Tuesday, April 30, 2013

Lebih 36,000 Pengundi Ragu Bakal Membanjiri Selangor


Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membanjiri Selangor dengan lebih 36,000 pengundi ragu dalam beberapa hari lagi bagi merampas Selangor daripada gagasan itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendakwa mereka akan dibawa masuk secara berperingkat melalui ‘charter flights’ (penerbangan tempahan khas) daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

Langkah itu mampu menguatkan kemampuan Umno-BN untuk merampas kira-kira 11 kerusi DUN yang dimenangi PR Selangor. Ini kerana kerusi tersebut dimenangi dengan majoriti kurang daripada 3,000 undi.

Pengundi pos diarah mengundi di hadapan boss?


Mungkinkah Umno sudah benar-benar terdesak apabila ada ketua-ketua jabatan dikatakan mengarah pengundi pos dalam kalangan kakitangannya membuang undi di hadapannya.

Beberapa pengundi pos dalam aduan kepada Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Dewan Pemuda PAS Kelantan mendakwa mereka dipaksa berbuat demikian.

Pengerusi LUHAM, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya pengundi pos memangkah kertas undi di hadapan ketua jabatan.

Monday, April 29, 2013

PRU13: Peluang untuk merdekakan bangsa Melayu


Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru para pengundi Melayu jadikan PRU13 ini sebagai peluang untuk memerdekakan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulen dan kemerdekaan yang sebenar, maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.

"Di bawah perintahan sekular sekarang, demokrasi telah disalahguna oleh penguasa sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimanan di bawah.

Kenapa PAS berkawan dengan DAP tolak Umno?



Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno...

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

Sunday, April 28, 2013

PR sasar menang 33 kerusi di tiga negeri deposit tetap BN


Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor yang menjadi “deposit tetap” Barisan Nasional (BN) sebagai penentu PR memerintah dan mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Calon PR Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, bagi mencapai sasaran itu, PR perlu memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kerusi Parlimen di setiap negeri berkenaan iaitu masing-masing sembilan kerusi Parlimen di Sabah dan Johor serta 11 kerusi di Sarawak untuk menjadikan 29 kerusi.

Saturday, April 27, 2013

Zahid Hamidi Dan Hishamuddin, Dua Menteri Yang Wajib Ditumbangkan!


Jika sekarang ini rakyat hanya memikirkan untuk menumbangkan BN dan mengakhiri era pemerintahannya yang sudah menjangkau usia 56 tahun, sebenarnya terdapat juga beberapa menteri yang seharusnya ditunjukkan jalan keluar yang keluar yang sama seperti yang mahu dilakukan kepada BN itu.

Sehingga ini sekurang-kurangnya dua menteri yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan manfaat politik di sebalik keselamatan dan kedaulatan negara serta kehilangan nyawa orang lain iaitu, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, dilihat wajar diberi pengajaran oleh pengundi di kawasan masing-masing dalam pilihanraya ini.

Wednesday, April 24, 2013

Selepas dicium India, 104 ahli MIC Shah Alam keluar parti


Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Sunday, April 21, 2013

Kamilia tanding bebas, letak semua jawatan Umno



Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar dan meletakkan semua jawatan dalam Umno.

"Saya Kamilia Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," tulis Kamilia dalam Facebooknya.

Friday, April 19, 2013

DAP beri ROS hingga 3 petang esok untuk tarik balik surat


DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.

Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini.

Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

Wednesday, April 17, 2013

Zul Noordin: Inikah transformasi Umno?


Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin (gambar), ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

Monday, April 15, 2013

KPRU gesa Najib terima pelawaan Anwar debat 17 April

najib penakut-debat

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri di bawah kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima jemputan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, untuk perdebatan awam dengan Pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN), Datuk Seri
Anwar Ibrahim mengenai manifesto parti politik masing-masing.

Bagi menggalakkan budaya sihat berdebat, KPRU menggesa stesen radio utama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran langsung perdebatan tersebut, supaya rakyat seluruh negara diberikan peluang untuk menonton perdebatan tersebut secara langsung.

Perdebatan manifesto itu dijadualkan untuk berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina pada 17 April (Rabu) ini.

Sunday, April 14, 2013

Jangan tertipu permainan politik Umno BN


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan penyokong parti itu agar tidak lagi tertipu dengan permainan Umno BN.

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) ini, semakin banyak blog pro Umno yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian sebagai megulas tindakan blogger Umno yang menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan.

Saturday, April 13, 2013

Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin


Saranan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa akan berlaku konfrantasi kaum jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah boleh menghancurkan negara ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jika hancur negara ini kerana tercetusnya konfrontasi kaum akibat hasutan secara tidak langsungnya itu, Dr Mahathirlah yang bertanggungjawab.

"Kalau berulang lagi rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dr Mahathirlah pencetusnya," tegas beliau.

Bagi Salahuddin, bekas Presiden Umno itu amat jelas anti-perpaduan dan sangat tidak bertanggungjawab apabila mendakwa kononnya konfrontasi kaum akan menggantikan kerjasama Melayu Cina di negara ini jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah.

Tuesday, April 9, 2013

PRU-13: DAP bongkar kempen jahat “pihak lawan” gantung sepanduk mengelirukan


Sepanduk haram iaitu ‘Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bakal jadi Perdana Menteri Malaysia’ dan ‘DAP mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri’, adalah antara yang dipasang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.

Sepanduk haram yang menimbulkan tanda tanya itu terbongkar apabila sekumpulan petugas PAS berjaya menahan empat pekerja upahan yang sedang melaksanakan tugas suruhan orang atasan mereka.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, sepanduk itu didapati mula dinaikkan pada 6 dan 7 April lalu dan tidak menolak kemungkinan bermotif menimbulkan kekeliruan dan menakut-nakutkan orang ramai.

Monday, April 8, 2013

Jadi tukang kempen Ibrahim Ali pun cukuplah


Apa yang membuatkan Mahathir terlalu berdendam terhadap Lim Kit Siang (LKS) hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat hanya boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan isu sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu tidak pernah padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau.

Mahathir mahukan UMNO dan BN menghabiskan riwayat LKS dalam politik kerana itu sahajalah cara untuk membuatkan LKS bersara. Kenyataan dendam kesumat begitu tidak terkawal sehingga beliau (Mahathir) meminta calon ‘heavy weight’ untuk diturunkan melawan LKS di Gelang Patah dalam pilihanraya seperti Ghani Othman yang sekarang penyandang kerusi Menteri Besar Johor. Dr Mahathir berkata LKS tidak mahu bersara seperti beliau dalam politik sejak begitu lama.

Sunday, April 7, 2013

Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan


Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Najib 'langgar' peraturan kerajaan sementara?


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia pada 20 April lalu disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ini kerana, baru sahaja empat hari parlimen dibubarkan, semalam Najib Tun Razak pula mengumumkan tiga projek pembangunan di Cyberjaya membabitkan kos keseluruhan mencecah RM8 bilion bermula tahun ini.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib telah menipu rakyat negara ini dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Thursday, April 4, 2013

Najib bubar parlimen kerana desakan dalaman


PAS percaya pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dibuat selepas beliau mendapat tekanan hebat dari pihak dalam Umno BN sendiri.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib sebenarnya tidak berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal namun kerana ada desakan dan beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran, maka pembubaran akhirnya dibuat hari ini.

"Saya mendapat info sebenarnya Njib tak berhasrat untuk membubarkan parlimen awal. Tapi sebab dia dapat desakan dari dalam dan dia melihat seolah-olah ada sedikit kekecohan dalam Pakatan Rakyat soal pembahagian kerusi.

Wednesday, April 3, 2013

Bubar: Apakah desakan Muhyiddin akan berjaya?


Desas-desus semakin hangat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen hari ini selepas mesyuarat terakhir Kabinet dan sesi bergambar bersama Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua hari lepas, Muhyiddin ‘menolak’ kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik Parlimen sebelum PRU13.

“Saya tak fikir Perdana Menteri akan tunggu sehingga genap lima tahun sebelum membubarkan Parlimen. Pilihan raya akan diadakan dalam beberapa minggu pada April,” katanya pada perhimpunan Barisan 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa.

Apa motif 'Kelantan After Dark'


Merujuk kepada akhbar inggeris tempatan, The New Sunday Times bertarikh 1 April 2013, yang telah membuat liputan mengenai isu gelaja sosial di Kelantan yang melibatkan remaja terutama dalam pelacuran,dadah dan perjudian dan Karoke, yang mana wartawan NSTP dibawa oleh seseorang ke tempat-tempt maksiat tersebut.

Kami meneliti video yang disertakan dalam web NSTP dimana mereka memaparkan lokasi karoke, pelacuran dan aktiviti black metal oleh sekumpulan kecil anak muda di Kelantan antaranya Sex Pistol dan sebagainya.

Tuesday, April 2, 2013

Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR dedah pengalaman


Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.

Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.

Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.

Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...