: Dia tak akan dapat majority 2/3


                Kelihatan seperti Mahathir sudah putus harapan terhadap Najib. Beliau akhirnya mengaku bahawa adalah lebih baik PRU dilaksanakan selepas BN beroleh semula sokongan masyarakat Cina yang membentuk 30% daripada pengundi.

“Kita boleh beritahu beliau tentang itu dan Najib dapat menyelamatkan wang beratus juta dalam bujet 2012. Daripada memberi bantuan kewangan sekali itu, wang tersebut boleh disalurkan ke arah mekanisma yang lebih berkesan atau skim yang lebih baik. Tetapi, disebabkan PRU 13, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan wang dari dana negara yang sememangnya sudah tenat.

Kaum Cina, India lebih terbuka mahu perubahan

Masyarakat Tionghua dan India lebih ke depan inginkan perubahan kepimpinan negara.Ini kerana akhbar berbahasa Cina dan Tamil lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.

   
            “Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita. Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
                Justeru, ujarnya kekalahan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno BN Terengganu.

Sunday, February 5, 2012

Belanja mewah BN, negara boleh bankrap


                Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad memberi amaran, negara ini boleh terjerumus ke lembah kebankrapan jika parti yang memerintah dibiarkan berbelanja mewah.
                 Berucap dalam forum bertajuk ‘Perubahan Politik Untuk Pembaharuan Ekonomi Bagi Kesejahteraan Rakyat’ di Hotel Seri Malaysia dekat sini semalam, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, ini disebabkan kerajaan terus berbelanja mewah di luar kemampuan sekalipun dengan berhutang.

“Bayangkan kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus setahun tetapi kadar peningkatan hutang pula 13 peratus," katanya.

Dengan kadar tersebut, pada tahun 2020 hutang negara akan mencecah RM1 trilion.

Dengan menuduh orang Kristian, Hassan Ali akhirnya menampar orang Islam - Maclean Patrick


               Tidak syak lagi, sudah sampai masanya orang-orang mempunyai pegangan agama di Malaysia sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha bersatu hati dan menggesa kerajaan UMNO untuk menghentikan politik perkauman dan menakut-nakutkan di antara kaum. 
              Mereka haruslah membuat tuntutan ini dengan kuat dan jelas kepada Perdana Menteri Najib Razak yang telah menciptakan segala kekacauan selama ini demi kekal berkuasa.

Tidak guna berharap kepada Najib yang “tenang dan sederhana” untuk dengan relahati mengatasi elemen ekstrimis dalam kerajaannya atau mereka yang baru-baru ini menyertainya seperti bekas pemimpin PAS Hassan Ali.

Saturday, February 4, 2012

Dr M ramal Najib kalah namun debat tetap diperlukan


            Pilihanraya semakin hampir dan Malaysia sedang besedia untuk menyaksikan pilihanraya paling panas abad ini. Nombor 13 mungkin membawa musibah pada pentadbiran BN selama 50 tahun dan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
            Untuk mempertimbangkannya, adil jika rakyat Malaysia boleh menguji keupayaan dua orang pemimpin ini di pentas awam untuk membicarakan tentang polisi awam. Sudah tiba masanya untuk kita menyaksikan Najib Razak dan Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Sebagai contoh, calon Presiden Republikan di Amerika Syarikat sudah mengadakan 20 debat yang telah melayakkan 4 orang daripadanya sahaja. Debat adalah cara untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah

Shahrizat perlu letak semua jawatan jika ada maruah- Zuraida

Bekas menteri dan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz juga menggesa supaya Shahrizat berundur, selain desakan serupa turut disuarakan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.



                Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu berundur dari semua jawatannya samada dalam politik mahupun kerajaan, sekiranya beliau mempunyai maruah, tegas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
               Zuraida mengulas desakan beberapa pihak khususnya dari pimpinan Umno sendiri yang mahu Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu, meletak jawatan, selepas keluarganya dikaitkan dengan skandal NFC.

“Kalau Shahrizat seorang pemimpin yang ada maruah, kita nasihatkan beliau berundur dan meletakkan semua jawatannya dalam politik dan kerajaan,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Macam Muhyiddin lawan Najib, menang Soi Lek


                  Pemimpin Umno berkempen di kawasan pengundi Melayu mendakwa jika mengundi PAS maka yang menang ialah DAP manakala MCA pula berkempen di hadapan pengundi Cina, jika mengundi DAP yang berkuasa nanti ialah PAS.
               “Inilah dakwaan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek kepada orang Cina,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai respons kepada kenyataan Soi Lek hari ini.

Katanya, itulah hujah dua parti utama komponen BN ketika berhadapan dengan pengundi masing-masing demi mengekalkan kuasa di dalam pilihanraya akan datang walau pun hujah yang dikemukakan penuh dengan pembohongan dan pendustaan.

Friday, February 3, 2012

Hasan Ali Budak Suruhan Umno Yang Tak Boleh di Percaya



                Agenda sebenar Dr.Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata seraya menzahirkan beliau adalah orang suruhan Umno ,tegas Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP ,Zairil Khir Johari.
Zaini Khir Johari
               Menurut Zairil, semasa berceramah di Bangi baru-baru ini dilaporkan Hasan berkata apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

"Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.

Ada penerima BR1M dipaksa bersumpah

                    Di tengah-tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno.
                   Tanpa menghiraukan hujan yang sekali sekala agak lebat, ribuan anak muda diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman mulai memalu gendang ‘perang’.

Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan dalam masa sama Umno pula sibuk mengagihkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biar pun dananya daripada cukai rakyat.

Hari ini Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.

Fokus PRU-13, tak perlu layan Hasan Ali


                Semua ahli PAS diseru memberi fokus kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 dan tidak perlu melayan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
               Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Hasan berhak memperkatakan apa sahaja yang beliau mahu namun PAS tidak akan melayannya, lebih-lebih lagi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga sudah dipecat dari parti itu.

"Kita ambil sikap tak layan lah sebab kita anggap dia bukan lagi ahli PAS dan dia nak kata apa pun itu pandangan dia.

Thursday, February 2, 2012

Isu Kepala Babi: Selangor Tawar RM10,000


                 Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.
                Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.

"Malangnya insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Anwar nasihat Mahathir jaga cucu di rumah


                Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihati mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.
                Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.
“Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

“Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah,” katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Kenapa Najib boleh cakap politik, Anwar tidak? -Izzah

.... kerana Najib dan Umno takut dengan kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin.

                Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar sikap Polis yang berat sebelah apabila menghalang beliau dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap secara terbuka di Majlis Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, hari ini.
                 “Alasan yang diberikan untuk menafikan peluang kami bercakap ialah – tidak boleh mengucapkan sebarang isu politik. Jadi, kenapa Najib boleh dan Anwar tak boleh?

“Perdana Menteri dan Raja Nong Chik pun bercakap perkara hal politik juga,” kata Izzah ketika ditemui pemberita sejurus selepas tamat program majlis sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, petang tadi.

“Ini negara bebas. Kita ada hak untuk menyampaikan maklumat dan kebenaran. Jika Najib dan Nong Chik boleh buat, mengapa polis halang kita,” tegasnya.

Wednesday, February 1, 2012

Israel: Dr Mahathir sengaja putar belit, melupakan fakta


                Tun Dr Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.
                Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.

Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...