Wednesday, November 16, 2011

Awang Adek berniat jahat tolak amanat Tun Razak

Sepatutnya sebagai orang yang berasal dari Kelantan, Awang Adek harus menyokong apa yang diperjuangkan kerana ianya untuk kemajuan rakyat di negeri itu sendiri.
Di sini jelas menunjukkan kepada kita, isu royalti minyak yang masih gagal diperolehi itu, kini dikhianati oleh orang Kelantan sendiri.


                   Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang menolak poster amanat bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak oleh skuad Gegar sebagai tindakan ‘jahat’.
                  Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata tindakan timbalan menteri dari Kelantan itu berniat jahat untuk menafikan hak kerajaan dan rakyat di negeri ini mengikut perundangan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas reaksi Awang Adek yang menolak menerima poster yang antaranya mengandungi ucapan allahyarham Tun Abdul Razak berhubung hak negeri itu untuk mendapatkan royalti sebanyak lima peratus.

Gantung tugas Shahrizat hingga siasatan selesai


Pemuda Pas menggesa Perdana Menteri menggantung tugas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ini berikutan isu penyelewengan dana RM250 juta oleh syarikat milik keluarga Shahrizat dan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta menggunakan dana berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor juga mahu polis mengambil tindakan segera menyiasat perkara tersebut.

NFC: Mahfuz bidas Muhyiddin masih membisu

 Apakah peranan Shahrizat dan keluarganya sehingga dipilih mengendalikan NFC? Adakah kerana bermodalkan sebagai 'Ketua Wanita Umno' beliau layak menerima projek itu? Jika begitu senang betul, jadi ketua dapat projek..

             Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan adakah keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kerana mereka adalah 'orang sendiri'.
              Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga membidas Muhyiddin yang membisu terhadap peranannya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dalam memberikan projek tersebut kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

"Dalam tegurannya kepada (Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk) Bung Moktar (Radin), Muhyiddin menyifatkan tuntutan timbalan pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) itu supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai sesuatu yang tidak perlu di kalangan 'orang sendiri'.

Tuesday, November 15, 2011

Khairy Jamaluddin: Dari tingkat 4 ke bawah tanah - Mathias Gomes


                Tidak kira berapa banyak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhujah dan mengemukakan fakta-fakta di blognya (Saya rasa mungkin tidak dikunjungi langsung) atau suratkhabar atas talian untuk memberitahu apa yang berlaku di NFC- versi Umno, ia tetap tidak masuk akal kepada manusia normal.

Setiap hari rakyat Malaysia ingin makan daging lembu sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika mereka mampu, sekiranya tidak, satu lagi sumber protein untuk mereka makan adalah ayam yang dianggap masih mampu dibeli. Ikan terutamanya dari laut hampir tidak dapat dibeli disebabkan harga melonjak kepada paras tertinggi dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Harga ikan kembong kegemaran rakyat (scomber) adalah kira-kira sebelas ringgit sekilo!

Fidlot: Bung gesa Shahrizat letak jawatan

PKR sebelum ini mendedahkan status dana rakyat sebanyak RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran) telah disalurkan sepenuhnya kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

              Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
             Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti.

Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno.

Kekalkan perpaduan hadapi PRU13

   
          Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti perlu memastikan perpaduan antara kaum dikekalkan.
             Beliau yang berucap sewaktu perasmian bilik gerakan utama pilihanraya Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa hari ini memberitahu selain perpaduan kaum setiap jentera perlu bekerja keras bagi memastikan setiap undi di perolehi dari setiap penduduk.

"Kalau kita ingin memastikan kemenangan pada PRU13 nanti perkara utama adalah kekalkan perpaduan kaum dan adakah kita sudah pasti perpaduan kaum ini telah kita patuhi sepenuhnya.

Monday, November 14, 2011

Video Fitnah: Sah ada campurtangan Gani Patail- Surendran

Perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi arahan pada Julai 2008 supaya Gani tidak mempunyai pembabitan dengan perbicaraan kes fitnah II. “Apa yang jelas Anwar tidak mempunyai harapan mendapat keadilan dalam tindakan terbaru polis terhadap beliau.


              KEADILAN menganggap wujud campurtangan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam kes video fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
             Naib Presidennya, N Surendran berkata demikian mengulas pegumuman Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada peguam negara.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dijadualkan memberi keterangan kepada polis dalam kes ini pada Rabu, 16 November 2011, namun kelihatan kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara.

“Perkembangan ini mengesahkan penglibatan Tan Sri Gani Patail dalam siasatan terbaru polis terhadap Ketua Pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Dengan GST, 'lembu' mana pula tinggal di kondo

Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2010 terhadap projek di bawah Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) yang disifatkan kacau-bilau dan pendedahan penyalahgunaan pinjaman untuk NFC untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar 


            'Lembu' mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah jika kerajaan berjaya mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memotong subsidi untuk rakyat, soal Datuk Mahfuz Omar.
            Naib Presiden PAS itu membangkitkan persoalan penuh sindiran tersebut ketika mengecam tindakan pemimpin-pemimpin politik yang berulang kali didedahkan menyalahgunakan projek untuk kepentingan diri.

"Sebelum ini, banyak projek untuk kepentingan negara yang dijadikan lombong emas para pemimpin yang merompak harta negara, dari skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sehinggalah kepada RM40 juta wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilesapkan.

"Jika selepas ini Umno BN menang dalam pilihan raya akan datang, parti itu akan menggasak GST dari rakyat di samping pelbagai subsidi akan mereka ragut dari rakyat.

Sunday, November 13, 2011

PKR dedah penipuan baru polis terhadap Anwar mengenai video seks Datuk T

. ....Kini UMNO kehilangan inspirasi politik untuk kebaikan rakyat. Hanya video seks menjadi modal dan simbol  politik mereka.

                Pada arahan dari Umno, ketua-ketua polis telah mula menyatakan penipuan baru terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjatuhkan beliau menjelang pilihan raya umum mengejut secara meluas dijangka akan diadakan dalam tempoh 2 bulan akan datang, pemimpin-pemimpin PKR berkata pada hari Jumaat.

"Ini adalah satu percubaan baru dan terdesak untuk mendakwa dan memenjarakan, untuk menghentikan pergerakan reformasi politik dan ekonomi negara dan untuk menghalang Pakatan Rakyat dari memenangi kuasa persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat .

RM80 juta yang mudah bagi Shahrizat dan Keluarga?


                Senator Umno Sharizat Jalil mempunyai strategi yang unik untuk memerangi tuduhan rasuah RM80 Juta terhadap beliau dan keluarganya. Beliau memberi respons selepas berhari berdiam diri mungkin kerana takut, dengan penafian jelas, dan cakap kosong.

Beliau tidak memberikan sebarang penjelasan bagaimana syarikat-syarikat milik keluarga beliau yang didakwa telah berakhir dengan 80.000.000 dalam dana awam. Sebaliknya, beliau berkata bahawa beliau 'malu' bahawa terdapat seorang wanita seperti Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita PKR) di Malaysia. Apa maksud beliau? Wanita Malaysia tidak seharusnya mendedahkan rasuah yang didapati oleh Menteri-menteri wanita?

Mengapa Pulau Pinang tak akan bubar DUN jika PRU tahun ini


               Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada tahun ini.
               Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkeras untuk mengadakan PRU pada akhir tahun ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menganjurkan satu konvensyen khas untuk mengesyorkan supaya pilihan raya negeri tidak akan diadakan bersama dengan PRU.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menjelaskan lima sebab utama mengapa kerajaan negeri tidak pula terperangkap dengan agenda politik Najib dan UMNO-Barisan Nasional:

Pertama, BN masih belum lagi menyempurnakan janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 kepada semua isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Cukai baru selepas PRU 13


                Seluruh rakyat negara ini diyakini akan terus dibebani dengan pelbagai cukai baru jika Umno BN terus diberikan mandat memegang tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
               Keyakinan itu boleh disandarkan kepada pelbagai tindakan semasa yang dilakukan oleh Kerajaan BN, di samping amalan tradisi parti itu setelah berjaya mencapai kemenangan pada PRU-PRU lalu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu boleh direnungi dan dihayati sendiri oleh setiap rakyat negara ini berdasarkan pengalaman masing-masing setelah lebih 50 tahun berada di bawah pemerintahan BN.

Saturday, November 12, 2011

Lagi kejutan: NFC bayar RM10mil untuk kondo mewah Shahrizat


            Ini ialah satu dakwaan yang mungkin sukar di tangkis Senator UMNO Shahrizat Jalil.
              Walaupun meminta rakan-rakannya - Perdana Menteri Najib Razak,menteri, Menteri Pertanian Noh Omar and Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin – untuk menangkis "agenda politik" pembangkang yang beliau dakwa dilakukan demi melemahkan sayap Wanita, semua mata tertumpu padanya tentang bagaimana dia akan menjelaskan mengenai kondominium mewah benilai RM10 juta yang dibayar menggunakan dana dari projek pengeluaran daging lembu NFC.

“Menurut mereka pinjaman RM250 juta untuk projek itu diletakkan di dalam satu akaun yang kawal dengan rapi. Adakah kondominium tersebut untuk lembu-lembu?” Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution memberitahu satu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Kondo untuk pelaburan: Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi


              Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.
              Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”

“Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium

Friday, November 11, 2011

Melayu berpecah: Mahathir nyanyi lagu lama

.... Kini Mahathir mudah lupa zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu semuanya sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar. Melayu bukan berpecah, cuma melayu tinggalkan UMNO yang dongeng, munafik, hipokrit, zalim , bapak perasuah yang bertentangan dengan nilai-nilai agama.

                Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyanyi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu.
              “Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang dilaporkan Bernama semalam bahawa orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah.

Siasat Anwar, PKR dakwa BN cuba alih isu lembu


 ..... dan dibiarkan 250 juta skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN.
           PKR hari ini mendakwa siasatan terbaru terhadap Ketua Umum Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu video seks adalah cubaan kerajaan mengalikan isu.

            Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR R.Sivarasa Rasiah berkata, kerajaan sebanarnya sedang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari berbicara tentang isu pembaziran seperti didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru skandal projek Fidlot lembu yang mengaitkan ahli kelurga seorang menteri BN.

"Kita melihat Umno cuba mengalihkan isu yang telah mengaitkan barisan kepimpinan mereka berhubung dengan soal rasuah dan terbaru berkenaan dengan isu lembu dengan dakwaan terbaru polis yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang.

"Ini adalahan satu konpirasi terancang Umno dalam usaha mematikan karier Anwar selain mengalihkan isu terbesar mereka dalam skandal rasuah serta penyelewengan duit rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana hari ini.

Zuraida: Ada pendedahan lebih besar dari skandal Fidlot


                 KEADILAN memberi kata dua kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil samada meletakkan jawatan atau beberapa bukti penyelewengan yang lebih besar membabitkannya didedahkan.
                Peringatan itu dibuat Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin kepada Shahrizat ekoran gagal menjawab skandal National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan keluarganya.

Sebaliknya kata Zuraida, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno bertindak menyerang peribadi beliau tanpa menjawab penyelewengan wang rakyat sebanyak RM250 juta itu.

“Tindakan terhormat perlu diambil Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah mengumum perletakan jawatan dari kerajaan dan berundur dari politik serta merta kerana KEADILAN masih ada beberapa bukti penyelewengan lebih besar yang belum didedahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Undi Pos di Lembah Pantai meningkat 1,363 peratus



                    Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangannya terhadap peningkatan undi pos yang mendadak sebanyak 1363 peratus di kawasan itu.
                   Naib Presiden KEADILAN itu berkata, sebanyak 149 undi pos direkodkan pada 26 September 2011 namun beliau hairan dengan jumlah yang meningkat kepada 2180 pengundi pada 2 November 2011.

“Itu tak termasuk lagi isteri-isteri mereka yang dalam undang-undang Malaysia dibolehkan mengundi menerusi undi pos.

Thursday, November 10, 2011

Jakim: Tidak dapat haji mabrur jika amal rasuah


            Di antara sebab seseorang muslim yang menunaikan haji gagal mendapat haji Mabrur ialah kerana mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.
           Itu antara isi kandungan khutbah yang dipapar dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk Haji Mabrur Tanda Pengabdian Suci bertarikh 14 Disember 2007 bersamaan 4 Zulhijjah 1428 Hijrah.

“Di antara punca utama mereka tidak mendapat haji mabrur ini ialah kerana masih melakukan maksiat, mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, tidak amanah, tidak mempunyai integriti dan sebagainya,” isi khutbah itu dipetik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, terdapat kalangan pimpinan negara yang menunaikan haji di Mekah tetapi berterusan melakukan kezaliman dan penindasan kepada rakyat, termasuk rasuah.

Dakwat kekal: Apa kata mantan Pengerusi SPR

              SEKALIAN penyokong reformasi dan transformasi Suruhanjaya Pilihan Raya boleh terhibur atas kenyataan mantan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tentang ketawanya dengan hasrat SPR bagi merojokkan penggunaan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa.
              Dia ketawa atas hasrat terbaru SPR itu mungkin justeru itu ia satu lawak jenaka yang menggelikan, tetapi ketawanya itu boleh memberi menghiburkan sedikit hati pejuang reformasi dan transformasi SPR seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga.

Salah satu dari tuntutan Bersih 2.0 ialah penggunaan dakwat kekal di jari pengundi yang sudah mengambil kertas undi seperti yang digunakan oleh banyak negara did dunia. Yang terakhir di Tunisia.

Kisah tiga Perdana Menteri: Tak hairanlah Malaysia akan bankrap!

Tiga Perdana Menteri yang mengkhianati amanah rakyat
  
         Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang telah berusaha membangunkan Malaysia berdasarkan 'nasionalisme korporat' dengan cara bertentangan dan paksaan demi mencapai status negara perindustrian yang berkeinginan untuk masuk dalam senarai negara-negara maju OECD menjelang tahun 2020.

Sekarang diusia 85 tahun, Mahathir telah memperolehi pencapaian yang besar dan telah menetapkan tanda aras yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau juga gagalan dalam beberapa aspek. Secara keseluruhannya, sewaktu beliau bersara, keadaan masih baik walaupun pelan sosial yang beliau bina melalui Dasar Ekonomi Baru adalah telah berjaya mengasingkan orang Melayu hampir sepenuhnya daripada kaum-kaum lain.

Buku: Najib perlu undur sebelum PRU, korban selamatkan Umno-BN

"Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."

Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.
Tulisan buku (gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.
Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."

Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.

Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?


           Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?
            Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".

"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?

"Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.

Wednesday, November 9, 2011

Harapan rakyat pada Haji Najib dan Hajah Rosmah


              Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah "haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga.” Inilah cita- cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ianya sebagai rukun Islam.
             Haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik.

“PAS mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak dan isteri, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor mendapat haji mabrur, kerana itulah yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Amanah: Panggil PRU-13 hanya lepas pembaharuan pilihan raya


               Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah mahu pilihan raya umum ke-13 hanya diadakan selepas pembaharuan pilihan raya yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.
               Bercakap pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh (gambar) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata pentadbiran Najib perlu melaksanakan cadangan pembaharuan pilihan raya selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selesai menjalankan kajian.

“Kita alu-alukan langkah kerajaan bawa perkara ini ke Parlimen, kita harap kerajaan dalam laksanakan cadangan pilihan raya selepas jawatankuasa ini selesai jalankan kajian. Kemudian baru panggil pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Tuesday, November 8, 2011

Teka-teki PRU bulan depan makin rancak, tapi 2012 pilihan ramai


                Datuk Seri Najib Razak selesai menunaikan haji. Parlimen dijangka akan selesai meluluskan Bajet 2012 minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat menyambung persidangannya esok. Ia antara pertimbangan terbaru spekulator bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bulan ini.
                Tinggal enam bulan mandat kerajaan pusat semasa genap empat tahun. Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Dalam hal ini, PAS Selangor meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bulan depan selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti meluas oleh media untuk memberi kesan positif ke atas kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang keenam. Pilihan raya umum ke-13 adalah yang pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri.

Monday, November 7, 2011

Senator atau sampah

Ezam Katak dan Nallakarupan diantara perlantikan Senator politik yang tidak bermaruah


               Dewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing. Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen.

Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel.

Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang.

Sunday, November 6, 2011

Halang PRU 13 sebelum laksana perubahan

Rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.
            Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN.
           Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini.

Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

Menurutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.

PPSMI: Mahathir tak wajar masuk campur

Setelah dibuat kajian, PPSMI sebagaimana yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa  iaitu tercicir dalam pelajaran tersebut.


          Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan.

SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini

 
           Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.
            Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Saturday, November 5, 2011

Melayu yang bagaimana dapat puaskan Ibrahim Ali dan Dr M?


            Angan-angan Ibrahim Ali berjuang untuk orang Melayu adalah sehebat keinginan kita menghidupkan semula Dodo dengan pembiakan silang antara burung merpati dengan burung unta.
           Dakwaan bahawa hanya Melayu yang unggul, sudah ketinggalan kerana pada masa yang sama Ibrahim tidak mahu kehilangan hak keistimewaan yang telah dilanjutkan, ia sebenarnya adalah penghinaan kepada idea apa ertinya menjadi Melayu.

"'Melayu Moden' adalah campuran berbilang kaum," kata Profesor Zilfalil Alwi, dalam kajian beliau "AsalUsul Melayu berdasarkan fakta genetik" . Ia membincangkan satu kajian yang dilaksanakan selama tiga tahun yang melibatkan kira-kira 50,000 sukarelawan. "Kini anda tidak dapat membezakan sama ada seseorang itu Cina atau Melayu hanya dengan melihat ciri-ciri fizikalnya semata-mata," kata beliau

Pemaju Umno Pulau Pinang Robohkan Rumah Kampung Melayu


                 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.
Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.
"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga


              PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.
             Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air.

Friday, November 4, 2011

Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen

Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu 

           KOTA BHARU - Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.
              Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum

Anwar yakin Pakatan ambil alih Putrajaya


                  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
                 Bercakap dalam satu temubual dengan agensi berita antarabangsa Bloomberg, Anwar menjangka kemenangan Pakatan pada PRU 13 itu sebagai ‘kebangkitan Malaysia’.
                 “Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan,” kata beliau dalam temu bual dipetik agensi berita itu hari ini.

Anwar memberitahu Bloomberg Pakatan bakal memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN termasuk di Johor dan Pahang, serta memperoleh kembali majoriti di lima negeri yang dimenangi pada 2008.
Selain itu beliau juga yakin Pakatan akan mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.

Muslihat politik tidak lulus daftar Pakatan

          Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat ‘muslihat politik’ apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.
                    Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan  pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13.

Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN.

Thursday, November 3, 2011

LGE rasis?

Sejak dahulu hingga sekarang, fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu  “rasis” ?. Apakah benar beliau bersifat begitu ?

                Satu lagi demonstrasi haram anti-Pakatan Rakyat berjaya diadakan di Pulau Pinang tanpa sebarang tembakan gas pemedih mata atau pancutan air kimia oleh pihak polis
                Demonstrasi kali ini yang dibuat oleh sekumpulan Mat Rempit bersama motosikal mereka yang dipercayai didalangi oleh kumpulan-kumpulan tertentu telah membawa satu pakej mesej yang agak ganjil: Selamatkan Mat Rempit”, “Selamatkan Pulau Pinang” dan “LGE Rasis”.

LGE di sini membawa maksud Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang telah menjadi mangsa fitnah sejak mengambil alih kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum 2008. Malah anak sekolahnya juga telah difitnahkan oleh blogger pro-UMNO dan beberapa pemimpin UMNO baru-baru ini.

Sejak dahulu hingga sekarang, fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP itu hanya bertumpu kepada satu perkara sahaja, iaitu “rasis” atau perkauman.

Rakyat cerdik, tak 'makan' putar belit Umno

"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu, Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana tersilap," - Mohd Sabu

                 Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno BN berada dalam keadaan nazak sekarang.
Katanya, cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'racist, religion, royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.
                 Ini, katanya kerana rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka.

"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno BN.

Wednesday, November 2, 2011

Umno guna isu seks sesama sendiri?

Pendedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno.

            Peperangan skandal seks dalam Umno demi menjatuhkan lawan dianggap semakin berleluasa apabila seorang janda membuat pendedahan berani yang dikatakan melibatkan seorang Ketua Bahagian Umno di Kelantan baru-baru ini.
           Rakaman VCD pengakuan tersebut yang telah mula tersebar di Kelantan itu dikatakan dibuat oleh pihak di dalam Umno sendiri berikutan pihak yang melakukan temuramah tersebut dikenal pasti merupakan ahli Umno.


Demikian menurut penulis politik terkenal yang merupakan Ketua Pengarang akhbar Siasah, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, Merah Tinta MSO baru-baru ini setelah menonton VCD pengakuan tersebut.

“Tetapi dari VCD pendedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno.

Takut debat Anwar, Najib tidak layak jadi PM

Berdasarkan Laporan Audit yang dibentangkan banyak kekeliruan yang timbul. Debat menjadi platform terbaik untuk Najib menjelaskan tentang isu mengenai ekonomi dan Belanjawan 2012, debat itu juga jadi landasan terbaik kepada Najib untuk menjawab mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini.
                Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri sekiranya beliau tidak berani bersemuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
                Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, ini kerana perdebatan di kalangan pemimpin tertinggi di negara-negara maju merupakan amalan biasa yang dilakukan.

Justeru itu katanya, debat itu perlu disegerakan supaya rakyat boleh menilai siapakah antara kedua mereka yang lebih layak bergelar perdana menteri, menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Najib sudah tentu akan mempertahankan jawatannya sebagai PM dan Anwar pula akan diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai PM,”

Tuesday, November 1, 2011

Masalah Najib-Muhyiddin macam kartun CatDog - Mohd Rashidi Hassan

           JIKA hendak diberikan gambaran permasalahan dalam Umno hari ini, ianya tidak ubah macam rancangan animasi televisyen kartun CatDog. Ia hanya ada satu badan, tetapi ada dua kepala. Satu kepala cat (kucing) satu lagi kepala dog (anjing).

Dua-dua kepala ini punyai perangai, citarasa, pendekatan dan minat yang berbeza, sehingga sering bercanggah antara satu sama lain. Tetapi tiada pilihan kerana terpaksa berkongsi badan yang sama.

Badan yang dikongsi dan hendak dibawa adalah Umno, yang hayatnya sudah hampir sampai ke penghujung. cara mana hendak bawa Umno, pendekatan mana yang paling sesuai untuk menyelamatkan Umno daripada kepupusan.

Mahkamah buktikan Auku mesti dimansuhkan segera- AMK

“Sekian lama mahasiswa dipasung minda mereka dengan peruntukan AUKU yang tidak munasabah, dan hari ini, AUKU terbukti bercanggah dengan Perlembagaan.


Angkatan Muda KEADILAN menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin.
“AMK melihat keputusan ini memberikan titik noktah kepada hayat Auku agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuang secara istiqamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Shamsul, Seksyen 15 AUKU merupakan ‘perangkap yang sengaja dipasang’ pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa.
“Sekian lama mahasiswa dipasung minda mereka dengan peruntukan AUKU yang tidak munasabah, dan hari ini, AUKU terbukti bercanggah dengan Perlembagaan.

PPSMI tidak jamin Malaysia jadi negara maju

"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," 

            Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjamin negara ini maju.
           "Dasar Kerajaan Umno ni bila ada menteri baru datang, ada saja dasar baru dan cara sedemikian akan merosakkan masa depan anak bangsa kita. Dari awal lagi kita sudah menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju.

"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," jelasnya yang ditemui di parlimen hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...