Monday, April 30, 2012

Chegu Bard : Najib Menjadikan Peserta Dan Polis Mangsa Kekecohan Bersih 3.0

 
              Peserta dan polis telah dijadikan mangsa di dalam kekecohan pada himpunan BERSIH 3.0 akibat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
                Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata ini kerana Najib tidak membenarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka.

“Jika rejim pemerintah memberi peserta masuk ke dalam dataran itu, lebih-lebih dua hingga lima jam sahaja yang boleh berhimpun dan akhirnya bersurai dengan aman tiada sebarang masalah berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Siasat keganasan polis terhadap peserta himpunan Bersih – Anwar

 


             Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya siasatan bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab peserta perhimpunan Bersih 3.0.
            “Dimaklumkan ada kemalangan membabitkan peserta perhimpunan aman. Saya menggesa agar siasatan yang bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab,” katanya pada kenyataan media.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pemandu Bersih yang tuntas menuntut reformasi pilihan raya yang menyeluruh dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan.

Bersih 3.0 zahirkan suara hati rakyat Malaysia

  
                   Kehadiran ratusan ribu pada himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur semalam secara jelas menggambarkan rakyat tidak lagi yakin terhadap proses pengendalian pilihan raya di negara ini.
                    Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, rakyat berhimpun dengan jumlah begitu ramai semata-mata bagi menzahirkan suara hati mereka terhadap ketidakadilan yang berlaku.


“Himpunan Bersih 3.0 semalam yang turut diadakan serentak di beberapa lokasi lain dalam dan luar negara menggambarkan hasrat sebenar rakyat ingin melihat pilihanraya benar-benar bersih daripada segala kepincangan.

Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih

  
           Ketika Bersih 2.0 pada Julai tahun lepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilanggar sebuah kereta polis semasa membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara.
             Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah kereta polis didakwa dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan Mohamad.

Dan semalam kejadian hampir serupa berulang kembali apabila beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 juga dilanggar kenderaan polis.

Banyak saksi bergambar dimuat turun dalam internet mengenai insiden tersebut.

Sunday, April 29, 2012

Gambar-Gambar Perhimpunan "BERSIH" 3.O Di Dataran Merdeka



Nik Aziz ucap tahniah kepada peserta Bersih 3.0

                   Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berjaya menyertai Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.
                  Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Melbourne, Makkah, Madinah, Mesir turut menganjurkan bersih di tempat masing-masing.

Saturday, April 28, 2012

Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka

  
                  Penyokong Bersih yang menuju ke Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan kenderaan awam khasnya LRT dan Komuter kerana hampir kesemua jalan raya menuju ke pusat bandar kerana disekat atau sesak.
                   Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ.

Antara jalan yang dilaporkan di sekat adalah jalan Ampang menuju ke KLCC.

Kawasan Petaling Street dilaporkan sudah mula penuh dengan manusia berbaju kuning walaupun perhimpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 petang.

Rakyat dimusuhi berhimpun di Dataran Merdeka

                    
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal sikap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang beria-ia untuk tidak mahu membenarkan rakyat berada di Dataran Merdeka sepanjang 4 hari kerana Bersih 3.0.
                    Bertindak sehingga mendapatkan arahan mahkamah untuk menghalang rakyat berhimpun di Dataran Merdeka menunjukkan bahawa undang-undang diguna semaksimanya untuk menyekat suara rakyat yang mahu menggunakan ruang demokrasi yang sah di negara ini.

Dataran Merdeka yang asalnya adalah khazanah rakyat kini menjadi milik parti pemerintah secara mutlak atas nama undang-undang.

DBKL nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadi agensi kepada parti pemerintah bukan kepada kerajaan semata-mata.

Hadir Bersih 3.0 bukti rasa cinta kepada negara



                       Kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 esok adalah bukti rasa cinta kepada negara, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).
                      Beliau juga menyeru semua rakyat yang cintakan negara agar tidak mempedulikan tindakan kerajaan Umno yang tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka.


Bagi Mohamad, tidak pelik sama sekali jika kerajaan Umno tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka dan sebab itulah perhimpunan tersebut mesti diteruskan.

Friday, April 27, 2012

Hishammuddin pengecut ‘haram’ Dataran Merdeka

   
                Tindakan politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berselindung di sebalik jentera kerajaan mengekang Bersih 3.0 adalah tindakan pengecut.
                   Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan sikap berdolak dalik kerajaan apabila melarang penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi Perhimpunan Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’ pada 28 April ini walaupun di peringkat awalnya mereka memberi lampu hijau.

“Lebih mengecewakan apabila kerajaan menggunakan agensinya iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai alasan mengekang perhimpunan ini diadakan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Demonstrasi 70 lokasi seluruh dunia, Bersih 3.0 bakal pecah rekod dunia



                     Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.
                     Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0


                      Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan.

Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006.

Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah

 
             Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak.
              Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini.

“Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini,” katanya.

‘Filem Altantuya, Scorpene’ dan ‘kerjasama’ Najib

   
               "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
                 "Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.

"Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya.

Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus.

10,000 pemuda PAS setiap negeri ke Bersih 3.0

   
             Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini di Dataran Merdeka.
               “Bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai himpunan tersebut,” kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS setiap negeri dan kawasan perlu bekerjasama untuk membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang dimiliki.

Katanya, bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, penyertaan anak muda yang akan mengikuti himpunan itu adalah terbuka kepada semua anak muda yang menginginkan pilihan raya yang telus dan adil.

Kelantan mohon Petronas layannya seperti T'ganu

  
               Kerajaan negeri Kelantan memfailkan afidavit tambahan ke dalam kesnya bagi mendesak Petronas mendedahkan penyelesaian luar mahkamah yang dicapainya dengan kerajaan negeri Terengganu.
                 Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya berkata, affidavit tambahan telah pun difailkan 23 April 2012 untuk memohon mahkamah mengarahkan Petronas mendedahkan terma-terma penyelesian luar mahkamah yang telah dimeterai.

Ini adalah kerana perjanjian antara kedua-dua negeri dengan Petronas adalah 100 peratus sama.

Husam bertindak ekoran laporan The Edge Financial Daily pada Isnin lalu yang melaporkan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah menggugurkan kes saman terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung royalti petroleum dan mencapai penyelesaian bersama luar mahkamah.

Bagi Husam (gambar kanan), Petronas perlu melayan kerajaan negeri Kelantan sama seperti badan berkanun itu melayan kerajaan negeri Terengganu.

Wednesday, April 25, 2012

PTPTN mesti mansuh dulu - Subky Latif.

  
             APA pun PTPTN mestilah dimansuhkan dulu serentak dengan pengumuman pelajaran percuma hingga ke universiti.
              Beban pertama yang perlu ditangani ialah membebaskan para pelajar dari hutang sejak hari pertama melangkah ke universiti atau kolej.

Dalam sistem sekarang baik kaya dan apa lagilah miskin sebaik melangkah ke menara gading disediakan dengan hutang yang berbunga. Sebaik bekerja dan sejak gaji bulan pertama terpaksa membayar hutang.

Ia mesti dibebaskan dulu.

Tidak berbangkit tiada yang sanggup ke universiti apabila PTPTN mansuh, kerana universiti disediakan secara percuma.

Adun Umno didakwa beri IC pada warga asing


               Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.
               Abu Talib Abdul Rahman, 28 yang memegang status pemastautin sementara mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.

Beliau mendakwa, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.

“Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan ‘segera’ dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.

Tuesday, April 24, 2012

Scorpene: Zahid Hamidi cuba berlagak hero, kini buat U-Turn

  
               Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan cuba membuat pusingan U, apabila sebelum ini memberi jaminan akan memberi keterangan di mahkamah Perancis, jika diminta berbuat demikian.
                Bagaimanapun, Zahid Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan hadir atau menghantar wakil dalam perbicaraan berkaitan rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Zahid cuba berlagak hero sebelum membuat ‘U-Turn’ dengan kenyataan terbarunya.

2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'

  
            Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.
              Soalan pertama adalah kenapa harga minyak boleh diturunkan apabila Pakatan Rakyat memerintah negara sedangkan ketika Barisan Nasional (BN), bukan hanya mustahil untuk diturunkan, malah berdepan kenaikan setiap tahun.

Soalan kedua kata Anwar, bakal ketua pembangkang itu akan ditanya adakah Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Rakyat.

Monday, April 23, 2012

PRU: Selangor tak ikut PRU 13 jika SPR gagal bersihkan daftar pemilih

     
          Kerajaan Selangor tidak akan menyertai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan senarai daftar pemilih yang meragukan di negeri itu.
              Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata dalam kenyataan medianya, isu pilihan raya berasingan tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan, namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya, sebaliknya memberikan alasan pelik dan tidak munasabah.

Sunday, April 22, 2012

Lebih 16,000 pengundi dipindah di Melaka- Shamsul

   
           Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, lebih 16,000 nama pengundi baru termasuk mereka dari luar negeri itu menukar alamat untuk mengundi di beberapa kawasan parlimen.
              Ia berikutan pendedahan mengenai video seorang anak kepada ADUN Umno di Melaka yang terlibat dalam usaha Umno-BN negeri itu memindahkan alamat pengundi ke Melaka, khasnya di kawasan parlimen Bukit Katil.

Komplot jahat dan terancang itu turut melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

Bersih 3.0 Bertaraf Kebangsaan

    
              Pemimpin PKR Selangor membidas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana memperkecilkan himpunan Bersih 3.0, dengan mengatakan acara yang bakal diadakan di Dataran Merdeka Sabtu depan adalah bertaraf kebangsaan.
                 Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Selangor, Wasanthee Sinnasamy berkata BERSIH 3.0 adalah perhimpunan rakyat Malaysia yang prihatan bagi menuntut pembersihan dalam sistem pilihanraya sekarang.

“Ini adalah national event (perhimpunan kebangsaan) kerana seluruh rakyat Malaysia menggunakan Dataran Merdeka dan DBKL tidak mempunyai hak untuk melarang ianya digunakan pada 28 April nanti,” Wasanthee berkata di dalam sebuah sidang media di sini.

Saturday, April 21, 2012

Dataran Shah Alam jadi kuning, laungan SPR ‘ngapusi’ bergema

 
              Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning.
               Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.

Bertema ‘Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah’, perhimpunan itu
menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu
lalang membunyi hon tanda sokongan.

Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-
shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa
hingga penjual tidak menang tangan.

Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?

  
             Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.
                   Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini? Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif? 

Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

BERSIH 3.0 Tetap Diadakan Di Dataran Merdeka

  
                Bersih 3.0 akan tetap diteruskan di Dataran Merdeka pada 28 April nanti walaupun tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
                  Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika dihubungi TVSelangor berkata pihaknya akan meneruskan program itu kerana ia telah dirancang untuk diadakan di lokasi tersebut.

Malah, katanya, Dataran Merdeka adalah lokasi sesuai dengan program itu yang bertemakan “Duduk, Bantah”.

“Kita akan tetap pergi ke Dataran Merdeka. Ia tidak memberi kesan kepada kita bagi penganjuran Bersih 3.0. Kita akan teruskan dengan program sebagaimana dirancang,” katanya.

Perbicaraan skandal pembelian Scorpene bermula

(Dr Kua, Cynthia Gabriel dan Breham yang mewakili Suaram di perkarangan Mahkamah Perancis)
               Suaram telah memulakan permohonan mereka kepada Tribunal Besar Perancis bagi membicarakan skandal rasuah pembelian Scorpean hari ini.
                Suaram yang diwakili ahli lembaganya iaitu Dr Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa membuat permohonan itu di depan hakim Roger Le Loire melalui peguam Joseph Breham.

Suaram membawa kes ini bagi pihak pembayar cukai Malaysia untuk mendedahkan dakwaan komisyen telah dibayar sebanyak lebih RM7 bilion dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Dr Kua telah membentangkan kes itu bagi pihak Suaram.

Friday, April 20, 2012

Budaya samseng seolah-olah dibenarkan

              
Pakatan Rakyat mengecam tindakan sekumpulan samseng menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka awal pagi tadi yang disifatkan sebagai biadab.
             Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang ketara, budaya samseng tidak boleh diamalkan.

"Saya dan teman-teman mengutuk keras tindakan biadab gerombolan penjahat yang menyerbu dan menyerang anak-anak kita di Dataran Merdeka.

Thursday, April 19, 2012

Masih dalam Umno tapi sokong Bersih 3.0

                  Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, dua lagi tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha melakukan transformasi pilihan raya.
                  Meskipun mengakui masih bersama-sama Umno, namun anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata beliau sudah tidak sanggup melihat sistem pilihan raya diperkotak-katikkan Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Menyentuh mengenai isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, Tamrin yang pertama kali muncul di pentas Pakatan Rakyat berkata, beliau sangat sedih apabila kerajaan sanggup 'menjual' negara kepada warga asing.

Khalid Samad : Azmin,Tian Persenda Raja Melayu Adalah Bohong


                 Dakwaan seorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadir menerusi laman web sosial kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersendakan Raja-Raja Melayu semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Rabu lalu dipertikai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
                  Khalid berkata, beliau mempersoalkan dakwaan itu kerana didapati beberapa kenyataan yang dikeluarkan Rahman mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presiden parti itu, Tian Chua sebagai mengelirukan.

Katanya, beliau yang duduk sebaris dengan Azmin manakala Tian Chua dibarisan depan Azmin.

Menurutnya, yang menimbulkan persoalan ialah apabila Rahman mendakwa duduk di depan Tian Chua tetapi boleh mendengar perbualan antara Azmin dan Tian Chua kerana jarak agak jauh memandangkan kerusi antara satu sama lain yang agak besar

Anwar cadang S’gor pilihanraya berasingan jika daftar pemilih tak dibersihkan

                  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Selangor tidak menyertai pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak membersihkan daftar pemilih di negeri itu.
                 Beliau berkata, parti sama ada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN) perlu mengadakan perbincangan dengan SPR bagi mendapatkan jaminan tidak ada penipuan dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.

“Di Selangor kita dapati sehingga Disember 2011 ada pertambahan sehingga 398,300 dan 91,000 pengundi yang dipindah masuk. Jumlah keseluruhannya adalah 489, 705 dan merupakan 38 peratus penambahan daripada penambahan di seluruh negara.

Wednesday, April 18, 2012

Sketsa terakhir buat Hassan Ali -Moaz Nair

  
              Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai. 
               Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau.

Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup.

Ingat Zahid, apa kamu kata kepada Sultan Kelantan

  
            “Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
              Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya.

“Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang-undang. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu.

Tuesday, April 17, 2012

Akta ganti ISA lebih keras - Anwar

      
              Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun membantah pindaan Rang Undang-undang (RUU) yang disifatkan sebagai lebih keras.
                   Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara dalam RUU Keselamatan 2012 bercanggah dengan prinsip menghormati demokrasi.

Beliau merujuk kepada fasal 4 RUU tersebut yang menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan.

Ia ada menyebut bahawa mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan.

Jika Melayu rajin berfikir sejenak…

  
               Asalkan orang Melayu rajin berfikir sejenak, dakyah Umno terdesak di saat nyawa-nyawa ikan bahawa PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang Melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP akan terbongkar dengan senang.
                Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyifatkan malang dan paling menyedihkan bagi golongan Melayu Islam di Malaysia bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah-belah masyarakat Melayu.

Keadaan ini, hujah Tuan Ibrahim telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu.

Monday, April 16, 2012

Manifesto penghapusan PTPTN

              Manifesto penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh Pakatan Rakyat (PR) jika mereka berjaya menguasai Putrajaya pada Pilihanraya Umum yang akan datang, makin begitu hangat diperbincangkan dengan pelbagai pandangan diutarakan, ada yang menyokong, tidak kurang juga yang membangkang.
             Ada juga yang menganggap ia hanya sekadar isu ‘ pemanas’ untuk meraih sokongan kalangan pengundi-pengundi muda pada saat-saat akhir, sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh yang terdekat, setidak-tidaknya seawal bulan Jun ataupun September 2012.

Namun, secara umumnya kalangan khalayak, khususnya dikalangan mahasiswa/i menyambut baik terhadap cadangan manifesto tersebut.

Di sebalik pandangan yang bercampur-baur, saya cuba untuk melihat dan menilai manifesto ini daripada perspektif yang berbeza.

Annuar Musa ditimpa malang lagi


              Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (gambar) mungkin ditimpa malang lagi selepas digantung dua tahun setengah terbabit dengan aktiviti bola sepak, malam tadi pula 50 orang pengikutnya mengisytiharkan keluar parti.
             Lebih mendebarkan lagi apabila empat daripadanya merupakan penghulu Umno (Penyelia Pembangunan Mukim - PPM) dari empat mukim di Ketereh yang diketuai bekas PPM Lancang, Rafia Jusoh, 67.

Tiga lagi iaitu Sanusi Jaya (PPM Buluh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaffar (PPM Chegar). Selain itu Ketua Pemuda Umno Cawangan Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim.

Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil

(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang) 

                Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.
               Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak. Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.
Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Roboh khemah: Hanya penguasa zalim tekan mahasiswa



                     Tuntutan supaya kerajaan melaksanakan pendidikan percuma dan membatal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan tuntutan segelintir mahasiswa, sebaliknya ia menggambarkan desakan rakyat.
                     Menyokong tuntutan mereka, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan kumpulan mahasiswa yang menyertai demontrasi Mansuh PTPTN dan berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam, sebagai berani berdepan pemerintah zalim.

“Tiada alasan untuk enggan laksanakan pendidikan percuma kerana negara ini kaya-raya manakala pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa jauh lebih banyak berbanding kos melaksana pendidikan percuma,” katanya kepada Keadilan Daily, petang i ini.

Sunday, April 15, 2012

Pemuda tegas mahu PTPTN diganti pendidikan percuma

                        
                       Dasar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencekik darah mahasiswa hari ini wajar dimansuhkan dan diganti dengan skim yang menawarkan pendidikan percuma.
                       Perkara itu dipersetujui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam mesyuarat bulanan kali ke-12 yang berlangsung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang tadi.

Memberi pendidikan percuma, jelas Ketua DPPM Nasruddin Hassan adalah sebagaimana ditegaskan dalam konsep Negara Berkebajikan PAS.

Tambahnya, melalui Konsep Negara Berkebajikan PAS, beliau yakin ada formula bagaimana kaedah pemansuhan PTPTN akan menjadi kenyataan.

Mahasiswa berkumpul tuntut mansuhkan PTPTN




                 Ribuan mahasiswa berhimpun di hadapan kompleks membelibelah Sogo bagi menuntut dimansuhkan PTPTN dan percumakan pendidikan.
                Mereka menyifatkan PTPTN melahirkan 'graduan hutang'.

Perhimpunan yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan disertai hanya disertai 400 siswa semakin ramai dan telah dipindahkan ke Sogo kerana laluan ke kawasan itu ditutup.

Sebelum itu kumpulan mahasiswa itu berarak dari Masjid Jamek ke Sogo.

Saturday, April 14, 2012

Undang-undang Ganti ISA Macam Panadol


               Tindakan kerajaan pusat mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan satu akta yang serupa dilihat seperti memberi ‘panadol’ kepada penyakit.
               Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 menunjukkan minda dan cara pemikiran pemimpin Umno-BN itu masih sama dengan dulu.

“Kenapa sibuk hendak ganti? Kenapa tidak mansuhkan sahaja? Ini menunjukkan mereka (Umno-BN) terdesak dan masih lagi belum sanggup untuk bebas sebagaimana dunia pertama,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya memansuhkan terus ISA dan menubuhkan satu suruhanjaya untuk mengkaji serta menyemak penindasan dan penyelewengan yang berlaku di bawah ISA sebelum ini.

Media bebas jika Pakatan tawan Putrajaya

  
              Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media akan diberi kebebasan dalam membuat laporan jika Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya umum (PRu) akan datang.
               Beliau memberi jaminan itu ketika berucap di hadapan kira-kira 2000 hadirin di program ceramah Pakatan Rakyat di Padang Rejang, Setapak Jaya semalam.

Menurutnya, pada masa ini media, terutamanya media arus perdana, terpaksa mengikut telunjuk pemerintah dalam membuat laporan, dan itu harus diubah.

“Saya ke majlis pertabalan Yang Dipertuan Agong 11 April lalu sebagai Ketua Pembangkang, tapi tak nampak pun muka di TV walau sekejap.

Bersih persoal 'birokrasi' guna Dataran Merdeka


                Gabungan Pilihan Raya Besih dan Adil (Bersih 2.0) mempersoal kenapa begitu rumit untuk mereka dibenarkan menggunakan Dataran Merdeka sedangkan pihak lain sebelum ini dibenarkan.
               “Setiap minggu, pelbagai pihak mengadakan acara dan aktiviti di Dataran Merdeka, jadi mengapa hanya kami yang mendapat halangan?

“Adakah hanya kerana pihak berkuasa tidak suka dengan apa yang kami suarakan?” soal Pengerusinya Datuk S. Ambiga kepada pemberita hari ini.

Friday, April 13, 2012

Percepatkan rayuan Azilah, Sirul sebelum PRU 13

    
          Rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Omar terhadap hukuman bunuh Altantuya Shaaribu perlu dipercepatkan segera sebelum pilihan raya umum ke-13.
              Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata Azilah dan Sirul sewaktu kejadian adalah anggota pasukan keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan Najib kini juga terpalit dengan skandal Scorpene-Altantuya, kata Surendran.
Justeru katanya, rakyat perlu tahu perkara sebenar di sebalik motif pembunuhan itu memandangkan Azilah dan Sirul kelihatannya tidak mempunyai motif dalam kejadian itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...