Thursday, February 28, 2013

Peralihan kerajaan tidak gugat keamanan - Ghafir


Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat yakin peralihan kuasa yang dijangka berlaku pada pilihan raya umum ke-13 tidak mengugat keamanan negara.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata, pasukan polis diyakini mampu mengawal keadaan sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

“Ini kerana difahamkan berdasar risikan pihak keselamatan kemungkinan besar berlaku perubahan kepada politik negara nanti,” katanya pada ceramah Kebangkitan Rakyat bertema Kekal Kelantan Ubah Putrajaya di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam di sini malam tadi.

Manifesto Rakyat: BN bakal tumbang pada PRU13


KALAU diteliti betul-betul kandungan Manifesto Rakyat yang bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” tidak ada alasan lagi bagi rakyat Malaysia untuk mengelak daripada memberi mandat kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Walaupun kebanyakan pemimpin UMNO-BN memperlekeh dan menganggap manifesto itu tidak realistik atau seperti ‘menanam tebu di bibir’, realitinya rakyat sudah lama tahu hati budi dan perangai jahat UMNO-BN.

Kelebihan manifesto itu yang pentingnya ia dirangka bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat.

Wednesday, February 27, 2013

KETIKA KUAT MENIPU – KETIKA LEMAH LAGI BANYAK TIPU (Hishamuddin Rais)


Hakikatnya, kerajaan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional adalah kerajaan haram. Kerajaan ini mendapat kuasa melalui penipuan undi di Sabah. Kemenangan di Sabah datang dari undi pendatang haram yang diberi kad pengenalan. Ini bukan lagi satu rahsia. Satu alam Melayu mengetahui hal ini. Satu dunia telah membaca dan mendengar berita ini melalui Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.

Hasil penipuan undi di Sabah membolehkan United Malays National Organisation sejak tahun 80-an merompak harta kekayaan negara tanpa sekatan dan halangan. Rompakan dan penjarahan harta kekayaan negara ini ‘dilincirkan’ melalui apa yang dipanggil Undang-Undang dan Parlimen.

Manifesto Rakyat: Jamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat -

menifesto pakatan rakyat 2013

MANIFESTO Rakyat bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) dirangka khusus oleh Pakatan Rakyat (PR) bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat.

Manifesto itu digubal secara terperinci berdasarkan empat tonggak utama iaitu “Rakyat Bersaudara”, “Ekonomi Rakyat”, “Kesejahteraan Rakyat” dan “Kerajaan Rakyat”.

Manifesto itu dilancarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.

Tuesday, February 26, 2013

PRU 13 tamat era pemerintahan rasuah & kroni Umno BN



                     Ucapan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP di Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini)



Saya berasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk berucap di depan rakan-rakan seperjuangan daripada DAP, PAS dan KEADILAN pada pagi ini. Segala onak dan duri perjuangan telah kami lalui bersama sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Macam-macam dugaan dan cubaan telah diharungi, dan sudah tentu macam-macam lagi yang menanti. Pun begitu, detik yang bersejarah kini menjelma, dengan Pilihan Raya Umum yang akan datang dalam beberapa minggu yang terdekat ini.

Pilihan Raya Umum yang ke-13 ini bukan sekadar penamatan persidangan Parlimen ke-12 yang telah bermula sejak 28 April 2008, tetapi ia juga melambangkan masa untuk menamatkan pemerintahan Barisan Nasional yang telah berterusan selama 58 tahun sejak pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.

Risikan tentera, polis yakin Pakatan menang, rangka pelan keamanan

ghafir

Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.

“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Manifesto PR: Sejuta peluang kerja, gaji minima RM1,100 antara ditawar


Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

Monday, February 25, 2013

PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin


Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz


Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Sunday, February 24, 2013

Gadis seksi demo: Perkasa malukan umat Islam


Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan.

Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam.

Lebih 290,000 bekas askar tiada pencen, ‘berumah’ di kebun pisang

kerabat au2

Kebanyakan bekas tentera hidup menderita biarpun banyak menabur jasa kepada tanah air, hinggakan sebahagian mereka merempat termasuk mendiami rumah kongsi di kebun pisang manakala lebih 290,000 orang pula tidak menerima pencen.

Pengerusi Kerabat Melaka, Kolonel (B) Hashim, berkata lebih 290,000 bekas tentera tidak menerima pencen di seluruh negara, menyebabkan mereka hidup melarat tanpa pembelaan.

“Lebih 50 tahun Umno BN memerintah, tiada inisiatif membanggakan kepada bekas perajurit terutama bagi 290,000 bekas tentera yang tidak berpencen.

Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno


Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.

Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.

Antara mesej titah baginda ialah;

Saturday, February 23, 2013

Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar


Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

PI Bala balik M’sia dengan harapan Pakatan Rakyat menang PRU 13

bala

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala), menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini.

Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.

Miskin senjata BN untuk dapat undi


AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sepatutnya tidak ada lagi masyarakat yang tertinggal dan terpinggir setelah 55 tahun merdeka.

Tetapi, katanya pemimpin BN yang diketuai oleh Umno menjadikan kemiskinan sebagai strategi untuk memancing undi setiap kali pilihan raya.

Justeru, ujar beliau tepat seperti kajian Merdeka Center peratus sokongan kepada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah, ertinya rakyat yang kaya semakin jauh dengan BN.

Friday, February 22, 2013

UMNO perlu menjadi pembangkang untuk kebaikan negara dan parti itu sendiri


Tali hayat UMNO sudah begitu halus dan bila-bila masa boleh putus dan menjatuhkan parti itu. Kalau hendak di kira dari sudut politiknya, tidak ada sebab kenapa UMNO itu mesti wujud lagi dan akan di ketepikan oleh rakyat kali ini. UMNO hanya bergantung kepada kuasa wang dengan pembelian undi melalui BRIM dan berbagai-bagai kaedah lagi. Parti itu hanya bergantung kepada kekeliruan rakyat dalam membuat pemilihan kerana ini lah kali pertama membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada parti-parti alternatif negara.

Projek keretapi KL-Singapura: K’jaan baru bakal warisi hutang BN

Rafizi 1

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membina sistem keretapi laju antara Kuala Lumpur dengan Singapura tak ubah seperti tindakan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian penyerahan Blok L dan M yang bernilai berbilion ringgit.

“Sebagai sebuah kerajaan yang hampir tamat mandatnya, Najib tidak boleh menandatangani perjanjian yang melibatkan komitmen kewangan jangka panjang yang besar dan membebankan rakyat.

1Malaysia: Penjelasan gambar Nik Zawawi





Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Thursday, February 21, 2013

UMNO pengkhianat sebenar: “Orang Melayu tidak perlu takut kepada DAP” – Hanipa Maidin


Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara.

Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara Dua Darjat-Satu Malaysia, Dua Masa Depan.


Saya berada dinegeri Kedah buat pusingan ke2. Menyertai ceramah penerangan kepada penduduk negeri Kedah. Malam kelmarin bersama dengan Tn Haji Mat Sabu di Pendang. Kehadhiran amat baik memandangkan Mat Sabu tokoh yang popular. Pendengar datang membawa tikar dan payung mencari mana2 tempat untuk duduk.

Tema yang kita bawa , sama seperti dilain2 tempat. Saya memberitahu akan kebimbangan orang Melayu adalah kebimbangan yang palsu. Adalah suatu pendustaan yang besar yang UMNO lakukan untuk (a) menakutkan orang Melayu (b) membodohkan orangMelayu.

Wednesday, February 20, 2013

Sebenarnya siapa menggigit tangan yang memberi?...Dr Mahathir atau...


Kali ini peneroka Felda pula yang menjadi sasaran kempen Dr Mahathir dalam siri lawatan beliau berkempen pilihanraya yang akan datang ini. Peneroka Felda merupakan satu golongan besar yang mampu melakukan perubahan kepada struktur politik negara kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang besar dan berkolompok dan menjadi rebutan kepada semua pihak yang bersaing dalam setiap kali pilihanraya.

Dr Mahathir seperti biasa menggunakan isu membalas budi untuk mendapatkan sokongan peneroka bagi UMNO yang kian hari kian menipis sokongan dari rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Kalau selama ini peneroka Felda menjadi kubu untuk UMNO tetapi kali ini arus perubahan yang sedang berlaku di negara sekarang sudah menular ke dalam penempatan peneroka di rancangan Felda.

5,000 dari projek IC Sabah pindah ke K. Selangor?


 (Gambar kad pengenalan warga Pakistan yang diambil dari video)
Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.

 warga Pakistan, Nasib Parwali (gambar) yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.

"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah.

Tuesday, February 19, 2013

Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri


Seorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan di hantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang 'demokratik' ini.

Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishamudin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai ‘diplomatic language’ yang begitu rendah dan memalukan

Monday, February 18, 2013

Siapa Sebenarnya Lebih Berpotensi Mencetus Huru-Hara? - Shahbudin Husin



Kehadiran sekumpulan mahasiswa yang menamakan diri mereka Gerakan Mahasiswa PRU 13 atau GM13 di Pekan telah mencetus kemarahan orang-orang Najib sehingga kumpulan mahasiswa itu diganggu, dimaki hamun malah ada mahasiswa perempuan yang dikasari serta ditarik tudung mereka. Walaupun kerajaan telah membuat keputusan membenarkan mahasiswa aktif dalam gerakan politik luar kampus dan bertanding dalam pilihanraya, insiden yang berlaku di Pekan iaitu kawasan pilihanraya Najib sendiri memperlihatkan bahawa UMNO dan Perdana Menteri sebenarnya masih tidak bersikap terbuka dalam perkara ini.

UMNO dan Najib sebenarnya hanya mahu mahasiswa menyokong UMNO dan kerajaan tetapi tidak bersedia membenarkan mahasiswa menyokong pihak lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...