Sunday, April 11, 2010

Hulu Selangor, Anak Tangga Ke Putrajaya


KUALA KUBU BAHARU 10 April - Pakatan Rakyat semalam melancarkan secara rasmi jentera pilihan raya bagi Parlimen P094 Hulu Selangor dengan menganggap kemenangan pada 25 April depan sebagai "anak tangga" terpenting merealisasikan impian menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Pelancaran yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Kuala Kubu Baharu disaksikan lebih 3,000 penyokong dan petugas Pakatan Rakyat dari KEADILAN, PAS dan DAP dari seluruh negara.
Khalid yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor menegaskan perjuangan Pakatan Rakyat pada PRK ini bukan setakat membela nasib rakyat Selangor tetapi juga untuk selkuruh rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan.
"Kita berjuang sekarang bukan hanya untuk rakyat negeri Selangor tetapi untuk negara kita Malaysia yang memerlukan pembelaan dari terus diperintah oleh pemimpin yang zalim, pemimpin yang membenarkan campur tangan luar dalam urusan keselamatan negara seperti Apco yang terang-terang terlibat dengan Zionis-Israel.
"Saya telah bekerja lebih 750 hari dan setiap hari saya bertanya adakah sudah cukup tenaga saya untuk rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga saya berada kedudukan sekarang. Saya perlu bekerja keras untuk rakyat Selangor kerana tanpa mereka saya tidak akan berada disini.
"Kita tidak boleh tipu rakyat dan juga mengambil hak rakyat, hak mereka kita perlu pulangkan kepada mereka bukannya menjadi milik kita. Perjuangan kita bukan senang banyak lagi yang kita perlu lalui, disebabkan amanah rakyat perjuang Pakatan Rakyat tidak boleh lari dari landasan yang sebenar.
"Kemenangan di Hulu Selangor adalah isyarat kita untuk menang di Sibu dan juga tangga kita ke Putrajaya sudah semakin hampir," kata beliau di Dewan Kuala Kubu Baharu.
Ahli Parlimen Gombak Mohd Azmin Ali yang juga turut hadir menjelaskan bahawa rakyat perlu sedar apa yang telah Barisan Nasional lakukan kepada negara ini yang membiarkan campur tangan asing.
"Kita mahu rakyat sedar apa yang telah kerajaan lakukan, kita tidak perlu campur tangan Apco dalam pentadbiran negara ini dan BN perlu belajar dari Pakatan Rakyat bagaimana ingin mentadbir negara tanpa campur tangan luar. Lihat bagaimana kita mentadbir negeri Selangor.
"Kita lihat bagaimana perpaduan dalam Pakatan yang mana PAS dan DAP telah memberi persetujuan agar KEADILAN yang membuat keputusan bagi calon pilihan raya kecil ini, kita tidak seperti BN yang berebut hendak meletakkan calon masing-masing.
"Calon yang kita pilih benar-benar komited dan mantap, calon yang boleh bekerja untuk segenap lapisan masyarakat dan kaum. Kemenangan kita pada pilihan raya ini akan membawa kemenangan kita di Sibu nanti dan ini menandakan kita semakin hampir ke Putrajaya," tegasnya.
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjelaskan kemenangan di Hulu Selangor sebagai tanda untuk Pakatan merampas negeri Melaka.
"Kekuatan jentera yang ada ini dalam mengekalkan kemenangan kita adalah isyarat kepada kita bahawa dengan kekuatan seramai ini kita akan dapat menawan negeri Melaka kerana saya difahamkan saiz Hulu Selangor sebesar negeri Melaka.
"Kemenangan ini juga untuk kita menghalang kezaliman BN dari terus menindas rakyat. Jentera PAS sudah bersedia dari awal lagi untuk membantu kemenangan calon dari KEADILAN dan kita bergerak atas landasan yang sama," jelas beliau.
Ahli Parlimen Kepong yang juga Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw percaya dengan jentera seramai 3,000 petugas mampu menembusi kubu kuat Umno di setiap ceruk Hulu Selangor.
"Dengan kekuatan ini saya percaya tempat-tempat yang menjadi kubu kuat Umno dapat kita tempuh dan serang, dan kemenangan pada 25 April nanti membuktikan bahawa Umno tidak lagi menjadi pilihan kepada rakyat.
"Kita tidak perlu menjadi macam Najib yang hanya tahu cakap sahaja, janji setiap kali pilihan raya tetapi tidak ditunaikan. Apa yang kita perlu buat adalah tunaikan apa yang kita cakap kerana itu yang rakyat nak," tegas beliau.
Majlis tersebut yang juga turut dihadiri beberapa Exco kerajaan negeri dan juga ahli-ahli Parlimen telah menguatkan semangat jentera yang tidak sabar untuk memulakan tugas berjuang bagi memastikan BN terus berkubur di Hulu Selangor. - SK
Harap-harapkan kerjasama erat diantara pkr, dap dan pas terus berkekalan dan gerak kerja dan muafakat hendaklah ditingkatkan agar mesej dan maklumat sampai kepada pengundi di Hulu Selangor. Insyaallah kemenangan akan menyebelahi kepada kebenaran.

Saturday, April 10, 2010

Perlembagaan Persekutuan Tentukan Kerayatan, Bukan UMNO.


KUALA LUMPUR, 9 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, bukan Perlembagaan Umno.

Justeru, katanya PAS kesal dengan ucapan perkauman Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini yang didakwa perlu berterima kasih kepada Umno.

Malah, katanya selepas lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi untuk menunjukkan Umnolah juara rakyat sebenarnya.

“Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin Umno. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan menggelarkan kaum Cina dan India di negara ini sebagai pendatang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, PAS menolak sebarang ucapan, slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh Umno dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat.

Tambahnya lagi, isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan PAS berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni di negara ini serta menghormati hak masing-masing.

“PAS menyeru komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini Umno sudah kembali menunjukkan dasar perkaumannya. Umno hanya menjual slogan demi slogan bagi menarik sokongan rakyat,” ujarnya.

Malah, ujarnya lagi dalam konvensyen yang Noh berucap itu, hanya lagu BN dan Umno sahaja yang dinyanyikan seolah-olah dalam BN hanya ada parti Umno sahaja.

Katanya, jawapan pengerusi penganjur konvensyen, yang mendakwa tidak melihat sebarang isu dalam hal itu menjelaskan lagi sikap Umno yang memandang kecil kehadiran komponen lain BN semasa majlis itu.

Malah, beliau menambah Umno sampai hari ini tidak pernah berhenti menyalahkan MIC dan MCA di atas kekalahan teruk mereka di Selangor.

“Oleh itu, PAS melihat komponen BN bukan Melayu kini ibarat anak tiri yang sudah kematian bapa. Sudah kalah, Umno pun tak pandang,” ujarnya.

Beliau berkata, PAS juga yakin, rakyat akan menghukum BN dalam Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan komponen lain yang masih bacul untuk meninggalkan BN kerana menjaga periuk nasi mereka.
Sumber Harakahdaily

Friday, April 9, 2010

Ahli Parlimen Bandar Sibu Meninggal Dunia.. Satu Lagi Pilihan Raya Kecil.


KUALA LUMPUR 9 April - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, 68, yang juga anggota Parlimen Bandar Sibu meninggal dunia hari ini akibat barah di Hospital Selayang.


Setiausaha Sulitnya, Peter Hu mengesahkan Lau meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.


Beliau adalah ahli jawatankuasa kerja tertinggi SUPP dan menyertai parti sejak 1982.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan oleh Suruhan jaya Pilihan Raya dalam tempoh 60 hari yang menjadikan kesemuanya 11 PRK sejak Pilihan Raya Umum 2008.


Sebelum ini, Sarawak menghadapi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 iaitu DUN Batang Ai pada 7 April 2009. Kerusi itu dimenangi Barisan Nasional setelah mengalahkan calon KEADILAN.


Lau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 27 Mach 2004 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan selepas PRU 2008.


Dalam blog beliau, Lau menceritakan bahawa beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga petani miskin yang terpaksa mendirikan sebuah rumah rumah yang diperbuat daripada kulit kayu.

Beliau kehilangan ibunya pada usia 5 tahun dan diasuh oleh abang, kakak serta kakak ipar.Lau mengalami zaman remaja yang susah tetapi berkata ketekunan dan usaha kuat dan bantuan daripada tiganya beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang perakaunan selama tiga tahun di University of South Australia.

Impian beliau sebagai Ahli Parlimen Sibu ialah untuk membangunkan bandar itu sebagai pusat IT bagi Sarawak serta membantu golongan miskin.

Lau memenangi kerusi tersebut undi setelah menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang pada PRU ke-12 dengan majoriti 3,235.


Lau memperolehi 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim 812 undi

Kawasan Parlimen Bandar Sibu P212 mempunyai 53,679 pengundi berdaftar yang terdiri daripada majoriti pengundi Cina (60 peratus) diikuti oleh kaum Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Sumber- SK

Musa Hasan Jangan Berdalih Siasat Kaitan Israel Dalam Projek IT PDRM


KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya pihak polis meneruskan siasatan berhubung pembabitan syarikat berkepentingan Israel dalm projek IT PDRM berdasarkan kepada bukti yang sedia ada bukan mengeluarkan kenyataan meminta beliau menyerahkan bukti untuk membantu siasatan.

"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut.

"Beliau boleh merujuk surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009, surat Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember 2008, serta laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang SPRM.

"Laporan itu menyebut antara kaitan Asiasoft Sdn Bhd dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft dan pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel," jelas Anwar pada sidang media di Palrimen tengahari tadi.

Selain itu juga beliau juga menjelaskan ada laporan polis telah dibuat tentang penglibatan tersebut.

"Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan pada 28 November 2008, telah menyebut tentang Syarikat Masterplan Consulting Sdn Bhd yang melantik sub kontraktor Asiasoft yang didaftarkan di Tel Aviv, Israel.

"Selain itu juga pada 11 Ogos 2008, mesyuarat PAC Datuk Seri Azmi Khalid ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel dan ini suatu yang menakutkan kerana Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah melaksanakan sistem keselamatan dengan tujuan ini mendapat semua maklumat seluruh dari seluruh dunia," katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyambung laporan terbaru dikeluarkan oleh akhbar Suara Keadilan jelas mengatakan ada pertemuan antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan bukti ini boleh dirujuk kepada laman sesawang KDN.

"Saya ingin menegaskan agar Musa Hassan menyambung kembali siasatan yang telah dibuat pada tahun 2008 tetapi telah terbantut yang tidak diketahui sebabnya, jadi apa tunggu lagi dengan banyak persoalan siasat sahaja jangan jadi macam Utusan Malaysia yang memutar belit berita selain menuduhkan kita mempertikaikan soal keselamatan negara," tegas Anwar.




Sumber- SK

Sifat Munafik Zulkifly Nordin


KUALA LUMPUR 8 Apr - Angkatan Muda KEADILAN Malaysia menganggap kenyataan berbelit Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu berhubung dakwaan pembbaitan pihak ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu menyerlahkan sifat munafik Zulkifli Noodin.

Demikian menurut kenyataan AMK yang dikeluarkan hari ini yang mengulas beberapa siri 'pendedahan' yang sedang ligat diputar belit oleh media berikutan kenyataan Zulkifli.

AMK berkata media pro-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian giat menyiarkan pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau dimaklumkan oleh Zulkifli bahawa pihak ketiga yang beliau maksudkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli pada 23 Mac 2010 yang lepas mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh 'pihak ketiga' yang tidak didedahkan.

"Walaupun begitu, ia sama sekali berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Zulkifli melalui wawancara Suara Keadilan bertarikh Julai 2007 di mana tatkala beliau ditanya apakah faktor beliau menarik diri daripada menjadi peguam Azilah Hadri, alasan yang diberikan adalah disebabkan oleh tindakan Azilah yang mahu mengubah strategi pembelaan di saat akhir meskipun sebanyak 12 sesi konsultansi diadakan di antara beliau dan Azilah. Strategi Azilah, disifatkan Zulkifli, merosakkan strategi pembelaan yang dirancang lebih awal yang hanya memberi kelebihan dan perlindungan kepada 'pihak ketiga'.

"Sebagai peguam, Zulkifli sewajarnya tahu akan etika guaman yang tidak membenarkan sebarang kenyataan subjudis yang boleh mengganggu perjalanan mahkamah, dalam keadaan rayuan bagi kedua tertuduh bagi kes ini masih berjalan. Tindakan ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah umumnya," kata Ketua AMK dalam kenyataan tersebut.

AMK menimbulkan persoalan mengapa Zulkifli acapkali memberikan kenyataan yang samar dan meragukan?

"Sewajarnya sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, beliau harus mendedahkan siapa pihak ketiga yang dimaksudkan sedari awal lagi, bukannya mewujudkan dua versi cerita yang berbeza mengikut iktikad politik beliau.

"Sekiranya benar Zulkifli seorang yang benar-benar Muslim yang taat pada agama, mengapa Zulkifli masih taat dan wala' kepada seorang pemimpin yang kononnya tergamak memfitnah orang lain dan berusaha memalitkan orang tersebut dalam kes pembunuhan Altantuya ini?

"Adalah sesuatu yang memelikkan apabila Zulkifli, yang acapkali menggambarkan beliau sebagai "Muslim First" gagal memperlihatkan kemusliman beliau dalam berhadapan dengan kes Altantuya. Malah, sikap berdolak dalik dan menimbulkan keraguan seumpama ini hanya merupakan sebahagian daripada sikap syaitan yang acapkali dijelaskan di dalam Al-Quran, khususnya seperti yang diungkapkan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 14-16. Zulkifli tidak pernah mendedahkan sebarang nama pun, baik dalam cerita 'pihak ketiga' ini termasuklah seloka," tegas beliau lagi.

Tambah AMK memperlihatkan diri sebagai Muslim yang baik tidak terhad dengan berketayap ataupun memberi khutbah di merata tempat, sebaliknya keazaman untuk mempertahankan kebenaran meskipun pahit adalah sesuatu yang patut dijunjung oleh individu seperti Zulkifli.

Memutar belit cerita dan menimbulkan keraguan yang tidak munasabah adalah hanya satu unsur munafik yang menghampiri sikap syaitan.

"AMK menyimpulkan bahawa, Zulkifli harus berhenti daripada meneruskan sikap berdolak-dalik seumpama ini. Jangan cemarkan imej Islamik yang dibawa beliau ke sana sini kerana ianya hanya menghampiri sikap syaitan yang sesat lagi menyesatkan umat manusia seluruhnya," kata beliau lagi.


Sumber-SK


Thursday, April 8, 2010

Ceramah Atas Lori, Polis Tutup suis Mikrofon


Sekali lagi ceramah Pakatan Rakyat (PR) dilangsungkan dengan semangat apabila aktiviti pentas pemuda 'Siapa Pengkhianat Negara' berlangsung di atas lori selain 3 buah kerusi turut dimuatkan di atas lori tersebut.

"Kita buat program parti dan tidak mahu menyalahgunakan hak milik agensi kerajaan. Jelas kita berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sering menggunakan dewan dan sebagainya untuk menyampaikan agenda mereka,"jelas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar ketika dihubungi erapakatan.com.

Namun beliau kecewa dengan tindakan pihak polis yang kelihatan terdesak dengan menghalang ceramah yang dijalankan oleh PR.

Pihak polis dilaporkan telah mula melakukan cubaan untuk mengepung pentas tersebut ketika ceramah dimulakan.

Namun hasil perbincangan antara pihak polis dan pemuda PAs serta Angkatan Muda Keadilan (AMK), pihak polis telah bersetuju untuk memberikan sedikit lagi masa untuk PR meneruskan ceramah tersebut.

"Walaupun PR memerintah Selangor dan berceramah di Bukit Beruntung, tetapi dia tak menyangka pada malam ini saya akan berceramah dari atas sebiji lori.

"Itulah antara bukti betapa PR tidak langsung mahu menyalahgunakan harta benda kerajaan dan pandai membezakan yang mana satu hak parti dan mana satu hak rakyat dan kerajaan," kata Ahli Parlimen Rasah (AP) Antony loke ketika memulakan ceramah beliau.

Namun Antony sempat berucap selama 45 minit apabila pihak polis bertindak menutup sius bekalan elektrik daripada sebuah gerai makan berhampiran.

Namun semangat pendengar apabila lebih 500 orang penyokong bertindak berdiri dan memnuhi ruang berhampiran 'pentas lori' tersebut untuk mendengar lebih jelas tanpa mempedulikan mikrofon yang tidak berfungsi.

Shamsul berharap rakyat dapat membuka mata dan melihat BN yang terdesak sehingga mengganggu setiap program yang dijalankan PR.

"Hal ini berlaku di hadapan mata mereka dan kita yakin rakyat bijak membuat keputusan dan pilihan," jelas Shamsul lagi.

Turut sama dalam program tersebut Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari yang sama-sama memberi semangat dalam program tersebut.



Sumber-eraPakatan

Sharizat Hina Warga Emas Pulau Pinang


PULAU PINANG 7 Apr - Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pemberian RM100 setahun oleh kerajaan negeri kepada warga emas Pulau Pinang sebagai menghina golongan tersebut.

Dalam kenyataan beliau semalam, Shahrizat berkata jumlah yang diberi kerajaan Pulau Pinaang adalah memalukan kerana bagi kerajaan negeri telah meletakkan nilai warga emas kurang daripada RM10 sebulan.

AMK Pulau Pinang memandang kenyataan Shahrizat sebagai satu penghinaan kepada warga emas Pulau Pinang kerana menteri telah meletakkan nilai warga emas Pulau Pinang kurang dari RM10 sebulan.

"Kenyataan Shahrizat juga yang mahu mengucapkan takziah kepada warga emas Pulau Pinang juga merupakan satu kenyataan yang boleh dianggap biadap kerana mengucapkan takziah kepada warga emas yang masih hidup.

"Shahrizat sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana sebagai seorang menteri beliau telah mengulas isu ini hanya mengikut logik akal beliau sahaja tanpa mengetahui tujuan sebenar pengagihan RM100 ini," kata Amir Ghazali Ketua AMK Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Amir berkata sejak awal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menerangkan bahawa pemberian RM100 itu bolehlah dianggap sebagai hadiah ulangtahun kelahiran warga emas terbabit.

Pemberian RM100 itu telah diberikan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang berumur melebihi 60 tahun sejak Mac 2009 tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

"Tujuan pengagihan itu telah diterangkan kepada warga emas, ianya bukan untuk membasmi kemiskinan tetapi sekadar menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat menghargai warga emas Pulau Pinang.

"Agak menghairankan warga emas Pulau Pinang boleh memahami tujuan pemberian RM100 itu dan sedar RM100 itu tidak mungkin membawa keluar golongan miskin dari belenggu kemiskinan tetapi seorang menteri gagal memahaminya.

"Sebelum Shahrizat mendakwa beliau merasa malu dengan pemberian RM100 setahun oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Shahrizat sepatutnya mengimbau kembali semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, adakah mereka pernah menghargai kehadiran atau kewujudan warga emas yang banyak menyumbang untuk kerajaan negeri Pulau Pinang?" kata beliau lagi.

Amir berkata kecuali sumbangan RM50 dan kain batik atau pelikat yang diberikan 5 tahun sekali menjelang pilihan raya, warga emas Pulau Pinang tidak pernah dihargai langsung oleh BN dan realiti yang sepatutnya memalukan Shahrizat.

Tambah Ketua AMK itu Shahrizat sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana mengambil inisiatif memberi penghargaan kepada golongan warga emas.

"Saya bagi pihak Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang mendesak Datuk Seri Shahrizat agar meminta maaf secara terbuka kepada seluruh warga emas Pulau Pinang yang telah dihinanya itu," tegas Amir lagi.
Sumber-SK

Wednesday, April 7, 2010

Rakyat Hulu Selangor Bangga Pakatan Rakyat Mampu Selesai Masalah Pemilikan Tanah


SG TENGI 6 Apr - Langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan borang pemilikan tanah kepada 108 penduduk Ulu Bernam baru-baru ini telah memeranjatkan rakyat yang selama 50 tahun telah ditipu oleh Umno-Barisan Nasional.

Menurut Selamat Rakio, Ketua Kampung Desa Maju, Sg Tengi beliau terperanjat dengan kemampuan dan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mempunyai tanah dalam tempoh dua tahun sahaja berbanding dengan 50 tahun pengabaian Umno-BN.

"Ini betul-betul satu kejutan daripada pentadbiran Pakatan Rakyat bahawa dalam tempoh dua tahun sahaja mereka mampu mengatasi masalah yang membelenggu penduduk lebih 50 tahun.

"Di sinilah letaknya jurang perbezaan antara BN dan Pakatan Rakyat. BN yang memerintah lebih 50 tahun tidak dapat selesaikan masalah rakyat malahan siapa yang menjadi ahli jawatankuasa kemajuan kampung dan kroni sahaja yang dapat tanah. Buka sahaja tanah rancangan baru, kroni BN berebut-rebut nakkan tanah, jadi yang miskin bertambah miskin tidak dapat apa-apa, yang kaya bertambah kaya," kata Selamat selepas menyampaikan memorandum kepada Khalid pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Sg Tengi Ahad lalu.

Memorandum tersebut memohon bantuan kerajaan negeri memberi tapak rumah kepada 150 orang yang mewakili generasi kedua peneroka Felda.

"Kami memohon agar generasi kedua peneroka Felda Sg Tengi yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menumpang ibubapa serta bekerja sebagai buruh memohon tanah untuk penempatan.

"Kami juga memohon diberi kawasan ladang untuk tanaman kontan.

"Wakil rakyat BN tidak pernah membantu walaupun berpuluh kali mereka memohon namun tidak ada apa-apa jawapan. "Kalau ada tanah yang diberi hanya kepada kroni mereka sahaja," kata beliau lagi. -
Sumber- SK


Tuesday, April 6, 2010

Zaid Calun PKR Hulu Selangor



BEKAS Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, 59 yang disebut-sebut akan diturunkan PKR untuk mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor sudah hampir pasti akan dicalonkan PKR.

Zaid (foto), yang meninggalkan Umno kerana tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan Umno yang tidak berubah dari paradigma konservetifnya dipilih berdasarkan populariti beliau sebagai salah seorang pemimpin PKR di peringkat nasional.

Beliau adalah antara lima calon yang disenarai pendekkan PKR sebelum ini.

Zaid adalah pemimpin PKR yang juga menjadi penyelaras parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Zaid lahir di kampung Cat, Bachok Bachok, Kelantan. Menyertai Umno sejak belasan tahun dan aktif dalam parti itu 1986 ketika berusia 40 tahun. Berkelulusan dalam bidang undang-undang dan menubuhkan firma guaman terkenal Zaid & Co.

Jawatan tertinggi beliau dalam Umno ialah selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. Pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Jawatan tertinggi yang pernah dipegang dalam kerajaan ialah selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa Abdullah Baawi menjadi Perdana Menteri. Zaid mengambil keputusan melepaskan jawatan dan tidak terus berada dalam kabinet Najib apabila Abdullah tidak menjadi PM.

Seorang yang berprinsip dan tidak tunduk kepada tekanan daripada terus memperjuangkan nasib rakyat bawahan. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.

Pemilihan Zaid sebagai calon PKR diyakini akan memberi tentangan sengit kepada UBN sama ada parti itu meletakkan wakil MIC atau Umno dalam pilihan raya 25 April nanti.

Semalam PKR telah mengadakan mesyuarat biro politik dan dipercayai telah memutuskan Zaid Ibrahim sebagai calon. Pengumuman Zaid sebagai calon akan dilakukan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim Khamis atau Jumaat ini. -


Sumber- MSO

Monday, April 5, 2010

"Saya Rela Digantung Daripada Parlimen"-Anwar


SG TENGI 5 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau rela digantung daripada menghadiri sidang Parlimen berhubung pendedahan hubungkait kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan firma perunding antarabangsa, APCO Worldwide yang pro-Zionis Israel.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebaliknya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tampil menjawab persoalan yang beliau timbulkan di dalam Parlimen antara kaitan APCO dengan bahagian perisikan Israel, Shin Bet serta butiran perjanjian yang ditandatangi antara kerajaan dengan firma tersebut.

"Esok (Isnin) mereka (Ahli Parlimen Umno-BN) akan mengemukakan usul untuk menghadapkan saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dengan tujuan untuk menggantung saya mungkin tiga, enam bulan atau lebih. Saya bersedia menghadapi tindakan mereka itu kalau ini bermakna saya mendedahkan mengenai terhadap risiko keselamatan negara melalui perjanjian kerajaan dengan APCO.

"Saya sudah bongkar cerita APCO tetapi sehingga kini Najib tidak jawab apa yang saya tanya," kata Anwar semasa beucap pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sg Tengi semalam.

Anwar juga membidas Pergerakan Pemuda Umno yang seringkali menjadikan amalan menghunus keris apabila menuduh beliau mengkhianati Melayu tetapi senyap bila berhadapan dengan isu APCO.

"Mana dia Pemuda Umno yang suka menghunus keris, kononnya nak mempertahankan hak Melayu. Kenapa senyap bila kerajaan sendiri bersekongkol dengan firma yang dipimpin oleh bekas Ketua Perisikan Israel? Mengapa mereka terus menyokong perasuah dan penindas yang menjadi agen kepada APCO dan mengkhianati kepentingan Melayu?," tanya Anwar lagi
Sumber- SK

Nik Aziz Nafi Laporan Blog Kickdefella


KOTA BAHARU 4 April - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menderma kepada kerajaan negeri pimpina n Pas.

Beliau menegaskan, bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Beliau mengatakan, penulis blog terbabit cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan rasa dukacitanya terhadap sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. - Bernama

Calun PKR Bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor DiUmun Selasa


Spekulasi siapa yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diketahui selewatnya hari Selasa ini.

Ketika berucap di Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sg Tengi semalam Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon yang dipilih kelak adalah yang terbaik bagi membawa bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 25 April depan.

Secara berjenaka Anwar berkata berbanding dengan Pilihan Raya Umum 2008 di mana parti menghadapi masalah mencari calon yang berkaliber dan bersesuaian senario kini sudah berubah.

"Kita akan umumkan nama calon satu, dua hari lagi. Sekarang keadaan sudah berubah, calon lebih ramai daripada pengundi.

Dulu masa pilihan raya umum 2008 susah nak cari calon yang sesuai, sebab tu ada yang lompat. Saya minta maaflah pasal hal ini kerana masa tu kita pilih mana yang ada. Tapi tidak apa ini menjadi satu pengajaran kepada kita.

"Ada baiknya sekarang ramai calon kerana ini bermakna ramai calon yang layak, yang bagus-bagus semua," kata Anwar kepada lebih 500 penduduk Sg Tengi yang memenuhi Dewan Felda Sg Tengi dimana majlis diadakan.

Turut hadir pada majlis penerangan tersebut termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri serta kepimpinan KEADILAN peringkat pusat dan negeri.

PRK diadakan berikutan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak 25 Mac lalu. -

Allahyarham mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Sementara itu laporan Bernama menyatakan Barisan Nasional dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April. - SK

Ku Li - Umno-BN Akan Hilang Sokongan Melayu Di Hulu Selangor


Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menjangkakan KEADILAN-Pakatan Rakyat akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong Umno-Barisan Nasional sekiranya parti itu menamakan calon Melayu yang berwibawa dan mempunyai ketokohan.

Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.

"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan National. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.

"Barisan National tidak akan mendapat sokongan pundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.

PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.

MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.

Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi..- SK

Sunday, April 4, 2010

Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor


Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang kosong sejak Khamis lalu dan bakal menyaksikan saingan sengit, akan berlangsung pada 25 April.

Penamaan calon akan diadakan pada 17 April.

Tarikh pilihan raya kecil ini yang pertama bagi Selangor sejak 8 Mac 2008 diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat panel sebentar tadi.

Pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi.

Abdul Aziz berkata pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.

Katanya, SPR juga menetapkan tarikh hari ini sebagai tarikh keluar writ manakala notis akan dikeluarkan pada Isnin ini.

“SPR telah dimaklumkan secara rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan itu pada 29 Mac lepas dan selepas meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Rakyat, SPR telah memutuskan bahawa kekosongan kerusi P.094 berkuat kuasa pada 26 Mac,” katanya.

Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

Beliau berkata Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi sementara pusat mengundi akan melibatkan 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus dengan dibantu oleh tujuh penolong, katanya.

Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Katanya 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Daripada jumlah tersebut, Abdul Aziz berkata kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Mengenai undi pos, beliau berkata ia mungkin diadakan dua hari sebelum hari mengundi dan proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dilakukan di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Beliau juga berkata SPR akan menubuhkan enam pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari hari penamaan calon sehingga tamat hari pengundian. -MI

Wednesday, March 31, 2010

1 Malaysia - Rakyat tidak Percaya Kepada Najib



KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli Umno terhadap gagasan 1Malaysia.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap kumpulan pelampau Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1Malaysia.
“Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin Umno secara terbuka menyokong Perkasa,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya PAS berharap agar rakyat menyedari perkara itu dan bersatu menolak pelampau perkauman itu.
“PAS menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau,” ujarnya.
Kaum bukan Melayu pula diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu.
Menurutnya, kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.
Justeru, katanya gagasan 1Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman tidak wujud kerana merekalah yang sering menyemarakkan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum di negara ini.
Tambahnya, gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada BN, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang menghina kaum-kaum lain atas nama Melayu.
Sebelum ini, katanya kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakkan semangat perkauman.
“Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan,” ujarnya.
Malah, katanya Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.
Tambahnya, walaupun PAS tidak menafikan hak Perkasa untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak kerajaan perlu adil dan Umno seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1Malaysia.
Beliau berkata, pengakuan ketua pemuda Umno sebelum ini bahawa memang ada ahli Umno menyertai Perkasa membuktikan bahawa Umno sendiri merupakan parti perkauman yang ekstrim dan melampau.
Katanya, kehadiran Mukhriz dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukkan pemimpin Umno memang tidak ikhlas dalam gagasan 1Malaysia dan menyokong Perkasa untuk menyemarakkan kebencian kepada kaum-kaum lain.- Harakahdaily.

Tuesday, March 30, 2010

Bantu Saya Jayakan Misi Bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz


KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, “menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.”

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-

KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

HarakahDaily

Monday, March 29, 2010

Malaysia Harus Bebas Daripada Kezaliman Umno


Malaysia kini terbahagi kepada dua - satu Malaysia untuk Perdana Menteri dan isteri beliau sementara satu lagi untuk rakyat bawahan.
Gejala ini menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa kepada satu keadaan di mana golongan elit pemerintah bebas melakukan apa sahaja termasuk merampas harta rakyat tanpa disabitkan dengan undang-undang negara manakala golongan rakyat biasa ditindas dan dikenakan hukum walaupun untuk kesalahan yang kecil.
"Umno bercakap pasal Melayu dan mempertahankan Islam tapi ahli keluarga pemimpin Umno, Mirzan anak Dr Mahatir bukan setakat botol arak, kilang arak terbesar di Filipina, San Miguel, dibeli tetapi di mana ustaz Umno saya nak tanya. Kenapa senyap?
"Tetapi apabila tiga gadis Melayu minum arak mereka disebat, dikenakan tindakan. Kalau nak laksanakan hukum syariah tidak ada diskriminasi, ini kalau puak kaya Umno minum arak sampai muntah kedarah, beli kilang arak tidak apa, rakyat biasa miskin buat salah sikit hukum, kenakan tindakan undang-undang. Hukum apa ini? Sebab itu saya katakan ada dua Malaysia - satu untuk Najib dan Rosmah dan satu lagi Malaysia untuk rakyat miskin yang boleh dipijak, ditindas.
"Kes qazaf begitu juga, sanggup ustaz Umno nak lawan supaya kes qazaf ini tidak di bawa ke mahkamah syariah. Islam jenis apa yang mereka perjuangkan? Malah fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pun puak-puak ni nak lawan dan perlecehkan, mereka ini memang sejahil-jahil manusia," kata Anwar semasa pelancaran program Gempita Perak Ke Putrajaya di Simpang, Taiping semalam.
Tambah Anwar Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membawa banyak perubahan serta membela nasib rakyat miskin tetapi telah disabotaj oleh Umno da Barisan Nasional.
"Di Parlimen saya nyatakan senarai tanah yang diluluskan kepada pekebun Cina dan juga Melayu dan India. Adalah fakta ini dilaporkan oleh akhbar seperti Utusan? Mereka tuduh saya ejen Cina dan kita dengan cakap DAP di Perak tetapi mereka tidak laporkan kita beri tanah kepada Cina miskin tetapi kita juga beri tanah lebih banyak kepada Melayu miskin.
"Umno beri gunung di Genting kepada tauke judi nombor satu, Lim Goh Tong, kenapa tidak bersuara? Lepas itu beri Bukit Tinggi kepada tauke judi nombor dua pula, Vincent Tan, ustaz, pemimpin Umno tak bising pun, pulau diberi kepada jurtwan Cina, Francis Yeoh, kenapa Umno senyap. Mereka ini bukan Cina ka?
"Umno kata dia pejuang Melayu tapi Melayu jenis apa? Hanya untuk kroni dan kauk keluarga mereka. Keluar senarai Melayu terkaya di Malaysia, kita tengok yang tersenarai Syed Mokhtar, seorang kroni Umno, lepas tu nama Nazir, adik Perdana Menteri dan juga Mokhzani anak Dr Mahathir. Ada kita lihat nama orang Melayu biasa dalam senarai tersebut? Semuanya anak beranak pemimpin dan kroni Umno.
"Begitu juga dengan Ketua Pemuda Umno, berapi-api kata pejuang Melayu dan tuduh kita dengan bermacam-macam fitnah tapi umur baru 30 tahun sudah ada beratus-ratus juta. Mana dapat semua wang itu?," kata Anwar kepada lebih 300 penyokong.
Anwar yang dalam lawatan sehari ke Perak juga mengambil kesempatan membidas beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan menjadi anggota Bebas yang dianggap beliau telah mengkhianati kepercayaan dan amanat rakyat.
"Bagaimana mereka tergamak mengkhianati amanat rakyat. Rakyat menyokong mereka dengan keringat dan airmata kerana yakin mereka akan membawa perubahan di bawah Pakatan Rakyat. Disebabkan oleh tekanan dan pujuk rayu Umno dan BN mereka sanggup tinggalkan perjuangan dan bersama-sama bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perasuah. Macam mana mereka boleh tunjukkan muka mereka kepada rakyat?
Ketua Pembangkang berkata atas alasan yang beliau sebutkan perlunya Malaysia dan rakyat negara ini diselamatkan daripada terus berada di bawah cengkaman umno-BN.
"Negara kita tidak lagi selamat. Baru-baru ini Menteri Pertahanan Zahid Hamidi kata ada kakitangan kementerian beliau terlibat jual rahsia keselamatan negara tapi tidak mengapa mereka bukan pengkhianat sebab sudah dipulihkan. Begitu juga beli kapal selam ambil komisyen RM540 juta akhirnya kapal selam tak boleh menyelam, beli jet Sukhoi komisyen RM400 juta, beli jet F5-E enjin boleh hilang. Umno tidak lagi boleh menjaga keselamatan negara kerana terlalu banyak rasuah dan penyelewengan sebab itu mereka serang saya tidak henti-henti kerana saya dedahkan segala keburukan mereka kepada rakyat," kata Anwar lagi.
Sebelum itu Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustafa Kamil Ayub dalam ucapan beliau menaruh keyakinan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin hampir mencapai kejayaan.
"Misi kita ke Putrajaya adalah 'unstoppable', tidak boleh dihalang atau disekat lagi. Ini diyakinkan dengan kenyataan bahawa 49.7 peratus pengundi Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU 2008. Kita harap bermula di Perak kita akan ambil kembali Perak pada pilihan raya akan datang dengan kemenangan lebih besar dan begitu juga dengan kerajaan pusat," kata beliau. - SK

Sunday, March 28, 2010

Lenteran Malam Untuk PERKASA


Perkasa mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.
Maksudnya, bagi Perkasa selama negara ini diperintah Umno (BN), Melayu tidak terbela. Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu terbela mengikut perlembagaan.
Sekali pandang cadangan ini macam bagus. Tapi kalau pandang kali kedua, cadangan ini nampak kurang cerdik. Pencadangnya tidak berminda strategik, minda 70 an.
Bagaimana nak bela Melayu? Dengan cium keris atau dengan jadi MP bebas?
Melayu boleh terbela bukan dengan bekerjasama dengan Umno tetapi dengan menumbangkan Umno. Kalau mahu Melayu terbela, PAS tidak perlu berbincang dengan Umno tetapi dengan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Apa yang Umno ada untuk membela Melayu? Umno nak bela Melayu dengan cium keris, beli kapal selam tak boleh selam atau terbang dengan jet tanpa enjin? Dengan gaya hidup penjajah, dengan gelumangan rasuah atau dengan politik ‘boleh apa sahaja’?
Melayu terbela dengan keadilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan. Meletak harapan kepada Najib dengan Rosmah untuk membela Melayu sama seperti meletak harapan kepada memerang untuk mengawal kolam ikan keli.
Orang Melayu ada al-Quran, tetapi itu diketepikan. Selama Umno berkuasa, pernahkah Umno melayan al-Quran melebihi layanannya sekadar memusabaqahkan kitab suci itu?
Umno bising apabila ada pemimpin PR yang baca al-Quran dalam ceramah, tetapi pernahkah Umno bising terhadap remaja yang tidak pernah baca al-Quran dimana-mana?
Daripada berkering tekak berkeriyau berteriak soal membela Melayu, lebih baik berhabis-habisan berfikir membela Islam. Bukan Islam acuan Umno tetapi Islam wahyuan Ilahi.
Mengapa perlu berpusing kepala berbimbang negara ini jatuh ke tangan Cina atau India? Apa masalahnya dengan Cina dan India? Adakah Melayu lebih mulia daripada Cina dan India? Kalau Cina dan India mampu mengembangkan Islam di negara ini, mengapa orang Melayu perlu bersusah hati?
Kalau Cina dan India lebih berpegang dengan Islam, biarkan mereka memerintah negara ini berbanding negara ini diperintah oleh Melayu jika Islamnya entah kemana.
Kalau di zaman Abdullah ada juga bunyi Islamnya walau pun Islam Hadhari, namun zaman Najib, bunyi Islamnya pun sudah lenyap.
Betulkah jika negara ini jatuh ke tangan India dan Cina, orang Melayu merempat? Malaysia akan jadi macam Singapura? Umno jangan lupa bahawa Singapura jadi begitu angkara Umno, angkara Melayu Umno. Umno lupa?
Aaahhhh… daripada berbincang dengan Umno lebih baik berkawan dengan DAP. Seburuk-buruk Lim Guan Eng, sehingga kini dia belum terbukti rasuah. Sebaik-baik pemimpin Umno, hah… rasuah sampai sesak hidung rakyat untuk bernafas. - Bila sauh dibongkar...

Musa Hitam: Wang Ihsan Atau Royalti, Biar Kerajaan Negeri Yang Uruskan


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata, pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas, katanya seperti mana dipetik dari Malaysia Insider.
Seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih 'arif' dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.
Dalam temu bual dengan Astro Awani, Musa berkata, pembayaran wang itu biar apapun istilahnya, mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.
“Sama ada wang ihsan atau royalti, itu tidak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.
“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.
Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.
Perkara itu ditekankan beliau pada ceramah perdana di Kota Baru, akhir Januari lalu.
Tengku Razaleigh akan muncul pada majlis dialog yang diadakan di negeri jiran Terengganu, yang juga hanya pernah dibayar wang ihsan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1999.
Beliau dijadual untuk menyentuh isu itu sekali lagi yang sebelum ini mencetuskan polemik dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno-BN.
Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno.
“Jelas kepada saudara, bila dengar saya cakap ni, saya punya pendapat ‘not mainstream’.
“Ada orang kata boleh jadi lagi dekat dengan Tengku Razaleigh. Jangan salah faham pulak... Musa dah balik dengan Tengku Razaleigh, tak ada, kita dah tua, ‘don’t worrylah’,” katanya.
Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.
“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya.
Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak.
Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat.
Namun kerajaan pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.
Sebaliknya kerajaan pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.
Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.
Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.
Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu. - Sumber :SK

Tembelang Umno Didedahkan Kepada Rakyat Hulu Selangor


Rakyat Hulu Selangor malam semalam didedahkan dengan pelbagai penyelewengan yang selama ini dicuba diselindung pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.Bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu yang dihadiri hampir 10,000 orang, satu persatu tembelang Umno BN dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat termasuk tokoh utama, Datuk Seri Anwar IbrahimPimpinan Pakatan Rakyat menyentuh pelbagai isu kepentingan negara, antaranya kehilangan enjin pesawat TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.“Saya, kalau saudara tengok sudah 12 tahun yang dicerca. Sebulan dua ini, panas balik sebab Umno tidak mampu berdepan dengan rakyat. Saya diaib, ditelanjangkan, dipukul, dipenjara, dituduh berbagai-bagai. "...Khianat negara, pecah belah, guna Agong, guna tentera, semua.. sebut satu kesalahan, Anwar Ibrahim!” cabar Anwar pada ceramahnya kepada pimpinan Umno BN.Beliau turut memberi gambaran perkembangan politik di negara ini termasuk suasana sebenar yang berlaku dalam sidang Parlimen yang menjadikan beliau sebagai objek sasaran tohmahan.“Titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong, dibahaskan tetapi tidak jadi bahas titah di-Raja. Yang dibahaskan ialah pidato Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini. "Hari-hari bangun tidur sahaja, orang Umno tidak ada lain, Anwar Ibrahim tidak bagus. Eh, saya kata, tajuk ini titah Agong ke apa? Punya elerginya dia,” Anwar menyindir.Meskipun Anwar dituduh sebagai ejen Yahudi dan ejen Hindu, ironinya kerajaan UMNO-BN yang mengaku memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam sebaliknya menggalakkan perjuadian.“Islam agama rasmi tapi lesen judi tambah, tak malukah kita? Di Parlimen, ahli-ahli parlimen yang Melayu, Islam, Keadilan, PAS bangkit. Kita menentang Najib tambah lesen judi, Umno diam. "Yang sokong kita siapa? Cina, termasuk Cina DAP, Anthony Loke. DAP dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju beri banyak lesen judi. Dunia sekarang sudah terbalik,” hujah Anwar lagi. - GB - TVS

Saturday, March 27, 2010

Hulu Selangor - Komposisi Kaum Beri Kelebihan Pada PR


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan pada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.
Bagi Pengarah Jabatan Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.
“Keputusan berkenaan calon itu, sekarang ini ada ramai yang cukup berwibawa untuk dicalonkan, bagaimanapun saya akan menyerahkan nama-nama mereka kepada pucuk pimpinan untuk dibuat keputusan terakhir,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
Pun begitu, beliau berkata, PKR tidak mempunyai banyak masalah dalam memilih calon kerana identiti PKR bukanlah berasaskan pada perkauman, bukan seperti Umno/BN.
Maka, kata beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan membuat ketetapan akhir berhubung persiapan pilihan raya kecil tersebut pada 4 April depan, sebelum dilanjutkan dalam Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat kelak.
Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakilnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung perkara itu Jumaat depan.
Dalam pada itu, Fuziah sendiri mengakui bahawa Umno tempatan, khususnya di Hulu Selangor cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi terbabit atas dasar majoriti pengundi adalah Melayu, sedangkan kerusi tersebut sebenarnya adalah kerusi tradisi MIC, Datuk G. Palanivel.
“Sesiapa pun (calon BN) yang diletakkan di situ, ia suatu kelebihan bagi kita, calon PKR sudah pun dilihat mewakili semua kaum,” ujarnya.
Ekoran itu, PKR menurut beliau, tidak perlu menganggap kelemahan BN tersebut sebagai kekuatan pada PKR.
Sebaliknya, beliau berkata, PKR serta Pakatan Rakyat seharusnya bersedia membuat persiapan kempen politik yang lebih rasional dan demokratik, bukannya kempen perkauman seperti Umno BN.
“Apabila kita masuk apa-apa pilihan raya, fokus dan persediaan kempen kita adalah apa yang boleh kita tawarkan kepada rakyat, tidak perlu fokus pada kedudukan orang lain (Umno BN),” jelasnya.
Demi menjayakan kempen tersebut, beliau bercadang untuk mengemukakan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang memerintah negeri Selangor supaya rakyat boleh membuat perhitungan dan perbandingan dengan rekod pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno/BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Itu lebih penting, apa pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat dari kerajaan negeri,” katanya.
Menurut beliau, dengan berbuat demikian, rakyat sekaligus dididik dengan politik yang lebih sihat, anti perkauman, anti kronisme serta anti-kezaliman yang selama ini disinonimkan dengan pemimpin tertentu dalam Umno/BN.-RM

Tengku Abdul Halim Dilantik YDP MPN Yg Baru


KOTA BAHARU 26 Mac -- Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan hari ini mengumumkan pelantikan Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sebagai Yang Dipertua (YDP) MPN yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah.
Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias berkata pelantikan Tengku AbdulHalim itu berkuatkuasa semalam selepas pembatalan pelantikan Tengku Abdul Aziz yang juga berkuatkuasa semalam.
"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris PetraIbni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan dengan ini saya memaklumkan bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah dibatalkan pelantikan dan dilepaskan menjadi YDP MPN berkuatkuasa 25 Mac 2010 (semalam)," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Shafie Ismail.
Mohd Aiseri berkata pelantikan Tengku Abdul Halim sebagai YDPM MPN yang baru itu juga telah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan. Semalam Tengku Abdul Aziz yang bergelar Tengku Seri Utama Raja telah diumumkan sebagai Pemangku Raja Kelantan selepas apa yang didakwa bahawa Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra telah melucutkan jawatan anakandanya Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa serta-merta.
Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini.
Bagaimanapun susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Mohd Aiseri berkata Tengku Muhammad Faris Petra terus kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.
Mohd Aiseri, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.
Tengku Abdul Aziz iaitu abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang. Sementara itu satu laporan polis terhadap Wan Hashim telah dibuat di Balai Polis Kota Baharu di sini sebaik selesai sidang akhbar berkenaan.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie pada pukul 10.20 pagi berikutan tindakan Wan Hashim itu semalam.
Pada pukul 9 malam tadi, polis dilaporkan telah menahan seorang pegawai kanan Istana yang bergelar Datuk di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan itu.
Sumber polis berkata penahanan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua rakyat mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan bagi menyelesaikan kemelut Istana Kelantan sekarang.
Beliau tidak mahu rakyat terikut-ikut dengan mana-mana-mana kumpulan dalam isu itu, tetapi mengikut apa yang dikehendaki oleh perlembagaan kerana kerajaan negeri mempunyai perlembagaan tubuhnya sendiri.
"Saya nasihatkan kepada rakyat semua, masa kekecohan ini supaya patuh kepada perlembagaan, jangan dengar A dengar B, tetapi ikut perlembagaan," katanya - Bernama

Friday, March 26, 2010

Krisis Istana: Setiausaha Sultan Kelantan Ditahan Polis


KOTA BARU, 25 Mac — Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang pagi tadi mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja, malam ini ditahan polis dipercayai untuk siasatan.
Wan Hashim yang diumumkan pelantikan sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam.
The Malaysian Insider difahamkan Wan Hashim diambil di rumahnya sebelum di bawa ke IPK.
Pelantikan Wan Hashim dan kenyataan yang dibuat oleh beliau sejak seminggu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan.
Dalam pada itu pihak polis didapati turut mengadakan kawalan di sekitar Masjid Muhammadi.
Malam ini pihak kerajaan negeri telah mengadakan solat hajat di masjid berkenaan.
Istana Pemangku Raja di Telipot juga difahamkan dikawal rapi pasukan kawalan keselamatan.
Sementara itu seorang yang mengiringi Wan Hashim dilihat keluar dari IPK kira-kira pukul 10.30 malam, namun Setiausaha Sulit tidak kelihatan.
Polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sementara itu menurut sumber, satu mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri (MPN) diadakan di Istana Telipot malam ini.
Kira-kira pukul 11 malam beberapa anggota MPN dilihat memasuki kawasan istana.
Sepuluh minit sebelum itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad Halim pula kelihatan memasuki istana.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa mesyuarat itu diadakan bagi melantik pengerusi baru MPN ekoran perkembangan pagi tadi.
Dalam pada itu Bernama melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan “merampas kuasa” melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.
Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.
Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Wan Hashim bahawa Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.
Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: “Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang,” katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.
Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.
Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.
Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.
Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.
“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.
Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.
Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.
“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.
Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.
Ahmad berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. -M I

Zahrain Mahu Saman Guan Eng, Saifuddin..

-





KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mahu menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mendakwa telah memfitnah beliau.
Beliau juga bercadang menyaman Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan beliau dalam akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan mengenai dakwaan beliau berhutang sebanyak RM1.8 juta dan bercadang melunaskan hutang tersebut melalui projek golf bernilai RM40 juta.
"Saya telah mengarahkan peguam saya ke Pulau Pinang esok untuk menyerahkan surat tuntutan kepada Lim Guan Eng. Kita akan tunggu respons dari pihak beliau sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut.
"Saya juga menimbangkan untuk menyaman Saifuddin berkenaan dakwaan saya berhutang RM1.8 juta dan saya mahu menyelesaikan hutang itu melalui projek golf dalam Suara Keadilan," kata beliau pada satu sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.
Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata keretakan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.- SK

Karpal Cabar Zul Kulim Nyatakan Pihak Ketiga.


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau untuk mendapatkan surat akauan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaariibu.Malah beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifli mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung."Saya cabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa pihak ke tiga yang menyuruh beliau membuat satu surat akuan bersumpah untuk kaitakan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu."Kenapa sekarang 4 tahun selepas perbicaran dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam? Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyetakan siapa pihak ke tiga, adakah beliau berani buat laporan polis? Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,"katanya.Karpal berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat.Malah beliau turut mencabar keempat-empat wakil rakyat Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakta (PKR) supaya mengosongkan kerusi bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan."Kulim Bandar Baharu bukan Yang Berhormat dalam dewan malah seorang peguam tetapi jadi pengkhianat bukan kepada PKR tetapi pengundi dalam Kulim Bandar Baharu."Di Pulau Pinang, Yang Berhormat Bayan Baru dapat keistimewaan, baru-baru ini dianugerahkan Datuk Seri, adakah dia layak dapat darjah itu? Kelakuan dia baru-baru ini buat tomahan dalam dewan atas pemimpin dalam PKR."Empat ekor ini bukan lagi dalam PKR, tidak bermakna PKR lemah, lebih baik kempat-empat ini terima cabaran saya sekarang," katanya.Karpal berkata, sekiranya keempat-empat mereka enggan mengosongkan kerusi kerana takut tidak dapat bertanding daam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil dalam tempoh 5 tahun, beliau mencadangkan agar mereka tidak menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.Katanya, mengikut Perkara 51(1) Perlembangaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang dewan selama enam bulan, bemakna kerusi kawasannya kosong, namun tiada halangan untuk wakil rakyat itu bertanding semula."Tujuan Mahathir untuk meminda Perlembagaan 48(6) adalah untuk menghalang Yang Berhormat dari Semangat 46 yang menyatakan kepada umum akan letak jawatan untuk membolehkan satu pilihanraya kecil di kawasan masing-masing. Tetapi Mahathir lupa Perkara 52(1)."Apa yang penting sesiapa yang duduk di dewan mempunyai sokongan daripada pengundi.Bayan Baru ada 27ribu pengundi, Nibong Tebal 20 ribu dan Kulim Bandar Baharu 18 ribu, mereka tidak ada hak selepas jadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat untuk duduk di sini," katanya . - TVSelangor

Thursday, March 25, 2010

Kelantan Setuju Lantik Tg Razaleigh Runding Tuntutan Royalti Minyak


KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan bersetuju melantik mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) sebagai perunding untuk berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Petronas mengenai tuntutan royalti minyak.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa memberitahu, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta dan surat rasmi mengenainya akan dihantar hari ini juga.
Menurutnya lagi, mesyuarat Exco hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai wakil kerajaan untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.
Jelasnya, pelantikan itu tidak melibatkan apa-apa bayaran daripada kerajaan negeri kepada Razaleigh.
“Kita berharap Tengku (Razaleigh) akan bersetuju sebab sebelum ini Tengku ada menawarkan diri sebagai perunding dan orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan itu,” ujarnya ketika ditanya sama ada veteran Umno itu bersetuju atau sebaliknya dengan pelantikan itu.
Ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 rakyat Kelantan dalam ceramah perdana tuntutan petroleum anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Stadium Sultan Mohamad ke-IV akhir Januari lalu berkata Kelantan berhak mendapat bayaran royalti sebanyak lima peratus.
Beliau sekali lagi menyatakan perkara itu ketika berucap pada satu program anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu tetapi tidak setuju isu tuntutan itu dibawa ke mahkamah.- Harakahdaily

Wednesday, March 24, 2010

Zahrain ' Gemuk' , ' Kenyang ' Selepas Jadi Bebas.


KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong.
"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.
"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?,Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.
"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.
Ghafur berkata Zahrain perlu menamakan semua nama Ahli Parlimen yang mahu melompat jika dakwaan beliau itu benar dan mempunyai asas.
Sebelum ini Zahrain mendedahkan nama lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional semasa perbahasan titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong.- SK

Zahrain - Bukan 8 Tapi 40 MP BN Akan Sertai PR


KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya seramai 40 wakil rakyat Barisan Nasional yang mahu melompat menyertai Pakatan raklyat pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan beliau sebelum ini.
"Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.
"Ahli Parlimen Kalabakan pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.
"Saya terkejut kerana Kalabakan membuat serangan peribadi dan tidak memberikan saya laluan untuk menjawab di dalam Dewan dan saya terpaksa menjawab melalui sidang media ini," kata Zahrain pada sidang media di luar Dewan petang tadi.
Sebelum itu Ghafur mendakwa Zahrain membuat pembohongan dan meminta beliau menamakan Ahli Parlimen yang disebut akan melompat pada 16 September 2008.
Dalam sidang media yang ditemani Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin, beliau enggan mendedahkan nama yang disebut akan meninggalkan Barisan Nasional walaupun dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.- SK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...