Wednesday, July 31, 2013

Kerajaan mesra pembekal, tidak kepada pengguna


Tindakan kerajaan menetapkan harga siling barangan tertentu selepas harga dinaikkan menunjukkan kerajaan lebih mesra pembekal berbanding pengguna.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan berhelah dengan menetapkan harga siling untuk memberikan 'situasi menang-menang' kepada pembekal dan pengguna namun hakikatnya pengguna yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang.

"Saya bersetuju perlu ada harga yang tetap untuk mengelak daripada peniaga memanipulasi harga barang tapi isunya ialah mahu tidak mahu pengguna terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang sebab kerajaan sendiri dalam menentukan harga kawalan sudah menaikkan harga barang terlebih dahulu.

"Kerajaan lebih mesra kepada pihak pembekal, dan pemborong tidak kepada pengguna dan menjadikan pembekal diutamakan dan rakyat dipinggirkan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini, hari ini.

Tuesday, July 30, 2013

Alasan tolak petisyen PRU tidak munasabah - Anwar


Keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat atas alasan teknikal disifatkan sebagai tidak munasabah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak masuk akal hakim-hakim menggunakan alasan teknikal dan menolak fakta kes yang dikemukakan.

"Hakim tolak atas alasan teknikal yang kecil. Contoh petisyen yang kita kemukakan di Machang dan Selising ditolak kerana tidak difailkan oleh orang yang tidak terlibat.

Saturday, July 27, 2013

RM500 juta untuk Kuala Besut, kawasan lain?


Sekiranya BN boleh mencurahkan peruntukan sebesar hampir RM500 juta dalam tempoh tidak sampai dua minggu untuk DUN Kuala Besut, tiada sebab kerajaan tidak boleh memberi projek bernilai RM200 juta atau RM300 juta kepada sesebuah kawasan yang lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com/.

Ini, katanya sekaligus akan memaksa BN Terengganu menumpukan perhatian yang sama rata kepada semua DUN di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang dari segi pengagihan projek-projek pembangunan.

Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

Keputusan pilihanraya kecil DUN Kuala Besut terus menjadi perbualan di mana-mana dan ia dijangka berlarutan menjadi basahan mulut rakyat dalam tempoh seminggu dua ini. Pelbagai analisis, hujah dan justifikasi dapat didengar, baik mengenai kemenangan BN mahupun mengenai kekalahan PAS.

Friday, July 26, 2013

SPR berkokok lebih bising daripada ahli politik – Rafizi


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat.

Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya ‘beliau anak jantan’.

Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Kuala Besut: Hanya Ahmad Said yang wajar bergembira


Seperti yang dijangka, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah kawasan yang sukar bagi PAS. Walaupun PAS turun bertanding dengan semangat yang tinggi ingin membawa perubahan dan mencipta sejarah Terengganu seri, Kuala Besut nampaknya bukanlah medan yang sesuai bagi tujuan itu.

Meski PAS kali terakhir pernah memenangi DUN Kuala Besut pada 1999 tetapi sejak 2004, kawasan itu merupakan kubu ampuh bagi Umno dan BN. Sejak kepimpinan Idris Jusoh di Besut di mana beliau juga pernah menjadi Menteri Besar daripada 2004 hingga 2008, kawasan itu sudah beralih menjadi kubu yang selamat bagi Umno dan BN.

Thursday, July 25, 2013

Warga Kuala Besut, nantikan limpahan pembangunan


Pertama sekali tahniah kepada warga Kuala Besut atas pilihan anda semua. Nyata dan jelas sekali BN masih di hati pengundi Kuala Besut.

Pada PRK Kuala Besut hari ini, calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long mendapat 5,696 undi sementara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi.

Walaupun rata-rata pengundi yang sempat saya temui sepanjang tempoh kempen mengakui ketinggian budi, keluhuran peribadi calon PAS, tetapi… saya nukilkan beberapa dialog yang dilalui sendiri sepanjang 12 hari kempen PRK Kuala Besut dengan masyarakat setempat.

“Mok cik ni jak zaman ritu lagi pakoh dacing, lagu mano pun mok cik dok leh tukar, hok awe royat tu comey blako doh, tapi nak wat guano, mok cik dok leh pakoh hok lain dari dacing..”

Sunday, July 21, 2013

Peguam Negara Jangan Aniaya Najib?


Berikutan tindakan yang sudah diambil oleh Peguam Negara terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didapati menghina Islam dan memuatkan perlakuan berunsur lucah mereka dalam internet, pihak kerajaan khususnya kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sedang diasak untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap pihak-pihak lain yang juga didapati menghina agama selain Islam.

Antara yang tersohor agar diambil tindakan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mahu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah dan Zulkifli Nordin yang didapati mempersenda penganut agama Hindu dengan mengejek tuhan agama itu tidak mempunyai kuasa walau untuk menghalang banjir sekali pun.

Thursday, July 18, 2013

Pembekal dakwat kekal rapat dengan bos SPR - Rafizi


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu dikatakan rapat dengan pimpinan kerajaan, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah, dakwa Rafizi, syarikat tersebut juga dikatakan sering mendapat perolehan daripada kerajaan, termasuk dari Kementerian Pertahanan.

Rafizi turut mendedahkan satu nama berserta nombor kad pengenalan yang didakwa sebagai individu yang mendapat projek membekalkan dakwat tersebut.

Saturday, July 13, 2013

Akta Hasutan 1948 - Apa Pendirian Zahid Selepas Ini?


Mesyuarat kabinet semalam memutuskan untuk kekal dengan pendirian mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional yang kini sedang digubal. Ini bermakna tiada apa-apa yang berubah berhubung keputusan pemansuhan akta itu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Julai 2012 lalu.

Menteri Kesihatan, S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikannya akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dataran Raba'ah sesak, himpunan raksasa hari ini


Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.

Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.

Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.

(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)

Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".

Monday, July 8, 2013

Rampasan kuasa tentera Mesir merobek demokrasi


4 Julai 2013 mencatatkan sejarah hitam bagi sejarah demokrasi dunia moden apabila tentera Mesir bertindak merampas kuasa daripada seorang presiden negara yang dipilih secara demokrasi seterusnya menggantung perlembagaan negara Mesir.

Untuk menjustifikasikan tindakan tidak demoratik mereka, tentera Mesir dari awal lagi cuba mengelabui mata antarabangsa dengan 3 tindakan.

Pertamanya, tentera Mesir cuba menggambarkan bahawa tindakan mereka merampas kuasa adalah demi menunaikan kewajipan bernegara dan bukan kerana bermotifkan politik. Justifikasi ini sangat penting kerana tindakan mereka merampas kuasa terhadap kerajaan yang sah dipilih secara demokrasi adalah salah di mata dunia. Ia juga bertujuan mengelakkan Mesir dari disekat bantuan ekonomi oleh negara-negara Eropah dan Amerika.

Saturday, July 6, 2013

Morsi: Dipilih secara demokratik, diturun secara jijik


Ketika Mubarak diguling oleh rakyat Mesir dan mereka tercari-cari bakal Presiden Mesir yang baru, Majlis Syura Ikhwan Muslimin (IM) telah membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam pemilihan bagi mengisi kekosongan kerusi Presiden tersebut. Sebaliknya IM menyatakan bahawa mereka ingin terlibat dalam membangunkan kembali Negara Mesir dengan secara aktif terlibat di Parlimen bagi membentuk dasar-dasar dan polisi-polisi yang akan menguntungkan rakyat Mesir.

Dalam pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak , Freedom and Justice Party (FJP), sayap parti politik IM, telah memenangi jumlah kerusi tertinggi. FJP telah memenangi 235 kerusi daripada 498 kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan penguasaan 47% daripada keseluruhan kerusi Parlimen.

Tuesday, July 2, 2013

‘Cukup-cukuplah tipu kami dengan dakwat kekal’


Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat?

“Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N.1 Kuala Besut,” ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Susulan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR akan menggunakan dakwat kekal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) segera membidas cadangan yang mengelirukan rakyat.

Jaga kebajikan guru, tak perlu jadi pembodek Umno

PAS menngingatkan Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor Ghani agar tidak bercakap yang boleh menampakkan beliau seperti seorang ketua cawangan Umno.

"En Mohd Nor Ghani jangan jadi seperti ketua cawangan Umno Tampoi untuk hendak membela dan membodek Umno.

"Apa masalahnya, guru juga seorang warga negara dan bebas untuk mengulas hal ehwal politik," katanya AJK PAS Pusat Idris Ahmad.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...