Saturday, June 30, 2012

'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'

"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin,"- Hairie
  
              Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini.
              Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.

"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!

TNB dituntut perjelas bil elektrik melonjak naik

 
  
              Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan segera ke atas aduan kenaikan bil elektrik ekoran sistem bil dua bulan sekali.
                 Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.
                 Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.

Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.

Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:

Friday, June 29, 2012

DAP anti Islam hanya propaganda - Dr Mazlee

 
              Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek berpendapat hudud tidak boleh dilihat dari sudut hukuman semata-mata tetapi perlu melihat matlamatnya secara menyeluruh.
              Beliau yang juga turut mengajar subjek tersebut di UIAM berkata, objektif yang ingin dicapai melalui hudud adalah ingin menjadikan sebuah masyarakat yang bersih dan baik.

"Saya melihat menariknya hudud itu bukan dilihat kepada hukumannya tetapi dari sudut objektif yang mahukan sebuah masyarakat yang bersih tanpa jenayah, rompak, rogol, tuduhan zina mahupun memaparkan gambar-gambar orang berzina di dada akhbar dengan niat untuk memfitnah," jelasnya.

Thursday, June 28, 2012

Takut dipenjara, Mahathir dibayangi Hosni Mubarak – Anwar


                 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
                 Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’.

Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya.

“Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak.

Scorpene: Jawapan Zahid timbul banyak soalan


              Jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen mengenai isu jualan rahsia Scorpene di Dewan Rakyat malam tadi menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
              Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya mengungkit banyak soalan yang perlu dijelaskan kerajaan.

Pada 26 Jun 2012, Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah memberi jawapan kepada isu-isu yang saya bangkitkan dalam ucapan penangguhan Nurul Izzah di Parlimen.

Fitnah RM3 bilion: Murad ke Jerman mohon maaf pada Anwar – Saifuddin

 
             Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid pernah memohon maaf secara terbuka di depan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari penjara pada 2004.
             Beliau yang menjadi saksi kejadian itu berkata, Murad juga mengambil penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jerman untuk menemui Anwar yang ketika itu bakal dibedah untuk mendapatkan rawatan berkaitan tulang belakangnya.

“Pada penghujung 2004, Murad melakukan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman dan menemui sendiri Anwar untuk memohon maaf.

Wednesday, June 27, 2012

KGT: Husam minta Awang Adek teliti sebelum ulas

   
              Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa mendakwa Awang Adek Hussin sebagai pemimpin mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa dalam isu membabitkan pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT), dinar dan dirham Kelantan.
                Husam yang juga Naib Presiden PAS Pusat mendakwa tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu berpijak kepada ‘habuk-habuk fitnah’ dalam membuat kenyataan.

“Bahkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, tidaklah wajar bagi Awang Adek terburu-buru memberikan kenyataan tanpa memeriksa fakta kes termasuk apa laporan, apa isi laporan polis dan apa komen polis (dalam isu berkaitan).

“Tiba-tiba terus terburu-buru, (justeru) seakan-akan memberikan implikasi adanya ‘penyelewengan’ dalam KGT, dinar dan dirham Kelantan.

Dinar: Nik Aziz beri '25 jam' untuk siasat KGT

      
                    Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu pihak berkuasa boleh menyiasat bila-bila masa isu dakwaan penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT). Beliau yang ditemui di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini turut menyatakan siasatan tersebut boleh dilakukan 25 jam.
                Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.


"Kita sedia disiasat dan saya berikan 25 jam ruang waktu untuk mereka siasat walaupun kita ada 24 jam tapi 25 jam saya bagi.

"Siasatan boleh dilakukan bila-bila masa dan kita tidak takut," jelasnya.

Tuesday, June 26, 2012

Tunku Harmy : Golongan “Pengemis Terhormat” Rosakkan Ekonomi Melayu

            
     Jika ‘golongan pengemis terhormat’ terus diberi peluang maka jika diberi 100 tahun lagi pun, agenda ekonomi Melayu tidak akan berjaya, kata seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan.
               ‘Golongan pengemis terhormat’ itu merujuk kepada pemimpin Umno-BN dan kroni-kroninya, kata Tunku Harmy Tunku Hannan, yang merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Katanya, sejak awal 80an lagi, banyak projek hanya disuapkan kepada kroni-kroni Umno-BN tanpa pertimbangan kebolehan.

Manakala ahli perniagaan yang benar-benar layak tidak mendapat peluang-peluang tersebut.

Skandal Kontrak Pembinaan Projek Tambahan Sistem LRT Ampang Melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak

  
           Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

Anwar Tuntut Mohon Maaf Dari NST, Berita Harian

    
         Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut permohonan maaf daripada dua akhbar pro-Umno-BN kerana menyiarkan dakwaan yang beliau memilik akaun induk yang menyimpan RM 3 bilion.
             Anwar menuntut agar akhbar The New Straits Times dan Berita Harian memohon maaf dalam masa 24 jam atau hadapi tindakan saman fitnah.

Anwar telah memfailkan notis tuntutan tersebut melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh, bagi menuntut permohonan maaf berhubung artikel berkenaan.

Rafizi : Perletakan Jawatan Untuk Fokus PRU 13

                  
                Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menegaskan perletakan jawatan beliau sebagai Penasihat Ekonomi di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah dirancang dari awal bagi menumpukan sepenuh tumpuan dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat (Pakatan) menumbangkan Umno-BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13).
                 Katanya selain itu pelbagai strategi juga turut di rancang bagi memastikan Selangor terus dipertahankan.

Menurutnya, isu tersebut adalah keputusan peribadi yang sengaja diperbesarkan media kawalan Umno-BN kononnya petanda wujudnya keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Sunday, June 24, 2012

Penilaian terhadap UMNO/BN ialah kepada kadar rasuah dan isu rasis - Aspan Alias ,


                     Saya selalu berkata UMNO Baru sudah hilang hidayah dalam mentadbir negara. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat. 
                    Bagi UMNO Baru kerajaan yang baik itu ialah kerajaan yang boleh membina lapangan terbang, membina sekolah, melebarkan jalan, menyediakan bekalan air dan api letrik dan sebagainya. UMNO Baru tidak lagi memahami bahawa pembangunan fizikal itu hanyalah sebahagian yang kecil daripada apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.

Itulah sebabnya UMNO Baru dan pemimpin-pemimpinnya tidak terlepas daripada mengungkit apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara.

PRU musim haji: Najib 'khianat' Islam

  
           Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.
             Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Saturday, June 23, 2012

Kes Scorpene buat Najib terduduk, takut umum PRU- Rafizi

   
                Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.
                 “Pakatan Rakyat sudah lama bersedia menghadapi PRU, sejak 2011. Dah setahun pun, tapi Najib asyik menunda dan mengelak,” katanya dalam ucapan di ceramah Merdeka Rakyat dekat Setiawangsa, malam tadi.

Kata Rafizi, Najib beberapa kali menangguhkan tarikh pilihan raya kerana berdepan banyak isu seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan himpunan Bersih pada 28 April lalu.

Thursday, June 21, 2012

Kelantan Mundur 40 Tahun, Satu Kenyataan Bodoh Professor Kangkung

  
   
                   Saya menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar yang mendakwa bahawa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir oleh PAS merupakan satu kenyataan yang terlajak mengampu. Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Jun 2012.
                Saya hakikatnya amat bersimpati dengan profesor ini yang barangkali hanya membaca akhbar-akhbar pro UMNO tanpa cuba menyelidiki fakta yang sebenar. Seharusnya sebagai seorang yang bergelar profesor, tentunya sudah mahir dengan kaedah penyelidikan yang menuntut sesuatu fakta itu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan.

Barangkali profesor ini sudah lama tidak memasuki bandar Kota Bharu yang menyaksikan pelbagai pembangunan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kemunculan hotel-hotel, pusat-pusat membeli belah, rumah-rumah kedai dan sebagainya sedang mewarnai seluruh negeri Kelantan yang tentunya menafikan sama sekali dakwaan profesor ini bahawa Kelantan mundur 40 tahun.

Murad diugut diugut ejen BN, dakwa Saifuddin

    
              Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar) telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion, lapor KeadilanDaily.
                “Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi. Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut..kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.

Pakatan tawar permit teksi, bukan sekadar 4 tayar – Anwar

  
            Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.
             “Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat. Insya-Allah,” kata Ketua Pembangkang itu.

Berucap depan lebih 2,000 rakyat di sini, Anwar menyifatkan sogokan itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.

“Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik.

Wednesday, June 20, 2012

Siasat Nizar: Polis tidak perlu keterlaluan


                    Polis tidak sepatunya bersikap keterlaluan dalam siasatannya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung nombor pendaftaran WWW1, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
                   "Kita tidak ada halangan jika polis hendak menjalankan tugas mereka dengan rasional mengikut peruntukan undang-undang, tidak kisahlah Akta Hasutan atau apa-apa sekalipun.

"Tetapi janganlah bertindak melampau sehingga merampas telefon dan komputer," kata beliau.

Menurut Mohamad, kenyataan Nizar yang menyebabkan polis bertindak itu adalah kenyataan umum dan terbuka yang tersiar dalam laman Twitternya.

KATANYA – Rakyat mesti terus sokong UMNO-BN

  
              Najib Tun Razak mahu rakyat terus sokong UMNO dan BN kerana katanya hanya merekalah yang boleh menunaikan janji kepada rakyat. Pakatan Rakyat pula katanya hanya tahu ‘jual janji’. Malah katanya lagi PR tiada pengalaman memerintah kerajaan dan tak pernah tunaikan manifestonya.
               Kita yang mendengar ini pun mulalah sendawa sakan kerana mendengar ‘kebenaran’ dakwaan PM kita ini. Al maklumlah, UMNO dan BN masih menyangka merekalah parti paling maksum di dunia ini. Mereka masih anggap Pulau Pinang dan Selangor masih diperintah oleh parti mereka hingga tingkah-laku politik mereka sangatlah sombong tak sedar diri.

Janji ditepati?

Kalau ikut tafsiran PM, memanglah Pakatan tak tunai janji jika nak dibandingkan dengan ‘janji ditepati’ UMNO itu. Walau pun dakwanya Najib dah mansuhkan ISA, hakikatnya yang dikatakan menunaikan janji itu hanyalah penukaran nama ISA, hakikatnya masih ramai tahanan ISA masih dikurung dan hakikatnya ramai rakyat tak mendapat hak keadilan yang wajar.

PAS ramal PRU13 tahun hadapan

    
            PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-13 berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan, sehingga habis tempoh penggal.
              Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Parlimen tidak akan dibubarkan pada tahun ini kerana Selangor tidak akan membubarkan Dun dan bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Mustafa berkata, Umno BN tidak akan berpuas hati jika Selangor tidak turut serta dalam PRU kerana mereka memang mahu merampas kembali Selangor.

"Saya rasa pilihan raya ini tunggu sampai tamat tempoh. Ini bukan saya bergurau, tapi serius.

Tuesday, June 19, 2012

Mahathir enggan bela Najib dalam isu Scorpene


                 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan membela Datuk Seri Najib Razak dalam kes Scorpene, terutama selepas kes itu dibawa ke Mahkamah Perancis, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
                 Ini kerana katanya, orang kanan kepada Mahathir, Tun Daim Zainuddin gagal memperoleh kontrak pembelian kapal selam berkenaan.


“Pada asalnya, kontrak ini kepunyaan ‘orang Mahathir’, iaitu Daim Zainuddin. Tapi, sekarang ini jadi masalah bila timbul isu membabitkan Najib di mahkamah Perancis. Sebab itu kita nampak Mahathir tidak membela Najib,” katanya kepada Keadilan Daily.Percaturan Mahathir masih belum selesai dan dia sangat cekap ‘sembunyikan diri,” kata Azan merujuk tindakan berdiam diri Mahathir

Monday, June 18, 2012

Suruhanjaya Diraja kaji isu pendatang asing Sabah hanya gimik pilihan raya

Kerajaan tiada kesungguhan untuk selesaikan isu pendatang asing kerana mereka jadi alat untuk mengundi Umno BN

 

            Pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang di Sabah hanya gimik pilihan raya, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
            “Ada pemimpin Sabah mendakwa kerajaan bersetuju dengan RCI tapi pengumumannya ditangguh berkali-kali.
             “Menjelang PRU 13, Umno BN sedar akan kegelisahan penduduk Sabah, justeru tiada pilihan lain kecuali melayani tuntutan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kenyataan media bersama Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui (SAPP) dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu.

Sokongan terhadap Nizar, tempelak buat Umno - Mohd Rashidi Hassan

  
              Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.
               Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.

Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.

Sunday, June 17, 2012

Tun Mahathir tidak perlu gundah gulana kerana beliau tidak pernah bersalah- Aspan Alias


            Dr Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri negara selama 22 tahun dan telah secara zahirnya bersara dari jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 30hb Oktober 2003. Tetapi jelas beliau belum bersara dari politik. Beliau masih bermain politik dan panggilan ramai yang beliau sebagai negarawan itu agak tidak tepat. Beliau masih lagi seorang ‘politician’ yang giat, dan beliau belum lagi sampai ketaraf seorang negarawan.

Tidak salah beliau mahu terus berpolitik kerana ini negara demokrasi dan rakyat sedang memperjuangkan demokrasi itu dengan gigih. Hanya Mahathir sahaja yang bermain politik tidak demokratik.

Saturday, June 16, 2012

Gelagat Umno sebelum turun takhta



Regim yang hampir tumbang sepatutnya melakukan usaha pembaharuan bagi merebut kembali sokongan rakyat, dengan berusaha sebaik mungkin menjinakkan hati dan minda pengundi, supaya dapat terus bertakhta.
Malangnya, apa yang sering berlaku, kebanyakan penguasa yang dibenci massa itu, selalu bertindak di luar jangka, dengan meneruskan -- malah meningkatkan lagi -- tahap kejahatan dan kezaliman, sehingga menyebabkan kebencian dan kemarahan orang ramai bertambah. Mereka seolah-olah gagal membaca isyarat kejengkelan rakyat yang muncul di mana-mana.

Sekadar contoh, perhatikan saja bagaimana perilaku bekas Presiden Indonesia di ambang kejatuhannya, 14 tahun lalu. Di kala rakyat mula memberontak dan menunjukkan aksi protes secara terbuka,

Debat: Pemuda PAS puji Saifuddin Abdullah

  
              Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji sikap gentleman dan berani Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) kerana sanggup berdebat dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada 19 Jun ini di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf meskipun dibantah oleh pemimpin Umno lainnya.
              “DPPM menganggap kesudian Saifuddin menunjukkan keterbukaan beliau dalam memberi serta menerima pandangan atau kritikan terhadap sesuatu isu yang timbul.

“Debat ini pastinya akan menguji tahap intelektualisme pemimpin-pemimpin terbabit supaya rakyat mengenal siapakah di kalangan mereka mempunyai idea yang bernas dan wawasan yang jauh dan layak dinobatkan sebagai pemimpin negara ini,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Friday, June 15, 2012

Betul ke BERSIH akibatkan rugi RM1.8 juta? Yang lepas berbilion-billion ringgit tu apa?

  
               Kalau BN kata kerajaan rugi RM1.8 juta sebab himpunan Bersih yang menuntut penyucian Suruhanjaya Pilihan Raya agar adil dan telus, kita juga boleh kata bahawa rakyat akan rugi dengan pengagihan RM1.5 juta di setiap kawasan Parlimen mereka sebab dana awam cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia dicopet sesuka hati.
                Makanya, kalau sekarang BN mengusai 139 Parlimen, ini bererti RM208.5 juta wang cukai rakyat akan dilantak puak-puak ini. Berapa banyak yang akan sampai kepada keluarga Melayu, India, Kadazandusun, Iban, Orang Ulu yang miskin, tak pula diketahui.

Dan kalau tambah lagi RM41.5 juta, maka genaplah RM250 juta yang serupa nilainya dengan korban skandal lembu NFC yang dijadikan modal beli kondo mewah dan kereta mewah melibatkan anak-beranak Shahrizat Jalil.

Akan hal ini wajarlah Ketua Oposisi Parlimen Anwar Ibrahim berkata, “Najib terdesak… “

Tapi mungkin bagi Najib, dia tidak peduli – Asalkan BN menang, peduli apa dia pada rakyat..

Tanda-tanda kejatuhan BN bertambah jelas - Aspan Alias

            Mencapai matlamat perjuangan sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan tercapai. 
           Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai risiko yang tidak ramai sanggup menghadapinya.

Apa sebenarnya yang membuatkan ada pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi segala rintangan yang bukan kecil itu?

Undang-undang sedia ada cukup hukum Mahathir


             Jika benar ada salah laku dilakukannya, tidak perlu menyalah guna kuasa untuk menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
              Ketika menolak kebimbangan bekas Perdana Menteri itu, beliau berkata, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.

"Kalau benar Dr Mahathir bersalah, tak perlu salah guna kuasa. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk hukum beliau," kata Mahfuz.

Thursday, June 14, 2012

Politik Malaysia paling kotor di bawah pentadbiran Najib – Cucu Mahatma Ghandi

 
              Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya di negara ini.
              Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.

“Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) ‘follow’ politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia sekotor politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya),” kata Anwar.

Tunda haji kerana pilihan raya - Subky Latif


            PRU 13 diduga tidak diadakan sebelum puasa bermula 21 Julai ini. Mungkin sebelum haji atau selepas haji.
            Kiranya ia diadakan selepas haji maka penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR terutama yang terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya wajar memikirkan menunda keputusan naik haji.

Utamakan menghadapi pilihan raya dari menunaikan kewajipan Rukun Islam kelima itu. Haji boleh ditangguh ke musim yang kemudiannya yang tidak ada pilihan raya padanya. Pilihan raya lima tahun sekali itu menentukan kerajaan yang elok atau tidak elok. Maka menghadapi persiapan pilihan raya itu adalah lebih penting.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...