Sunday, July 31, 2011

44 pengundi nama dan kad pengenalan sama

        PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama,

Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.
Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.

Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.
“Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi.

Anak Kelantan diseru pulang mengundi PRU 13

          Atas dasar tanggungjawab untuk mengekalkan kerajaan Islam, seluruh anak Kelantan di perantauan diseru untuk pulang ke negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
          Seruan itu dinyatakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini petang tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat negeri itu perlu pulang mengundi walau di mana mereka berada dan dengan apa cara sekalipun.

"Kalau ada duit naik kapal terbang, kalau tidak naik kereta, kalau tak dapat juga naik bas.

Saturday, July 30, 2011

Najib PM terakhir UMNO

“Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan”.

~ A. Samad Said, Sasterawan Negara.





Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.

Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0.

Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang ‘sebenarnya’ terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama.

Kenapa Najib takut sangat guna dakwat celup

           Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
           Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.

“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.

Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.

Friday, July 29, 2011

Hampiri Najib di mana sahaja

Saya tidak faham seorang perdana menteri yang mengatakan 1Malaysia dan Rakyat Didahulukan, nampaknya secara praktis tidak mengamalkannya. 1Malaysia, rakyat didahulukan hanyalah slogan dongeng dan karut semata-mata dicipta untuk mengaburi fkiran rakyat...Jika rakyat didahulukan, kenapa rakyat ditangkap dan dizalimi gara-gara untuk menuntut keadilan dan ketulusan dalam pilihan raya.?
Artikel penuh kenyataan A Samad Said ..
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera menyelesaikan isu lapan tuntutan Bersih kerana kebangkitan rakyat akan terus merebak.

Menurutnya, Najib sebagai pemimpin negara semestinya berani menghadapi rakyat dengan cara terbaik dan menunaikan permintaan mereka dengan segera.

Kita Hanya Perjuang Hak Dan Kebebasan Rakyat-Surendran

       "Kita dah kata dari awal bahawa perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu ialah himpunan aman yang menurut fasal 10 Perlembagaan Persekutuan. Dan mereka yang bertindak ganas pada hari tersebut ialah Polis di bawah arahan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
       "Kita meminta supaya mereka-mereka di KDN dan pihak atasan Polis yang bertanggungjawab terhadap keganasan Polis didakwa 

Artikel penuh kenyataan Naib Presiden PKR N.Surendran...
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran berkata, gagasan itu tidak gusar akan kemungkinan beberapa pimpinan pembangkang bakal didakwa kerana terbabit dalam himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Surendran ketika dihubungi TV Selangor hari ini menyatakan betapa institusi dan pihak berkuasa negara perlu kembali neutral dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Biometrik bukan tuntutan Pakatan Rakyat

                   Adalah tidak dinafikan dengan sistem biometrik ini juga kemungkinan besar, pendatang-pendatang asing yang didaftarkan baru-baru ini, kemungkinan data mereka juga akan didaftar serta dimasukkan dalam pangkalan data biometrik ini. Penggunaan sistem ini sebenarnya lebih merbahaya dan  tidak akan menyelesaikan masalah daftar pengundi yang bertindih dan pengundian berganda malah akan bertambah pengundi-pengundi hantu yang datang mengundi.
                 Celup jari dakwat kekal adalah sebaik-baiknya malah ia digunakan oleh kebanyakan negara di dunia seperti India dan Indonesia, termasuk juga negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang lebih terbuka dalam dunia ini.

Artikel penuh kenyataan Dr Mujahid Yusof Rawa..
Sistem biometrik yang cuba diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukannya menjadi salah satu tuntutan yang dibuat oleh PAS maupun Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar), berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja beliau dalam program 'Lunch Talk Zakat' anjuran Pusat Urus Zakat, yang telah diadakan di Hotel Sunway, di sini pagi tadi.

Menurut beliau lagi, biometrik banyak berdasarkan kepada data.

Thursday, July 28, 2011

Benarkah ramai pengundi lebih 100 tahun

         Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem pengurusan maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan pada 24 Julai lalu mendakwa bahawa terdapat lebih 1,600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak.

Menurut beliau, daripada jumlah itu pula, dilaporkan seramai 1,447 orang pengundi warga emas di Perak yang berusia melebihi 100 tahun itu berumur di antara 100 sehingga 109 tahun.

Undi Bertindih : Biometrik Bukan Penyelesaian, Kata Ambiga

           Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu tidak harus bersandar kepada rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semata- mata, kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreneevasan.
          Ini kerana JPN sendiri tidak mempunyai rekod lengkap mengenai individu yang telah meninggal dunia, sekaligus memberi ruang kepada pihak tertentu memanipulasi butiran mereka untuk dimasukkan dalam daftar pengundi SPR, kata beliau.

Bercakap dalam forum "Apa Selepas 9 Julai" sebentar tadi, Ambiga mengambil sikap terbuka kepada cadangan SPR menggunakan teknologi biometrik namun mempersoalkan keupayaan JPN memastikan rekod- rekodnya adalah tepat dan terkini.

"Saya risau kerana sistem biometrik akan bergantung sepenuhnya terhadap JPN yang tidak boleh mengesan orang mati. Saya ada masalah dengan itu," kata beliau.

Video polis Bersih 2.0 tak laku

 Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.
Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

Artikel penuh kenyataan Mahfuz Omar ...
Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Wednesday, July 27, 2011

PAS tolak biometrik

        Bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," 
        PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini. 
        Sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu  bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya,

Artikel penuh kenyataan  Tuan Guru Hadi Awang ..
Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

Politik Malaysia Belum Matang

      Kematangan politik di negara ini masih pada tahap rendah sebagaimana yang dizahirkan dengan keengganan pemerintah bekerjasama dengan pembangkang untuk menuntut sistem pilihan raya yang telus dan adil, menurut Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.
      Ambiga berkata usaha Bersih untuk menggembeling suara pemerintah dan pembangkang dalam menzahirkan hasrat rakyat yang mahukan proses pilihanraya lebih baik tidak berjaya apabila Barisan Nasional enggan memberikan kerjasama.

Parti pemerintah dan aparatus kerajaan seterusnya menyelar Bersih sebagai pertubuhan haram dan alat pembangkang untuk menggulingkan BN menerusi demostrasi jalanan.

"Kita jemput semua parti politik dan kerajaan sedia (supaya) menjadi pemangkin (pembaharuan) tetapi hanya pembangkang tampil dan sokong, selain pertubuhan bukan kerajaan

Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga

            Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya
           Jika tidak bersalah, tidak menipu, tidak berdusta dan tidak berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku, mengapa amat ketara ketakutan Najib dan kelakuannya pula yang amat mencurigakan.
           Adakah Najib takut ada orang dalam di dalam Umno sendiri yang akan menggunakan kehadiran Bourdon untuk menamatkan segala peluang, kenikmatan dan faedah yang dikecapinya sebagai Perdana Menteri?

Artikel penuh kenyataan Mohd Sabu..
Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar)
"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Tuesday, July 26, 2011

Kerajaan silap anggap biometrik selesaikan masalah

Mengapa takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal sedangkan ia terbukti berjaya di negara yang paling lama demokrasinya di dunia sebelah sini iaitu India.
"Cara ini mudah dan telus kepada rakyat kerana isu sebenar adalah ketelusan. Guna biometrik hanya akan dapat ditentusahkan oleh pegawai bertugas sahaja berbanding dakwat kekal yang boleh disaksi oleh semua yang berada dalam tempat mengundi

Artikel selanjutnya ........
Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sistem biometrik hanya mampu mengenal pasti mereka yang mempunyai MyKad dan berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kawasan tertentu.

Majlis Peguam Desak Kerajaan Perjelas Pengusiran William Bourdon

William yang hadir ke Malaysia untuk sesi penerangan berhubung kes penyelewengan dana bersabit pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan dihantar pulang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Artikel penuh di bawah ini...
Majlis Peguam menggesa agar Putrajaya membuat penjelasan terbuka berhubung tindakan mengusir peguam Perancis, William Bourdon baru-baru ini.

Ini kerana menurut presidennya, Lim Chee Wee alasan yang diberikan Jabatan Imigresen bersabit pelanggaran syarat-syarat lawatan sosial adalah kurang jelas dan samar.

Biometrik: Bersih perlu sokong, kotor kena tolak

            PAS hanya akan membuat keputusan menyokong atau sebaliknya berhubung biometrik selepas diberi penerangan berhubung perlaksanaan perkara itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
           Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun tidak menafikan hanya akan menyokong sekiranya perkara itu baik, namun penerangan berhubung perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik yang bakal dilaksanakan oleh SPR dalam pilihan raya umum selepas merasmikan pelan halatuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini petang tadi.

Turut hadir pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi kerajaan negeri.

Monday, July 25, 2011

Pembangkang tetap mahu dakwat kekal

Bukan sistem biometrik tetapi dakwat kekal.

         Itulah reaksi dua pemimpin kanan pembangkang susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sudah menyediakan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem itu yang dijangka bermula pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak yakin terhadap sistem biometrik kerana tidak ada jaminan pengundi akan mengundi sekali sahaja


“Sistem ini setakat mengesahkan maklumat warganegara tetapi kemungkinan pengundian dua kali tetap berlaku. Selain itu, adakah mereka (SPR) mampu meletakkan sistem itu di setiap pusat pengundian?” katanya.

IDEAS : Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal?

        Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.
        Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Sunday, July 24, 2011

Hantar Pulang Peguam Perancis Jejas Imej Negara

           Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hatta Wahari menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia menghalang seorang pengamal undang-undang daripada memasuki negara ini tanpa alasan munasabah akan memburukkan imej negara ini di mata dunia.
            Menurut Hatta, dikhuatiri tindakan berterusan seperti itu hanya akan mengakibatkan negara luar terus hilang kepercayaan terhadap Malaysia dari segenap hal.

" Kalau berterusan begini, imej Malaysia akan terus jatuh. Dan saya percaya banyak negara akan menarik diri dari Malaysia untuk melabur. Dan ini akan menjejaskan negara kita,"katanya kepada Tv Selangor.

Semalam, peguam Perancis Wiliam Bourdon yang mendedahkan tentang urusniaga kontroversi berkaitan pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan jutaan ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang selepas ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Scorpene: Misi dedah kebenaran tetap diteruskan

        EKSKLUSIF Walaupun ditahan di Sepang, peguam Perancis William Bourdon berikrar untuk meneruskan misinya bagi mendedahkan kebenaran di sebalik kontroversi urusniaga melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
       Urusniaga yang dimeterai antara kerajaan dan syarikat gergasi Perancis, DCNS, dikatakan membabit sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi di Malaysia.
       Menurut undang-undang Perancis, sogokan itu menyalahi undang-undang dan boleh dihukum... >> Baca artikel seterusnya Di Sini

Saturday, July 23, 2011

Halau Bourdon : Najib Seangkatan Ben Ali

            Tindakan kerajaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengusir keluar peguam Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis membariskan beliau antara pemimpin diktator dunia.
               Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak betapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

“Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua

Bekas menteri: Najib perlu pastikan pilihan raya bersih, Bersih 2.0 ada asas

           Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya. Rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.
          Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain. Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus


Artikel penuh kenyataan Abdul Kadir Sheikh Fadzir ..
Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Perpaduan hilang kerana memerintah tak betul

Setiap warga negara Malaysia yang tulus, prihatin dan bertanggungjawab tidak boleh menunggu lagi untuk melakukan perubahan dari sekarang sebelum terlambat.
            Rakyat di negara ini diingatkan agar tidak lagi berpeluk tubuh dengan menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata.
           Sebaliknya, setiap warga negara yang berfikiran benar dan saksama perlu bertindak segera sebelum keadaan itu sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara selama ini hancur dan musnah.

Presiden sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap warga negara Malaysia yang tulus, prihatin dan bertanggungjawab tidak boleh menunggu lagi untuk melakukan perubahan dari sekarang sebelum terlambat.

Friday, July 22, 2011

‘Melayu tak berpecah, Islam terbela’

              Sebuah badan Islam bukan kerajaan (NGO) mendakwa orang Melayu tidak berpecah tetapi telah digembar-gemburkan sedemikian rupa secara berlebihan oleh parti politik Umno.
            Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga mendakwa kepentingan orang Melayu tetap terpelihara kerana dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selain peranan Majlis Raja-raja Melayu.

NGO Islam itu hairan mengapa Umno terlalu membesar-besarkan dakyah pembohongan kononnya berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu.

Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat

              Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.
             Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.

" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.

Thursday, July 21, 2011

Agenda Bersih : Rakyat Di Kampung Tak Akan Tertipu Lagi

          Timbalan Presiden PAS yang dilanggar kenderaan polis sebelum menyertai Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu menyokong sepenuhnya agenda pembaharuan dalam sistem pilihan raya diperhebatkan di kawasan-kawasan luar bandar.
          Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat itu tepat memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran media milikan Umno-Barisan Nasional untuk disogokkan dengan berita palsu.

“Memang kita akan teruskan penerangan di kampung sebab orang Melayu di kampung yang mereka lihat hanyalah TV dan surat khabar Umno,"kata beliau kepada Tv Selangor.

Pemimpin Pakatan Rakyat semalam berikrar untuk meneruskan momentum perhimpunan Bersih 2.0 dan bersetuju agenda itu perlu di bawa ke kawasan luar bandar juga.

Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0

          Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
         Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi.

“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.

Keganasan Polis : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan

        Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan   pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak
tanpa memberi arahan,"
          " Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam- N Surendran

Artikel penuh kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran..
Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.

Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

Wednesday, July 20, 2011

Salam BERSIH dari KL ke New York oleh Nurul Syaheedah

           Pagi hari yang cerah disinar mentari, dihiasi pepohon hijau dengan daun berjuta melambai sayu. Tanah subur bersulam bunga berbagai warna diatas bumi diiringi bunyi kicauan burung-burung, menjadi petanda hari bersejarah yang bakal diukir. Sambil menyaksikan segala keindahan alam serta kesibukan insan di Kota New York, hati bersyukur kepada tuhan akan kebebasan yang dinikmati di bumi orang. Sebaliknya hati terasa hiba lagi terharu memikirkan apa yang telah berlaku di tanah air sendiri 12 jam yang lalu.

Sememangnya saya bersyukur dengan apa yang telah negara kita capai tetapi realiti kini sukar untuk disembunyi kerana bau bangkai janji kemerdekaan terhidu kuat serata dunia.

Semenjak tahun 1946, rakyat telah berani bangun dan keluar ke jalanraya di bandar dan desa untuk menentang penjajah British. Keberanian berjuang kerana kebenaran berpaksikan hak asasi telah melahirkan sebuah negara merdeka pada tahun 1957.

Alhamdulillah kita bebas dari penjajahan 500 tahun warga asing.

Bersih 2.0 : Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Berlaku..


         Akhbar-akhbar pro kerajaan sehingga ke hari ini turut memainkan peranan menuduh peserta Bersih yang juga anggota Unit Amal, Abdul Razak Endut membawa pisau ketika himpunan itu dan bertindak membaling batu ke arah anggota polis menerusi sekeping foto pada 10 Julai lalu.
        Namun gambar itu ternyata satu manipulasi apabila Razak sendiri tampil menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar terbabit.
         Ada pepatah Inggeris berkata kita beri mereka lebih banyak tali, akhirnya mereka akan gantung diri sendiri. Dengan cara yang mereka buat sekarang, rakyat makin tidak yakin dengan BN sebab mereka menegakkan benang yang basah dengan jelas melalui media mereka


Artikel penuh kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ..
Pakatan Rakyat secara konsisten mengalu-alukan tindakan polis mendedahkan salah laku peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis.

Namun menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, bukti itu tidak cukup untuk mengubah persepsi rakyat bersabit kekasaran yang dilakukan agensi itu kepada masyarakat yang berhimpun secara aman pada 9 Julai lalu.

Tuesday, July 19, 2011

Kes PRU Ke 11 Negeri Terengganu Bukti Paling Besar Penipuan UMNO & SPR



            BERSIH menuntut kepada lkerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya setiap pengundi dicap jarinya menggunakan dakwat kekal. Bila seorang pengundi sudah dicap jarinya, akan hanya mengundi sekali sahaja dan tidak boleh mengundi sekali lagi ditempat lain.
           Umno takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana sekiranya ia dapat dilaksanakan, Umno akan kalah diseluruh negara.
Kalau tiap-tiap pengundi membuang undi sekali seorang, Umno akan 'ranap' di seluruh negara, ini sebabnya Umno takut akan kekalahan, penipuan adalah talian hayat Umno

Artikel penuh kenyataan Dato Husam Musa ..
Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh BERSIH adalah benar dan tulin kerana terdapat bukti-bukti yang nyata perjalanan pilihanraya negara ini penuh dengan penipuan.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih.

Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari

           Pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahu video atau gambar itu diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan.
         Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap janganlah begitu

Artikel penuh kenyataan Aziz Bari...
Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat.

Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

BN Rasa Kedudukan Mereka Terancam, Kata Marina Mahathir

            Jika Umno-BN  ingin mendapat sokongan rakyat bukan dengan cara mengunakan water canon dan gas pemedih mata dengan mengarahkan polis melakukan secara kekerasan terhadap rakyat.
          Sepatutnya gunakan akal secara demokratik dengan memberi  himpunan rakyat secara mengikut undang-undang bukan dengan cara diktator. Cara kekerasan akan menambahkan lagi kebencian rakyat kepada polis dan Umno-BN. Untuk mendapat sokongan rakyat hanyalah berbuat baik pada mereka bukan dengan cara melakukan kekerasan dan provokasi.  
         Apa lagi himpunan itu  adalah secara aman bukan huru-harakan negara malah   mengikut lunas-lunas demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan negara. 
Kumpulan yang berhimpun itu bukan dari golongan samseng malah mereka adalah anak-anak muda berbagai bangsa dan agama. . Dari peringkat bawahan sehingga golongan profesional. Mereka datang hanya untuk menuntut hak sebagai warga Malaysia dengan memberi sokongan kepada tuntutan kearah negara yang lebih adil dan telus dalam pilihan raya. 


Artikel penuh kenyataan Marina Mahathir...
BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh Bersih pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

Tidak pernah saya rasa begitu benci pada kerajaan

           "Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada beberapa anak muda yang nampak saya ketika itu hendak beri saya sepatu Nike tetapi saya menolaknya kerana saya fikir sepatu itu cantik sangat dan biarlah saya bersusah payah untuk masa depan anak bangsa saya sendiri.  
         "Kemudian saya didatangi oleh seorang lagi anak muda dengan memberi saya sepatu yang besar, saya menerimanya kerana saya fikir perjalanan saya jauh dan banyak halangan yang perlu saya tempuhi untuk menyerahkan Memorandum kepada Agong. Ini merupakan satu pengalaman pahit dan tidak mungkin saya lupakan. - A Samad Said


Artikel Penuh kenyataan Datuk A Samad Said ..
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan sikap kelembutannya kini menyimpan satu perasaan benci kepada kerajaan.

Ini berikutan tindakan polis menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 genap seminggu lalu melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa rakyat.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Itulah waktunya saya lebih benci," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Monday, July 18, 2011

1 607 Pengundi Berusia Lebih 100 Tahun di Perak

            Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, daftar pemilih Suruhan Pilihan Raya (SPR) mengandungi lebih 1000 senarai pengundi berusia lebih 100 tahun membuktikan pentingnya reformasi sistem pilihan raya yang kotor. 
           Zuraida berkata disebabkan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil- antaranya menuntut pembersihan daftar undi.

“Jelas terbukti perlunya berlaku reformasi dalam sistem pilihan raya. Jika kita lihat kepada umur pengundi yang begitu mudah ditangani pun menjadi kelemahan SPR, apatah lagi dengan perkara lain?”, katanya yang sebelum ini melancarkan OPS IC bagi menangani pengundi hantu.

Pada masa sama, Zuraida berkata KEADILAN juga akan mengumpulkan semua maklumat pengundi yang mencurigakan dan akan melambakkan laporan kepada SPR.

'Orang Muda Suara Dan Kuasawan Kepada Negara', Kata Pak Samad

Demonstrasi ini hanya boleh diubah oleh golongan muda. Dunia ini untuk anak muda. Suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini. Mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara.
“Cuma, kuasa untuk berubah masih lagi dikuasai sekelompok bangsawan. Mengapa tidak kita kawal ia dengan pilihan raya supaya kuasawan pula yang naik,”- A Samad Said

Genap seminggu selepas perhimpunan Bersih 2.0, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said meneruskan mesejnya dengan menegaskan hanya golongan muda yang mampu membawa perubahan kepada corak kepimpinan negara.

Justeru, beliau menekankan corak kepimpinan itu boleh diubah melalui pilihan raya yang demoktratik.

“Demonstrasi ini hanya boleh diubah oleh golongan muda. Dunia ini untuk anak muda. Suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini. Mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara.

AMK Ajak SPR Debat Jika Benar-benar Telus Perbaiki Sistem Pilihan Raya

          Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pusat akan memperinci ‘buku jawapan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses pilihan raya, sebelum bercadang mengajak agensi itu untuk berdebat secara terbuka.
         Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pakar dan aktivis Bersih 2.0 juga akan dipanggil bagi membuat perincian terhadap buku bertajuk ‘Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan raya’ itu.

Katanya, melalui buku kuning itu pihaknya akan memanggil pakar-pakar termasuk aktivis Bersih 2.0 bagi membincangkan secara terperinci apakah langkah susulan yang akan dibuat serta berdasarkan jawapan-jawapan yang dinyatakan oleh SPR.Dimana hasil daripada jawapan itu nanti kita akan bukukan. Dan rumusan daripada perbincangan ini kita akan kemukakan cabaran debat secara terbuka dengan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berhubung lapan tuntutan yang telah dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang telah meninggal dunia malam ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Al-Fatihah untuknya.. 

Sunday, July 17, 2011

Bersih 2.0: Imej kerajaan kini buruk di mata dunia - Marina Mahathir

Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir.
       Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.

"Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat.

TERKINI DARI LONDON!! VIDEO!! LAGI RAKYAT MALAYSIA MALUKAN NAJIB !!

TERKINI!!


LONDON, UNITED KINGDOM - 1830 HRS JUMAAT


LAUNGAN "SHAME ON YOU NAJIB!!" BERGEMA SEMPENA "SAMBUTAN TERAKHIR" NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL INTERCONTINENTAL LONDON, JAM 630 PETANG WAKTU LONDON SEMALAM (130 PAGI TADI WAKTU MALAYSIA)
LAUNGAN "SHAME ON YOU NAJIB!!" BERGEMA SEMPENA "SAMBUTAN TERAKHIR" NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL INTERCONTINETAL LONDON, JAM 630 PETANG WAKTU LONDON SEMALAM (130 PAGI TADI WAKTU MALAYSIA)



KETIBAAN NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL BERKENAAN DIIRINGI ROSMAH MANSOR DAN MENTERI LUAR, ANIFAH AMAN SERTA DELEGASI MALAYSIA DISAMBUT DENGAN PEKIKAN DAN SORAKAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA

Saturday, July 16, 2011

Pentadbiran Najib Dipenuhi "Golongan Pengampu"-Dr Asri

        Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan terlalu ramai "golongan pengampu" dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu mungkin kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
       Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh, tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

“Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan, dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik, namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan,” katanya dalam satu program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di ibu negara malam tadi.

Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan Bersih 2.0 , menyaksikan Dr Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-Barisan Nasional dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.

Maria Chin : Rombak Sistem Atau Tiada Pilihan Raya

          SPR mempunyai kuasa untuk merombak sebarang peruntukan yang diyakini dapat menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini memandangkan agensi itu terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.
          Dalam perbincangan antara Bersih 2.0 dan SPR, kita sudah jelaskan mereka ada kuasa untuk merubah undang-undang dan mengemukakan kepada kabinet. Tapi mereka menghadkan peranan dengan mengatakan mereka hanya pentadbiran.
         Jadi inilah (sebenarnya) empat tuntutan yang utama (dalam aspek) pentadbiran. Membersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan tempoh berkempen selama 21 hari. Ini tidak perlu ubah undang-undang. Jadi saya rasa sekarang mereka tidak ada alasan (untuk tidak) melakukan dalam tempoh tiga bulan

Artikel penuh kenyataan Marina Chin Abdullah ..
Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu mengambil pendekatan untuk berubah, maka tidak perlu adakan pilihan raya."

Demikian kenyataan ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah seraya mendesak suruhanjaya itu mempertimbangkan empat tuntutan utama bersabit rombakan sistem pilihan raya yang boleh dilaksanakan oleh suruhanjaya itu dengan kadar segera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...