Thursday, May 31, 2012

Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar


                Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
                Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.

Wednesday, May 30, 2012

Logo Pakatan: Rakyat tahu mana nak pilih

  
              Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.
                Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka.

Mengapa Najib, Umno takut debat dengan Anwar?


                Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.
                Malangnya, kenyataan 'memperlekeh' debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.

Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.

Tuan Ibrahim : Tiada Muzakarah, Harussani Perlu Nasihat Umno Ikut Islam Sebenar

  
              PAS hari ini menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk mendesak kerajaan Umno-BN supaya tidak mempolitikkan isu muzakarah dan kembali kepada keadilan dengan mengikut dasar Islam yang sebenar.
               Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas tindakan Harussani yang menyatakan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘melampau’ kerana kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan berhubung muzakarah kedua-dua parti itu.

Tuan Ibrahim berkata, syarat yang ditetapkan PAS bagi muzakarah adalah syarat biasa iaitu membersihkan sistem pilihan raya dan kembali semula pada ajaran Islam.

Lebuh raya: Tunjuk jalan keluar buat Umno Kelantan


                Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion.
              “DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat.

Tuesday, May 29, 2012

Perlunya pemisahan di antara kerajaan dan parti - Viktor Wong


                Sesebuah parti politik tidak memiliki kerajaan walaupun parti tersebut adalah merupakan parti yang mempuyai majoriti di parlimen atau dewan undangan negeri (DUN) dan memegang tampuk pemerintahan.
               Sesebuah parti politik berperanan membentangkan undang-undang, membahas dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut untuk dijadikan sebagai satu akta parlimen.

Penguatkuasaan akta tersebut akan adalah dilaksanakan oleh para penjawat awam (pegawai kerajaan) yang dilantik dan diperkenankan oleh raja berpelembagaan. Sebab itulah, pada sampul surat-menyurat kerajaan, terdapat perkataan yang menyebut “Urusan Seri Paduka Baginda”.

Dan ini adalah makna dan definasi sebenarnya perpisahan di antara peranan sesebuah parti politik dan struktur pemerintahan kerajaan.

Himpunan Belia saji hiburan melampau, ketepi kerohanian



                  Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) kesal dan kecewa kerana Himpunan Belia ‘menyajikan’ lebih banyak hiburan berbanding program keilmuan dan kerohanian.
                  Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, program hiburan melampau bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat di Malaysia.

“Belia wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia seimbang.

“Projek membangunkan belia perlu melalui kebajikan seperti pendidikan percuma, prasarana sukan dan kebudayaan yang lengkap bagi di kawasan pedalaman.

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu

              Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.
              Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

Monday, May 28, 2012

Suaram desak SPRM buka kertas siasatan Scorpene


                Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan mengenai skandal Scorpene yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
               Beliau turut mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan semua syarikat yang terlibat dalam skandal pembelian kapal selam berkenaan.

“Zahid perlu senaraikan semua syarikat yang terlibat dalam pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan penggunaan dalam jumlah yang besar wang pembayar cukai.

Nafi royalti: Umno tidak layak dipilih jadi ketua

      
       Dalam Islam pemimpin yang bercakap bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai royalti petroleum.
             Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus dan perlu dibayar dua kali setahun.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Sunday, May 27, 2012

Ketahuilah bahawa samseng Umno itu benar

      
        CHE DET buat lagi. kali ini mantan PM itu mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.
              Dakwa Tun Mahathir Mohamad, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.

Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan taktik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.

Amukan 'yob pasior' londeh pekung busuk Umno - Mohd Rashidi Hassan


             Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'.
              Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu.

Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.

Zamhuri marah kerana sokongannya kepada Umno selama hampir tiga dekad, tidak memudahkan beliau mendapat projek pasir.

Saturday, May 26, 2012

Samseng: Umno makin takut hadapi PRU13

                   Tindakan samseng termasuk penyokong Umno mengganggu program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini memperlihatkan betapa tukutnya mereka berdepan pilihan raya umum ke-13 nanti.
                  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata, Umno kini sedar bahawa rakyat kini semakin ramai menyokong Pakatan dan menolak Umno.

                 
Ekoran itu katanya, tidak mustahil mereka sanggup menggupah samseng untuk mengganggu Pakatan Rakyat dari menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Bila kata demokrasi, hormatilah hak kumpulan lain nak bagi penerangan kepada rakyat.

Apa jadi penipuan daftar pemilih, pindah pengundi?

   
            Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terus mendesak kerajaan melaksanakan lapan tuntutan sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13).
               Lapan tuntutan tersebut adalah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga berkata, setakat ini kerajaan masih gagal melaksanakan sepenuhnya tuntutan itu bagi mereformasikan pilihan raya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih gagal membersihkan senarai pemilih. Contohnya, penipuan dianggap kesilapan perkeranian.

Friday, May 25, 2012

Bersih 3.0: Rugi ratus ribu, 'hadiah' juta-juta


               ISU-ISU 'spin off' pasca Bersih 3.0 nampaknya masih mendominasi ruang politik negara walaupun himpunan duduk, bantah 28 April itu sudah hampir sebulan berlalu.
               Ada di kalangan penganalisis politik meramalkan kesan himpunan Bersih 3.0 akan berkekalan sehingga empat bulan yang pastinya menambah kesukaran kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum.

Kegusaran BN terhadap impak himpunan Bersih 3.0 tidak sukar untuk dilihat. Kehadiran ratusan ribu rakyat di ibu kota Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru, juga di Kota Kinabalu dan Miri menunjukkan kesepaduan tekad rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ahli sendiri pun Umno tidak percaya- Aspan Alias

     
                  Kalau tidak silap saya pada hari Isnin yang lepas, Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu.

Tetapi Mahathir tidak langsung menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah dan penyebabnya.

Najib berlagak hebat tapi pengecut bila diajak debat – Saifuddin


             Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menempelak Datuk Seri Najib Razak yang hanya berlagak hebat di hadapan media Umno BN sebaliknya takut untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
            Beliau berkata, selepas debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli Selasa lalu, kini tiba masanya untuk Perdana Menteri dan Ketua Umum KEADILAN itu bersemuka.

“Tiada guna Najib menunjukkan kehebatan dengan hanya menggunakan media propaganda mereka. Itu bukan cara yang sihat bagi seorang pemimpin menggunakan media propaganda untuk menyerang lawan politik mereka.

Semua perlu hadir 1 Jun - Mursyidul Am


              Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.
               Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.

Thursday, May 24, 2012

Halang pilihanraya bersih bagaikan demokrasi dinafikan - Viktor Wong


              Adakah pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi ini akan merupakan proses pemilihan yang adil dan saksama?
              Ini adalah persoalan yang asyik diketengahkan oleh ramai pihak yang sememangnya telah mengetahui dan bimbang dengan gejala di mana pendatang asing akan diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi.

Kita telahpun mendengar dan menyaksikan beberapa siri bukti menggerikan yang menunjukkan adanya ribuan pengundi klon iaitu pengundi yang mempunyai lebih daripada dua tempat mengundi di dalam senarai daftar pemilih, para penduduk tetap (permanent residents – PR) yang dinaiktaraf dalam masa yang singkat dan diberikan hak mengundi, pengundi-pengundi hantu seperti mereka yang telah meninggal dunia dan yang tidak wujud sama sekali, tetapi nama-nama ini tetap wujud di dalam senarai daftar pemilih.

Najib Perlu Contohi Khairy Untuk Berdebat


                  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya mengikuti jejak langkah Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin yang berani berdebat dengan Ketua Pambangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar-benar ingin membentangkan secara jelas segala dasar atau polisi yang dilaungkannya selama ini.
                  Malangnya, menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad, keengganan Najib untuk berdebat, bolehlah diibaratkan sebagai alasan seorang yang penakut.

“Kalau berani dan sememangnya segala hujah itu berfakta, silalah berdebat sepertimana yang ditunjukkan kedua-dua anak muda malam tadi iaitu saudara Rafizi Ramli dan Yang Berhormat Khairi Jamaluddin yang berdebat mengenai isu penghapusan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara).

Najib wajar debat atau setuju digelar 'penakut'

  
            Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyahut cadangan debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13.
              Presidennya Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak khususnya Najib perlu menyahut peluang ini untuk menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan dikalangan rakyat.

"Abim yakin menerusi saluran debat ini Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membersihkan imejnya yang dilihat sebagai "penakut" untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang.

Wednesday, May 23, 2012

Yusof gambarkan sistem perundangan bermasalah?

 
              PAS tidak menolak kemungkinan ada 'krisis besar' sedang melanda sistem perundangan negara ketika ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
              Beliau merujuk kepada tindakan bekas Peguamcara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dahulu merupakan pendakwaraya kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun hari ini tampil sebagai peguambela kepada ketua pembangkang itu dalam kes Bersih 3.0.

"Peguam ini dahulunya kuat membela kerajaan dan membuat pendakwaan kepada orang yang diingini didakwa oleh kerajaan.

Tuesday, May 22, 2012

Kenyataan merapu, Rahim Noor lagi baik diam! – Saifuddin

     
          Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyarankan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor berdiam diri daripada terus mengeluarkan kenyataan merapu.
               Beliau berkata, Rahim tidak berpijak di dunia nyata dengan mengatakan Pakatan Rakyat menggunakan ‘pertumpahan darah’ semasa Bersih 3.0 untuk menawan Putrajaya.

“Kenyataan Rahim paling mengarut dan tak masuk akal. Dalam pilihan raya sebelum ini menyaksikan kita banyak mengalami kekalahan demi kekalahan.

Monday, May 21, 2012

DAP cabar Najib isytihar terima keputusan PRU13


              Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Datuk Seri Najib Razak membuat deklarasi terbuka bahawa beliau dan Umno BN sedia menerima apa-apa keputusan rakyat pada PRU-13 nanti termasuk pertukaran tampuk pemerintahan.
              Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, deklarasi oleh perdana menteri itu penting sebagai jaminan bahawa Umno BN sedia menghormati keputusan rakyat dan supaya sebarang proses peralihan kuasa jika berlaku, dapat dilakukan secara aman.

"Adakah beliau bersedia untuk membuat deklarasi yang jelas dan nyata bahawa dia, Umno dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pengundi dalam Pilihanraya Umum Ke13, termasuklah peralihan kuasa pada peringkat persekutuan di Putrajaya?

Masih sangsi keselamatan undi pos

             Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pembabitan pihak ketiga pada proses undi pos membabitkan media, soal keselamatan masih disangsikan.
            Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan, berkata kesangsian itu berasaskan kepada sistem undi pos itu sendiri.

Katanya, selama ini sistem undi pos ini sering dipertikaikan berhubung tahap ketelusan dan keselamatannya oleh Pakatan Rakyat, yang sehingga kini SPR tidak bersedia menghapuskannya.

Annuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan

 
                Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Annuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.
                 Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).
Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Sunday, May 20, 2012

Najib pengecut jika enggan ke Mahkamah Perancis- Anwar

              Datuk Seri Najib Razak perlu berani menjadi saksi perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis bagi membuktikan dirinya bukan seorang pengecut, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
             Anwar berkata, Najib juga perlu hadir kerana terdapat sapina terhadapnya sebagai saksi yang turut dibabitkan bersama Abdul Razak Baginda dan beberapa nama lain.

“Sekiranya beliau benar-benar yakin tidak terlibat dalam dakwaan kes isu Scorpene, Datuk Najib tidak perlu takut dalam menegakkan kebenaran.

Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis

  
              Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
               "Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

"Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya.

Saturday, May 19, 2012

Scorpene: Najib dicabar saman media antarabangsa – Shamsul

   
              Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media Kanada, The Vancouver Sun yang mengaitkan beliau dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
              Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sehingga kini berdiam diri dan tidak berani menyanggah laporan tersebut yang sebelum ini turut disiarkan laman web antarabangsa, Asia Sentinel.

“Setakat ini, belum ada pendirian rasmi daripada Perdana Menteri dan pejabat beliau tentang tulisan-tulisan yang dipaparkan media antarabangsa yang memberi kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.

“Saya ingin mencabar Najib supaya menafikan sekeras-kerasnya dua tulisan oleh media antarabangsa ini, malah mengambil pendirian tegas dengan memfailkan saman sekiranya apa yang disebutkan itu fitnah dan bertujuan memalukan Perdana Menteri,” katanya kepada Keadilan Daily.

Bapa Kafir: Nik Aziz saman NST RM1 juta

Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapak kafir) 
          Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita ‘Nik Aziz father of kafir’.
            Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times (NST) dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan dokumen lengkap dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

.: Hayat Penjengok

MSO menulis ...
Hayat Penjengok : Lagi Tektik Cuba Pengaruhi Guru Ekoran pendedahan bagaimana Pejabat Pelajaran Kelantan mengeksploitasikan guru-guru untuk memastikan Umno...


Seterusnya baca di SINI

Friday, May 18, 2012

Umno bukan lagi wakili orang Melayu


              Umno tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu kerana tidak sampai separuh dari orang Melayu yang mengundi parti itu.
              Malah, ahli Umno sendiri pun tidak mengundi parti itu, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Ketika menolak dakwaan kononnya Umno mewakili Melayu itu, beliau berkata: "Calon-calon Umno mendapat hanya dua juta undi dari 5.7 juta undi Melayu.

Pilihanraya Selangor Hanya Selepas Daftar Pemilih Dibersihkan

    
            Kerajaan negeri hanya akan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dari unsur-unsur yang meragukan.
                Dianggarkan, proses semak semula daftar pemilih melalui program ‘Selangorku Bersih’ hanya akan selesai pada pertengahan Julai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini bermaksud, masih ada kemungkinan pilihan raya bagi kerusi DNS tidak akan diadakan serentak dengan pilihanraya bagi kerusi parlimen.

Spekulasi bahawa pilihan raya umum (PRU) bagi parlimen akan diadakan pada bulan Jun ini.

Bersih gerak kempen Jom Pantau PRU 13

   
            Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menggerakkan dua kempen penting iaitu keluar mengundi dan jom pantau bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adil dan bersih.
               Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said berkata, selepas Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) gagal mereformasi pilihan raya walaupun ratusan ribu rakyat menuntut pilihan raya bersih pada Himpunan Bersih 3.0, rakyat perlu menjadikan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan.

“SPR tidak ada sedetik niat untuk memperbaiki pilihan raya, jauh sekali untuk memastikan perkara paling fundamental iaitu membersihkan senarai daftar pemilih.

Tiada PRU selagi kes Bersih 3.0 tergantung- Subky Latif


              SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan dia ke England dulu.
Bila lagi?
                Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian gugur sendiri?

Oleh kerana ia tidak diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis dan peserta Bersih 3.0.

Skandal Scorpene: Muhyiddin kata ‘no komen’

  
          “Saya tidak mahu komen tentang itu”. Jelas dan ringkas. Ini reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila diminta memberi pandangan terhadap siasatan Mahkamah Perancis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Scorpene.
           Tanya pula sama ada kerajaan Malaysia yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, jawab Muhyiddin lagi: “Tiada komen”, ” lapor Malaysiakini.

Jawapan seumpama ini pernah dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media pada 22 April lalu.

Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah


             Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
              Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.

"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.

Wednesday, May 16, 2012

Janji 2004 belum dikota, Awang Adek buat janji baru

   
           Janji 2004 belum ditunai dan sekarang membuat janji lagi. Inilah gaya politik Datuk Dr Awang Adek Hussin yang pernah menguar-uarkan dirinya sebagai calon Menteri Besar Kelantan pada kempen pilihan raya umum lalu.
              Kali ini Ketua Umno Bachok itu mahu memasuhkan yuran pengajian dan mempertingkatkan sekolah agama rakyat (SAR) pula.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, rakyat Kelantan tidak pernah lupa kezaliman Umno/BN terhadap sekolah agama sebelum ini.

PAS bimbang manipulasi agar Najib terus berkuasa


             Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) bimbang manipulasi besar akan berlaku dalam pilihan raya akan datang untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus berkuasa.
            "Najib amat terdesak untuk terus berkuasa bagi membolehkan beliau terus melarikan diri dari inkuiri yang menyiasat urusniaga kerajaan Malaysia membeli kapal selam Scorpene yang kini sedang berlangsung.

"Jika Umno tidak lagi memerintah, kerajaan yang baru pasti akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Interpol untuk mengheret Najjib menghadap inkuiri tersebut," katanya.

Sebab itulah, katanya, rakyat perlu berhati-hati dan merasa bimbang terhadap kemungkinan manipulasi tersebut.

Salahuddin juga berharap Perdana Menteri dapat menjaga nama baik dan maruah negara serta tidak melarikan diri dari inkuiri itu.

Najib rayu laungan ‘Bersih’ di London dihenti

 
                Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia di London supaya menghentikan laungan ‘Bersih’ dalam satu pertemuan semalam.
                Najib dimalukan sebahagian hadirin yang mula bersorak sebaik naik ke pentas dan berlarutan ketika beliau berucap.

Sorakan itu menyebabkan beliau ‘malu besar’ serta hilang tumpuan dan terpaksa merayu supaya dihentikan.

“Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Najib dalam satu rakaman VIDEO yang dimuat di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut seorang warga Malaysia yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.
“Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu berkenaan kepada Najib.

Pemimpin hilang identiti ugut peneroka keluar Felda


               Mana-mana pemimpin negara yang meminta para peneroka meninggalkan tanah rancangan Felda kerana berbeza pandangan, hanya menunjukkan sikap pemimpin yang hilang identiti kepimpinannya.
               Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) yang juga menganggap kenyataan sedemikian sebagai satu bentuk ugutan dan ancaman.

"Bagaimana seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada rakyatnya?

"Kenyataan itu juga menunjukkan Umno sudah terbiasa dengan budaya ugut dan ancam ini sejak dahulu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tuesday, May 15, 2012

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?

Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.
               Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
                  Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Bersih 3.0 mati: Hisham, timbalan KPN merapu

  
              Dulu dia dakwa tiada bukti wujud unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), sekarang dakwa pula polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian dalam perhimpunan Bersih 3.0.
                Demikian jawapan serta merta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu apabila diminta mengulas tentang dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengenai perkara itu ketika beliau menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin sebelum itu mendakwa, terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

Monday, May 14, 2012

Majlis Fatwa: Jangan berjalan sebelah kaki – Nik Aziz


                 Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melalui tindakan beradab.

Saya setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa

  
               PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.
                 Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.
                 "PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...