Friday, August 31, 2012

Puisi, Tembakan Bunga Api, Negaraku Akhiri Countdown “Janji Demokrasi”


Acara countdown himpunan aktivis menuntut pilihanraya bersih didepan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut berakhir dengan meriah dan bersemangat tanpa kekecohan.

Walaupun dilarang berhimpun oleh polis, beribu aktivis “janji demokrasi” keluar untuk menyambut ambang kemerdekaaan di ibu negara pagi ini.

Himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang itu menyambut ambang kemerdekaan dengan bacaan puisi oleh sasterawan negara A Samad Said dan nyanyian lagu Negaraku.

Sebelum countdown bermula, mereka menyanyikan lagu Merdeka ciptaan mereka sendiri yang bertajuk “Janji Ditepati”.

“Kemerdekaan tiada guna, hanyalah janji dicapati,” merupakan chorus kepada lagu yang dicipta sendiri oleh aktivis tersebut yang memperlekehkan tema Hari Merdeka Kerajaan Umno-BN.

Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah


AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin memperlihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjadikan sambutan 55 tahun kemerdekaan sebagai satu peristiwa yang bersejarah kepada negara ini.

Menurutnya lagi, rakyat telah menunjukkan bantahan mereka terhadap sambutan kemerdekaan tanpa bersembunyi dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

"Saya melihat satu yang begitu aneh berlaku apabila rakyat tidak mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan esok adalah sambutan hari kemerdekaan negara.

"Mood rakyat cukup muram dan mereka telah menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap sambutan kali ini yang dilihat lebih terjurus kepada agenda parti Barisan Nasional," jelasnya ketika ditemui di lobi Mahkamah Kuala Lumpur.

Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka 
Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka

Thursday, August 30, 2012

1Malaysia tak menyatukan negara -Subky Latif


AMAT malang bagi Malaysia di ambang persiapannya untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 ia bertempur dengan isu tema yang dipertikai dan tidak diterima oleh semua pihak.

Tema 55 Tahun Merdeka ‘Janji Ditepati’ tidak dapat diterima oleh Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, PUlau Pinang dan Selangor.

Justeru kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib tidak sedia menukar tema itu, maka kerajaan Pakatan Rakyat bersetuju menggunakan tema lain seperti yang setuju setakat ini iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa.

BN takut pertembungan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka


Kerajaan hingga hari ini masih belum mengumumkan sambutan ambang merdeka yang lazimnya pada setiap tahun detik menjelang 12.00 tengah malam itu bakal disambut esok dan diraikan bersama rakyat di Dataran Merdeka.

Sebaliknya, kerajaan hanya menghebahkan dua program berasingan yang diadakan pada Jumaat ini, 31 Ogos tanpa merujuk sambutan ambang kemerdekaan yang jatuh pada malam esok.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim cuma berkata, acara perbarisan akan diadakan di Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos.

Wednesday, August 29, 2012

Kurangnya Jalur Gemilang, Merdeka ke-55 hambar

Beberapa hari sahaja lagi menjelang tanggal ulang tahun sambutan hari kemerdekaan, rata-rata orang ramai dilihat bagaikan tidak cakna dan tidak pedulikan tarikh yang dianggap “keramat” oleh pemerintah itu.

Ini dapat diukur daripada kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah kediaman dan kenderaan sehingga sambutan merdeka ke-55 tahun ini dilihat paling hambar.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun berdasarkan pemerhatian, gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Kenapa? Adakah rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotismenya? Atau mesyarakat sudah bosan dan jelak kerana merdeka asyik dikaitkan dengan Umno sahaja? Atau adakah rakyat masih mengambil kira kenyataan seorang profesor tahun lalu bahawa “Tanah Melayu tidak pernah dijajah?”

Merdeka: Kenapa kenderaan sukar kibar bendera?



Apabila sambutan kemerdekaan dijadikan modal politik dan propaganda parti, maka ia telah memberi kesan buruk kepada negara, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Tegasnya, kemerdekaan adalah milik semua rakyat, bukan milik mana-mana kelompok.

“Menjelang sambutan kemerdekaan, rakyat menjadi keliru, sama ada menyambut ulang tahun Umno atau ulang tahun kemerdekaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya kerana gambar yang dipaparkan di media dan papan tanda ialah gambar Presiden Umno, bukan gambar pejuang kemerdekaan negara yang melawan penjajah, sama ada dari puak kanan atau puak kiri.

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir



Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

Hudud bukan isu sebenar menjelang PRU-13- Dr Mazlee Malik.

Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS, UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai ‘punching bag’ mereka menjelang PRU 13.

2. Ditakuti, perbincangan yang tiada kesudahan oleh pihak-pihak yang masih tidak jelas tentang hakikat sebenar hudud ini hanya akan membawa kepada ‘Islamophobia’ di kalangan masyarakat non-Muslim seperti yang disuarakan oleh pihak Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

3. Hakikatnya, isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata.

Peranan Majlis Raja-Raja yang menjadi ketua agama di negeri masing-masing perlu diambil kira. Begitu juga dengan mekanisme yang berpotensi menjadi pelaksana undang-undang hudud seperti Mahkamah Syariah, Majlis agama di negeri-negeri, peguam-peguam Syariah dan pihak keselamatan juga perlu diambil kira.

Gabungan JANJI ajak rakyat seluruh negara kuningkan Dataran Merdeka

NGO Gabungan JANJI mengerahkan setiap ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Janji Demokrasi untuk sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos ini.

Gabungan JANJI dianggotai 49 NGO yang ditubuh khas bagi meraikan malam sambutan Hari Kebangsaan dengan tema ‘Janji Demokrasi’.

Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau telah mengarahkan pengerusi persatuan itu di setiap negeri untuk turun memeriahkan sambutan tersebut.

Tuesday, August 28, 2012

Tugas Iblis ialah Menyesatkan.-Sakmongkol AK47

Saban hari kita melihat UMNO semakin gelabah untuk diadili oleh rakyat. Pilihanraya ditangguh sehingga Najib rasa yakin. Dia akan rasa yakin apabila lapuran dari perisik kata, dia ada peluang menang. Dia akan yakin apabila semua cara penipuan sudah dikemaskan. Dia rasa dia yakin apabila rasa ada perpecahan dikalangan parti pembangkang. Pembangkang, Dato Sri presiden tidak berpecah- mereka disatukan oleh matlamat membuang UMNO/BN.

Ribuan orang datang ke rumah terbuka nya di Pekan pun dia tidak yakin lagi. Sebab dia tahu, perangai orang pekan. Sebuah keluarga akan ambik 5 bungkusan Tupperware.

Tamrin: Saya tukar parti, bukan agama

Tamrin: Saya tukar parti, bukan agama
Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, membidas kenyataan adik perempuan beliau hari ini yang mengatakan keluarganya kesal kerana dirinya memilih untuk keluar daripada parti Melayu terbesar di negara ini, Umno, dan memilih PAS sebagai parti barunya.

Tamrin dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini menegaskan tindakannya meninggalkan Umno bukanlah satu perkara yang serius seperti meninggalkan agama kerana sebelum dirinya, telah ramai pemimpin negara yang keluar masuk dari parti komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut.

“Saya hanya tukar parti .... bukan agama.”

Kenyataan Mahathir cepatkan kejatuhan Umno


Bukan sekali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan yang agak mengecutkan Umno-BN berdepan sebarang kemungkinan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Terkini, bekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya.

Lebih menghairankan, Mahathir seolah-olah sudah mula meroyan dan tidak segan menyatakan "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".

Monday, August 27, 2012

Jangan perdagangkan wakil rakyat macam lembu – Lim Guan Eng


Penentangan UMNO-BN terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk mengharamkan gejala lompat parti oleh wakil rakyat disifatkan sebagai sebuah amalan pecah amanah terhadap mandat yang diberikan rakyat.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng, BN dilihat menentang keras cadangan ini kerana ia akan menghalang mereka dari memperdagangkan wakil rakyat.

“Tentangan BN ini kita sudah duga dari awal lagi,” kata beliau kepada pemberita dalam sebuah sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

“Kita tidak mahu wakil rakyat melompat kerana dibeli. Adakah kita mahu melihat wakil rakyat yang dipilih diperdagangkan seperti lembu?” soalnya.

Hudud: Surat amaran Dr M belum ditarik balik


Surat amaran kepada Kelantan yang dihantar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi menghalang pelaksanaan hudud masih berkuatkuasa sehingga sekarang.

Malah surat atas nama ketua kerajaan Malaysia itu belum ditarik balik sehingga sekarang.

Surat itu bertarikh 15 Julai 1994 yang ditandatangani Dr Mahathir antara lain menyebut kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

Selain itu disebut kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam.

Khutbah Raya: Pihak mana sebenarnya berpolitik

KOTA BHARU: Usaha pihak tertentu cuba mengaitkan Dewan Ulamak PAS menyediakan khutbah Aidilfitri kononnya mengajak perpecahan, akhirnya mendedahkan pekung sebenar.

Antara lain khutbah disediakan pihak tertentu menyebut, "Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan".

Bagi banyak pihak ia jelas ditujukan kepada BERSIH 3.0 yang dituduh sebagai pencetus pergaduhan dan perbalahan.

Selain itu khutbah yang dikeluarkan pihak berkenaan juga mengajak orang ramai menyedari bahawa Malaysia bukan Mesir, Malaysia bukan Syria, Malaysia bukan Pakistan, Malaysia bukan Iran.

Sunday, August 26, 2012

Hudud dan keterdesakan politik Umno


Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni;

Sivarasa : Dr Mahathir Masih Berlagak Sebagai Diktator



 Kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru rakyat untuk tidak memberi mandat percubaan kepada Pakatan Rakyat mencerminkan gaya seorang diktator.
 MP Subang, Sivarasa Rasiah berkata ungkapan Dr Mahathir bahawa “syaitan yang dikenali adalah lebih selamat daripada malaikat yang tidak dikenali” mencerminkan personaliti dan sikap beliau terhadap kuasa.

“Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

“Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Pakatan Rakyat Sebenarnya “Malaikat Yang Diketahui”


                 Prestasi Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri dengan baik membuktikan yang ianya layak diberi mandat memerintah negara.
                 Dalam menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pemimpin Pakatan dari Pas, DAP dan PKR berkata prestasi dan pencapaian Pakatan sudah diketahui manakala keburukan Umno-BN juga disedari umum.

Kata mereka, Dr Mahathir secara tidak langsung mengakui bahawa pentadbiran Umno-BN penuh dengan kejahatan manakala Pakatan dilihat sebagai penyelamat kepada kepincangan Umno-BN.

Mereka juga berkata melalui pentabirannya di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, Pakatan sudah membuktikan yang ia mengamal dasar dan pendekatan yang lain dari Umno-BN di mana pembangkang dan rakyat diberikan hak bersuara.

Rakyat Diseru Turun Menuntut “Janji Demokrasi” Pada Ambang Kemerdekaan


  
  
           Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bakal berlangsung pada ambang Hari Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka bukan suatu demonstrasi jalanan.
           Sebaliknya, ia adalah seruan kepada rakyat untuk menyertai sambutan ambang Hari Merdeka disamping mengingatkan Kerajaan Pusat untuk memenuhi janji bagi penambahbaikan sistem pilihanraya.

Ahli Jawatankuasa Kerja ‘Janji Demokrasi’, Maria Chin Abdullah berkata, rakyat Malaysia digesa supaya datang ke sambutan itu dengan pakaian kuning bagi menunjukkan solidariti dengan “Janji Demokrasi”.

Guan Eng pertahan kewajaran undang2 anti lompat

     
          Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata undang-undang anti lompat parti yang dicadang di negeri itu bukan mahu menyekat kebebasan berpersatuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
               Sebaliknya, ia lebih kepada menghalang wakil rakyat dari mengkhianati amanah masyarakat awam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.

"Cadangan pindaan perlembagaan negeri untuk meluluskan undang-undang anti-katak ini bukan perihal kebebasan berpersatuan tetapi perihal pengkhianatan amanah awam serta pengkhianatan prinsip-prinsip asas demokrasi perwakilan dan kebertanggungjawaban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saturday, August 25, 2012

Kefahaman bukan alasan tangguh hudud

 

          Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
            Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam.

Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.

Mahathir takut Anwar dan Pakatan ganti BN PRU 13

  
             Tun Dr Mahathir Mohamad dibayangi ketakutan melampau terhadap seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang manakala Pakatan Rakyat pula diangkat menggantikan Kerajaan Persekutuan.
              “Melihatkan sikap Mahathir ini, sebenarnya beliau dibayangi ketakutan (paranoid) terhadap Anwar. Sebab itu beliau terpaksa menggunakan ideologinya sehingga sanggup menyamakan Anwar dengan Obama.

“Satu perkara yang perlu dijelaskan adalah Obama sudah dipilih jadi Presiden. Adakah kerana Mahathir cemburu melihat dasar Obama lebih baik daripada kawan ‘baiknya’ George W Bush,” kata Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi.

Projek IC Sabah: Mahathir terlibat beri kewarganegaraan pada pendatang

  
            Projek IC Mahathir atau ‘Projek-M’ didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.
              Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.

Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.

Friday, August 24, 2012

200,000 nama warga asing dalam senarai pemilih Sabah


               Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan, terdapat 200,000 nama warga asing, hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhannya 950,000 pengundi berdaftar.
              Menurutnya, penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 (termasuk generasi kedua) hasil Projek IC dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai pengundi sah, dengan kod IC ’71′.


“Kenapa memalsukan ‘Sijil Akuan untuk menyatakan tempat kelahiran di Sabah dengan kod tengah 12?

“Jika dokumentasi secara sahih, mengapa Kad Pengenalan baru mereka (diwujudkan) kod 71, bukankah bermakna mereka dilahirkan di luar Malaysia?

Melayu jangan kena tipu lagi dan lagi dan lagi -Sakmongkol AK47.


             Saya tidak mahu percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyinya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam derhaka.
             Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti derhaka.

Kita telah pun menyempurnakan ibadat puasa. Kenalah tahu beberapa iktibar daripada ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan.

PRU 13: Dr. M bayangkan perubahan kerajaan?


                Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya negara kucar-kacir jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara membayangkan perubahan besar bakal berlaku pada PRU 13.
                 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Mahathir itu mempamerkan ketakutan dan tekanan yang dihadapi BN pada ketika ini.


"Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, ini menguatkan lagi hujah betapa Umno BN bakal kehilangan kuasa pada PRU 13.

Thursday, August 23, 2012

Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud


                    PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.
                   “Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily.

Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

ABU Akan Menentang Pengganti Umno Yang Zalim


Rakyat harus memilih pemerintah yang mempunyai integriti dan kredibiliti pentadibiran agar hak mereka terjamin tidak kira daripada mana-mana parti politik.

Aktivis gerakan Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim menjelaskan, fokus utama kini adalah menumbangkan pentadbiran Umno-BN di Putrajaya bagi membolehkan negara menyaksikan pemerintah baru.

Akan tetapi, perkara sama juga akan dibuat jika pemerintah baru gagal memenuhi aspirasi rakyat.

“Kita sudah bertekad dalam PRU-13 (pilihanraya ke-13) Umno akan ditumbangkan. Satu kerajaan baru akan ditubuhkan di Putrajaya.

Wednesday, August 22, 2012

Hudud: PAS terima sikap DAP, tidak bagi Umno

Pendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat  diterma .                               
 PAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud.

Apakah sikap PAS itu munafik?
Tidak. PAS telah membuat sikap yang betul. Sikap PAS itu dibuat mengikut kaedah siasah syariyah yang menjadi pegangannya dalam mengendalikan politik di negeri ini.

Perutusan Aidilfitri DAP Kebangsaan: “Iktibar pemerintah adil,orang berpuasa dan orang yang dizalimi”

  
            DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak golongan yang rasuah dan menyalah guna kuasa sepertimana menjadi tradisi UMNO-BN.
              DAP juga percaya bahawa keamanan hanya boleh tercapai dengan persefahaman, kebenaran, keharmonian dan nilai murni antara kaum, mengecapi kemajuan dan menitikberatkan keadilan untuk seluruh rakyat .

Demikian amanat penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri DAP Kebangsaan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Menurutnya, beliau amat tertarik dengan ajaran Islam yang ada menyatakan mengenai tiga golongan yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.

Perpaduan bersama Umno buang masa

  
              PAS menyifatkan seruan pihak tertentu agar bersama Umno untuk menjamin perpaduan rakyat khususnya Melayu di negara ini hanya sebagai membuang masa.
               Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, rekod dan sejarah telah membuktikan bahawa Umno telah gagal menunjukkan perpaduan termasuk dalam parti itu sendiri.

Menurutnya, Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno.

Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan Umno dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja.

Monday, August 20, 2012

Angan-angan Dr Mahathir itu ibarat 'pungguk rindukan bulan'- Aspan Alias


              Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Sunday, August 19, 2012

Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan


             Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
            Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.

Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid.

Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Saturday, August 18, 2012

'Tanda Putra' itu 'tanda UMNO terdesak' - Aspan Alias

 
               ‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...