Monday, May 30, 2011

Anwar: Belia tak akan terima seruan Najib pertahan Putrajaya ‘rasuah’

Tiada pergerakan belia akan menyokong UMNO-BN yang putar alam dalam isu-isu yang tidak adil dengan pimpinan rasuah 
           Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi muda tidak akan menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat meskipun pentadbiran Najib menyeru peserta Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang 
             Ketua Umum Pakatan Rakyat PR ini berkata tiada gerakan belia yang akan menyokong sebuah pentadbiran yang diselubungi amalan kronisme dan rasuah di peringkat paling tinggi kuasa

 “Saya tidak takut sama sekali ” kata beliau pada sesi bersama 200 profesional muda di sini petang ini

“Tiada pergerakan belia akan menyokong sistem yang merosot akhlak rasuah sudah usang Saya pasti mereka pengundi muda tidak akan mempertahankannya ” tegas Anwar

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju


PR meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa

Putrajaya dilihat sebagai simbol kerajaan pusat dan dijadikan ukuran prestasi sokongan oleh kedua-dua BN dan PR

Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya

“Di Malaysia satu juta belia berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya ” katanya “Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya ” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8 000 orang hadirin

Dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu Najib yang juga presidennya berkata Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.-TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...