Wednesday, July 25, 2012

Mahkamah pertegas hak rakyat berhimpun, berpersatuan

   
              Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa gabungan Bersih sebagai pertubuhan ‘haram’, mempertegaskan hak rakyat untuk berhimpun dan berpersatuan.
                “Secara prinsip, mahkamah mempertahankan bukan sahaja hak untuk berhimpun, tetapi untuk berpersatuan atau gabungan yang diinisiatif oleh NGO (badan bukan kerajaan).

“Tahniah kepada pimpinan Bersih, Pak Samad (Datuk A Samad Said) dan (Datuk) Ambiga (Sreevanesan) yang menunjukkan pendirian tegas dan berani.

“Akhirnya, kita dapat lihat keadilan. Harap tiada lagi tuduhan berniat jahat. Kononnya Bersih kumpulan haram, atau perusuh, ataupun didalangi komunis,” katanya.


Jelas Ahli Parlimen Batu itu, kerajaan tidak lagi boleh ‘seperti biasa’ menuduh dan memfitnah demonstrasi seperti himpunan mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau ‘protes turun harga minyak’ yang diadakan beberapa tahun lalu.

“Keputusan mahkamah ini sangat signifikan,” kata Tian.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, tuduhan negatif melalui media bahawa pertubuhan atau parti politik yang terlibat menyokong gabungan Bersih perlu dihentikan serta merta.

“Media dan polis mesti hentikan tuduhan. Sedangkan apa yang diperjuangkan dalam Bersih itu demi kepentingan rakyat,” katanya.- Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...