Saturday, April 16, 2011

PAS Tewas di Lima Kerusi


Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 10 - PAS tewas disemua kawasan yang ditandingi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan At Tantawi mengakui kekalahan PAS di Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 10 namun komited akan tetap meneruskan perjuangan PAS di negeri ini.

Dalam kiriman laman twitternya kira kira jam 7 malam tadi, Nasrudin menyatakan Dewan Pemuda PAS akan terus bersama rakyat Sarawak.

"Meski pun PAS kalah disemua kerusi yang disertai namun Dewan Pemuda Pas (DPP) akan tetap meneruskan agenda perjuangan dibumi Kenyalang," kata Hasan.

PAS bertanding di lima kawasan DUN iaitu Tanjung Datu, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Muara Tuang dan masih tidak memenangi sebarang kerusi sejak 2006.-Tvs

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...