Tuesday, May 31, 2011

BN tunai janji naikkan tarif elektrik



          Seperti dijanjikan kerajaan Umno- Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik dengan purata kenaikan 7.12 peratus bermula 1 Jun, sebagai usaha menarik bantuan subsidi daripada  rakyat.
          BN dilapor menaikkan tarif elektrik kepada 2.23 sen kilowatt/jam kepada 33.54 sen daripada 31.31 sen berkuat kuasa 1 Jun.
Gas asli juga dilapor meningkat pada RM3 mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.
Kenaikan itu susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya ketika mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lalu.

Mohd Noor Deris yang perlu bertaubat, bukan Nik Aziz

Kenyataan Mohd Noor Deris tidak mencerminkan seorang yang bertaraf ulama... Pemikiran Ulama Umno

“Barangkali Mohd Noor Deris hanya mengaji setakat muqaddam dan tidak berjumpa dengan ayat 4 daripada Surah an-Nur yang bermaksud :“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah (sebatlah) mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”


Kenyataan penuh Setiausaha Akhbar MB Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari 
Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini dibidas berikutan kenyataannya dalam akhbar milik Umno-Utusan Malaysia-yang menggesa agar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertaubat.

Mohd Noor dalam kenyatan kepada Utusan Malaysia semalam meminta Nik Aziz bertaubat kerana mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibelenggu isu moral termasuk rakaman video seks.

Monday, May 30, 2011

BN takut, 'rayu' belia pertahan Putrajaya

          Umno hanya boleh mendapat sokongan daripada rakyat yang buta maklumat, belia bukan tergolong dalam kategori rakyat yang buta maklumat. Kebetulan pula yang datang di dalam perhimpunan ini bukan dengan kerelaan hati

         Golongan belia yang matang tidak akan bersama dengan kerajaan yang boros, korup dan tidak berhemah kepada negara dan rakyat.
Kenyataan penuh Idris Ahmad ..

Permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belia Malaysia membantu untuk mempertahankan Putrajaya bukti Umno BN takut berdepan Pilihan Raya Umum ke -13, kata Idris Ahmad.

Ketua Penerangan PAS itu mendakwa, permintaan Najib itu hanya sia-sia kerana yakin belia pada zaman ini matang membuat penilaian dengan pendedahan maklumat yang pelbagai dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana yang dikawal Umno BN.

Anwar: Belia tak akan terima seruan Najib pertahan Putrajaya ‘rasuah’

Tiada pergerakan belia akan menyokong UMNO-BN yang putar alam dalam isu-isu yang tidak adil dengan pimpinan rasuah 
           Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi muda tidak akan menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat meskipun pentadbiran Najib menyeru peserta Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang 
             Ketua Umum Pakatan Rakyat PR ini berkata tiada gerakan belia yang akan menyokong sebuah pentadbiran yang diselubungi amalan kronisme dan rasuah di peringkat paling tinggi kuasa

 “Saya tidak takut sama sekali ” kata beliau pada sesi bersama 200 profesional muda di sini petang ini

“Tiada pergerakan belia akan menyokong sistem yang merosot akhlak rasuah sudah usang Saya pasti mereka pengundi muda tidak akan mempertahankannya ” tegas Anwar

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju

Hakim Korup Akan Disingkir, Janji Anwar

           Hakim yang “korup dan melaksanakan undang-undang rimba” akan menjadi sasaran utama dalam pembaharuan badan kehakiman jika Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk ,menawan Putrajaya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
          Maklumat terperinci mengenai rombakan badan kehakiman akan ditentukan kelak, namun matlamat pembaharuan adalah memastikan hakim menjalankan tanggungjawab secara amanah dan bebas, tambah beliau.

"Langkah yang spesefik akan dibincangkan, tetapi yang lebih penting pembaharuan badan kehakiman itu akan dilakukan. Individu yang korup akan disingkirkan," kata beliau dalam dialog dengan hampir 400 golongan professional beliau di sebuah hotel di sini.

Dalam dialog hampir tiga jam itu, Anwar ditanya pelbagai isu, khususnya mengenai hala tuju dan rancangan masa depan Pakatan Rakyat, kebebasan dan hak asasi, standard penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin menurun di negara ini.

10,000 hadir dengar ceramah Anwar di Temerloh

       Fitnah berterusan yang dilemparkan Umno Barisan Nasional terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berjaya menyemarakkan lagi sokongan rakyat jelata kepada beliau.
        Buktinya semalam di Temerloh, lebih 10,000 hadir mendengar ceramah Anwar di majlis Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang bertempat di Markas Besar Pas Pahang, Kerdau.

Kawasan di sekitar markas seolah-olah berpesta untuk semalaman di Temerloh apabila seorang lagi penceramah superstar dari Pas, Mohammad Sabu turut serta memeriahkan pentas berceramah kepada warga Felda.

Memulakan ceramahnya, Anwar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersilap membaca mood anak muda apabila menganggap anak muda yang hadir pada program Perhimpunan Sejuta Belia hadir kerana ingin mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang.

Sunday, May 29, 2011

Saya Bantu Pakatan ke Putrajaya - Bob Lokman

Bob.. Teruskan perjuangan. Tanpa dunia glamour pun, rezeki ada di mana-mana, asalkan perjuangan kita jujur dan ikhlas 
        Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan
      Sekaranglah masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.
Kenyataan penuh Bob Lokman
Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.

"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," beritahu Bob Lokman (gambar) ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam semalam.

Nik Aziz: Pemfitnah harus minta maaf

        Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-BN yang khuatir akan kehilangan kuasanya.
      "Mereka tahu Anwar pandai. Mereka bimbang Anwar jadi Perdana Menteri, sebab itu mereka fitnah. Anwar bukan batang kayu tapi orang. Orang ini ada malu," katanya.


Artikel penuh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ...
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon maaf.

TV Selangor memetik beliau berkata, ini kerana maruah dan harga diri seseorang individu adalah tunjang sifat kemanusiaan secara jelas tidak boleh diaibkan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik semata.

Justeru, Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-BN yang khuatir akan kehilangan kuasanya.

Umno Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun, Kata Anwar

UMNO persis Firaun.. menghalalkan cara, meski pun bertentangan dengan agama mereka sendiri. Hukum Islam mereka ketepikan asalkan Najib dapat mengekalkan kuasa. Biarpun dilihat jijik, jahat dan khianat kepada rakyat 
         
          Ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.
            Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.
         Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty’


Artikel penuh kenyataan Anwar ...
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem amalan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) kini kian menyimpang dari landasan Islam apabila cuba menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun.

Katanya, ini kerana Umno-BN bukan sahaja membiarkan budaya fitnah berleluasa sebaliknya mempertahankan tindakan tersebut.

“Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah," ujarnya.

Saturday, May 28, 2011

Nik Aziz dakwa Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS

           “Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.
         “Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” 

Artikel penuh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ..
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan tiba ke Malaysia

           Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.
          Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Lagi Laporan Polis Desak Siasat Segera Dalang Sebar Video Lucah

             Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah,
Artikel kenyataan penuh Shuhaimi Shafie ...
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Selangor Shuhaimi Shafie membuat laporan polis mendesak agar satu siasatan segera dilakukan berhubung penyebaran VCD lucah dan fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keadilan Selangor melihat bahawa kalau benar VCD yang disiarkan kepada rakan media di Carcosa itu yang asli, sekeping, bagaimana yang sekeping itu terlepas di tangan polis dan diupload di internet sedemikian rupa," kata Suhaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Shuhaimi menyatakan kehairanan beliau mengenai bagaimana video tersebut bolos di internet sedangkan trio Datuk T yang menayangkan video tersebut kepada media Mac lalu mengaku hanya mereka mempunyai salinan berkenaan dan telahpun menyerahkannya kepada pihak Polis.

Friday, May 27, 2011

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, sebelum PRU13

            Lakukanlah. Semua rakyat yang berbilang kaum di negara ini harus bersama  tanda menyokong tindakan "Bersih" untuk menuntut pilihan raya yang adil dan telus.Apa yang penting jangan berhenti dan jangan mudah mengaku kalah. Apa yang kita mahukan adalah agenda perubahan dalam pilihan raya ke arah demokrasi yang sebenarnya.. 
          Di seluruh dunia ketika ini gegaran untuk mengukuhkan demokrasi sedang berlaku, justeru itu pihak berkuasa khususnya kerajaan UMNO-BN wajar menghormati suara rakyat

Artikel penuh kenyataan Pengurusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan ..  
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menetapkan tarikh ‘Perhimpunan Rakyat’ pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.
Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

Kekalkan Harga Barang, Strategi BN menjelang PRU

Kekal harga barang, rakyat jangan percaya politik dongeng Najib.
Jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.


         Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

        Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Malah katanya, pengumuman tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG dibuat kerana Umno-BN sedar tindakkannya itu hanya akan menyebabkan rakyat menolak parti itu sekali gus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia.

“Dengan kata lain, jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

“Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO-BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Pilihan raya ke 13 tahun ini?

Perbicaraan Anwar membela diri akan berlangsung pada 6 hingga 30 Jun depan. Selepas berakhirnya pembicaraan pada akhir bulan depan , kemungkinan Anwar akan dijatuhi hukuman penjara dan selepas itu pilihanraya umum akan diadakan.
              Pilihanraya Umum ke-13, dijangka akan diadakan tahun ini berikutan harga minyak tidak dinaikkan dalam tempoh terdekat meskipun ada usaha untuk menaikkan harga bahan api itu.
           Selain itu juga, negara akan menanggung beban kewangan yang semakin kronik sekiranya pilihanraya itu diadakan tahun hadapan.

Timbalan Setiausaha Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah, berkata selain itu juga dakwaan terhadap Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui akhir bulan Jun ini.

“Kita yakin, Datuk Seri Anwar (gambar) akan dijatuhi hukuman akhir bulan depan dimana kes perbicaraan membela diri dalam kes perbicaraannya berlangsung pada 6 hingga 30 Jun dan selepas itu pilihanraya umum akan diadakan.

“Dua eleman ini antara petunjuk pilihanraya umum akan diadakan tahun ini,” ujarnya.

Video Seks Bocor : Polis Digesa Segera Siasat

Perlu bersikap lebih adil, telus dan profesional berlandaskan ketelusan dan kedaulatan undang-undang
         Ini   merupakan politik kotor Umno dan merupakan tanda betapa terdesaknya mereka untuk berhadapan Pilihan Raya Umum. Malangnya pihak berkuasa seperti polis dan KDN mendiamkan diri. Apa sudah jadi?
        Kementerian Dalam Negeri dan Polis perlu bersikap lebih adil dan telus, profesional mengikut undang-undang yang tersedia ada, bukan menujukan sikap menyebelahi UMNO. 
        Dulu, kini dan selamanya  wibawa akan polis terus tercemar dan dilihat sebagai badan yang tidak berkualiti malah dilihat seolah-olah melindungi mereka yang menyebarkan video lucah ini. Sampai bila pihak polis akan bersikap begini. "Mesra, cekap dan Beramanah" serta "Intergeriti Amalan Kita" hanya 'Omong-Omong Kosong'.

Artikel penuh kenyataan Khalid Samad ..
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mahu polis bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua-kampung di Selangor.

Khalid berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri perlu bersikap profesional dalam menangani hal ini dan tidak harus berdiam diri seolah-olah menghalalkan fitnah lucah terus tersebar ke serata negara.

"Bagaimana bahan grafik yang dulunya telah diserahkan kepada polis salinan asalnya, secara terbuka disebarkan. Selepas itu dihantar kepada ketua-ketua kampung dan sebagainya.

Thursday, May 26, 2011

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi

                 Video seks yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan. Persoalannya sekarang kenapa polis bersikap berdiamkan diri dan tidak diambil apa-apa tindakan terhadap pengedar itu? Ini melambangkan polis bersikap 'double standard' jika isu video itu membabitkan Anwar. Dimanakah  mesra. cekap dan beramanah serta Intergeriti Amalan Kita? Dimanakah ketelusan dan kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam Rukun Negara kita? 

Artikel penuh kenyataan Shuhaimi Shafie..
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.
Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.

Video fitnah: Kenyataan Hishamuddin berniat jahat- Fariz

        “Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri KDN, Hishamuddin dan Perdana Menteri sebelum ini, semuanya berpihak kepada Datuk T dan mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk jatuhkan Anwar,”
         “Jelas melihatkan perancangan rapi ini sebenarnya bermula daripada pihak atasan. Saya percaya bahawa bukan trio Datuk T sahaja yang terlibat tetapi ada beberapa individu yang diberikan peranan dalam kes ini.  

Artikel penuh kenyataan Fariz Musa ..
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengenai siasatan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan berniat jahat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, kenyataan tersebut menjurus kepada usaha untuk mendakwa Anwar meskipun siasatan polis sepatutnya kepada pihak yang menayang dan menyebar video itu.

Anwar fail saman balas terhadap Hishammuddin

           Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya, lapor Keadilan Daily.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dilapor akan mengemukakan pembelaan dan hujah balas bersama transkrip penuh sidang akhbarnya.

Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar mengaitkannya dengan video fitnah tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Menurut Malaysiakini, permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.

Perkara itu timbul ketika sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin menjawab hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili peguam Cecil Abraham manakala Anwar diwakili Leela Jesunathan.

Wednesday, May 25, 2011

BN Cuba Daftar Rakyat Thailand Di Tumpat, Dakwa PAS

               Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.
             Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.

“Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini

            DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
         Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional.

“Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tuesday, May 24, 2011

Kutuk Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda

              Umno juga perlu ingat, mereka juga menggunakan pelajar-pelajar dan guru-guru bahkan memaksa hadir dan datang ke program politik mereka bagi meramaikan program itu. Jika guru-guru tidak hadir mereka akan diambil tindakan. 
             Malah bagi Kerajaan Kelantan pula tidak memaksa pelajar-pelajar atau kakitangan awam untuk hadir. Mereka datang dengan kerelaan hati bukan diberi saguhati atau disediakan pengangkutan. Mereka semuanya datang dengan semangat cintakan kebenaran dan keadilan sejagat. 
          Jika kita masih ingat sewaktu  program kempen pilihanraya  kecil DUN Merlimau pada 14 Februari lalu, UMNO dengan jelas memaksa  guru-guru hadir dalam kempen itu. Contohnya surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan. Jelas di sini, UMNO bermain politik secara paksa menjemput guru-guru sekelian hadir ke program mereka. Ianya amat menyedihkan memandangkan  badan NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hanya nampak kuman di seberang lautan, di depan mata mereka butakan mata dan hati. Ini lah dikatakan mainan politik dongeng yang tidak cerdik dan  tidak masuk akal.

Artikel penuh kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.. 
Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Khairy sokong subsidi ketika mentua jadi PM, bantah waktu Najib

              Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menganggap usul Ketua Pemuda umno, Khairy Jamaluddin untuk menentang kenaikan harga minyak sebagai sandiwara politik dan cuba berlagak jaguh terutama ketika menjelang pilihan raya.

Katanya, pendirian itu ternyata berbeza tiga tahun lalu apabila Khairy dilihat menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Badawi, yang juga bapa mentuanya menjadi perdana menteri.

“Secara luarannya ucapan beliau dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan. Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.

Monday, May 23, 2011

Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak

               Memang tidak dinafikan BN banyak adakan rancangan bermotif politik namun jangan bimbang Pakatan Rakyat juga ada agenda untuk menyusun beberapa program demi menyelamatkan golongan terbabit daripada terus menjadi hamba kepada politik kotor BN
              Kemampuan Dato' Seri Anwar lebih menyerlah walaupun beliau ditekan dengan berbagai isu Fitnah Video seks dan isu liwat kemudian keretanya disabotaj serta Nurul Izaah pula diugut. Jika dilihat Anwar akan tewas lebih awal. Tapi  kerana kekuatan serta semangat perjuangan yang dimiliki Anwar, berkat kesabaran dan doa sekelian rakyat yang cintakan kebenaran, maka Anwar dilihat lebih agresif dari Najib. 
Artikel selanjutnya ..........
Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.

Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat

10 Ribu Ahli PAS Turun Himpunan Bersih 2

           Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengadakan himpunan bersih 2 pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.
            Sehubungan itu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS akan menggerakkan sekurang- kurangnya 10 ribu ahli untuk turut sama menyertai himpunan itu yang bertemakan 'Walk For Democracy'.

Beliau berkata, himpunan itu akan berlangsung secara aman dengan syarat tiada sebarang provokasi dari pihak tertentu terutamanya, anggota keselamatan sepeti polis.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Kami yang juga duduk dalam Bersih bersetuju dengan pihak Bersih tentang tarikh perhimpunan itu

Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan

              Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

Sunday, May 22, 2011

Sengsara Hidup Sebagai Tiong Hua - Jui Meng

UMNO sudah buang Rukun Negara ke dalam parit PERKASA.
         Malah mengenali Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau yakin dengan kepimpinan dan peribadi Anwar sebagai muslim yang baik dan dihormati di seluruh dunia.

        "Sokonglah kita (Pakatan). Bukan sokong individu, bukan suruh sokong Anwar Ibrahim tapi sokong apa yang ada dalam sanubari dan jiwa Anwar. Orang Melayu, Cina, India, Dayak semua boleh naik dan musnahkan kemiskinan yang dicipta UMNO," 

Artikel penuh kenyataan Chua....
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Chua Jui Meng menganggap UMNO membuang prinsip rukun negara kerana menjaja isu perkauman dan menimbulkan kebencian dikalangan pelbagai bangsa.

Menurut Chua, Rukun Negara menganjurkan agar rakyat tanpa mengira kaum bersatu- padu dan bekerjasama demi kebaikan negara dan perkara yang dilakukan UMNO melalui badan bukan kerajaan (NGO) PERKASA serta akhbar Utusan Malaysia jelas bertentangan.

"UMNO sudah buang Rukun Negara ke dalam parit PERKASA.

"UMNO beritahu benci orang India....benci orang Cina, kerana orang Cina, orang Melayu miskin.

Gegar ajak rakyat desak Petronas bayar royalti

           Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menyeru orang ramai tanpa mengira fahaman politik, agama, latar belakang kaum dan jantina supaya sama-sama bangkit menuntut royalti petroleum dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Seruan sama ditujukan kepada semua pihak termasuk anak Kelantan di perantauan yang berada di seluruh Malaysia.

“Sama-sama kita menuntut royalti petroleum itu supaya dibayar kepada Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan perjanjian yang telah disepakati bersama,” satu kenyataan media Gegar yang dikeluarkan di sini pagi tadi.

Saturday, May 21, 2011

Beranikah Najib sebut subsidi adalah candu kepada tauke IPP? Anwar

          Anwar adalah aset kepada rakyat dengan  menjadi ‘public enemy’. Maka berbagai cara dilakukan UMNO untuk melenyapkan Anwar dari persada politik negara ini.  
              "Subsidi adalah candu pada rakyat, ‘tauke-tauke’ besar bagaimana?“Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah Najib akan berani mengatakan perkara yang sama kepada ‘tauke-tauke’ besar IPP?
                “Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih ‘candu? Tidak. Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita.

Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itudi hadapan ratusan hadirin yang melimpah sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi.

Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini.

Suasana perkarangan dewan seperti pesta dengan deretan puluhan gerai dan warung pasang siap, sekali pun program yang dimulakan dalam suasana hujan renyai.

Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali

           Seharusnya Umnolah yang bertanggungjawab membiarkan kenyataan melampau Ibrahim Ali dengan mengapi-apikan perkauman sempit untuk memecah belahkan rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin UMNO biarkan Ibrahim Ali berterusan  menghina penganut Kristian sedangkan rakyat  negara ini menganuti berbagai-bagai agama? Apakah itu bukan bersifat rasis dan  hasutan? 

          Memang ada undang-undang "Akta Hasutan" untuk menyiasat kenyataan Ibrahim Ali. Tapi oleh kerana ianya dilindungi dan disokongi pemimpin UMNO, maka kenyataan itu dikira harus dan dihalalkan, asalkan kenyataan itu memberi keuntungan untuk menyelamatkan UMNO yang nazak meski pun kenyataan itu boleh dianggap rasis dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin. Jelas di sini, hanya Akta dan undang-undang dicipta segala-galanya untuk kepentingan politik UMNO. 
            Dimanakah 'KELUHURAN PERLEMBAGAAN' dan 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG' ?


Artikel penuh kenyataan Anwar Ibrahim ..
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian, lapor Malaysiakini.

Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.

Jika tidak ambil tindakan terhadap 'Trio DatukT', kemungkinan Najib akan tersungkur

            Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.
                Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .

“YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.

“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Utusan: PAS tidak akan sahut seruan Perkasa

Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar tetapi alhamdulillah PAS berjaya menenangkan keadaan umat Islam,
        PAS tidak akan menyahut seruan Perkasa untuk mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang kononnya akhbar orang Melayu.
       “Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.

“Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah.

Undi awal untuk BN terus memerintah

              PAS menyifatkan langkah SPR untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti sebagai langkah bagi memenuhi hasrat Kerajaan BN untuk terus memerintah.

             Perlaksanaan langkah tersebut ternyata bukan langkah pembaikan bagi sistem pilihanraya di tanah air, tetapi merupakan langkah berundur ke belakang, lebih tidak telus dan penuh dengan kekeliruan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, realiti itu terserlah apabila ia akan dilaksanakan oleh SPR tanpa menjemput wakil-wakil parti pembangkang utama, khususnya Pakatan Rakyat, bagi membincangkannya terlebih dahulu.

Menurut beliau, tindakan SPR itu menjadikan langkah tersebut penuh dengan tanda tanya dan kekeliruan kerana tidak dapat dipastikan siapakah golongan yang terbabit dengan undi awal.

Sebaliknya, katanya, sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput untuk membincangkan perkara itu, pelbagai pandangan boleh diberikan bagi menjadikan langkah pembaikan pengundian yang hendak

Friday, May 20, 2011

Anwar dakwa Umno dalangi usaha haramkan PKR

Takut dengan kewibawaan Anwar, Najib menghalalkan apa cara sekali pun, meski pun bertentangan dengan negara yang mengamalkan demokrasi
               Selepas serangan terhadap Anwar, Naib Presiden (Nurul Izzah) diugut, kenderaan Anwar disabotaj, pengharaman lidah rasmi parti Suara Keadilan, kemudian ceramah-ceramah KEADILAN disekat. kini ROS berusaha sebagai tali barut UMNO untuk mengharamkan PARTI KEADILAN RAKYAT ini adalah antara usaha yang paling dayus, jahat dan khianat dalam sebuah negara demokrasi.  
               Perkara ini cukup jahat dan bodoh yang cuba dilakukan oleh pemimpin UMNO terutama Najib untuk memberikan implikasi serius kepada PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR). Cara inilah satu-satunya untuk Najib  menghalang PR menuju ke Putrajaya.
Artikel seterusnya ..
Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan ini sebagai langkah terdesak untuk mendera rakyat negara ini.


"Ini kerja pimpinan Umno yang terdesak dan terus mendera rakyat," katanya ringkas dalam siri temubual dalam "Question time' anjuran Yahoo Malaysia.

Thursday, May 19, 2011

Pendedahan WikiLeaks : Penubuhan Suruhanjaya Di-Raja Dituntut

Rakyat bukan semuanya bodoh, semua pun dah tahu,  kes ini adalah campur tangan politik peringkat tertinggi.
          Kabel diplomatik terbaru yang didedahkan Wikileaks menunjukkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki wujudnya campurtangan politik untuk melindungi Najib daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

         Perkara ini hanya dapat diselesaikan jika disiasat dengan bebas, kalau kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mereka suruh tubuhkan suruhanjaya bebas, jadi saya rasa kes ini adalah lebih tepat untuk ditubuhkan suruhanjaya

Artikel penuh kenyataan Rafizi Ramli
Pendedahan terbaru Wikileaks bahawa Kedutaan Amerika Syarikat mepercayai adanya usaha terancang untuk melindungi Perdana Menteri, Najib Razak dalam perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menzahirkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di-Raja, kata Parti Keadila Rakyat.

Walaupun pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks itu bukan perkara baru, namun ia menguatkan pandangan umum yang selama ini membuat tafsiran serupa, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Pendedahan itu tidak mengejutkan dan semua rakyat Malaysia sudah tahu, satu dunia pun sudah tahu memang ada campur tangan politik, fakta dia pun rakyat dah tahu,"katanya.

Ladang Rakyat: PAS sahut cabaran Pemuda Umno

Debat - Jika mereka berjuang diatas kepentingan rakyat, pemuda UMNO Kelantan harus menerima cabaran Pemuda Pas.

          "Isu pembinaan tambahan Jambatan Sultan Yahya Petra, isu tuntutan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan dan isu prosedur pengagihan wang ihsan yang tidak telus juga memerlukan kepada penjelasan."Di mana Pemuda UMNO Kelantan di dalam menangani isu-isu ini?

Artikel penuh kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan ..
Pemuda PAS Kelantan bersedia menyahut cadangan Pemuda Umno Kelantan untuk bertemu bagi membincangkan isu Ladang Rakyat dengan membuat cadangan balas iaitu mengadakan debat terbuka di antara kedua-dua belah pihak.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman dalam satu kenyataannya berkata, Pemuda PAS berpandangan banyak lagi lagi isu-isu yang lain dapat diketengahkan oleh Pemuda Umno sekiranya benar-benar mereka berjuang untuk kepentingan rakyat.

Wednesday, May 18, 2011

Najib jumpa Ketua Hakim Negara selama 6 jam?

          “Bohong dia (tokoh itu) bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredibiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar.
Artikel seterusnya ...
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa bertemu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi baru-baru ini, yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara.

Pertemuan itu tulis sayuti, berlaku selama enam jam dan mempunyai kaitan dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam, yang memutuskan supaya Anwar membela diri dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.

Tuesday, May 17, 2011

Tidak Ada Alasan Untuk Najib, Rosmah Dan Hassan Elak Diri Sebagai Saksi Kes Fitnah

Percayalah .. Najib dan Rosmah tidak akan hadir ke Mahkamah bukan kerana "Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang". tapi kerana takut kepada bayang-bayang Anwar.. 
           Tidak ada apa yang membezakan antara Najib dan rakyat di bawah sehinggakan beliau ada hak keistimewaan untuk tidak dipanggil menjadi saksi sesebuah perbicaraan.
            Apa beza dia (Najib) dengan rakyat biasa? Sebab dia duduk di situ kerana rakyat, rakyat mengundi dan beri kepercayaan untuk jadi PM. Selagi dia junjung perlembagaan Malaysia maka dia mesti hadir

Artikel selanjutnya ...
Tidak ada sebab untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk mengelakkan diri daripada dipanggil sebagai saksi berhubung kes perbicaraan fitnah ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, individu yang mendokong rukun negara Malaysia, tidak harus dikecualikan daripada memberi keterangan dalam mahkamah walaupun mereka berstatus orang penting negara.

"Dalam rukun negara ada menyebut dengan jelas Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang,"katanya.

Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

       Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

      "Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

Ibrahim Ali boleh cetus darurat, huru hara- Pas Pulau Pinang

        Sejarah telah membuktikan bahawa Ibrahim merupakan antara peribadi yang kerap mencetuskan provokasi pada rakyat agar mencetuskan huru-hara. Inilah Ibrahim, seorang opportunis yang mahu dilihat sebagai wira dalam memperjuangkan Melayu dan Islam, serta sanggup menjentik kepala politik sesiapa pun demi kepentingannya. Bercakap berbelit-belit, tidak ada pegangan dalam hidup. Seorang yang munafik dan tidak ada prinsip dalam perjuangannya.


Artikel seterusnya ...
Kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk melancarkan perang Salib kepada masyarakat Kristian adalah provokasi berbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan kaum, kata Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man.

“Ia boleh mencetuskan darurat dan menghuru-harakan negara. Ini jelas sekali satu tindakan provokatif yang tidak wajar sama sekali diucapkan oleh seseorang Ahli Parlimen,” kata Salleh dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Ibrahim yang selama ini dilihat pro umno, memperlekeh prinsip 1Malaysia yang didokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

             Siapa yang tak kenal dengan Berahim Ali ? Beliau  sentiasa mengunakan kesempatan untuk kepentingan poitik beliau yang hampir ditelan zaman. Jika beliau berjuang atas nama Islam, kenapa beliau tidak menentang Presiden  MCA selaku proksi UMNO -BN  yang datang ke Kelantan untuk menghalang Kerajaan Kelantan dari menutup premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam. Dimanakah Presiden Perkasa ketika itu? 
              Janganlah berlagak nak berjuang atas nama Islam dengan menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak semata-mata.. Perkasa tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih.  Jika jihad hendak dilaksanakan oleh Berhaim Ali mengikut keutamaan ajaran Islam, kenapa kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno BN tidak diajar dan diperbetulkan. Itu tandanya Berahim Ali buta hati dan melakukan  jihad bukan atas nama Islam tapi diatas kepentingan politik beliau dan UMNO. Begitulah hidup seorang manusia yang munafik...
Artikel penuh kenyataan Datuk Husam ..
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.


AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

Monday, May 16, 2011

Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.


         Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.

“Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan,” kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.

Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...