Friday, September 30, 2011

Isu kuota: Najib hanya pancing undi bukan Melayu- Jui Meng


Gara-gara untuk pancing undi pilihan raya, Najib sanggup hapus 30 peratus kuota bumiputra
                Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 30 peratus kuota bumiputera akan dihapuskan, hanya untuk memancing undi bukan Melayu, kata Naib Presiden KEADILAN, Chua Jui Meng.
               Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai satu retorik bagi menagih undi kaum Cina dan India menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini tidak boleh dipercayai, bila dia akan laksanakan? Dia (Najib) hanya nak tarik undi bukan melayu saja. Ini hanya cakap saja tapi bila diperingkat perlaksanaan tiada tindakan,” ujarnya.

Mata lebam Anwar: 29 Sept detik hitam sejarah negara

Tahun 1998  merupakan tarikh keramat perjuangan menuntut reformasi, menyaksikan kebangkitan rakyat segenap lapisan, terutama golongan muda menentang pemerintahan diktator Mahathir.
               Tanggal 29 September 2008 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
               Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merencanakan satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya itu dengan fitnah seks dan salahgunakuasa.

Hudud: Kini ia terletak di kaki Umno

           Pakatan Rakyat berjaya mencapai kata sepakat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud.
           Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat.

Thursday, September 29, 2011

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu

           DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.
            Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Wednesday, September 28, 2011

Apakah kelebihan kepada BN sekiranya Anwar dipenjarakan- Jason Yabro

            Retak mula kelihatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang pemimpinnya menghadapi tekanan dengan spekulasi pilihan raya umum yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi seiring dengan serangan habis-habisan terhadap Anwar Ibrahim yang sedang berlaku kini.
           Mereka sedang menucuk-nucuk pemimpin PKR yang berkarisma dan pemimpin Pakatan Rakyat, yang masih lagi dianggap sebagai ancaman utama UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang, justeru mereka ingin melihat golongan ini dikeluarkan dari persada politik negara dengan apa jua kos.

Kebimbangan mereka dilihat berasas memandangkan kedudukan Anwar dalam Pakatan masih kukuh dan tidak goyah dalam gabungan pembangkang itu sekalipun pelbagai ujian dan seksaan keatasnya, terutamanya perbicaraan kes liwat yang terpaksa dihadapi oleh ahli politik yang berusia 64-tahun itu.

Kubu Umno di Jeli makin tergugat

Mungkinkah ini menggambarkan kedudukan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu dinilai kembali rakyat Jeli selepas dua penggal menguasai kawasan berkenaan.
             Di segenap penjuru pasar Kuala Balah ribuan orang berdiri tanpa menghiraukan hujan sepanjang program berlangsung malam tadi.
            Kawasan laman pasar yang agak lembab tidak dihiraukan, ramai yang kelihatan basah di bahagian punggung. Kawasan yang berbumbung pula sendat dengan manusia, mereka berhimpit-himpit bagi mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

Mereka datang tidak diangkut dengan bas seperti biasa berlaku pada program tajaan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mungkinkah ini menggambarkan kedudukan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu dinilai kembali rakyat Jeli selepas dua penggal menguasai kawasan berkenaan.

Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia Bukan Islam dan Khususnya Kepada yang Islam


Saudaraku yang dihormati sekalian,

Semoga sedikit nukilan hasil cedokan daripada sebuah buku yang ditulis oleh sarjana Islam tempatan ini dapat memberikan gambaran asas kepada tuan puan mengenai apakah sebenarnya hukum hudud dan apakah pula jenis jenayah yang akan dikenakan hudud.

Perlu dijelaskan bahawa, hudud bukan hanya berkisarkan mengenai potong tangan, potong kaki dan segala jenis potong yang dimomokkan oleh media perdana dari dulu hingga saat ini. Hukum hudud sangat khusus dan halus perkiraannya. Justeru saya dengan rendah diri menitipkan tulisan ini kepada tuan puan.

Satu penjelasan yang baik dan mudah difahami ditulis oleh Prof Madya Datin Dr Paizah Hj Ismail (pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, UM. Isteri kepada Prof Dr Datuk Paduka Hj Mahmod Zuhdi Abdul Majid) dalam buku yang bertajuk HUDUD: HUKUM DAN PELAKSANAANNYA. Antara lain beliau menerangkan, hudud perlu difahami dengan:

Tuesday, September 27, 2011

Palsu bukti: Gani dicabar saman pihak kaitkan beliau

           Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar menyaman pihak yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
          "Tindakan ini penting bagi membersihkan nama baik institusi kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini.

Gesaan itu dibuat apabila baru-baru ini bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan terbabit pemalsuan bukti tersebut.

MCA, Gerakan dicabar keluar BN

           Parti MCA dan Gerakan dicabar keluar dari BN sekarang, ekoran kenyataan kedua-dua pemimpin utama parti itu untuk keluar dari BN sekiranya BN melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud.
          Kedua-dua parti itu dicabar keluar dari BN kerana Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi perlaksanaan hudud sememangnya telah digunakan di Terengganu sekarang.

Kanun Jenayah Syariah Terengganu itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 lalu, tetapi kini terus digunakan di Terengganu walaupun Terengganu berada di bawah pemerintahan BN.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata

Hudud Dan Kelantan

        Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.
       Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

Monday, September 26, 2011

5 perkara yang bakal berlaku jika BN kalah dalam pilihanraya - Jason Yabro

              Angin perubahan yang melanda seluruh negara dan rakyat Malaysia mungkin akan menyaksikan perubahan politik pada skala yang tidak dapt dibayangkan sejak tsunami politik 2008 melanada.Tidak sampai 48 jam selepas Barisan Nasional (BN) telah dikalahkan dalam pengundian 8 Mac, ada desas-desus mengenai "belajar dari kesilapan" dan keperluan bagi gabungan itu "untuk memperbaiki" prestasi hambar.

Mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah berikrar bahawa BN akan "belajar dari kesilapan"

Umno Memang Suka Syok Sendiri-Faekah Husin

               Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dengan mudah membuat kesimpulan bahawa seluruh rakyat di negeri ini merasa tertekan berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat hanya dengan mendengar pandangan peribadi seorang individu.
               "Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri yang orang Umno suka syok sendiri," katanya dalam satu kenyataan media.

Namun katanya, dakwaan itu barangkali relevan kepada golongan yang mempunyai kepentingan dan merasa selesa melakukan aktiviti-aktiviti penyelewengan dengan merasuah pegawai kerajaan dan orang politik untuk mendapatkan pertolongan dan pengecualian daripada polisi dan syarat untuk mengaut keuntungan lumayan dalam era pemerintahan Umno-BN dahulu.

Anak muda perlu bangkit, kata Anwar

Anak muda harus bangkit, buat perubahan. Jangan biarkan UMNO-BN menipu hidup kita. Pelbagai khazanah negara ‘dirompak’ oleh pemimpin Negara dengan memperbodohkan orang Melayu.
          Fenomena pencetus kesedaran rakyat yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Mesir, Tunisia dan sebagainya lahir di kalangan anak-anak muda.
         Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi perubahan politik boleh berlaku di kalangan rakyat di negara ini.

Katanya, kebangkitan luar biasa tersebut tercetus dengan kewujudan laman-laman web social, twitter, facebook dan blog.

KPN jangan nampak sangat bela BN

Sepatutnya tugas polis menjaga kepentingan negara dan rakyat, bukan menjadi suruhan UMNO-BN. Ketua Polis Negara nampaknya memperlihatkan dirinya lebih Umno dari Umno.
           Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar didesak agar tidak menampakkan sangat beliau berkhidmat untuk Barisan Nasional (BN) apabila begitu risau parti itu kalah pilihan raya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
          Kenyataan dan pandangan Ismail secara terbuka bahawa kerajaan BN boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik, dilihat tidak septutnya dikeluarkan seorang kakitangan kerajaan.

"Apa masalah kepada pasukan polis kalau BN kalah? Mengapa Ketua Polis Negara nampak risau sangat?

"Saya harap sangat tidak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bahawa sudah jadi parti perasuah," kata beliau.

Sunday, September 25, 2011

Hudud: Kenyataan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim


          Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang.

‘Takut hudud seperti takut hantu’

Al-Quran jadi dasar kita orang Islam. Sama ada orang Islam itu PAS atau tidak PAS, dasar kita orang Islam adalah al-Quran. Orang Islam wajib mempertahankan konsep negara Islam dan hukum hudud.

          Meskipun konsep hudud ditolak oleh rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat – DAP, namun PAS tetap nekad untuk melaksanakan hukuman hudud di negara Kelantan.
         Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul PAS malam tadi mempertahankan pendirian beliau di Kuala Terengganu.

Beliau menolak asas penentangan kumpulan yang menentang pelaksanaan hudud dengan mengibaratkan ketakutan mereka terhadap hudud umpama takutkan hantu yang tidak diketahui.
Beliau berhujah bahawa ideologi yang dipegang oleh kumpulan politik lain sama sekali tidak boleh digunakan sebagai asas peraturan berbanding dengan Islam.

Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?

Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat projek dan tender untuk menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.
              Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.

           Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

"Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.

Saturday, September 24, 2011

Siapa karut, Mat Sabu ke Zainal Kling?- Subky Latif

Saranan Zainal Kling bercanggah dengan isi sejarah yang sudah ditulis. Semua buku sejarah yang diguna di sekolah rendah, menengah dan universiti mengatakan Tanah Melayu pernah dijajah.
          MAT Sabu menyarankan supaya sejarah ditulis semula disebabkan oleh sejarah kemerdekaan tidak ditulis dengan betul. Maka sekalian penyokong kerajaan mengira Mat Sabu mengarut.

           Dalam reaksinya atas kontroversi Mat Sabu itu, Prof. Zainal Kling, jika di barat dipanggil Prof. Kling saja berpendapat Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. Pro Mat Sabu pula mengiranya karut juga.

Saranan Prof. Kling disukai oleh Tun Dr. Mahathir. Prof. Khoo Kay Kim rasanya tertarik dengan saranan itu. Prof. Ramlah Adam pula tidak menyanggahnya.

Kempen 'Tunai 8 Tuntutan, Baru PRU-13' 30 Sept


Kempen ini akan diadakan pada 30 September jam 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia hadir memberi sokongan.
            Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".
           Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Subramaniam Pillay menjelaskan pada satu sidang media kempen ini adalah lanjutan kepada tuntutan himpunan Bersih 2.0 yang diasakan pada 9 Julai yang lepas.

"Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan pilihanraya umum sebelum lapan tuntutan segera Bersih 2.0 itu ditunaikan.

Sokong BN: KPN perlu kembali ke sekolah – AMK

Sebagai KPN, beliau bukan sahaja tidak boleh mencampuri urusan eksekutif, tetapi juga bidang perundangan dan kehakiman negara.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dinasihatkan kembali ke sekolah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
Ini kerana katanya, Ismail masih jahil dan gagal memahami sistem demokrasi dan pengasingan kuasa seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Sebagai KPN, beliau bukan sahaja tidak boleh mencampuri urusan eksekutif, tetapi juga bidang perundangan dan kehakiman negara.

Friday, September 23, 2011

Mat Sabu dianiaya kerana UMNO takut ketokohannya

“Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik.
             Tindakan kerajaan mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di mahkamah hanya kerana memberi pandangan tentang sejarah negara membuktikan Datuk Seri Najib tidak jujur dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dan demokratik.
             Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, apa yang terjadi pada Mat Sabu merupakan satu contoh dan peringatan bahawa Malaysia belum mampu menjadi negara yang lebih demokratik.

“Jika Malaysia ingin menuju ke arah masyarakat demokratik, menegakkan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang… penyalahgunaan kuasa seperti yang terjadi terhadap Mat Sabu perlu ditamatkan,” katanya.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Chow Kon Yeow berkata, tuduhan yang dihadapi oleh Mat Sabu adalah berunsur politik semata-mata .

Najib, Rosmah ‘demam’ jika berdepan Anwar di mahkamah


Kenapa Najib dan Rosmah takut untuk hadir ke Mahkamah? Jika beliau dipihak yang benar, sudah pasti beliau  akan hadir. Apakah beliau terlibat dengan konspirasi ini? Pepatah orang tua-tua ada mengatakan ' berani kerana benar, takut kerana salah'.
               Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
               Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, justeru itu kedua-duanya memfailkan permohonan untuk mengetepikan sapina supaya hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah II itu.
“Mereka (Najib dan Rosmah) takut dedahkan penglibatan mereka dalam konspirasi ini. Mereka hanya berani tuduh tapi tak berani tampil diri sebagai saksi di mahkamah.

Surat PM halang Kelantan laksana hudud

Kelantan sudah lama bersedia melaksanakannya namun ia dihalang kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan perlaksanaannya ditangguhkan sehingga sekarang.
               Surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar.
              Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.

Thursday, September 22, 2011

20 September 1998 Mengubah Hidup Kak Wan

                  20 September 1998 merupakan detik bersejarah Datuk Seri Dr Wan Azizah terbabit dalam kancah politik tanah air.
                 13 tahun lalu, hari tersebut merupakan hari gelap di mana kediaman beliau diserbu oleh sekumpulan polis yang lengkap bertopeng dan bersenjata 'submachine' gun dan mengheret suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum diheret ke Mahkamah atas tuduhan korupsi dan liwat.

Wan Azizah kini menjadi Presiden Parti Keadilan Rakyat yang meneraju Pakatan Rakyat menjadi suara besar di Parlimen Malaysia. Bagaimanapun beliau masih jelas ingatan terhadap peristiwa hitam tersebut.

Najib Tidak 'kool' - Anwar

Jika Najib di pihak yang benar, kenapa takut untuk hadir ke Mahkamah? Apakah Najib takut bertempur dengan Anwar ?Tentu ini tidak 'KOOL'.
         Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya mahu mengenepikan sepina yang dikeluarkan bagi menjadi saksi kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.
         Anwar berkata, tindakan Najib itu ibarat mengundur diri sebelum bertempur berikutan sebelum ini Presiden Umno itu berkata, beliau akan hadir sebagai saksi jika pihak pembelaan mengemukakan sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'kool'," kata Anwar.


Dakwaan ini seronok dan menarik - Mohamad Sabu

"Pendakwaan itu berlaku dua tiga hari selepas  Najib  mendakwa hendak menjadikan Malaysia demokrasi terbaik. "Cakap tentang demokrasi terbaik, tetapi kerana pandangan yang berbeza pun diheret ke mahkamah," . Ini menjadikan Najib antara perdana menteri paling haprak dalam sejarah dunia kerana bercakap lain, buat lain,"

                 Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang didakwa hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong menyifatkan kesnya sebagai 'seronok dan menarik
              "Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya.
             Beliau juga menyifatkan tindakan menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai sejarah di dalam mahkamah adalah sesuatu yang kelakar.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah," katanya yang kelihatan bersemangat tinggi menghadapi dakwaan ke atasnya.

Wednesday, September 21, 2011

Mudah jadi warganegara macam beli barang e-lelong

Negara kita sebenarnya di ambang bahaya jika warganegara boleh diberi kepada sesiapa sahaja, asalkan mengaku untuk memangkah Barisan Nasional. Mereka sanggup gadaikan maruah bangsa gara-gara untuk kekalkan berkuasa. Justeru itu tolak UMNO-BN di PRU 13 nanti

               Pendedahan Menteri Bangladesh bahawa rakyat negara itu begitu mudah diberi kewarganegaraan Malaysia menimbulkan pelbagai persoalan.
               Biarpun dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak benar, namun ianya sukar diterima rakyat dikala kes demi kes berhubung pendatang asing boleh mengundi didedahkan.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, jika benar dakwaan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed bahawa rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi, bermakna untuk mendapat taraf kewarganegaraan di negara ini begitu mudah seperti membeli barang melalui internet.

ISA: Najib mahu tunjukkan dia bos

Pengumuman Najib menghapuskan ISA juga dilihat mendapat tentangan dari Umno dan juga sayap kanannya, Perkasa.

Datuk Seri Najib Razak dipercayai cuba menunjukkan kepada Umno dan Kabinet Malaysia bahawa dia adalah bos ketika mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.
Ini kerana, reaksi dari pihak Umno dan Kabinet mengesahkan dakwaan bahawa mereka tidak dirujuk dan perbincangan serta keputusan dibuat oleh beberapa 'inner circle'(kumpulan terdekat).

Demikian analisa yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Mansuh ISA: Rakyat masih keliru

Pemansuhan ISA tidak mempunyai sebarang makna kepada rakyat sekiranya akta yang menggantikannya mempunyai prinsip dan ciri-ciri yang sama dengannya. Najib harus sedar penentangan  rakyat terhadap ISA  bukanlah kerana namanya ISA, tetapi ketidakadilan akta itu kepada rakyat.

            Seluruh rakyat negara ini masih lagi samar-samar malah tidak tahu dengan perkembangan sebenar pemansuhan akta ISA, apabila ia diumumkan akan digantikan dengan dua akta lain.
            Lebih mengelirukan orang ramai, apabila dua akta yang akan menggantikan ISA itu tetap mempunyai semangat yang sama dengan ISA, walaupun pihak kerajaan mengatakan jauh berbeza dengan ISA.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya berlakon dengan rakyat mengenai tindakannnya memansuhkan ISA yang dikatakan untuk tujuan tranformasi politik di tanah air.

Tuesday, September 20, 2011

Anwar: K’jaan dinasihati Apco, undang2 zalim bakal ganti ISA

Pendedahan mengenai penglibatan Apco dalam kerajaan mengheret Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama setengah tahun,
             Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman kerajaan untuk memansuhkan  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat nasihat dari firma Perunding Yahudi, Apco Wordwide.

                Menurutnya, rakyat perlu berwaspada apabila ISA dibatal kerana kalangan pimpinan Umno sendiri menjangkakan, dua akta baru untuk menggantikan undang-undang itu dijangka  lebih keras “asalkan bunyinya bukan ISA"

“Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan yang disediakan oleh Apco.

Najib enggan akui kesilapan - Pak Samad

"Saya sangat yakin hanya suara anak muda sahaja akan merubah. Orang tua ia sudah bersikap, maksudnya dia tidak mahu diganggu. Tapi yang benar sekarang ini ialah dunia anak muda. Bukan dunia saya lagi," 
           Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mempersenda pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai "tidak mengakui kesilapan kerajaannya".
           A. Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata, amat malang apabila BN khususnya Najib masih enggan mengakui bahawa pengumuman pemansuhan itu hasil desakan rakyat khususnya anak muda yang mahukan perubahan demokrasi.

"Selama 54 tahun mereka tak terfikirkan pun ISA itu harus dikikis. Tiba-tiba sahaja mendapat ilham, dan tidak mengakui bahawa ini adalah desakan daripada kelompok antaranya anak muda bahawa kita sudah tidak tertahan lagi.

Husam Saman Kickedefella RM5 Juta

                Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.
               Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam mendakwa tiga artikel bertajuk "Husam telah menipu sahabat dan rakyat" , "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong" memfitnahnya.

"
Syed Azidi didakwa secara tidak tepat dan tidak benar mengaitkan Husam sebagai penipu dan perosak negeri Kelantan.

Monday, September 19, 2011

'Sebelah tangan suap, sebelah lagi pukul'

"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ia benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini,"
            Jangan hanya janji mahu kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tetapi luluskan segera permit Suara Keadilan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
           "Tak perlulah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menambahkan lagi koleksi janjinya, banyak yang tidak ditunaikan.

"Jangan hanya janji nak kaji Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tapi pada masa yang sama terus menyekat permit Suara Keadilan," katanya.

Mohamad melihat janji Najib itu tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menyuap makanan tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu".

Selamat tinggal ISA, selamat datang GST

Tindakan memaksakan GST yang akan dikenakan  ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Umno-BN. Apa lagi dengan kenaikan harga barang yang akan terus menyiksa rakyat yang berpendapatan rendah dan daif.
                  Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
                   "(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.

"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.

Sunday, September 18, 2011

Halang bercakap agama tak masul akal

                 "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun), Dr Abd Rani Othman.
                 Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Jais kerana ingin menyekat aktiviti dakwa di kalangan pemimpin dari PAS.

"Pentauliahan ini diwujudkan adalah kerana ini mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang kita tidak kenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

ISA diganti baru tapi amalan penahanan tanpa bicara kekal


Kemungkinan akta baru yang akan digubal hanya Spesies yang sama dengan ISA. Cuma jenama yang berlainan.  
              Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak memberi makna kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan terus mengekalkan amalan penahanan tanpa bicara.
             Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melabel Perdana Menteri itu cuma bermain silap mata apabila bercadang menghapuskan ISA dan menggantikannya dengan dua akta baru.


Pada kenyataan media hari ini, beliau berkata, Najib langsung tidak memperinci dua undang-undang baru itu sekali gus menunjukkan amalan tahanan tanpa bicara terus kekal.

Mansuh ISA : Kerajaan Perlu Hormati Jiwa Dalaman Manusia

Saya harap akta-akta pengganti yang akan dibentangkan nanti tidaklah mencengkam atau undang-undang jakun yang tidak berperikemanusiaan sepertimana ISA, tidaklah menjadi undang-undang rimba
              Akta-akta yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu lebih berperikemanusiaan serta menghormati jiwa dalaman manusia terutamanya isteri, anak-anak serta keluarga tahanan.
              Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali berkata walaupun Malaysia antara negara akhir yang memansuhkan akta tersebut, beliau percaya rakyat yang cintakan kebebasan menyambut baik pengumuman pemansuhan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya menyambut dengan baik, bahkan rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan pun menyambut dengan baik.

Mansuh Satu ISA Hanya Helah Najib Untuk Gubal Dua Lagi 'ISA', Kata Guan

Apa gunanya Najib mansuh ISA tapi ingin gubal  dua undang-undang baru pula. Kemungkinan hanya jenama yang ditukar tapi bentuk undang-undangnya sama.
           Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru merupakan satu perkembangan yang mengecewakan.
           Justeru Guan Eng berkata, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan kelmarin adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Najib mahu membuat penjenamaan semula dengan mengadakan undang-undang baru hanya bagi tujuan yang sama.

“Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?

Saturday, September 17, 2011

Jika Najib ikhlas, bebas atau dakwa tahanan ISA

Jika benar ISA dimansuh, “Sebagai tanda keikhlasan dan tanggungjawab kerajaan, bebaskan semua tahanan. Jika tidak, ianya dianggap dongeng  dan tipu muslihat politik zaman Pak Pandir hanya untuk meraih undi pilihan raya. 
             Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini digesa membebaskan semua tahanan ISA yang sedang ditahan di Penjara Kamunting sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapusan akta tersebut.
               “Jika tidak dapat dibebaskan dengan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan ke mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa mereka adalah golongan pengganas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan mereka yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan kekal dalam jagaan sehingga dua akta baru diluluskan.

Umno disifatkan pembelot, pembuli bangsa Melayu

Adakah Umno menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita dijajah sebenarnya suatu pembohongan Umno yang di perpanjangkan oleh Umno untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?
            Jika Umno mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, ia menjadikan parti itu pembela terbesar penaklukan Inggeris ke atas negara ini, kata blogger ahli Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
            Malah, tegas beliau, ia sekaligus bererti Umno adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu
            Jika benar negara ini tidak pernah dijajah seperti yang didakwa, Mohd Ariff mempersoalkan apa sebenarnya peranan Umno dalam sejarah orang Melayu?

"Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpinnya memperakui hal demikian, maka Umno sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.

Reformasi Najib kabur dan terhad- Surendran

“ISA  dihapuskan; walau bagaimana pun dua undang-undang baru akan digubal. Apakah muslihatnya..?


           Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan pengumuman-pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam sebagai kabur dan terhad.
           Najib semalam mengumumkan pemansuhan tiga perisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa selama ini, cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pembatalan lesen tahunan penerbitan akhbar, serta meminda semula Akta Polis 1967.

Menurut Surendran, Najib dalam ucapannya semalam langsung tidak mengakui penyalahgunaan undang-undang itu terhadap rakyat selama lima dekad.

Mansuh ISA: PAS tunggu akta baru sebelum respons

Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan. Tapi apakah ianya dibuat diatas ketulusan dan kedaulatan undang-undang ? Apa lagi ianya dibuat menjelang pilihanraya yang dilihat sebagai umpan politik dan tawaran pilihanraya Umno Barisan Nasioanal.
               PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respons lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.
               Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut,"

Friday, September 16, 2011

Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang

Adakah ini hanya janji dan slogan kosong disaat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ?
               Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
               Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.

"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi

KEADILAN bantah GST: Bebankan rakyat, lonjak inflasi

GST atau Cukai Barangan dan Perhidmatan tidak perlu dijalankan kerana pendapatan rakyat masih di bawah paras yang terlalu terendah. Lainlah di Singapura dan Australia kerana kedua-dua negara tersebut mempunyai skala besar penduduk berpendapatan tinggi, iaitu sehingga 70 peratus.
            KEADILAN membantah jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil langkah untuk terus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.
           Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dengan kadar inflasi tahunan mencatatkan paras tertinggi iaitu 3.5 peratus, GST tidak sesuai dilaksanakan dalam masa terdekat dan akan menambah beban rakyat.
“Masa tidak sesuai untuk laksana GST, dengan ekonomi yang majoriti rakyat berpendapatan rendah. Jika dilaksanakan juga, kerajaan akan menambah beban cukai rakyat yang sebenarnya tidak layak untuk dicukai,”

Kelantan,Terengganu juga dapat 20 peratus royalti minyak

                 Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Terengganu dan Kelantan juga akan menerima royalti berkenaan seperti mana yang terkandung dalam Buku Jingga.

               Sekretariat Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus, jika gabungan itu mentadbir negara ini.
“Buku Jingga ialah tawaran terbaik untuk rakyat melalui dasar bersama Pakatan Rakyat dan Terengganu serta Kelantan layak menerima kerana dua negeri  ini juga merupakan pengeluar minyak antara yang terbesar di Malaysia,” katanya dalam sidang media sekretariat itu hari ini.

Mansuh ISA: Kerajaan didesak mohon maaf

"Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Kita tidak mahu  ISA dimansuh tapi wujudkan akta baru akhirnya tukar nama sahaja.

                 Ekoran pengumuman perdana menteri malam ini bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mendesak kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat yang pernah ditahan dibawah akta zalim itu.
                Bercakap kepada Harakahdaily, Salahudin berkata tindakan itu perlu kerana sudah ramai rakyat yang menjadi magsa akta itu sejak dari merdeka lagi.

"Kerajaan mesti minta maaf secara terbuka kepada mereka yang pernah ditahan oleh akta ini semenjak merdeka lagi.

"Sejak dahulu kita menentang kata ini. Sememangnya akta ini tidak relevan lagi," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Thursday, September 15, 2011

Lebih baik Mahathir diam saja!’

Mahathir hanyalah seorang ahli politik negara dan bukan ahli sejarah yang layak memberi komentar terhadap apa yang pernah berlaku. Bukan semua kenyataannya benar...
              Tun Dr Mahathir Mohamad bukan pakar sejarah dan kerana itu beliau tidak layak mengenai perkara tersebut, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor.
              Beliau mendakwa kenyataan mantan perdana menteri menyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara.

“Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara.
Dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Profesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia.

Mat Sabu Fail Saman Utusan Malaysia Hari Ini

          Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis.
             Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

ISA: Jangan tertipu sandiwara Najib

          Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan tertipu dengan sandiwara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia mempunyai muslihat lain di sebaliknya.
           Sebaliknya, jika ISA dimansuhkan, rakyat tetap tidak boleh bersuara dengan bebas kerana pasti terdapat pula undang-undang lain yang akan dilaksanakan bagi menggantikannya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu samalah seperti keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk menangguhkan pembayaran caj cukai perkhidmatan 6% kad prabayar telefon mudah alih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...