Saturday, November 27, 2010

Pakatan Rakyat Tetap Pertahankan Agama Islam, Hak Istimewa Orang Melayu Dan Kedudukan Raja-Raja Melayu


Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat Tegas Pertahan Perlembagaan Negara

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasannya bahawa Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan perlembagaan negara khususnya isu bahasa,Islam,hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Anwar berkata demikian dalam program Wacana Intelektual : Islam dan Masyarakat Majmuk yang diadakan di Petaling Jaya malam tadi.

Sebelum ini Umno-Barisan Nasional menyerang Pakatan Rakyat mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik di bawah Pakatan Rakyat yang
mahu menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya terus menyokong Barisan Nasional.


"Dalam Pakatan Rakyat umpamanya yang kita tandatangani bersama oleh Tuan Guru Hadi Awang,Lim Kit Siang dan saya itu prinsip asas perlembagaan tidak dipertikai,bukan ikrar,tetapi ditandatangani atas nama ketiga-tiga parti dan dipersetujui sebagai agenda bersama,Artikel 152,153, bahasa,soal Islam,hak keistimewaan orang Melayu dan soal kedudukan Raja-Raja Melayu," tegas Anwar.

Anwar juga membidas Umno yang cuba menimbulkan ketakutan rakyat bahawa perlembagaan negara akan tergugat jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

"Oleh kerana tidak sampai ke rakyat, maka perhimpunan agung Umno maka jika ada orang nak menipu nak ke Putrajaya, bercerai nyawa daripada badan, tidak akan kita serahkan kerana mereka mencabar prinsip perlembagaan dan bahaya orang ini untuk meminda perlembagaan, tengok di antara propaganda dan realiti padahal dokumen ini ada dalam blog saya,sebaran PAS, Keadilan dan DAP tetapi ditutup dan ditanam kebimbangan seolah-olah majmuk ini menjadi problematik dan terhakisnya kekuatan Melayu dan malangnya ada teman-teman yang bingung dengan isu yang asasi ini,"katanya.-TVSNews

Turut hadir dalam wacana ini ialah Datuk Siddiq Fadhil.

Setelah anda membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...