Monday, October 31, 2011

Sebutir peluru atas nama sultan?-Viktor Wong


                Baru-baru ini pensyarah kanan undang-undang dan perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah menerima sepucuk sampul yang mengandungi sebutir peluru dengan disertakan dengan sekeping nota yang memberikan amaran kepada beliau agar tidak lagi “menderhakai” sultan.

Dr Aziz sebelum ini telah memberikan beberapa pendapat beliau berdasar kepakaran undang-undang dan perlembagaannya mengenai soal-soal kedudukan perlembagaan di dalam sesuatu isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pemimpin politik serta beberapa titah baginda sultan yang berkait dengan kepentingan umum.

Adakah kesemua pendapat beliau ini didapati mengancam kedudukan baginda sultan-sultan dan adakah Dr Aziz menunjukkan sebarang niat untuk mengancam atau menggulingkan sistem raja berpelembagaan di negara kita ini?

Umno 'beri lesen' MCA hina Islam?

Amat malang jika UMNO marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada  masa yang sama UMNO diam apabila MCA menghina Islam. Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka UMNO  membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.


PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.
              AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.

"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus?

"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Sunday, October 30, 2011

Zul Noordin penyambung hayat atau mempercepatkan kepupusan Perkasa?


              Pembelot parti PKR, Zulkifli Noordin yang baru-baru ini diangkat sebagai orang penting di dalam pertubuhan pro-Melayu, Perkasa boleh disimpulkan sebagai bersesuaian. Seperti pepatah yang mengatakan, “anda ialah apa yang anda makan atau sesebuah pertubuhan itu hanya sebagus pekerjanya sahaja.”

Yang sebenarnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Perkasa, pertubuhan sayap kanan orang Melayu yang riuh-rendah dan kasar menghamburkan kemarahan terhadap kaum lain. Samalah dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin itu. Sebab itu mereka sangat bersesuaian. Umpamanya, Perkasa boleh menelan Zulkifli tanpa keracunan makanan dan, Zul juga boleh membantu menggilap imej ekstrem dan perkauman Perkasa.

UMNO Guna Taktik 3R Tarik Sokongan Melayu

Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja)


                Dalam rancangan Umno untuk menawan balik Selangor dan Pulau Pinang, parti itu menumpukan usaha bagi menarik sokongan Melayu dengan bermain sentiment agama, perkauman dan institusi raja.
               Sambil menyifatkan pendekatan itu sebagai "3R" (race, religion, royalty) Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ini dapat dilihat di dalam isu-isu seperti Mat Indera dan kritikan Sultan Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Strategi ini digunakan setelah Umno merasakan yang ia telah hilang sokongan di kawasan bandar dan di antara komuniti bukan Islam, katanya.

"Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

Semuanya selamat apabila al-Quran disanjung

Islam didatangkan untuk semua kaum maka Al-Quran perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam selari dengan konsep dakwah yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.

              Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Maipp (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan mualaf.
            Jelasnya, memandangkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu maka sewajarnya Maipp memberi penekanan terhadap usaha tersebut sebagai galakan golongan berkenaan untuk menghafal Al-Quran.

Baginya, Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan mualaf begitu ramai sekaligus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.

"Sempena majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang ini, saya cadangkan Maipp melahirkan ramai huffaz daripada kalangan muaalaf

Saturday, October 29, 2011

Dr M patut dibicara di mahkamah kerana salah guna kuasa : Surendran

Tindakan-tindakannya semasa berkuasa adalah bersifat jenayah, dan menyebabkan kerosakan yang sangat besar ke atas institusi-institusi dan struktur kerajaan. Sejarah akan menilai Mahathir dengan kejam.


              Saya merujuk kepada kenyataan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed bahawa rakyat Malaysia patut diberi hak asasi menusia “sekadar yang kita mampu” dan perjuangan pembangkang untuk hak asasi manusia hanyalah untuk kepentingan mereka sahaja dan “berlebihan”.
                Tidak mengejutkan apabila Dr Mahathir telah mengambil pendirian yang tidak bertanggungjawab, jahat dan tidak amanah ini. Semasa pemerintahan kejamnya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri negara, Mahathir menjatuh dan meremehkan kebanyakan hak asasi rakyat.

Hak asasi yang dijanjikan kepada rakyat di bawah Bahagian 2 dalam Perlembagaan Persekutuan dijadikan tidak efektif dan tidak bermakna di bawah pemerintahan Mahathir, dan masih begitu di bawah Perdana Menteri Najib.

Kabinet campurtangan, Ketua Audit Negara ditekan


            Tindakan kabinet cuba campurtangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan seolah wujud tekanan terhadap Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
           Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian mengulas kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari semalam, yang mengatakan Ketua Audit Negara sepatutnya tidak menyerahkan laporan itu kepada kabinet kerana ia pihak yang mempunyai kepentingan.

“Kalau ada campurtangan kabinet, ia merupakan perkara yang sudah kita jangka. Ia tidak baik dari segi tadbir urus dan tatakelola kerajaan yang baik, yang menunjukan amalan kerajaan yang mempunyai kematangan demokrasi dan sebagainya.

Membazir: Upah orang asing naik imej Najib

Jika benar Najib gunakan orang asing hanya untuk menaikkan imej beliau , ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat hanya untuk mencari publisiti diri beliau yang telah rosak

            Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.
            "Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan
imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan, Campbell kini menasihati Najib untuk memastikan kemenangan Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan
raya akan datang.

Friday, October 28, 2011

Ingat Muhyiddin, ikan busuk bermula dari kepala

Itulah akibatnya apabila negara dipandu oleh Umno, apabila Islam tidak dijadikan asas utama dalam kehidupan, maka perasaan takut kepada Allah dalam menguruskan harta orang ramai akan hilang.
             Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara dengan berkesan.
             “Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan itu sebenarnya bermula daripada kepala,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau mengulas arahan Muhyiddin agar tindakan disiplin atau hukuman setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti mana yang dilaporkan dalam salah sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Cegah murtad: Mantapkan aqidah, bukan himpunan


              PAS secara konsisten berpendirian bahawa kedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-quran dan Rasulullah S.A.W.
             Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut.

"PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah

Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail


           Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.
           Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.

Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.

“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara,

Enggan Sahut debat Anwar, mengapa Najib takut?

Najib takut kerana ketokohan Anwar sebagai seorang pemimpin. Jika diteruskan debat, temberang Najib mengenai bajet 2012 terbongkar dan rakyat akhirnya akan mengetahui fakta yang sebenarnya. 

           Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.
          Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.

“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.

Thursday, October 27, 2011

Penyelewengan dalam Audit, SPRM jangan hanya siasat- Azan

               Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan.
               Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri.

“Kita merasa agak bimbang, siasatan ini hanya untuk memperbaiki imej SPRM berikutan langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sempena pilihan raya.

“Berbanding tahun lepas tiada tindakan yang diambil meskipun SPRM kata akan siasat. Tidak ada guna jika siasatan tetapi tiada tindakan. Apa yang kita mahu ialah SPRM kemukakan hasil siasatan dan mengambil langkah susulan termasuk melakukan pendakwaan,” jelas Azan.

Laporan audit sahkan kerajaan BN perlu diganti

Selama Umno BN mentadbir Pusat , situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh 'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.


               Ketirisan yang didedah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.
              Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk.

"Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk laporan yang dibentang lewat 17 hari itu.

Wednesday, October 26, 2011

Nasionalis punca murtad – Nik Aziz

Ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO.
           Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.
          Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

Enggan debat, Najib PM paling lemah – Shamsul

Najib mengkritik Buku Jingga dengan mendakwa Anwar akan demam jika berdebat dengannya. Tapi  setelah Anwar mencabar berdebat mengenai kandungan dokumen berkenaan, yang merupakan manifesto bersama Pakatan Rakyat, Najib terus membisu hingga kini. Itu tandanya Najib penakut  dengan bayang-bayang Anwar.

          Kengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut pelawan debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.
          Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sepatutnya mengambil peluang itu untuk mempertahankan Belanjawan yang dibentangkannya di parlimen 7 Oktober lalu.

“Perdebatan mengenai belanjawan ini bukan soal peribadi, jauh sekali persoalan siapa menang siapa kalah.
“Persoalan utama yang wajar dilihat Najib ialah isu rakyat, kerana segala wang dalam belanjawan itu adalah milik rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Menurut Shamsul, debat secara terbuka adalah medan terbaik memberi peluang kepada rakyat menilai Belanjawan yang ditawarkan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat.

Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN

            Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada ‘peti undi’ apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan.

Tuesday, October 25, 2011

Jaga Melayu gagal, jaga rakyat pun gagal'

Jaga Melayu gagal, jaga rakyat pun gagal", itulah kesimpulan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
"Sejak selepas pilihan raya 2008, seperti orang kerasukan Umno menjerit-jeritkan kepentingan Melayu.
"Tunjuk perasaan kononnya membela kepentingan Melayu dan mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas pilihan raya tersebut bermula di Pulau Pinang.

"Baru-baru ini gerombolan yang menunjuk perasaan itu mendapat habuan dan hadiah istimewa untuk mereka apabila (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang dari Gerakan sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang," katanya.

MARA Beli Barangan 100 Kali Ganda Harga Pasaran Bagi Program Orang Miskin

        Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.
        Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Skandal IC amat membahayakan negara

Jelas di sini menunjukkan masa depan dan hala tuju politik negara akan ditentukan oleh warga asing.  Ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara  yang perlu diambil tindakan oleh kerajaan.
            Skandal kad pengenalan (IC) terutama yang membabitkan kod "71" dan pemberian kad pengenalan biru dengan mudah kepada warga asing perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan kerana ia amat merbahaya keselamatan negara.
           Sehubungan itu, PAS akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu termasuk membawanya ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan respon segera dari pihak kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara tindakan segera yang dilakukan termasuk membantu Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bangunan Parlimen hari ini.

Monday, October 24, 2011

Dr M, Utusan dan Zul Nordin berdepan saman

          Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.
        Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya dipetik Malaysiakini.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Guan Eng: Muhyiddin jangan jadi pengecut

           Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjadi pengecut dengan terus menekan anaknya dengan isu mencabul seorang gadis seperti didakwa bloger pro Umno.
           Menurutnya, adalah sangat zalim jika Timbalan Perdana Menteri itu terus melakukan demikian terhadap anaknya yang berumur 16 tahun itu dalam keadaan 'mangsa' yang didakwa dicabul itu sudah tampil menafikannya.

"Jika Muhyiddin benci saya sangat, dia boleh buat yang lebih buruk untuk jatuhkan saya melalui politik.

"Namun, Muhyiddin tidak perlu menyertai kumpulan pengecut dengan memfitnah anak saya yang berusia 16 tahun dan meletakkan anak saya sekali lagi melalui pengalaman yang trauma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sunday, October 23, 2011

Najib disabotaj isu Aziz?


Ahmad Lutfi Othman
                Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.
               Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan "keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat".

Misalnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Fakta lawan fakta, bukan hujah lawan gantung tugas

          Negara kita sekali lagi gagal dicerminkan sebagai membangun dan maju, sebaliknya kian mundur, kelam dan gelap, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi.
          Terbaru, katanya pelanggaran ‘demokrasi ilmu’ yang sungguh sadis, apabila Prof Dr Abdul Aziz Bari digantung tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hanya kerana pengaruh kontroversi yang dicetus oleh media.

Menurutnya, Dr Abdul Aziz bukanlah melakukan jenayah melainkan beliau hanya mengeluarkan pandangan dan kritikan berasaskan ilmu dan kepakaran beliau.

Saturday, October 22, 2011

Tindakan ke atas Aziz Bari ala ISA

           Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
          "Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.

"Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

1,000 berhimpun tuntut 'bebaskan' Aziz Bari

            Hampir 1,000 orang berhimpun di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bagi membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh universiti itu.
           Perhimpunan aman yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu majoritinya disertai golongan mahasiswa dipercayai dari pelbagai universiti serta orang awam.
           Sejurus imam selesai membaca doa, laungan "Hidup Aziz Bari", “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” mula bergema.

Seorang peserta himpunan kemudiannya cuba memulakan ucapan, tetapi bagaimanapun tindakan itu dihalang pihak keselamatan universiti, dan sedikit kekecohan berlaku.

Ekoran halangan itu, mereka kemudian beramai-ramai berarak dari masjid tersebut menuju ke bangunan pejabat reaktor universiti itu bagi menyerahkan memorandum.

Friday, October 21, 2011

Gantung Aziz Bari zalimi cendekiawan – Azizah

Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagi ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara. Sepatutnya kebebasan bersuara ini tidak harus disekat dan serta diberi ruang berhujah dan kritikan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara  jika ianya bersifat membina untuk kebaikan semua. Janganlah jadikan isu politik untuk kepentingan UMNO-BN
          Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Pensyarahnya, Aziz Bari dilihat merendahkan golongan akademik dan menzalimi cendakiawan, Kata Presiden KEADILAN.
          “Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat,” kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya KEADILAN melihat tindakan pengurusan (UIAM) menggantung Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai merendah-rendahkan golongan akademik di negara.

Ini kerana katanya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.

Pelbagai Pihak Protes Penggantungan Dr Aziz Bari

Sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai aset negara kerana keberaniannya mengupas ilmu yang dimilikinya. Apa lagi  berkaitan pandangannya sebagai seorang ahli akademik . Tetapi amat malang UIA terpaksa tunduk kepada desakan UMNO-BN, menghalang pemikiran seorang pakar undang-undang perlembagaan. Sepatutnya hujah akademik itu dibalas dengan hujah akademik  untuk mengambarkan  kewibawaan ilmu akademik seseorang.

             Pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini.
             Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku ‘Taman Ilmu dan Budi', apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.

"AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?," soal beliau dalam satu kenyataan media.

Thursday, October 20, 2011

Anwar sambut baik tawaran anjuran debat dengan Najib

Sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.
          Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan debat terbuka antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
         Menurut Anwar, ia perlu disegerakan sebelum perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, berakhir bagi penggal ini.

“Saya menyambut baik, mana-mana badan NGO yang ingin menganjurkan perdebatan tersebut. Saya harap disegerakan sebelum tamat perbahasan Belanjawan ini,” kata Anwar pada sidang media di Parlimen.

Hari ini, sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.

Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA

Pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan. Barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat.
           Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.


"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia.

Wednesday, October 19, 2011

Dr M dan Najib bertinju-bayang soal PRU-13: Siapa bijak, siapa tidak?

          Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kelihatan berusaha keras untuk membuat Perdana Menteri Najib Razak melengahkan pilihanraya umum ke-13, suatu perkara yang aneh mengambil kira yang Mahathir seharusnya sudah bersara.
            Pada umur 85 tahun, beliau sepatutnya mengira rahmatnya dan memberi peluang kepada pentadbiran semasa untuk mengurus negara dengan bebas. Tetapi, negarawan yang masih cekap dan tajam itu bimbang di bawah Najib, Barisan Nasional akan terkubur dan segala yang telah dibinanya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan penentu nasib 28 rakyat Malaysia akan hancur.

Ya, Dr M memang seorang authoritarian, dan itu membenarkan jaringan kroni-kroni dan korupsi yang meluas wujud dan berakar di Malaysia. Sekiranya BN tumbang, maka akan berlakulah banyak perkiraan dan perhitungan, yang tidak mampu ditanggung oleh Mahathir dan kroni-kroninya. Maka persaraannya harus ditangguh buat sementara.

Rais jangan guna SKMM sebagai polis peribadi

            Datuk Seri Rais Yatim diharap tidak menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai polis peribadinya semata-mata untuk membuktikan beliau masih lagi relevan.
            Ketika menyatakan harapan tersebut kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, rakyat tidak ingin melihat mana-mana kementerian atau institusi kerajaan digunakan untuk membodek Perdana Menteri atau membuktikan kononnya seseorang itu masih lagi relevan.

Mengulas tindakan SKMM menyiasat pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksi pensayarah itu terhadap tindakan Sultan Selangor baru-baru ini, Salahuddin berharap tindakan itu dihentikan serta merta.

Pakatan kecam fitnah terhadap keluarga Guan Eng


Milleage politik UMNO hanyalah simbol sek  dan fitnah. Mengunakan politik demikian adalah terlalu kotor dan jijik. Ini melambangkan UMNO ketandusan modal politik yang sihat untuk berdepan secara ilmiah dengan Pakatan Rakyat. Terpaksa gunakan  modal politik usang demi survival politiknya yang semakin tenat hampir ke lubang kubur.   
           Pakatan Rakyat mengecam tindakan Umno yang menyebarkan fitnah bagi mengaibkan keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
         Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fitnah yang mengheret anak lelaki Guan Eng itu merupakan politik jijik yang dilakukan Umno untuk menjatuhkan lawan mereka.“Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh Guan Eng sekeluarga dan kita melihat inilah cara Umno melemparkan isu fitnah,”

“Tindakan Umno menggunakan remaja yang berusia 16 tahun adalah jijik, mengaibkan dan hanya melambangkan kepura-puraan pemimpin Umno yang mempersoalkan moral serta akhlak,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada sidang media di parlimen hari ini.

Fitnah Kelantan tidak bina masjid terjawab - M Faqih

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing 
               Fitnah dilemparkan pemimpin Umno kononnya kerajaan Kelantan tidak pernah membina masjid sepanjang lebih 21 tahun di bawah teraju PAS, kini menjadi seumpama senjata makan tuan.
              Ini kerana banyak masjid dibina kerajaan negeri juga digunakan mereka untuk menunaikan solat. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing sekarang menjadi tumpuan pelancong.

Keunikan seni bina masjid yang bernilai RM9 juta itu tidak ada di tempat lain. Senibinanya menyerupai tokong Cina.

Begitu juga Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Pulai Chondong, diimarakkan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al Quran.

Himpunan bantah JPN diubah pada 24 Okt

Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup serius dalam menangani isu berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing, MyKad klon, kad pengenalan palsu dan isu berkaitan kod 71.
                  Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengambil keputusan mempercepatkan penganjuran himpunan khas bagi membantah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung Mykad klon dan kad pengenalan palsu kepada 24 Oktober ini, Isnin, di bangunan Parlimen, bermula jam 10.00 pagi.
                  Sebelum ini himpunan tersebut dijadualkan pada 25 Oktober, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan yang turut dilaporkan Harakahdaily pada 8 Oktober lalu, tetapi terpaksa dipercepatkan sehari sebelum itu bagi mengelakkan kesulitan ekoran perayaan Deepavali.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, perubahan tarikh itu dilakukan dengan persetujuan Nasrudin sendiri hasil perbincangan yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau, himpunan tersebut akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Keadilan dan DAP dari Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan oleh Nasrudin pada 8 Oktober lalu.

Tuesday, October 18, 2011

'Apa salah saya' - Aziz Bari

             Prof Dr Abdul Aziz Bari berasa hairan dengan serangan bertubi-tubi yang dibuat ke atas beliau oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
             "Hari ini sudah lebih seminggu saya diserang oleh akhbar itu. Dan semalam, bekas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun ikut mengutuk saya. Sedangkan apa yang saya komen begitu ringkas dan tak lari dari peruntukan perlembagaan. Sekurang-kurangnya kalau dibandingkan dengan apa bekas Perdana Menteri itu buat masa beliau berkuasa.

"Kita semua tahu bagaimana dia mengutuk dan menelanjangkan Raja-Raja. Utusan pun dua kali masa itu. Selain menyiarkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan imej Raja-Raja mereka kata negeri-negeri yang tidak beraja - seperti Pulau Pinang - lebih maju dari negeri-negeri yang ada Raja," kata Aziz.

Hari ini profesor undang-undang UIAM dikunjungi oleh pegawai SKMM.

Menteri Dalam Negeri takut hadapi kenyataan- Suhaizan Kayat

         Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.
        Jawatankuasa Terpilih Parlimen ini ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini bukannya memperbaiki sistem permohonan kewarganegaraan atau memperbaiki perjalanan Jabatan Pendaftaran Negara.

Saya berpendapat tiada keperluan Menteri Dalam Negeri untuk membentangkan tuduhan manipulasi kad pengenalan dalam jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan pilihanraya bertugas untuk menyiasat ruang manipulasi dalam pilihanraya bukannya ruang manipulasi kad pengenalan di negara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...