Sunday, March 31, 2013

Umno BN akan terus menipu untuk pertahan Putrajaya habis-habisan


PRU 13

Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.

Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa.

“Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan.

“Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi.

Anwar semakin dekat dengan orang ramai


Ke mana saja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi menjelang pilihan raya 2008 lalu, di situ kubu BN terbukti goncang.

Ia berdasarkan keputusan undi yang diperolehi PKR dan lain-lain parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Kini, dengan jangka masa yang panjang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkempen, sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dari hari ke hari.

Saturday, March 30, 2013

Biar Dun terbubar sendiri, PR sudah congak taktik BN


Tindakan BN membiarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor terbubar sendiri semalam sememangnya sudah dijangka, biarpun ianya sedikit pelik dalam sejarah politik Umno BN.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pakatan Rakyat dari awal sudah bersedia berdepan dengan taktik BN ini yang turut memungkinkan Perdana Menteri juga akan membiarkan parlimen terbubar secara automatik.

Sebab itu katanya, Selangor membuat ketetapan untuk membubarkan Dun pada tarikh 22 April iaitu tarikh terakhir Dun Selangor penggal ini.

Thursday, March 28, 2013

DUN Negeri Sembilan DUN pertama terbubar tengah malam ini

negeri-sembilan-voting

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi DUN pertama terbubar secara automatik bermula tengah malam ini, ketika Parlimen masih belum dibubarkan.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri kerana tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff menyifatkan pembubaran automatik ini ekoran ketakutan Perdana Menteri membubarkan Parlimen awal untuk berhadapan PRU 13.

Wednesday, March 27, 2013

Tak lari gunung dikejar, perubahan berlaku juga


Tidak usah kita membuat spekulasi tentang pilihanraya lagi kerana ia akan tetap datang. Tidak lari gunung dikejar, kata pepatah kita. Yang terpenting arus perubahan sudah tidak dapat dihambat lagi oleh pihak yang cuba menahan arus perubahan itu. Setiap hari arus itu semakin pantas berkembang. Perubahan jelas akan berlaku jika diizin Tuhan.

Bagi saya pilihanraya akan diadakan pada bulan Mei yang akan datang ini. Penggal kali ini adalah penggal yang penuh dan terpanjang dalam sejarah Malaysia Merdeka. Penggal yang terpendek ialah penggal 1978 sehingga 1982 yang hanya selama 3 tahun lapan bulan.

Awas tiga cara BN mahu tipu


Para pengundi diingat tiga cara menipu yang cuba dibuat oleh pihak tertentu termasuk petugas Umno dan BN menjelang pilihan raya ini.

Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail (gambar) mendedahkan, terdapat tiga perkara sedang dirancangkan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini baru sahaja di kesan dan beliau meminta semua pihak berwaspada dengannya.

Katanya, mereka diminta mengawasi gerak geri Wanita Umno yang akan berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking dengan dakwat hitam.

Tuesday, March 26, 2013

Kesetiaan PAS dan DAP terbukti: yang penting matlamat murni tercapai


Tidak pernah terfikir oleh orang ramai sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang di terima oleh semua kaum dan inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan ‘ulamak songsang’ yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS sebagai PAS sesat dan haram di sokong.

Berbagai kumpulan upahan telah di bawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama di sesuaikan dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua perjuangan mereka.

Monday, March 25, 2013

Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang modal sentimen perkauman


Pimpinan Umno BN kehilangan satu-satunya modal politik mereka iaitu memainkan sentimen perkauman apabila Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang secara terbuka menyatakan kesediaan menggunakan lambang PAS pada PRU 13.

“Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

“Kalau pilih (lambang) KEADILAN, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sunday, March 24, 2013

SPR buang rekod Papagomo, bukti pengundi hantu


KEADILAN hari ini mengesan rekod Papagomo dibuang dari daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan pendedahan bahawa blogger Umno itu merupakan pengundi hantu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, semakan pihaknya mendapati rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam daftar SPR.

papagomospr23032013“Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Semakan daftar pemilih buktikan Papagomo pengundi hantu


Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, didedah hari ini merupakan pengundi hantu berdasarkan bukti senarai daftar pemilih yang disemak KEADILAN.

Pendedahan terbaru ini dibuat Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti, di sini pagi tadi.

Berikut kenyataan penuh pendedahan tersebut:
Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

Saturday, March 23, 2013

Anwar yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu


Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.

Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini.

Friday, March 22, 2013

Menoleh semula di sebalik Mageran Kelantan 1977


Antara Keratan ahkbar ketika Margeran diisytiharkan di Kelantan 1977

Selepas insiden 13 Mei 1969 yang di mulakan oleh Harun Idris yang mengetuai pemuda tahan lasak, maka parti PAS terasa terpanggil untuk bersatu dengan niat yang murni menyertai Kerajaan Campuran PAS Perikatan di Kelantan pada tahun 1973. Ketika itu, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Razak Hussein mentadbir negara.

(Sebagaimana yang di lapurkan oleh dokumen-dokumen yang di klasifikasi sebagai tidak lagi sulit oleh kerajaan British di London)

Manakala pada tahun 1974, PAS menyertai Barisan Nasional untuk bergabung dalam kabinet Kerajaan Persekutuan yang di tadbir Umno.

Thursday, March 21, 2013

KEADILAN dedah ketua penceroboh Sabah rakyat M’sia & kakitangan k’jaan


Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Tuesday, March 19, 2013

PRU13: Hanya ‘ubah’ boleh banteras politik jijik


Teras Pengupayaan Melayu menggesa agar rakyat bertindak untuk memurnikan budaya politik di Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

“Sehingga ini nampaknya pihak penguasa masih terus menyalahgunakan kuasa sewenangnya,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tempoh pemerintahan sepatutnya sudah berakhir namun Perdana Menteri terus bertindak seolah-olah menjadi PM yang masih boleh mengguna peruntukan kerajaan dan mengumumkan perbelanjaan untuk meraih undi.

Tanah: Presiden PAS seru rakyat Johor buat perubahan


Isu pemilikan tanah di Johor boleh diselesaikan jika rakyat negeri itu membuat perubahan politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno telah memerintah negeri itu sudah lebih 50 tahun, namun sehingga kini masalah tanah rakyat masih gagal diselesaikan.

PAS pula katanya mempunyai pengalaman dalam urusan pemberian hak milik tanah, ketika memerintah Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004.

Friday, March 15, 2013

Bankrap: Kenyataan Musa Hitam menggegar Umno BN


Pandangan Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya.

Bagi Aspan Alias, Musa merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

Beliau menyatakan demikian di dalam blognya semalam, sebagaimana di bawah.

Porak-peranda: Muhyiddin dicabar dedah dokumen


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan Pilihanraya Umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.

“DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan Muhyiddin boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai dari kalangan masyarakat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...