Monday, August 26, 2013

Tidak tahu bila dan bagaimana perubahan sebenar boleh berlaku


Politik negara dikuasa oleh ‘warlords-warlords’ ini dan ahli-ahli Umno hanya dijadikan sebagai kaldai untuk memunggah segala kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.

“Politik dikuasai oleh kumpulan feudal baru hasil dari rasuah yang dilakukan secara sistematik. Rakyat ramai hanya melihat sahaja tanpa berdaya melakukan apa-apa, kadang kala apabila diselidik dan dikaji halus-halusan, tiada pihak yang mampu merubahnya kerana pihak yang membangkang pun sudah terbit sikap untuk berkuasa semata-mata untuk berkuasa dan mempunyai nilai moral yang sama seperti yang sudah lama berkuasa tulis Aspan Alias dalam blognya > DI SINI

Sunday, August 25, 2013

Undang-undang apa perlu untuk buktikan pembunuh?


Undang-undang apa yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka yang membunuh Altantuya Shaariibuu dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Sebelum ini, Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) berkata, beliau berharap dikembalikan dikembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) untuk membantu pihaknya menangani jenayah dengan lebih berkesan.

Pembebasan Azilah dan Sirul Sudah Dijangka



Kenyataan Terbuka
23 Ogos 2013

Pembebasan Azilah dan Sirul Sudah Dijangka, Beri 'Motivasi' Kepada Pihak Tertentu Untuk Terus Membunuh

Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihanraya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut. Kemenangan ini membolehkan kedua-dua 'pak sanggup' ini dibebaskan, hari ini.

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Wednesday, August 21, 2013

Naik tarif elektrik tak beban pengguna alasan lapuk

tnb 2

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan Malaysia agar tidak menaikkan sebarang kadar tarif elektrik buat masa ini.

Kenaikan kos bahan api menjadi alasan utama kepada semakan dan kenaikan tarif elektrik.

“Walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan keyakinan bahawa ianya tidak akan membebankan pengguna, namun alasan tersebut sudah lapuk dan seolah-olah ingin melepas diri,” ujar ketuanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan Malaysia agar tidak menaikkan sebarang kadar tarif elektrik buat masa ini.

Saturday, August 10, 2013

'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan jadi panas


The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya, tulis Aspan Alias.

Tulisnya lagi, the pre publication remarks yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.

Lebih-lebih lagi, menurutnya tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi.

Thursday, August 1, 2013

Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu


Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasata beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?

Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...