Saturday, December 31, 2011

Zakat: Jawapan Jamil Khir ditunggu


           Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sewajarnya tampil menamatkan sebarang keraguan berhubung isu wang zakat untuk membiayai kos guaman.
        “Saya tegaskan semalam bahawa janganlah beliau berselindung di sebalik pegawai kerajaan.
         “Saya difahamkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, mungkin ada yang menganggap RM63,650 itu kecil berbanding skandal-skandal seperti PKFZ (RM12 bilion) dan NFC (RM250 juta).

Namun, katanya isu itu membabitkan wang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam yang penting.

Friday, December 30, 2011

Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Mahathir Mohamad.

.

                Dalam akhbar baru-baru ini, Mahathir Mohamad telah menafikan bahawa beliau telah mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.
             Apabila dibentangkan dengan pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

Sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir hanya mahu bertanggungjawab mengenai tindakan-tindakan yang beliau telah lakukan sendiri. Jelaslah Mahathir mempunyai persepsi berbeza mengenai maksud “Akauntabiliti” berbanding seluruh dunia. Walaupun ia telah menjelaskan budaya ketidakbertanggungjaawaban pihak Barisan Nasional sekarang.

Thursday, December 29, 2011

Dilema Najib Andai Anwar Di Penjara

  
             KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara.
                Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak.

Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.

Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya,"- Ku Li

               Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.
               Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Haniza: Najib Takut Shahrizat Dedah Skandal Pemimpin Lain?


           Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.
           Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

Wednesday, December 28, 2011

Nik Aziz kesal fitnah larang ambil wang RM500

Kain rentang yang berniat jahat dan memfitnah Tuan Guru Nik Aziz melambangkan pihak tertentu tidak ada modal politik untuk menghadapi Nik Aziz dan Pas. Hanya yang mereka memiliki hanyalah cerita-cerita dongeng di Zaman Pak Pandir. Milleage politik mereka hanya bermodalkan politik usang...bodoh dan karut.
   
           Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap spanduk yang mendakwa beliau melarang rakyat negeri ini mengambil wang RM500.
              Katanya, sejak awal lagi beliau telah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat d negeri itu mengambil wang berkenaan.

"Saya dah cakap sebelum ni kan, ambillah wang RM100 ke RM500 ke RM1,000 ke, sebabnya tu duit kerajaan. Mereka berhak mengambilnya.

"Kain rentang tu dibuat oleh mereka yang kecewa dan tak ada modal untuk menyerang orang lain,"ujarnya.

Anwar jelajah negara menjelang 9 Januari.

  
           Ketua Pembangkang (Parlimen) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menemui rakyat melalui program jelajahnya ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia menjelang 9 Januari ini.
            9 Januari adalah tarikh mahkamah tinggi membuat keputusan berhubung dengan dakwaan terhadap Anwar.

Program jelajah bermula 3 Januari 2012 itu dirangka bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan dari Ketua Umum Keadilan itu mengetahui tentang isu-isu yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Monday, December 26, 2011

Khir mangsa sembelihan 'drama politik' Umno


             Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.
              Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.

Jelasnya lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.

Sunday, December 25, 2011

Shahrizat: Beritahu saya pemimpin UMNO mana yang tiada masalah?


               Disebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan,

‘Datuk NFC’ hanya dijadikan kambing hitam- Rafizi


               Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan.
               Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati tiada individu seperti yang dimaksudkan.

“Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Saturday, December 24, 2011

Mohamad Sabu: Hasan Ali Tidak Akur Keputusan Muktamar

    
               Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap tindakan Bekas Pesuruhjaya PAS, Selangor, Datuk Dr Hasan mengkritik Dasar Negara Kebajikan yang menjadi pokok perbahasan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS lalu sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip parti.
                   Dalam satu temubual bersama TV Selangor, beliau berkata Pas mendasari perjuangan kesepakatan, dan bersendikan panduan Majlis Syura Ulama selama lebih 60 tahun bertarung dalam arena politik tanahair.

"Kita yang berada dalam kumpulan itu boleh mencurahkan pandangan dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat kadangkala berlaku ketegangan, meninggikan suara,mempertahankan hujah adalah perkara biasa.

Tetapi bila secara umum satu pandangan diterijma sebagai pandangan Pas Pusat, maka tugas kita adalah mematuhi keputusan.

Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat

            Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro 
Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.
           Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ dilancar 28 Disember


              Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan melancarkan kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ pada 28 Disember ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
              Menurutnya, itu antara resolusi yang dicapai Pemuda PR dalam mesyuarat yang dipengerusikannya malam semalam.

“Kempen bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ ini kita lancarkan bersama Pemuda Pakatan dan NGO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 11 pagi 28 Disember ini.

“Perincian lanjut mengenai jelajah ini akan kita maklumkan pada hari itu,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin

  
           PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis agar turut memanggil anggota kabinet yang ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
            Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada tahun 2008.

Selain Muhyiddin ujarnya, SPRM juga perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek tersebut di luar kabinet.

"SPRM dan polis perlu tunjuk ketelusan dan integriti mereka dengan memanggil anggota kabinet termasuk PM dan TPM.

Friday, December 23, 2011

Sejak 13 tahun, Dr M menipu rakyat untuk menjatuhkan Anwar


              Tidak ada peristiwa yang lebih tepat untuk mentakrifkan Malaysia daripada peperangan yang berterusan antara Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad. Pertelingkahan mereka telah membentuk lanskap politik negara sejak tahun 1998.Pelbagai kiasah telah dimuatkan termasuk ‘character assasination’ paling keji, kemerosotan badan kehakiman, integriti pasukan polis yang tercalar dan pengongkongan media oleh kerajaan yang memerintah. Kesan-kesan persengketaan ini akan terus menentukan haluan negara untuk bertahun-tahun yang akan datang.

Sehingga kini, punca perbalahan tersebut masih diselubungi misteri. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, ia telah menjadi jelas bahawa ancaman yang paling serius kepada kuasa Mahathir ialah kaliber dan kepimpinan timbalannya.

Skandal NFC: SPRM diingat tidak tunduk pada Umno-BN


             KEADILAN menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tunduk dengan tekanan Kerajaan Umno-BN dalam menyiasat skandal membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).
           Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata, ini adalah masanya SPRM mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti mereka dalam membanteras rasuah.

“SPRM tidak perlu takut dan tunduk dengan tekanan politik mereka (Umno-BN),” katanya mengulas langkah SPRM menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes yang dikaitkan dengan keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu.

Hasan diminta berhenti 'bercakap'


                Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Hasan Ali diingatkan agar berhenti bercakap bagi menamatkan kritikan-kritikannya yang tidak berasas terhadap parti dan dasar perjuangan parti.
                Ingatan tersebut amat perlu diberikan perhatian oleh beliau bagi mengelakkan pemimpin-peminpin PAS lain turut bercakap mengenainya untuk menjawab kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sekiranya Hasan berhenti bercakap, beliau juga antara pemimpin PAS yang akan turut berhenti bercakap mengenainya kerana tidak lagi perlu menjawab kenyataan-kenyataan tidak berasas daripadanya.

Tuesday, December 20, 2011

Dakwat kekal: Jangan ada halangan seperti 2008


           PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi sebarang halangan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 seperti yang berlaku pada 2008.
          Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, biarpun menyambut baik pengesahan SPR untuk menggunakan dakwat kekal itu, namun apa yang dibimbangi sejarah PRU ke-12 pada Mac 2008 lalu akan berulang.


"Kita alu-alukan ianya dilaksanakan. Cuma kita harap tidak ada lagi halangan seperti dakwat lewat sampai dan sebagainya.

Monday, December 19, 2011

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu


                Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
              Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

Sunday, December 18, 2011

SPRM pejam mata bila lihat skandal NFC


               Ramai orang terpinga-pinga melihat telatah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemudiannya mencuci tangan dengan melontarkan kes ini kepada pihak polis.
              Namun kini pesuruhjayanya Datuk Abu Kassim Mohamed memberi kita jawapan.
Bercakap kepada para pemberita dari akhbar Sin Chew Daily selepas persidangan antarabangsa 14 Disember lalu, Abu Kassim menerangkan bahawa aduan yang diterima SPRM berhubung penyelewengan dana awam, tidak bermaksud penyalahgunaan kuasa.

Maka dengan itu, kes di bawah Akta Prosedur Jenayah ini hendaklah disiasat oleh polis dan bukannya kes rasuah yang terletak di bawah bidang kuasa SPRM.

Saya beranggapan Abu Kassim merujuk kepada aduan mengenai penggunaan sebanyak RM250 juta

‘Kamu boleh hina Anwar di Malaysia, tidak di dunia’


                  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.
                 Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

“Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

Saturday, December 17, 2011

RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI (Global Financial Integrity).

Ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

                Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.
                Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Lebih seribu hadir pelancaran ABU, suri rumah turut berucap

CheGuBard mengingatkan hadirin dosa Umno paling utama  iaitu memperbodohkan orang Melayu.
   
      Lebih seribu hadir pada Rapat Rakyat sempena pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) di perkarangan Markaz Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, malam tadi.
         Turut hadir, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvam, penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam dan pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) Benny Low.

Dipengerusikan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, beliau menegaskan, tiada makna sekiranya rakyat merungut tentang pentadbiram negara, sekiranya mereka sendiri tidak bergerak menghapuskan punca masalah, iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Kemelut Felda usaha BN untuk dapatkan wang

    
         Kemelut yang berlaku dalam Felda memberikan bukti jelas bahawa Kerajaan BN kini ketiadaan wang, walaupun cuba disembunyikan oleh para pemimpin Umno.
            Untuk mendapatkan wang terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Kerajaan BN terpaksa memanfaatkan Felda dengan pelbagai tindakan, sehingga sanggup mengenakan pelbagai tekanan kepada para peneroka dan pemimpin-pemimpin badan itu yang bertanggungjawab.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, arahan bercuti keluar negara ke atas Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jelas merupakan campur tangan politik terhadap badan tersebut yang tidak seharusnya berlaku.

Pemuda PKR kempen bebas Anwar 901, sokong himpunan siswa


                 Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akim (gambar) berkata pihaknya menyokong penuh himpunan yang akan diadakan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) esok di samping melancar kempen bebaskan Anwar.
                "Kita menyokong himpunan tersebut dan AMK juga akan turut serta semasa himpunan yang diadakan dari Sogo ke Dataran Merdeka itu.

"Dalam pada itu kita menyambut baik usaha mahasiswa yang berani menuntut hak mereka dan kita lihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam suasana politik sekarang serta bantahan kepada AUKU ini," jelasnya.

Beliau memberitahu, AMK akan mengadakan dialog bersama mahasiswa di dalam kampus menggunakan lambang parti dan kita harap ia tidak menjadi halangan oleh pihak pentadbiran universiti.

Friday, December 16, 2011

Saya akan terus berjuang walau dari dalam penjara- Anwar

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,”-Anwar

            Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikirar akan terus memperjuangkan keadilan meskipun beliau mungkin dipenjarakan atas dakwaan Fitnah II.
           Bercakap kepada wartawan selepas hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari depan bagi membuat keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah prinsipnya untuk menegakkan keadilan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau di kompleks mahkamah Jalan Duta di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Anwar berazam akan terus menguatkan Pakatan Rakyat untuk melakukan reformasi walaupun beliau mungkin dipenjarakan sekali lagi.

Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

                  Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.
                 Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Thursday, December 15, 2011

Anwar Dipenjara, UmnoBN HANCUR!!! -

  
           Ramai Rakyat Malaysia mesti pernah merasakan keadaan “Déjà vu” pada
tahun 1998, dimana kes Fitnah 1, yang menyaksikan tilam kotor telah diseret berulang kali ke mahkamah, kemudian Anwar diracun dengan arsenic di dalam penjara dan tuduhan eksploitasi seks yang dibuat oleh “anak dara” Ummi Hafilda dibuat di mahkamah Malaysia yang telah mengundang ketawa dari Rakyat Malaysia.

Siapakah yang kecewa apabila tuduhan Fitnah 1 telah diterbalikkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 2004 dan Anwar dibebaskan?

Jawapannya bukan Najib Tun Razak, tetapi bekas PM, Mahathir Mohamad, yang mahukan Anwar kekal di penjara. Bagi Mahathir, ia adalah penyelesaian dendam lama. Warisan dan dinasti politik beliau yang pada mulanya boleh berjaya tanpa gangguan, tetapi sekarang ini sekali lagi “diganggu” hebat dengan adanya Anwar di luar.

Kehidupan selepas NFC, masa depan yang gelap untuk Khairy Jamaluddin

      
           Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi daripada Pemuda Umno untuk cabarab debat mengenai skandal RM250 juta Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah.
                Yang paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember.

Hanya selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno.

54 kerusi parlimen BN di Felda tergugat


               Peneroka Felda di seluruh negara memberi amaran akan melakukan "transformasi politik" pada pilihan raya umum ke-13 yang akan memberi kesan buruk kepada Umno BN.
               Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke dalam Bursa Malaysia (BSKL) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.

Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini.

Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan "huru-hura" dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.

Skandal NFC: Laporan SPRM ke atas Muhyiddin, Noh Omar


               NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap salahguna kuasa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis NGO itu membuat laporan berkenaan di Pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam tengahari tadi.

Laporan ke atas Muhyiddin dibuat kerana beliau menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek itu ketika memegang jawatan menteri pertanian antara 2004 hingga 2008.

Wednesday, December 14, 2011

Pensyarah: Rakyat Kelantan masih perlukan Nik Aziz

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu masih releven untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.  Malah faktor usia beliau tidak pernah menghalang apa yang beliau lakukan sekarang, malah mengikut kajian sokongan rakyat Kelantan terhadapnya melebihi 80 peratus



               Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan akhlak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang tiada tandingan.
              Katanya, sikap kesederhanaan yang ditujunkkan Menteri Besar Kelantan itu sukar dicari pada pemimpin lain khususnya di Malaysia sekarang.

Bukan sahaja sukar dibanding dengan pemimpin lain dalam Umno, malah juga sukar untuk dibandingkan dengan pemimpin PAS yang lain.
First Alphabet

Tuesday, December 13, 2011

NFC: Muhyidin kena undur bersama Sharizat

   
           Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berpendapat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin lebih bertanggungjawab atas skandal yang berlaku dalam Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC).
              Ini kerana, ketika pinjaman mudah RM250 juta itu diberikan, Muhyidin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pihak yang bertanggungjawab memantau projek itu.

"Shahrizat sebagai menteri dan suami kepada Pengerusi Eksekutif NFC dan ibu kepada anak-anaknya yang menjadi pengarah NFC juga bertanggungjawab, namun bagi saya Muhyidin sebagai menteri lebih bertanggungjawab.

Rasuah, Ketirisan, Salah Urus Punca Negara Ketinggalan


              Amalan rasuah yang keterlaluan, ketirisan dalam pemberian kontrak serta salah pengurusan pihak kerajaan menjadi punca utama negara ini masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara yang setarafnya.
             Senator, Dr Syed Husin Ali dalam ucapan ketika membahaskan bajet 2012 di Dewan Negara berkata pada sekitar tahun 1960 an, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan mempunyai taraf pendapatan perkapita yang setaraf dengan negara ini tetapi kini negara-negara tersebut jauh lebih maju jika berbanding dengan Malaysia.

Menurut beliau peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 2012 sebanyak RM51.25 bilion (22%) berbanding Perbelanjaan Mengurus RM232.83 bilion (78%) semakin mengecil sejak 2000.

"Perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6 peratus (tahun 2000), ke 28.4 peratus (tahun 2004) dan 27.2 peratus (tahun 2008) hinggalah 22.0 peratus (tahun2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara." kata beliau.

Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM


             Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Monday, December 12, 2011

Nik Aziz bidas Umno guna istilah ‘jihad’ hadapi PRU-13


       Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
               Menurut Nik Aziz (gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

Skandal NFC: Dedah agenda Muhyiddin guling Najib?


                 KOMENTAR Hingga ke saat ini, Ketua Wanita Umno merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menyatakan pendirian berhubung desakan perletakan jawatan beliau sebagai menteri.
               Begitu juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus membisu berhubung kemelut yang membelenggu parti pimpinannya yang disabitkan dengan Shahrizat.

Projek NFC iaitu sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007 benar-benar meletakkan Najib dalam keadaan paling tertekan.

Negara Berkebajikan: PAS mahu rakyat jadi tuan

PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

              Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.
              Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

Sunday, December 11, 2011

Perjuangan PAS adalah jihad

Tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri, kata Nik Aziz.

                 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.
               Ini kerana tegasnya, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri, dipetik dari harakahdaily.

“Tanpa kuasa, kita tidak boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemeri.ntahan,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.

Kapal selam: Jangan percaya putar belit media BN


               Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.
               “Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau “komisyen” kepada Perimekar Sdn Bhd.

Saturday, December 10, 2011

Dan Tercabarnya Kuasa Politik Melayu…


            Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?
Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun,

Asal Bukan Umno (ABU) ditubuh untuk tumbangkan Umno

“Pada himpunan itu, kita akan mengumumkan sesuatu yang penting bagi merubah situasi politik Malaysia kerana gerakan ABU akan terus wujud selagi Umno wujud di negara ini,” -  Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).



Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU).

Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ditubuh bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Chegubard yang bertindak sebagai penyelaras.

Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN?


                       Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat.

“Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Friday, December 9, 2011

Najib sambung lidah perkauman Muhyiddin--- Ahmad Lutfi Othman.

  
             Di hari-hari awal perhimpunan Umno 2011, Timbalan Presidennya, Muhyiddin Yassin cuba mempamerkan "watak wira Melayu" dan "juara Islam". Diserangnya DAP dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Komponen Pakatan Rakyat itu didakwa mahu menubuhkan sebuah republik, yang "mengetepikan jati diri Malaysia berpaksikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan".

(Pada hari akhir persidangan, Muhyiddin dalam ucapan penggulungan -- selepas mengetuai lafaz ikrar taat setia 'Kami Orang Umno' -- menutupnya dengan doa Rabitah al-Ma'thurat, iaitu doa yang selalu diamalkan aktivis gerakan Islam, sambil membaca terjemahannya. Mukadimah doa itu berbunyi: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.")

Selamatkan baki wang rakyat dalam NFC

Aset-aset yang telah diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada Kerajaan.

   
              Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan wang rakyat dengan mengambil alih semua aset National Feedlot Corporation (NFC) yang masih tertinggal.
                Langkah ini perlu dibuat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin wang yang telah diberi pinjam kepada NFC tetapi telah dibelanjakan bukan untuk 'core busines'nya.

Demikian cadang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga Exco Ekonomi kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

Umno Sebenarnya Tak Percaya Kepada Prinsip 1Malaysia


            Perhimpunan Umno yang baru selesai minggu lepas adalah bukti jelas bahawa pemimpin parti itu sebenarnya tidak ikhlas dengan prinsip 1Malaysia yang diperjuangkan presidennya.
           Malah, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad, president Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri "cakap tak serupa bikin" apabila dia melaungkan dasar masyarakat majmuk tetapi dalam masa yang sama merasmikan majlis NGO pro-ketuanan Melayu.

Khalid berkata kesimpulan yang cuba disampaikan Umno adalah mereka satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Melayu sedangkan transformasi yang dilaung-laungkan oleh Najib meliputi rakyat majmuk yang berbilang bangsa.

Hudud: MCA patut tanya pendirian Umno


                 Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai 'kelakar'.
                 Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud.

"Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

"Saya desak agar MCA cabar Umno untuk berdebat soal hudud biar MCA tahu pendirian Umno dan Umno tahu siapa MCA sebenarnya.

Tambahnya lagi, beliau yakin niat sebenar MCA adalah ingin memburukkan DAP serta cuba mewujudkan satu suasana tegang antara parti di dalam Pakatan Rakyat.

Thursday, December 8, 2011

Ketakutan Umno terhadap kaum Cina akan menyumbang kpd kejatuhannya-Moaz Nair ..




               Harimau tidak akan menukar belangnya. Begitu juga UMNO. Dalam kes ini, pemimpin-pemimpin UMNO pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tidak akan membersihkan semua 'dosa' mereka yang lalu untuk menjadikannya sebuah parti pilihan orang Melayu dan kaum lain dalam pilihan raya umum yang akan datang. Mereka menggunakan AGM bukan untuk bermeditasi atau bersifat introspektif mengenai kelemahan mereka sebagai sebuah parti politik, tetapi memilih untuk menjadikannya sebagai forum politik untuk menjatuhkan Pembangkang.

Ini adalah kekecewaan yang besar di pihak mereka. Mereka jelas meletakkan mod pertahanan –melindungi banyak isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka -peribadi, rasuah dan ketidakcekapan - memikirkan bahawa perwakilan adalah 'orang kampung bodoh ' yang datang untuk mendengar cerita dari pihak mereka. Mereka telah memandang rendah kecerdasan para perwakilan dan rakyat jelata.

Kenapa Soi Lek takut sangat pada hudud?

   
               Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad berkata, biarpun Soi Lek sebelum ini terbabit dengan skandal seks, namun dia tidak perlu risau kerana hudud tidak tertakluk kepada bukan Islam.
                "Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak perlu risau dengan hukum hudud walaupun sebelum ini beliau didakwa terbabit dengan skandal seks kerana Hudud hanya untuk umat Islam.

"Tiada hukum hudud dikenakan ke atas beliau dan mereka yang bukan Islam jika ianya dilaksanakan dinegara ini atau di mana-mana negara lain sekali pun kerana mereka yang bukan Islam bebas untuk menguna pakai sistem perundangan sivil sedia ada," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...