Thursday, December 15, 2011

54 kerusi parlimen BN di Felda tergugat


               Peneroka Felda di seluruh negara memberi amaran akan melakukan "transformasi politik" pada pilihan raya umum ke-13 yang akan memberi kesan buruk kepada Umno BN.
               Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke dalam Bursa Malaysia (BSKL) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.

Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini.

Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan "huru-hura" dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.

Skandal NFC: Laporan SPRM ke atas Muhyiddin, Noh Omar


               NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap salahguna kuasa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis NGO itu membuat laporan berkenaan di Pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam tengahari tadi.

Laporan ke atas Muhyiddin dibuat kerana beliau menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek itu ketika memegang jawatan menteri pertanian antara 2004 hingga 2008.

Wednesday, December 14, 2011

Pensyarah: Rakyat Kelantan masih perlukan Nik Aziz

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu masih releven untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.  Malah faktor usia beliau tidak pernah menghalang apa yang beliau lakukan sekarang, malah mengikut kajian sokongan rakyat Kelantan terhadapnya melebihi 80 peratus



               Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan akhlak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang tiada tandingan.
              Katanya, sikap kesederhanaan yang ditujunkkan Menteri Besar Kelantan itu sukar dicari pada pemimpin lain khususnya di Malaysia sekarang.

Bukan sahaja sukar dibanding dengan pemimpin lain dalam Umno, malah juga sukar untuk dibandingkan dengan pemimpin PAS yang lain.
First Alphabet

Tuesday, December 13, 2011

NFC: Muhyidin kena undur bersama Sharizat

   
           Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berpendapat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin lebih bertanggungjawab atas skandal yang berlaku dalam Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC).
              Ini kerana, ketika pinjaman mudah RM250 juta itu diberikan, Muhyidin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pihak yang bertanggungjawab memantau projek itu.

"Shahrizat sebagai menteri dan suami kepada Pengerusi Eksekutif NFC dan ibu kepada anak-anaknya yang menjadi pengarah NFC juga bertanggungjawab, namun bagi saya Muhyidin sebagai menteri lebih bertanggungjawab.

Rasuah, Ketirisan, Salah Urus Punca Negara Ketinggalan


              Amalan rasuah yang keterlaluan, ketirisan dalam pemberian kontrak serta salah pengurusan pihak kerajaan menjadi punca utama negara ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang setarafnya.
             Senator, Dr Syed Husin Ali dalam ucapan ketika membahaskan bajet 2012 di Dewan Negara berkata pada sekitar tahun 1960 an, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai taraf pendapatan perkapita yang setaraf dengan negara ini tetapi kini negara-negara tersebut jauh lebih maju jika berbanding dengan Malaysia.

Menurut beliau peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 2012 sebanyak RM51.25 bilion (22%) berbanding Perbelanjaan Mengurus RM232.83 bilion (78%) semakin mengecil sejak 2000.

"Perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6 peratus (tahun 2000), ke 28.4 peratus (tahun 2004) dan 27.2 peratus (tahun 2008) hinggalah 22.0 peratus (tahun2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara." kata beliau.

Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM


             Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Monday, December 12, 2011

Nik Aziz bidas Umno guna istilah ‘jihad’ hadapi PRU-13


       Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
               Menurut Nik Aziz (gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

Skandal NFC: Dedah agenda Muhyiddin guling Najib?


                 KOMENTAR Hingga ke saat ini, Ketua Wanita Umno merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menyatakan pendirian berhubung desakan perletakan jawatan beliau sebagai menteri.
               Begitu juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus membisu berhubung kemelut yang membelenggu parti pimpinannya yang disabitkan dengan Shahrizat.

Projek NFC iaitu sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007 benar-benar meletakkan Najib dalam keadaan paling tertekan.

Negara Berkebajikan: PAS mahu rakyat jadi tuan

PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

              Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.
              Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

Sunday, December 11, 2011

Perjuangan PAS adalah jihad

Tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri, kata Nik Aziz.

                 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.
               Ini kerana tegasnya, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri, dipetik dari harakahdaily.

“Tanpa kuasa, kita tidak boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemeri.ntahan,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.

Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN


               Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.
               “Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau “komisyen” kepada Perimekar Sdn Bhd.

Saturday, December 10, 2011

Dan Tercabarnya Kuasa Politik Melayu…


            Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?
Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun,

Asal Bukan Umno (ABU) ditubuh untuk tumbangkan Umno

“Pada himpunan itu, kita akan mengumumkan sesuatu yang penting bagi merubah situasi politik Malaysia kerana gerakan ABU akan terus wujud selagi Umno wujud di negara ini,” -  Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).



Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU).

Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ditubuh bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Chegubard yang bertindak sebagai penyelaras.

Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?


                       Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.

“Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Friday, December 9, 2011

Najib sambung lidah perkauman Muhyiddin--- Ahmad Lutfi Othman.

  
             Di hari-hari awal perhimpunan Umno 2011, Timbalan Presidennya, Muhyiddin Yassin cuba mempamerkan "watak wira Melayu" dan "juara Islam". Diserangnya DAP dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Komponen Pakatan Rakyat itu didakwa mahu menubuhkan sebuah republik, yang "mengetepikan jati diri Malaysia berpaksikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan".

(Pada hari akhir persidangan, Muhyiddin dalam ucapan penggulungan -- selepas mengetuai lafaz ikrar taat setia 'Kami Orang Umno' -- menutupnya dengan doa Rabitah al-Ma'thurat, iaitu doa yang selalu diamalkan aktivis gerakan Islam, sambil membaca terjemahannya. Mukadimah doa itu berbunyi: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.")

Selamatkan baki wang rakyat dalam NFC

Aset-aset yang telah diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada Kerajaan.

   
              Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan wang rakyat dengan mengambil alih semua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang masih tertinggal.
                Langkah ini perlu dibuat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin wang yang telah diberi pinjam kepada NFC tetapi telah dibelanjakan bukan untuk 'core busines'nya.

Demikian cadang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga Exco Ekonomi kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

Umno Sebenarnya Tak Percaya Kepada Prinsip 1Malaysia


            Perhimpunan Umno yang baru selesai minggu lepas adalah bukti jelas bahawa pemimpin parti itu sebenarnya tidak ikhlas dengan prinsip 1Malaysia yang diperjuangkan presidennya.
           Malah, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad, president Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri "cakap tak serupa bikin" apabila dia melaungkan dasar masyarakat majmuk tetapi dalam masa yang sama merasmikan majlis NGO pro-ketuanan Melayu.

Khalid berkata kesimpulan yang cuba disampaikan Umno adalah mereka satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Melayu sedangkan transformasi yang dilaung-laungkan oleh Najib meliputi rakyat majmuk yang berbilang bangsa.

Hudud: MCA patut tanya pendirian Umno


                 Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai 'kelakar'.
                 Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud.

"Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

"Saya desak agar MCA cabar Umno untuk berdebat soal hudud biar MCA tahu pendirian Umno dan Umno tahu siapa MCA sebenarnya.

Tambahnya lagi, beliau yakin niat sebenar MCA adalah ingin memburukkan DAP serta cuba mewujudkan satu suasana tegang antara parti di dalam Pakatan Rakyat.

Thursday, December 8, 2011

Ketakutan Umno terhadap kaum Cina akan menyumbang kpd kejatuhannya-Moaz Nair ..




               Harimau tidak akan menukar belangnya. Begitu juga UMNO. Dalam kes ini, pemimpin-pemimpin UMNO pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tidak akan membersihkan semua 'dosa' mereka yang lalu untuk menjadikannya sebuah parti pilihan orang Melayu dan kaum lain dalam pilihan raya umum yang akan datang. Mereka menggunakan AGM bukan untuk bermeditasi atau bersifat introspektif mengenai kelemahan mereka sebagai sebuah parti politik, tetapi memilih untuk menjadikannya sebagai forum politik untuk menjatuhkan Pembangkang.

Ini adalah kekecewaan yang besar di pihak mereka. Mereka jelas meletakkan mod pertahanan –melindungi banyak isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka -peribadi, rasuah dan ketidakcekapan - memikirkan bahawa perwakilan adalah 'orang kampung bodoh ' yang datang untuk mendengar cerita dari pihak mereka. Mereka telah memandang rendah kecerdasan para perwakilan dan rakyat jelata.

Kenapa Soi Lek takut sangat pada hudud?

   
               Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad berkata, biarpun Soi Lek sebelum ini terbabit dengan skandal seks, namun dia tidak perlu risau kerana hudud tidak tertakluk kepada bukan Islam.
                "Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak perlu risau dengan hukum hudud walaupun sebelum ini beliau didakwa terbabit dengan skandal seks kerana Hudud hanya untuk umat Islam.

"Tiada hukum hudud dikenakan ke atas beliau dan mereka yang bukan Islam jika ianya dilaksanakan dinegara ini atau di mana-mana negara lain sekali pun kerana mereka yang bukan Islam bebas untuk menguna pakai sistem perundangan sivil sedia ada," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

SPR mesti laksana 7 lagi tuntutan Bersih – Maria Chin


              Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah.
Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Hudud: MCA keliru, Umno gagal main peranan

Pemimpin MCA dan kompenan lain BN tentunya tidak lantang mengkritik perundangan Islam sekiranya Umno menjelaskan mengenai kelebihan hukum hudud.

              Kekeliruan di kalangan pemimpin kompenan Barisan Nasional (BN) terhadap perundangan Islam disifatkan ada hubung kait dengan Umno apabila gagal berperanan menjelaskan kedudukan sebenar.
              Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, biar pun Umno sudah lama bersama kompenan-kompenan lain dalam BN, namun kefahaman mengenai undang-undang Islam tidak dijelaskan.

“Sekiranya peranan itu dimainkan Umno sejak dahulu kami rasa pemimpin MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti sekarang.

“Namun malangnya peranan seperti itu mungkin tidak menjadi keutamaan kepada Umno, malah dalam banyak keadaan pemimpin Umno juga tidak menerima perundangan Islam,” katanya di sini.

Wednesday, December 7, 2011

Debat NFC antara Rafizi-Khairy tetap jadi


             Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan bertemu dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk meneruskan acara debat Skandal National Feedlot Corporation (NFC).
            Rafizi ketika waktu dihubungi berkata beliau telah menerima surat melalui email daripada wakil Khairy yang bersetuju untuk berdebat dan ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama.

“Khairy mengatakan tarikh tersebut (12 Disember) tidak sesuai kerana dia dah ada program lain dan saya akan bincang di peringkat KEADILAN serta berikan maklumbalas rasmi esok.”

“Dia dah bagi respon secara rasmi, dan walau apapun kita akan pastikan debat ini akan jadi,

Rosmah mula campur tangan skandal NFC?

Projek Lembu yang diusahakan syarikat NFC mendapat ‘pinjaman mudah’ dari kerajaan RM250 juta antara 2008 hingga 2009 dan dilulus oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

          Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan wanita Umno menjawab apa yang didakwanya sebagai ‘fitnah pembangkang’ terhadap’pemimpin BN’ membuktikan bermulanya campur tangan isteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam skandal projek lembu.
          Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ‘amaran’ Rosmah itu juga bukti kegagalan pentadbiran Najib menjawab skandal itu.

“Kalau sampai Rosmah campur tangan dalam sesuatu itu, membuktikan betapa skandal lembu NFC ini bakal menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Ini juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam menguruskan skandal penyelewengan wang rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com

Gerhana: Najib ugut minda rakyat

Najib cuba memberi gambaran bahawa hanya BN layak memerintah, dan jika Pakatan Rakyat memerintah, negara akan musnah dan porak peranda. Itu hanyalah cakap orang politik zaman Pak Pandir. Jika dilihat tidak ada satu pun negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mengalami ‘gerhana’ seperti yang didakwa beliau.

                 Negara terus dilanda ‘gerhana’ dan rakyat akan berada dalam kegelapan seperti sekarang jika masih terus memilih BN dalam PRU ke-13 nanti.
               Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melahirkan kekesalan di atas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke 13.

“Bagi DPP Malaysia, kenyataan ini berunsur ugutan terhadap rakyat Malaysia agar jangan mengundi selain Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Hasrakahdaily.

Katanya, DPP Malaysia beranggapan PM merasa terlalu takut sehingga sanggup memberi amaran terhadap rakyat Malaysia.

Tuesday, December 6, 2011

Selepas Wan Azizah Siapa Pula Mangsa Shahrizat?


                 Setelah diserang dengan pelbagai pendedah dan pembongkaran skandal Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) serta dihimpit dengan tekanan Perhimpunan Agung Umno yang baru lengsai akhirnya Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 'melatah sumbang' menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
                 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bagaikan tidak lagi mempunyai jalan keluar selain menebar 'peluru penabur' kepada sesiapa sahaja asalkan mengena.

Shahrizat mungkin telah menduga skandal penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami beliau, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya akan menjadi perhatian utama perwakilan dalam perhimpunan Agung Umno kali ini.

Ini Perhimpunan Umno terakhir sebagai parti berkuasa – Anwar


               Umno kini sudah bersedia untuk disingkirkan dalam pilihan raya umum akan datang apabila tanpa segan silu menyelewengkan wang RM250 juta dan kemudian mempertahankan tindakan tersebut dalam perhimpunan agungnya yang lalu.
              Menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu menggambarkan moral Umno yang sudah buruk tetapi masih mahu mengaku mempertahankan Melayu.

“Hanya mereka yang tidak bermoral boleh melemparkan kata-kata penghinaan (ke atas Pakatan Rakyat), boleh mencuri RM250 juta, dan kemudian mempertahankan diri mereka.

“Kesalahan pertama adalah salah guna dana dan kedua ialah mempertahankan tindakan mereka,” kata Anwar sewaktu berucap di Shah Alam malam tadi.

Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir


             Kedudukan Malaysia dalam indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa adalah paling teruk dalam sejarah negara dan ia jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib Razak.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, kedudukan Malaysia pada tangga ke-60 tahun ini memperlihatkan Najib lebih korup berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memaklumkan, Malaysia sudah jatuh 13 anak tangga sejak di bawah pentadbiran Najib yang bermula pada tahun 2009.

"Pak Lah (Abdullah) dalam tahun 2003 sehingga 2008, Malaysia jatuh 10 anak tangga, dari kedudukan 37 kepada 47.

Umno, MCA bersekongkol hina hukum Islam


             Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan pentas forum untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS.
            Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) semalam, wakil Umno turut ‘tumpang sekaki’ membelasah hukum Islam itu.

“DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam,” kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss kepada Harakahdaily.

DPP Malaysia, katanya tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Soi Lek dituntut minta maaf

Ketakutan UMNO untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan MCA. Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran dari  mana-mana perwakilan sewaktu Perhimpunan Agong Umno lalu.




            PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam.
           Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau."

Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali.

Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam.

Monday, December 5, 2011

Najib mengecewakan: Memuji diri sendiri dan memburukkan Pakatan

  
                 Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.

Guan Eng: Pakatan beri harapan baru, Umno terus guna isu kaum

   
              Umno terus menggunakan “senjata perkauman” untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal meraih kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
                Sebaliknya Lim (gambar) dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia.

“Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat.

Najib tinggal transformasi, kembali ambil perkauman

 Najib semakin tajam dengan perkauman sempit. Dimanakah transformasi politik Najib sebagaimana yang di ura-urakan. Najib harus tahu bukan semua melayu boleh ditakutkan. Hanya melayu dari golongan UMNO sahaja boleh ditakutkan dengan perkauman sempit ini.


  
           Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian.
            AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut.

"Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno.

"(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu'

"UMNO diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih"

               Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.
               Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

Sunday, December 4, 2011

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Aspan Alias

              Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.

‘Shahrizat perlu jawab, bukan berkokok di gelanggang sendiri’

    
           Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.
            “Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri,” katanya pada keadilandaily.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.

“Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat,” tegasnya.

Umno jahanamkan agenda Melayu

Sah….. cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda Umno. PKR adalah parti berbilang kaum. Kita mendukung semangat integrasi dengan baik dan tidak cauvanis seperti Umno dan rakan sekutu

                  Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun.
                Sambil mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berdebat tentang isu ini, naib exco AMK PKR Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain.

“Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan ketika Kongres Nasional PKR di Pulai, Johor tempoh hari. Hak dan keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota PKR.

Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno

Walau pun isu Fidlot tidak diambil apa-apa tindakan susulan terhadap Shahrizat namun saya yakin rakyat akan tetap menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang.

                 Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
                 "(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.

"Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu.

Muhyiddin jahil konsep Negara Berkebajikan.

Konsep negara berkebajikan sebagaimana  langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh pemimpin Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya. Muhyiddin sepatutnya jadilah seorang pemimpin yang mengunakan akal untuk berfikir. Jangan jadikan alasan negara berkebajikan PAS hanya untuk kepentingan 'political milleage' yang sudah usang.
  
                Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.
                Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.

Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

Saturday, December 3, 2011

Shahrizat dicabar tanding lagi di Lembah Pantai – Izzah

             Umno dicabar meletakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding lagi di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar.
            Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan.
           “Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua Wanitanya, maka dengan ini saya mencabar mereka meletakan Datuk Shahrizat sekali lagi untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU akan datang,” katanya dalam perbahasan di Parlimen semalam.

Menurutnya, Wanita Umno harus mempertahankan kuota milik mereka di Lembah Pantai kerana bukan rahsia dalam kalangan Umno Wilayah Persekutuan bahawa seorang lelaki dan juga menteri bakal bertanding di kawasan itu pada PRU akan datang.

Persidangan Umno tiada agenda rakyat, hanya hentam pembangkang.

Kita lihat isu skandal lembu NFC, semua pertahankan. Sedangkan, inilah masa terbaik untuk Umno memulihkan imej mereka. Skandal NFC yang tidak dibincangkan mahu pun diberikan perhatian juga adalah bukti bahawa parti itu sebenarnya sedang busuk menuju kehancuran’ seperti digambarkan oleh  Mahathir.

           Perjalanan Perhimpunan Agung Umno bukti jelas bahawa parti itu masih lagi angkuh dan tidak mahu mengakui kesilapan-kesilapan mereka.
            Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar, rakyat memerhati dengan jelas persidangan itu yang disiar TV arus perdana secara meluas.

Terpalit dengan pelbagai skandal, yang terbaru skandal lembu NFC, rakyat mahu melihat sama ada Umno akan mengakui kesilapan mereka, kata Khairul Anuar yang lebih dikenali sebagai Jonah.

“Kita tak lihat ‘self-criticism’ ada berlaku dalam Umno. Soal laporan Ketua Audit Negara langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan mereka.

PRU13: Gamis seru siswa, anak muda bersedia

Kewujudan pelbagai akta baru dan 'undang-undang rimba' yang sangat tidak masuk akal, semakin terbukti bahawa Umno BN sudah bersiap untuk membubarkan parlimen.
  
             Mahasiswa mesti bersedia untuk bertindak sebagai third-force dalam meneraju arus gelombang perubahan dan memobilasi gelombang kebangkitan rakyat.
            “Ini amat penting bagi memastikan kepimpinan negara kita sentiasa dinilai oleh mahasiswa yang juga merupakan kumpulan check and balance kepada negara," kata Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.

Menurutnya, mengambil intipati sejarah agung Islam, penghijrahan Nabi s.a.w., mahasiswa seharusnya bersedia untuk meletakkan diri sebagai benteng mempertahankan keadilan sejagat.

Friday, December 2, 2011

Lagi kejutan NFC: Guna dana beli Mercedes, tanah, percutian dan pindah wang


            Seperti yang dijanjikan, pemimpin PKR telah membongkar satu lagi hal mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.
            Bukan sahaja keluarga beliau telah membeli 2 unit kondo mewah di Bangsar, mereka juga telah menggunakan RM5 juta daripada dana awam itu untuk membeli kereta Mercedes-Benz siri mahal, tanah di kawasan kediaman di Putrajaya, mengisu 15 cek kepada syarikat percutian dan mengambil setengah juta wang tunai untuk dimasukkan dalam syarikat mereka.

Pengarah strategi Rafizi Ramli telah melaporkan bahawa dokumen kewangan NFC menunjukkan bahawa ia telah memindahkan sejumlah RM3,363,507 kepada anak syarikat National Meat and Livestock Corporation (NMLC) untuk membeli 2 bidang tanah di Putrajaya, PT1886 dan PT1887.

“Mustahil tanah-tanah yang dibeli di Putrajaya itu bertujuan untuk menternak lembu” ujar Rafizi dalam satu siding akhbar Khamis lalu.

Shahrizat Tidak Peka Nasib Rakyat

Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada Shahrizat dan keluarganya. Sepatutnya beliau harus menjawab tuduhan pembangkang itu bukan hanya sekadar berdiam diri  dengan cuba mengaitkan kes pembicaraan Anwar Ibrahim
  
              Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor menasihat Ketua Wanita Umno, Dato Seri Sharizat Jalil agar tidak emosional dalam menghadapi isu bersabit penyelewengan wang rakyat menerusi skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
               Timbalan Ketua Wanita Keadilan, Dr Daroyah Alwi berkata Shahrizat sepatutnya menjawap segala persoalan mengenai penyelewengan membabitkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat milik suami dan anak beliau.

"Sekian lama beliau (Shahrizat) berdiam diri, beliau cuba pula menukar isu ini dengan membuat komen peribadi terhadap kepimpinan keadilan.

"Cubaan Shahrizat mengaitkan kes mengaitkan kes perbicaraan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim selain mengheret Dato Seri Wan Azizah jelas satu analogi yang tida kaitan dan berasas,"jelasnya.

Polis cuba bersihkan nama Shahrizat – Jingga 13

Sia-sia saja segala pendedahan yang dibuat kerana dalam negara buatlah apa saja, tapi tidak akan dianggap jenayah kalau semuanya dari pimpinan UMNO dan Menteri BN

               Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
              Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.

“Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .

Rakyat tak gentar turun ke jalan – Shamsul Iskandar



                 Angkatan Muda KEADILAN merasa kesal dengan tindakan Kerajaan yang meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 walaupun dibantah rakyat.
               “Rang Undang-Undang tersebut tetap diluluskan walau pengamal undang-undang seperti Majlis Peguam membantah secara keras tentang perlaksanaan undang-undang ini.”

Menurut ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun RUU tersebut telah diluluskan ini tidak bermakna rakyat akan takut untuk mendapatkan haknya untuk berhimpun secara aman yang dijamin dalam perlembagaan.

“Saya yakin rakyat tidak akan teragak-agak dan tidak gentar untuk turun kejalan raya dalam membantah secara terang untuk berhimpun.”

Adakah dakwat kekal digunakan pada PRU13?

     
           Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah kerajaan dan Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang.
              Anwar semasa membahas usul laporan dan cadangan bagi memastikan pilihanraya bebas dan adil di Parlimen hari ini juga berharap kerajaan tidak akan menggunakan alasan bagi melengah-lengah penggunaan dakwat kekal itu.

"Bila meneliti laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) saya melihat cadangan penggunaan dakwat kekal juga dicadangkan dan apa yang ini saya tekankan di sini adalah jaminan dari pihak kerajaan dan juga SPR.

Thursday, December 1, 2011

Rasis: Terima Kasih Umno - Firdaus Jaafar

Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Sudah sampai masanya mereka di’didik’ dengan ‘bahasa’ undi kerana hanya itu sahaja ‘jalan’ yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN. Tolak UMNO/BN dalam pilihan raya akan datang


                Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak ‘ketahuan’ lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang ‘sakaratul maut’.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan ‘tongkat’ kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka.

'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin'

  
             Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (Gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri
               Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Kenapa Rakyat Perlu Bantah Undang-Undang Perhimpunan Aman.

Rakyat tidak perlu disekat daripada mengadakan tunjuk perasaan asalkan ia berlaku dalam keadaan aman. Ini penting bagi membuka mata kerajaan terutamanya dan orang awam akan sesuatu isu dan secara tidak langsung menjadikan kerajaan lebih bertanggungjawab terhadap rakyat
               Bantahan terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bukan sahaja melibatkan golongan profesional seperti Majlis Peguam tetapi turut ditentang oleh golongan petani.
               Realitinya Shamudin Abdullah, 44, seorang petani dari Sekinchan yang setiap hari membanting tulang dibendang telah lama bersabar disamping melakukan pelbagai usaha menuntut hak yang dijanjikan Kerajaan Pusat kepada golongan petani sepertinya.

Seperti yang dijanjikan, petani sepatutnya diberikan Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sebanyak RM650 bagi setiap tan tetapi malangnya ia hanya dilaksanakan pada tahun pertama sahaja.

Tanpa diberitahu, insentif berkenaan tidak lagi diberi pada tahun berikutnya menyebabkan golongan petani sepertinya tertunggu-tunggu hak yang sepatutnya milik mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...