Saturday, April 30, 2011

KEADILAN kemuka bukti imej palsu Anwar



Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai membuat pendedahan bahawa beliau mendapat maklumat tentang tindakan seorang pegawai kanan polis, SAC 1 Datuk Dr Isa Abd Rahman yang telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan dan menyatakan kepada guru-guru bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara.
Artikel selanjutnya di bawah ini ..
KEADILAN hari ini mengemukakan bukti bergambar bahawa imej individu yang dikatakan sebagai Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video fitnah adalah palsu.
Dalam sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana hari ini, Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad menunjukkan gambar imej  potongan rambut individu di dalam video tersebut jauh berbeza dengan Anwar.

Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul



Kamu orang Islam, Sumpah biarlah mengikut perundangan Islam
Sebelum bersumpah pasti ingat azab Allah. Jangan ambil kira habuan dunia dengan wang ringgit. Sumpah seperti digariskan dalam perundangan Islam hanya pertuduhan zina yang dilakukan oleh pasangan suami isteri.
Janganlah Eskay nak kuatkan hujahnya dengan bersumpah laknat untuk menyakinkan orang ramai bahawa apa yang dituduhnya benar. Tuhan maha mengentahui. Nanti azab Allah lebih pedih dan siksa. 

Artikel selanjutnya di bawah ini ..
Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah


Jangan mempermainkan sumpah, nanti sumpah makan tuan ..
Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang  melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,
Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan permainkan sumpah laknat

Eskay ini banggang dan bahalol. Fitnahkan Anwar.. kemudian bersumpah laknat untuk membenarkan tuduhannya itu benar.  Tuduh Anwar melakukan seks kemudian bersumpah laknat hanya untuk menyakinkan rakyat supaya mempercayai  yang Anwar melakukannya. Jika sekali pun  Anwar lakukan, mengikut Islam kena bawa empat saksi.
Aku nak tanya Eskay,  Bagaimana pula.  jika Anwar bersumpah di khalayak ramai atau di masjid, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atas Anwar itu digugurkan? 
Artikel selanjutnya di bawah ini ..

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Friday, April 29, 2011

Pemuda PAS: BN makin terdesak mahu musnah Anwar dan Pakatan

Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa menggunakan rakaman video seks sebagai “senjata utama” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Firdaus Jaafar berkata pihaknya membidas stategi tersebut yang disifatkan untuk mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum PKR.

“Dewan Pemuda PAS pusat membidas kerajaan Umno-BN yang menggunakan strategi politik video lucah serta mengaibkan dalam menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar : Najib Bergantung Kepada "Politik Lucah" Untuk Menang PRU

Mana ada di negara ini orang boleh terlibat secara terang menyebarkan (video lucah) tanpa sebarang tindakan kalau polis tidak beri perlindungan
Penayangan video fitnah seks  merupakan konspirasi peringkat tertinggi yang memang melibatkan golongan atasan. Kenapa pihak polis tidak ambil sebarang tindakan terhadap penayang dan pengedar video itu? Terang-terang menayang dan mengedar video seks menyalahi undang-undang negara ini. Dimana "Mesra, Cekap dan Beramanah"  serta  "Intergeriti Amalan Kita"?  Buat berapa banyak slogan pun, tak ada gunanya jika perlaksaannya tidak ada. Pihak polis seharusnya bersikap profesional demi kebenaran bukan hanya mengikut rentak pemimpin-pemimpin politik.   
Artikel selanutnya di bawah ini ..
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan fitnah video lucah sebagai modal politik untuk melemahkan pembangkang.

"Strategi utama Najib ialah mengguna video lucah, institusi awam dan media seperti Utusan Malaysia, Agenda Daily dan Tv3 untuk mengaibkan. Mereka tak boleh lawan kita di atas isu polisi. Jadi dia terpaksa gunakan politik lucah," kata Anwar.

"Ternyata Umno dan kepimpinannya terdesak dan Najib harus menjawab mengapa jenayah pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting dalam mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini," tambah beliau selepas member kenyataan tambahan kepada polis di Ibu pejabat Dang Wangi Kuala Lumpur petang tadi.

Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul


Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini?
Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10
Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.
Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.
“Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga

Thursday, April 28, 2011

Ternyata Sah: Ia Bukan Anwar Ibrahim

Video Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet

Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman youtube petang Rabu.


Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun youtube wakparjosudorno.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera.

1Melayu 1 Bumi Bukan Modal Untuk Tandingi 'Penyatuan Masyarakat Cina'

Kaum Cina bersatu bukanlah berdasarkan sentimen perkauman sebaliknya bagi menentang pemimpin yang korup dan rasuah serta tidak membawa kebaikan dalam mewakili mereka.

Memang tidak rasional jika kita katakan DAP memenangi kerusi dalam Pilihan Raya adalah disebabkan sentimen kaum. Secara logiknya mereka bukannya menentang calon Melayu. Kebanyakan kerusi-kerusi yang ditandinginya bukan kawasan majoriti melayu. Setiap kali dalam pilihan raya kebanyakannya mereka menentang calon Cina dari MCA-BN  bukan menentang calon-calon melayu dari UMNO. Mereka  nak menang pun harus mendapat  sokongan kaum lain termasuk Melayu, India  dan lain-lain.
 Harus diingat masyarakat Tionghua tolak MCA atau Cina BN, bukan diatas perkauman. Itu tidak lojik. Orang-orang Cina menolak calon-calon Cina dari MCA disebabkan mereka  bersekongkol dengan BN yang rasuah, tidak adil dan jahat. Itulah jawapannya. Apakah kerana masyarakat Cina menolak Cina dari BN dianggap DAP mengunakan isu perkauman? Itulah pandangan sempit oleh pemimpin-pemimpin BN yang rasis.

Dalam keadaan hari ini setelah orang-orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional maka kita mainkan isu perkauman yang begitu sensitif. Kejayaan DAP memenangi kerusi-kerusi di pilihan raya Sarawak baru-baru ini, dianggap diperolehi dari isu perkauman yang dimainkan ole DAP. Tetapi kenapa selama ini jika Cina MCA dari BN menang, pemimpin dari UMNO BN tidak menganggap Cina dari MCA itu menang diatas mainan isu perkauman? Itulah kenyataan bodoh dan hipokrit dari pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutamanya dikalangan pemimpin UMNO.

Baca artikel selanjutnya di bawah ini

Ahli Lajnah Politik PAS Pusat Khalid Samad menolak tanggapan Utusan Malaysia dan Mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo bahawa Konsep 1 Melayu 1 Bumi adalah perjuangan yang sah dan mulia untuk menyatukan Bangsa Melayu bagi menghadapi 'penyatuan Masyarakat Cina'.

Menurut Khalid, kaum Cina bersatu bukanlah berdasarkan sentimen perkauman sebaliknya bagi menentang pemimpin yang korup dan rasuah serta tidak membawa kebaikan dalam mewakili mereka.

Video Fitnah: Kami tidak akan tunduk- Nurul Izzah

Hanya yang  buta hati dan mata...  mengatakan individu itu adalah Anwar Ibrahim
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah- bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau menyifatkan ia sebagai usaha jijik dan terdesak Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian,” kata Nurul Izzah ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.

Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.

Wednesday, April 27, 2011

Najib dapat mandat dari rakyat.. yang berkuasa adalah peguam negara

Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri?- Wira Arjuna
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.

Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara . Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.

Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

Akhbar Melayu arus perdana bodohkan minda Melayu dengan isu seks

Akhbar Melayu arus perdana jelas tidak sensitif dengan gejala sosial yang kian menghambat Umat Islam khasnya anak muda di negara ini apabila mengutamakan isu seks, liwat sebagai paparan muka depannya berbanding isu yang lebih segar untuk manfaat rakyat. Tajuk utama Utusan Malaysia memaparkan “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Mereka mengambil kesempatan memperbodohkan rakyat dengan isu-isu fitnah liwat dan seks untuk kepentingan Tuan Mereka (UMNO). Jelas di sini akhbar ini tidak ada kualiti dan etika sebagai akhbar penyebar fikiran rakyat malah diketogerikan sebagai  perosak minda rakyat. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa akhbar berbahasa Melayu di negara ini menghentikan paparan isu seks dan fitnah yang disifatkan hanya membodohkan minda rakyat terutama orang Melayu, kata Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat.(gambar)

Beliau memberi contoh laporan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini yang memaparkan berita muka depannya bertajuk “Nasi lemak twice a week” manakala The Star memaparkan tajuk “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”.

Manakala akhbar Mandarin seperti China Press dan Sin Chew memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan, selain akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Melayu mesti tolak perkauman sempit Umno

Haruskah kita menyokong bangsa kita jika bangsa kita sendiri pengkhianat dan perasuah.?


Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan. Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina yang mengamalkan rasuah. Sikap beginilah sepatutnya ada pada orang melayu
.
Sememangnya, orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka! Tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman sempit seperti seruan Utusan Malaysia dan PERKASA. Orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah, pentingkan keluarga dan kroni. Apa gunanya kita menyokong bangsa sendiri, pada hal kita tahu mereka khianat dan perasuah. Justeru itu pilihlah mana-mana pemimpin meskipun bukan sebangsa dengan kita asalkan kepribadiannya baik dan tidak mengamalkan rasuah,
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai Umno khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat.

DAP, katanya dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP.

Tuesday, April 26, 2011

Nik Aziz Alu-alukan Pengkritik Ke Kelantan

Jangan dengar cemuhan dan fitnah pemimpin-pemimpin Umno yang bangkrap modal politik terutamanya Mustapha Mohamad. Anda dialu-alukan untuk datang sendiri ke Kelantan kemudian ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat untuk mendengar kuliah Tok Guru Nik Aziz.
Menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke Kelantan termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbiranya.

Nik Aziz dalam laman  Facebook  nya berkata, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya mereka juga boleh membandingkan sendiri sejauh manakah kebenaran laporan-laporan media kawalan Umno-Barisan Nasional(BN) terhadap kepimpinan negeri itu.

“Disebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan,” kata Mursyidul Am PAS ini.

“Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN),” ujarnya.

Selain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini.

Utusan Tak Pernah Jemu Main Isu Kontroversi

Tajuk di muka depan Utusan Malaysia mengambarkan Pulau Pinang sahaja yang mempunyai lubuk judi, tapi bagaimana dengan pusat perjudian di  Genting?  Kenapa tidak highlightkan  perjudian TOTO  dan Empat nombor ekor ? Utusan Malaysia bukan penyebar fikiran rakyat malah merupakan lidah syaitan bisu yang bermotifkan politik.. 


Akhbar Utusan Malaysia sememangnya terkenal sebagai akhbar kontroversial berbanding menyampaikan maklumat tepat lagi telus selaras dengan taglinenya "Pemangkin Fikiran Rakyat".

Belum pun reda isu rencana-rencananya yang penuh unsur perkauman, media itu terus menyerang negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Hari ini Utusan sekali lagi tampil dengan laporan berbaur kontorversi dengan muka depannya terpampang berita bertajuk " Pulau Pinang Lubuk Judi?".

Mengulas laporan Utusan itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Rawa ketika dihubungi Tv Selangor berkata, umum mengetahui masalah judi berlaku di mana-mana, namun cara Utusan Malaysia melaporkan apa yang berlaku di Pulau Pinang, jelas berunsur politik.

Utusan lidah Muhyiddin menentang 1Malaysia Najib

Bagaimana Muhyiddin secara terang-terang boleh memberikan sokongan kepada seruan Utusan Malaysia untuk 1Melayu, 1Bumi apabila ia amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diwar-warkan Najib selama ini.


Bagaimanakah seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) boleh terang-terang menyokong konsep 1Melayu, 1Bumi laungan Utusan Malaysia yang jauh menyimpang daripada konsep 1Malaysia ilham Perdana Menteri (PM)?

Begitulah kejanggalan situasi hari ini apabila TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam responsnya terhadap seruan MCA untuk memulau akhbar lidah rasmi Umno itu membela Utusan dengan mengatakan bahawa akhbar tersebut mewakili suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain.

Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata Muhyiddin yang dipetik The Malaysian Insider.

Kenyataan Muhyiddin kelihatan cukup bertentangan dengan kenyataan PM Najib yang semalamnya menyatakan bahawa seruan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan Malaysia hanyalah satu cadangan peribadi yang tidak perlu diendahkan.

Monday, April 25, 2011

Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan

Untuk mengekalkan kuasa, milleage politik Umno hanya bergantung pada isu fitnah liwat dan dubur. Sepatutnya berhujahlah melalui perlaksanaan dasar yang boleh memberi manfaat untuk rakyat. Bukan reka cipta isu-isu yang jijik..
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.

Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.

"Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.

Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’

Inilah muka yang tak tahu malu .. fitnah.. khianat dan jahat ..


“Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan

Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.

“Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media

Anwar, Husam dalam seminar Muqasid


Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) akan mengadakan seminar pemikiran Islam semasa berkaitan Maqasid Syar’iyyah yang akan diadakan di Balai Islam Lundang.

Seminar tersebut akan diadakan pada 30 April 2011 bersamaan 26 Jamadilawal 1432H bermula jam 2.00 petang.

Ahli-ahli panel terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, Datuk Husam bin Musa, Exco Kelantan dan Dr. Muhammad Nur Manuty, Pensyarah KUIS yang juga Ketua Penerangan PKR.

Manakala Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan majlis perasmian penutup yang dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.

Sunday, April 24, 2011

OKU Tahanan ISA Tekad Teruskan Perjuangan

 Luahan emosi seorang tahanan ISA terhadap apa yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional 
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kadir Hashim bertekad tidak akan lemah semangat dalam meneruskan perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat(PKR) walaupun bakal berhadapan cabaran yang lebih berisiko tinggi seperti ini.

Kadir yang dibebaskan beberapa hari lalu, menganggap detik-detik dan saat beliau menjadi tahanan ISA itu sebagai asam garam perjuangan dalam memastikan Pakatan Rakyat(PR) mendapat mandat dalam Pilihan Raya umum akan datang.

"Saya tidak akan lemah semangat. Saya tetap akan menyertai aktiviti parti. Ini bagi saya liku-liku perjuangan. Kita kena hadapinya," kata beliau kepada wartawan di rumahnya semalam.

Kadir yang kudung pergelangan tangan kiri didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit di bawah Seksyen 73(1) ISA 1 April lalu.


Kadir dikatakan merancang menggunakan senjata api dan bahan letupan untuk menentang kerajaan kerana komennya dalam laman Facebook beliau.

Noh Omar Ahli Politik Tidak Matang - Serikandi

Saya rasa Noh Omar sebagai ahli politik yang tidak matang, tidak cerdik dan tidak boleh menerima kekalahan. Tuhan telah berikan otak dan sepatutnya gunakan otak untuk berfikir, kenapa pengundi pengundi Tionghua menolak BN dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu? 

Apakah DAP menang hanya undi daripada masyarakat Tionghua? Sudah pasti undi DAP juga diperolehi dari Melayu, Iban, Malanau dan sebagainya.  Sebagai orang politik sepatutnya beliau sendiri harus berfikir, dan buat kaji selidik, kenapa pengundi di situ menolak BN, bukan dengan membuat kenyataan rasis yang tidak rasional dan bodoh
Bagi saya yang bukan ahli politik,  melihat rakyat menolak BN bukan kerana tidak berterima kasih tapi diatas kerakusan pemimpin-pemimpin BN terutama Taib Mahmud  yang pentingkan kroni dan keluarga serta memperkaya diri sendiri melalui rasuah disana sini dengan membiarkan rakyat terus daif dan hidup dengan penuh kemiskinan.     
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ...
Timbalan PengerusiPerhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dilabel sebagai ahli politik yang tidak matang berikutan enggan akur pada pilihan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru- baru ini.

Ketua Serikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail berkata Noh dan juga pemimpin UMNO BN yang lain harus akur pada undi rakyat, bukannya mempersalahkan dan menyifatkan pengundi sebagai tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan pemerintah.

Hakikatnya, Aishah berkata jika kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak tidak korup, tidak mungkin rakyat akan beralih arah memangkah Pakatan Rakyat.

Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal

Isu kerajaan perpaduan adalah agenda politik Umno untuk memecah belah PAS daripada Pakatan Rakyat. Pas harus bersatu. Lupakan  kerajaan perpaduan, demi masa depan Pakatan. Bukankah misi kita ke Putrajaya? 
Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.

Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam.

“Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak.

“Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno.

“Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam

Saturday, April 23, 2011

Anwar mesti dihapuskan, demi survival politik UMNO

Fitnah adalah modal politik pemimpin-pemimpin melayu untuk menghapuskan Anwar...
Anwar mesti di hapuskan - Tongkat Bahaman
Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain

Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar Mahathir pada tahun 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.

Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus di sempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Ambil Kesepakatan Kaum Cina Dari Sudut Positif-Khalid Samad



PAS menyeru masyarakat untuk menilai dasar kesepaduan kaum Cina menuntut corak politik yang bersih dan bebas dari rasuah sejajar dengan tuntutan Manifesto Pakatan Rakyat.

Justeru parti itu berpendapat, kesepakatan masyarakat Cina harus digabung secara kolektif bersama kaum lain untuk menolak amalan korup Barisan Nasional yang boleh menggugat keharmonian negara berbanding melihatnya dari aspek perkauman yang menebal.

Hakikatnya menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pandangan seperti ini hanya melunaskan kepentingan politik pihak tertentu dan menjadikan politik di negara ini tidak berkembang secara sihat.

"Mereka ini membuat politik yang tidak bertanggungjawab dan sanggup merosakkan suasana dalam masyarakat demi mempertahankan kepentingan Umno dan kepimpinan yang mengamalkan rasuah," jelas beliau.

Friday, April 22, 2011

Susun konspirasi, guna "saluran fitnah" pertahan kuasa: Helah Najib kelirukan anak-anak muda dengan pertemuan Facebooker dan Twitter

Ketika ini, generasi muda sedang bermesra dengan Twitter, Facebook dan Youtube, yang suatu ketika dahulu, peranan ini dimainkan oleh media massa khususnya media cetak, tv, radio dan blog. Kemesraan generasi muda yang mula mengundi buat kali pertama dalam PRU 13 dengan Twitter, Facebook dan Youtube ini cukup merisaukan.


Apa tidaknya, Perdana Menteri (PM) Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak kini sedang menggunakan "alat" ini untuk mencari kawan-kawan, kononnya mahu membuktikan bahawa beliaulah PM yang paling dekat dengan generasi muda.

Padahal, ia sebenarnya lakonan. Mana mungkin generasi muda boleh dekat dengan PM sedangkan ketua-ketua Umno bahagian dan Ahli Parlimen BN pun, hanya boleh bertemu dengan Najib sekali, selepas dua tahun Najib menjadi PM.

Ingat, PM berjumpa mereka ini, dalam satu kumpulan enam orang, secara terbuka dan disertai Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa orang pegawai PM, bagi membuktikan PM tidak mudah untuk ditemui secara empat mata.

Jika PM ke Sarawak dan mengadakan jamuan minum petang dengan sekumpulan generasi muda yang dikatakan kawan FB, Twitter kepada PM, ia hanyalah satu lakonan dari seorang yang terlalu inginkan undi dalam pilihan raya.

Rafizi : 1 Melayu, 1 Bumi Penghinaan Terbuka Dasar 1 Malaysia Najib

Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam artikelnya mencadangkan kepada Umno untuk melancarkan gerakan "Melayu 1Bumi",  bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu. 

Kenapa baru sekarang nak lancarkan gerakan "1Melayu", 1Bumi"? Inilah dongeng politik. Setelah hilang sokongan melayu, tepaksa memainkan isu bangsa, rasis yang tidak berlandaskan Slogan "1Malaysia"yang dicanangkan oleh Najib. Itulah politik kotor yang tidak bermaruah. Jika tidak dapat sokongan dari bangsa sendiri, terkial-kial mencari sokongan, setelah mendapat sokongan hilang bangsa pun tak apa, asalkan aku, kroni aku kaya raya. Apa gunanya bangsa melayu menyokong pemimpin melayu yang hipokrit, khianat kepada bangsa sendiri.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini...

Selepas pencapaian memberansangkan Pakatan Rakyat dengan kemenangan 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu, slogan 1Malaysia yang dijaja oleh Perdana Menteri Najib Razak kini mula dipertikaikan.

Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap lidah rasmi parti itu kini mula mempersoalkan dasar tersebut melalui penulisan artikel setengah muka bertajuk "Ayuh! Gerakkan Segera 1Melayu, 1Bumi".

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihubungi Tv Selangor menyifatkan ianya sebahagian daripada sindrom gagal menerima hakikat menerusi keputusan luar jangka pengundi Cina terhadap parti Barisan Nasional (BN).

AMK : Tiada Kanun Keseksaan Boleh Mensabitkan Anwar

Kenapa Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan bekas bendahari Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Shuib Lazim tidak didakwa, masih lagi bebas?
Di situ timbul satu persepsi dan kita menjangkakan bahawa peguam negara tidak berminat untuk membuat pertuduhan terhadap ketiga-tiga (trio Datuk T) suspek jenayah, sedangkan mereka bertiga sudah jelas sebagai pengedar dan pemilik video seks fitnah. Hairan dan ajaib, kenapa ketiga-tiga terio ini tidak didakwa? Kemungkinan ada desakan politik yang didalangi oleh pemimpim -pemimpin teringgi Umno-Barisan Nasional
Baca artikel selanjutnya di bawah ini...
Di sebalik kesungguhan polis menyiasat ketulenan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anehnya, tiada satu pun laporan polis dibuat mengenainya.

Dan sekali lagi, jika pun benar pelakunya adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, tiada peruntukan mahupun kanun keseksaan untuk mendakwa Anwar melakukan sebarang kesalahan jenayah, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.(gambar atas)


Walhal katanya, ketiga-tiga individu yang jelas berdepan dengan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu masih bebas sehingga kini.

Thursday, April 21, 2011

Sumpah: PAS hanya ikut peraturan Allah

Bayangkan kalau sumpah dibenarkan dalam tuduhan zina, rogol dan liwat, sudah tentu akan ada golongan yang akan mengambil kesempatan sanggup bersumpah demi menjatuhkan maruah seseorang


Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya.

Demikian penerangan yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengenai cabaran bersumpah dari bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

“Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...