Thursday, March 31, 2011

Imej Anwar Bertambah Kukuh Apabila Video Disabitkan Sebagai Fitnah Politik - Wall Street Journal

Imej dan kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpaksi kepada keyakinan rakyat bahawa beliau tidak terlibat dalam video seks tetapi menjadi mangsa konspirasi politik tertinggi Umno, menurut akhbar wall street journal (WSJ).

“Jika Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini akan menjadikan beliau lebih kuat. Ia juga akan memperkukuhkan keyakinan di dalam dan luar negara bahawa Anwar adalah mangsa pendakwaan bermotif politik,” kata akhbar itu.

WSJ yang mempunyai edaran laris di seluruh dunia berkata waktu video itu didedahkan kepada umum (21 Mac) adalah signifikan kerana pilihanraya umum ke 13 dijangka diadakan akhir tahun ini, manakala pilihanraya negeri Sarawak berlangsung bulan depan.

Jika penjelasan Anwar diterima masyarakat umum, isu video lucah itu “akan membawa berita buruk bagi Umno, walaupun parti itu mendakwa rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tambah akhbar itu lagi.

Akhbar Wall Street Journal itu turut berpandangan kerajaan Umno Barisan Nasional masih terdedah kepada kepada pelbagai cabaran sungguhpun Perdana Menteri Najib Razak berusaha untuk memulihkan imej gabungan itu.

Video Seks: Siasat Dahulu Kemungkinan Seiras Tapi Tak Serupa -Wira Arjuna

Jika bukan Anwar siapa ? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah Ketua Pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.

Kalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras.

Di TV Selangor, kakitangan Mohd Ashkhairul Zafrishah sering diusik kerana wajahnya mirip bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan.

Ashkhairul jauh lebih muda; 24 tahun, berbanding Musa yang sudah pencen. Namun dalam dunia perfileman… keajaiban bersolek mampu mencipta 'Musa Hassan 2' dalam bentuk Ashkhairul.

Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi- bapa kemerdekaan India.

Anwar -Lawan Tetap lawan Lawan

 VIDEO - Lawan tetap lawan, sampai menang

Rakyat Sarawak Harus Bangkit Tamatkan Perintah Rasuah Barisan Nasional

Pemimpin hidup dengan mewah dengan jet peribadi dan kekayaan banyak. Nama Islam tapi bukan Islam yang dimuliakan tetapi wang dan dana rasuah diutamakan. Siapa yang lawan dia akan dihina dan diaibkan. Saya masih bernasib baik tidak ditembak, tidak hilang. Macam Teoh Beng Hock, (kononnya) dia jatuh dengan sendirinya. Bukan orang tolak dia tapi dia jatuh dengan sendiri dari tingkat 14.- Anwar
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia terhadap pemerintahanan zalim dan rakus harus menjadi perangsang kepada rakyat Sarawak untuk menolak Barisan Nasional yang memerah segala kekayaan negeri untuk pemimpin dan ahli keluarga mereka.

Dalam ceramahnya di Tupong, malam tadi, Anwar menegaskan rakyat di kedua-dua negara Arab tersebut berjaya menumbangkan rejim zalim setelah tertindas puluhan tahun dan Anwar yakin perkara yang sama juga mampu dilakukan oleh rakyat Sarawak dan Malaysia keseluruhannya melalui peti undi.

"Dulu kemungkinan untuk menukar pemerintahan di negara Arab agak mustahil, cukup susah. Tetapi rakyat sudah sedar begitu juga (Hosni) Mubarak (bekas Presiden Mesir). Tiga puluh tahun baru "tutup" dan ganti dengan kerajaan lain. Sarawak juga 30 tahun mesti tutupkan BN!" kata beliau.

Wednesday, March 30, 2011

“Aku Tak Tergila Nak Tengok Video Tu”

Umno makhluk perosak sistem demokrasi ..
Apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut. Menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa meski pun bertentangan dengan undang-undang negara. Bercakap negara ini mengamalkan sistem demokrasi. Tapi itu hanya demokrasi ala  UMNO yang sering dijadikan modal politik songsang untuk kepentingan mereka.  

 Apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut. Sistem kehakiman dan Mahkamah terus dilacurkan hanya untuk melindungi juak-juak mereka.  
Asalkan nama itu Anuar Ibrahim, pembicaraan pasti akan menjadi lintang pukang. Kes liwat dicipta dan perogol gadis belasan tahun dilindungi,   buat kenyataan tidak ada bukti dalam siasatan asalkan menjadi tali barut UMNO. Perasuah-perasuah dilindungi asalkan menjadi "pak turut" mereka. Dalam pembahagian projek dan tender.. kau satu .. aku tiga.. kau tiga aku sepuloh.. yang ini untuk aku... keluarga aku .. dan kroni-kroni aku. Begitulah keadilan dan sistem demokrasi yang tempang.  Hanya kroni yang untung. Rakyat juga yang merana


Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.

Jangan Beri Perlindungan Kepada Dalang Video Seks Palsu- MP KEADILAN

Datuk T- Siapa dalangnya..?
Umno-BN adalah pengkhianat kepada sistem demokrasi. Dengan kata lain menjadi pengkhianat kepada sistem undang-undang  yang  tersedia ada di negara ini. Pemimpin-pemimpin UMNO-BN menjadi pelindung kepada Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah. Jika tidak, kenapa kedua Datuk T.  tidak didakwa dan diambil tindakan undang-undang? Kenapa banyak sangat alasan yang diberi oleh Nazri Aziz bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.
 Bukankah mereka pembuat dan pencipta serta pengedar video seks palsu? Pengedar, pembawa dan pencipta adalah salah disisi undang-undang negara ini. Tapi Kenapa Nazri Aziz masih lagi berdolak dalih sehingga mengelirukan rakyat. Cakap sajalah, jika juak-juak UMNO yang melakukan kesalahan harus dilindungi. sekalipun mereka bekas perogol gadis belasan tahun.
Jika Nazri Aziz juga sebagai pengamal undang-undang, kenapa undang-undang harus dilacurkan demi  menyelamatkan mereka berdua. Apakah kepentingannya? Anggapan saya sudah pasti UMNO-BN menjadi dalang dan tali barut kepada Datuk T.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Ahli-ahli Parlimen KEADILAN mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.

“Apabila perlindungan diberi kepada trio ‘Datuk T’, ia menjadikan Anwar sebagai suspek,” kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.

Yusmadi seterusnya memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.

Tuesday, March 29, 2011

Video Lucah:Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara


Mat Zain bin Ibrahim,

SAC II G/5776(Retired),

Email:matzainibrahim@gmail.com

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,

Ketua Polis Negara,

Polis Di-Raja Malaysia,

Bukit Aman,

50560 Kuala Lumpur.

Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-

MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

Hampir 10,000 Solat Hajat Tolak Fitnah Jahat

Fitnah Umno terhadap Anwar semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air
Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena pada orang zalim sebaliknya akan terkena kepada sesiapa sahaja. .Fitnah itu lebih bahaya dari membunuh orang.  Adalah menjadi tangggungjawab kita rakyat negara ini untuk bangkit dan menentang perbuatan keji fitnah ini.
Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja.Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagai impirasi  kebangkitan rakyat. Fitnah ini terpaksa disebarkan UMNO kerana ia menyentuh soal survival politik dan masa depan Umno dan BN yang semakin terhakis pengaruhnya 
Seharusnya umat Islam, khususnya orang Melayu, supaya kembali kepada kehidupan yang berasaskan hak, keadilan  dan kebenaran dalam politik serta jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang fasik dan munafik.
Justeru itu Allah berfirman dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.

Politik Malaysia Kotor – The Jakarta Post

Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata  editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan-Jakarta Post
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.

Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

Monday, March 28, 2011

Bekas Mufti Perlis Saran Perhimpunan Anti Politik Lucah


Ahli politik yang rakyat mahu, adalah ahli politik berilmuan yang berwibawa serta mampu menberi idea yang menarik untuk kebaikan negara.  Pimpinannya biarlah yang terbaik dengan  memimpin rakyat kearah kebaikan cemerlang dari segi ekonomi, pendidikan dan agama bukan dengan cara memfitnah, reka cipta dengan cerita-cerita dongeng dan karut.
Tak kan Najib nak kekalkan kuasa dengan mengunakan fitnah liwat. Pemimpin politik hanya pentingkan diri dan kuasa hanya untuk mendapatkan kekayaan  bukan mencari kuasa untuk kebaikan yang boleh memberi manfaat untuk rakyat.    
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ...
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.


"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

Najib-Rahim Bukti Pemerintahan Songsong, Kata Anwar Ibrahim

Dengan menggunakan Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik sebagai contoh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini melalui zaman pemerintahan songsang.
Anwar berkata mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..
" Yang pertahankan soal moral, orang yang pernah ditanya soal rogol, orang yang pernah hidup dalam skandal video seks, dia cakap soal moral. Jatuhkan orang lain. Orang yang bercakap soal negara bersih, orang yang mengambil dana yang begitu besar, membinasakan orang yang hendak mentadbir dengan baik. Tanya Lim Guan Eng, berapa hari dia boleh hidup aman tanpa diganggu untuk menjalankan urustadbir?,"kata Anwar.

Berucap pada majlis ceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Anwar sekali lagi menunjukkan ketegasan berdepan dengan pusingan fitnah terbaru dalam bentuk video seks yang didalangi oleh Rahim yang kini Pengerusi Risda.

Rahim terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 setelah terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar bawah umur selain didakwa 
mengamalkan rasuah.

 Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar

Apakah Soi Lek masih ingat ..?
Bila Soi Lek berbicara soal akhlak....  Aku pun geli hati. Bila Soi Lek nak berbicara soal moral, kenalah lihat diri sendiri. Aku rasa beliau hilang ingatan agaknya dan lupa peranan beliau dengan Ah Moi dalam VCD beberapa dulu. 
Chua Soi Leh kena cermin diri beliau sepenuhnya. Beliau sendiri pernah menjadi pelakon utama dalam VCD sek. Apakah beliau tidak ingat? Sehingga beliau meletakkan  jawatan sebagai Menteri Kesihatan serta kesemua jawatan dalam MCA.  
Soi Lek tidak perlu mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah Soi Lek ingat beliau  seorang yang bersih ?. Apakah beliau baik moralnya? Begitu juga dengan Najib, kenapa  tidak ambil tindakan terhadap Soi Lek?  

Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kebenaran dakwaan terlibat dalam video seks lucah sepertimana yang hangat diperkatakan diselar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim ketika berucap dalam ceramah penerangan isu fitnah III malam tadi di sini berkata, Soi Lek yang tidak mempunyai moral yang tinggi kerana terbukti terlibat dalam video seks sebelum ini tidak layak untuk bercakap mengenai hal ini kecuali beliau adalah orang yang bersih.

Sunday, March 27, 2011

Pengakuan Dari Anuar Mohd Nor, Bukan Anuar Ibrahim Dalam Video Itu


Seorang blogger telah membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM.  Aku ambil entry ini dari blog UMNOREFORM untuk  kita renungkan bersama. Tuhan telah beri kita akal dan fikiran, maka fikir dan nilailah sendiri , samada ianya benar atau tidak.  Semoga pengakuan itu dapat memberi manfaat bersama. Baca.. jangan tak baca artikel ini. 

Pengakuan Anuar Mohd Nor

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Yang Perlu Dipastikan Bukan Ketulenan Video Tetapi Adakah Itu Anwar

Kesahihan video klip lucah bukan berpaksi kepada sama ada ia adalah rakaman asal dan tidak diolah tetapi sama ada orang yang dirakamkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau hanya individu yang mirip iras wajahnya.
Itu adalah pokok kepada segala- galanya. Justeru kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemeriksaan forensik akan menentukan kesahihan video itu sebenarnya tersasar daripada kebenaran yang dicari.

Pemeriksaan forensik hanya akan menentukan sama ada video itu adalah rakaman asal dan tidak diolah atau disunting dalam apa cara pun. Ia sebahagian daripada proses penyiasatan. Ia tidak boleh menjadi hasil muktamad siasatan.

Keyakinan Najib, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazyrl Eskay bahawa video itu adalah “ori” dan tidak disunting tentunya berpaksi kepada pengetahuan tertentu yang dikongsi bersama oleh mereka.

Namun adakah pelakon dalam video itu Anwar sendiri? - itu persoalan pokok untuk mereka yang mahukan kebenaran dan tidak terikat dengan telunjuk mana- mana parti politik.

Soal jam Omega atau kemasukan log Twitter Anwar dan macam- macam lagi akan sentiasa terbuka kepada pelbagai tafsiran pihak bertelagah.

Pak Kudus : DSAI Pejuang Rakyat Marhaen

Anwar Ibrahim memang pejuang rakyat. Saya mula mengenali perwatakan dan hati budinya semasa beliau dalam tahanan ISA tahun 1974. Anwar petah berhujah, bijak memberikan idea bernas dan tersusun, mempunyai daya kepimpinan yang berkarisma dan berjiwa luhur, serta mempunyai falsafah perjuangan yang mengutamakan kebajikan orang. Apabila Anwar datang berpidato, orang datang berpusu-pusu untuk mendengar ceramahnya dengan khusyuk
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Perjuangan untuk menentang rejim rakus dan zalim pasti menemui cabaran yang besar seperti yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu beliau mendeklamasikan sejak penyair terkenal, W.S Rendra berjudul RAJAWALI yang menyifatkan Anwar sebagai wira rakyat Malaysia persis burung rajawali terbang tinggi dan tidak mudah tunduk menyerah kalah.

“Sebuah sangkar besi tidak bisa mengubah rajawali menjadi seekor burung nuri. Burung nuri adalah burung yang mendengar cakap,” katanya.

 Halang ceramah: Tindakan Polis Dikecam, Tidak Demokratik

Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi.
Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.

"Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Zulkifli.

Di Mana Anwar: PKR Kecam Utusan

PKR mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia, hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) berkata laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.


Tegasnya, ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tambahnya, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Anwar tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Beliau menyertakan bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

Jangan Bodohkan Umat Dengan Lakonan Video Aib – Dr Asri

Umno memang tak ada modal politik, sebab itu cerita-cerita bodoh direka cipta yang tak masuk akal pun dijadikan bahan politik ..
Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.
“Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun.
Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu.


“Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam.

“Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

“Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai,” katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu.

“Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya.-KeadilanDaily

Saturday, March 26, 2011

Video Seks 'Siri Fitnah Ketiga' Terhadap Anwar

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah 'konspirasi' video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantahan yang diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin itu diadakan sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ...

Ianya antara siri mobilisasi AMK bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung apa yang didakwa mereka 'siri fitnah ketiga' terhadap Anwar selepas fitnah liwat pertama 1998 dan liwat kedua yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.


"Ianya adalah siri fitnah yang ketiga bagi memastikan Datuk Seri Anwar terus dihina dan diaibkan oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan reformasi yang kita kemukakan kepada rakyat," kata Shamsul kepada kira-kira 100 orang yang hadir mendengar.

Dalam ucapannya juga, dia turut menyelar niat sebenar Tan Sri Rahim Thamby Chik iaitu individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.

5,000 Saksi Anwar Diheret Polis Dari Pentas Ceramah, 3 ditahan

Memang kejam dan zalim. Tindakan ini melambangkan kerajaan UMNO BN tidak demokratik.. Jika polis dijadikan remote control ,  boleh dikatakan negara ini menuju persis kearah negara diktator. Sikap UMNO-BN yang mengunakan polis hanya untuk menutup suara-suara Anwar dari terus bersuara kepada rakyat agar rakyat tidak tahu tembelang keburukan pemimpin-pemimpin mereka. 
Sekiranya tindakan UMNO-BN boeh membuat fitnah melalui media-media tali barut mereka dan peti-peti TV , kenapa Anwar dinafikan membuat kempen dan ceramah? Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan PKR adalah parti yang didaftar secara sah melalui undang-undang pertubuhan, sudah pasti ingin menerangkan pada keseluruhan rakyat bahawa tuduhan itu hanya fitnah dan direka cipta. Apakah salah Anwar berbuat begitu? Anwar adakan kempen itu yang dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi beliau dan fitnah UMNO-BN mengenai rakaman video seks yang didalangi UMN0-BN melalui ‘Datuk T’
Pada kesimpulannya, UMNO-BN takut dengan ketokohannya sebagai seorang pemimpin. Keseluruhan pimpinan UMNO-BN, satu pun tidak layak untuk berdepan dengan beliau. Justeru itulah Anwar dihalang ceramah kerana mereka lihat hanya Anwar sebagai batu penghalang untuk mereka terus berkuasa. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini...
Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Friday, March 25, 2011

Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam

Tua-tua nak mampus pun tidak sedarkan diri, masih lagi buat kerja jahat ..
Rahim tidak didakwa dalam kes rasuah yang melibatkan puluhan juta dan  terlepas dari dakwaan merogol kes seorang gadis yang berusia 15 tahun dalam tahun 1994. Beliau terlepas dari pendakwaan oleh peguam negara bukan kerana tidak mencukupi bukti tapi dilindungi oleh Mahathir ketika itu. Kini beliau disanjung oleh juak-juak Umno setelah mendedahkan satu lagi isu video yang memfitnahkan Anwar. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Ketua Pembangkang itu berkata, pengakuan Rahim turut mencerminkan dendam yang disimpan terhadap beliau susulan perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim terpaksa melepaskan jawatan itu selepas terpalit dengan tuduhan beliau merogol seorang gadis berusia 15 tahun – dakwaan yang disahkan oleh nenek gadis itu.

Pertuduhan terhadap Rahim itu bagaimanpun digugurkan kemudian oleh Peguam Negara atas alasan bukti tidak mencukupi sungguhpun ada kenyataan terbuka mangsa dan neneknya.

Pejuang Kebenaran, Keadilan Sentiasa Diuji Dengan Fitnah – Dr Siddiq Fadhi

Masihkah anda ingat ungkapan kata-kata "Kalau takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan".Kata-kata ini pernah diucapkan  Anwar di era reformasi. Bermula di sinilah  tercetusnya  kebangkitan rakyat akibat Anwar di zalimi. Ketika itu Anwar dituduh pula sebagai seorang peliwat dalam kes Fintah I pada 1998, gara-gara Mahathir takut Anwar mencabarnya dalam Perhimpunan Agong Umno. Takut  menerima kekalahan, terpaksa Mahathir reka cipta kes liwat demi  menyekat Anwar dari terus mencabarnya. 

Kini, Anwar berdepan pula dengan kes Fitnah II yang didalangi Najib bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Meski pun begitu, dari kaca mata rakyat, kekuatan peribadi Anwar begitu menonjol dari dulu lagi ketika beliau menjadi pemimpin ABIM. Diatas kekuatan inilah Anwar terus disanjung dan dihormati rakyat sehingga kini sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi.Teruskan Anwar .. Pejuang kebenaran dan menegakkan keadilan sentiasa diuji  dengan fitnah ..
"Wama karu wama karullah, wallahukhairun makireen" yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang ..yang sebaik-baiknya merancang  hanya Allah". 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat.

Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan.

“Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. “Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa.

Thursday, March 24, 2011

Rahim Thamby Chik Kembali Dilayar Perak

Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dikatakan menjadi dalang fitnah video lucah adalah Pengerusi Risda dan bekas Naib Presiden Umno selain menjadi Ketua Menteri Melaka yang mempunyai “dendam kesumat” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun dihadapkan di mahkamah atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada tahun 1994, Perdana Menteri Najib Razak melantik Rahim untuk memimpin Risda pada Jun 2008.

Pendakwaan rogol terhadap Rahim bagaimanapun ditarik balik atas alasan tidak cukup bukti sungguhpun pejabat pendakwaraya dilaporkan mempunyai bukti kukuh termasuk kenyataan mangsa dan anggota keluarganya.

Beliau dilihat sebagai sekutu kuat Tun Mahathir Mohamad yang dikatakan melindungi Rahim daripada disabit atas tuduhan rogol itu.

Saya Tonton, Individu Dalam Video Bukan Anwar – Johari Abdul

Bukan Anwar yang lakukan sex.. berdasarkan 6 faktor (Harus Baca)
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul, pimpinan KEADILAN yang ‘dijemput’ melihat rakaman pita seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar.
Ketika membuat pendedahan itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi, Johari berkata beliau yakin mengenai perkara itu berdasarkan beberapa faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa Tuhan Jadikan Kau Manusia, Lebih Baik jadikan Haiwan

Rahim Thamby Chik Mengaku Jadi Dalang Video Lucah
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengaku dia adalah dalang di sebalik penyebaran video lucah yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahim hadir bersama seorang lagi ahli trio ‘Datuk T’- Shazryl Eskay Abdullah.
Lelaki ketiga, Bendahari Agung Perkasa dan bekas Senator Dewan Negara, Shuib Lazim tidak hadir pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa itu.


Rahim Thamby Chik pada tahun 1994 didakwa terlibat melakukan seks dengan budak perempuan berusia 14 tahun dan merupakan musuh politik Anwar dari dahulu lagi.

Dalam Fitnah 1998, beliau adalah dalang di sebalik penulisan buku “50 Dalil..” yang membawa kepada fitnah pertama itu.

Anwar kelmarin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Fitnah terbaru ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terkini untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam arena politik Malaysia./Keadilandaily

Detik Terbaik Melebur Fitnah 1, 2 dan 3 !! (WAJIB BACA!!!)


Jam 2.48 am, malam ini walaupun aku belum tidur, jiwa aku rasa tenang. Kalau nak tidur pun bila-bila masa boleh lelap. Tapi sebab nak menulis sikit tentang rentetan peristiwa tiga hari ini, aku mengambil keputusan untuk tidur lewat sikit walaupun esok kerja. Menulis dengan bahasa yang santai.

Aku yakin malam ini tidur aku nyenyak, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan, blogger, penyokong Pakatan Rakyat dan bakal pengundi baru Pakatan Rakyat (setelah melalui detik dua hari ini semenjek video seks halal ditayangkan di hotel terkemuka negara) dan semua yang berjuang menegakkan keadilan, pasti akan tidur nyenyak.

Tak tau lah pulak apa nasib Najib dan gerombolannya yang sudah terkantoi sepanjang hari ini. Sudah tidur ke belum si Najib? Sudah tidur ke belum wahai datuk-datuk 'T' stooges?

Pertama, aku bersyukur kepada tuhan kerana telah menerbitkan secebis kebenaran. Benarlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya akan diangkat tanpa hijab lalu dimakbulkan. Kesempatan ini ingin aku ceritakan detik-detik penting yang aku lalui sejak semalam yang menjadi crucial time kepada perlawanan menentang fitnah demi fitnah. Ia seolah-olah satu kemuncak kepada beberapa siri fitnah yang tiap kalinya menemui kegagalan walaupun dirancang dengan bantuan yahudi lakhnatullah.

Baca artikel selanjutnya >DI SINI

Video seks: Najib Bertanggungjawab Teruskan Fitnah- Saifuddin

Sebelum ini, Anwar berulang kali menjadi mangsa fitnah kerajaan Umno. Semenjak beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998, Mahathir Kutty telah memfitnahkan Anwar sebagai peliwat gara-gara takut Anwar bertanding menentangnya di Perhimpungan Agung UMNO.
 Kini  Najib pula merancang menuduh Anwar melakukan sexs luar tabie bagi membuuh karier politik Anwar.  Cara ini digunakan UMNO bagi menghalang Anwar terus bersuara demi takut tembelang kejahatan pemimpin-pemimpin UMNO diketahui rakyat. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab terhadap rakaman klip video fitnah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, perkara itu dibuktikan melalui pendedahan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul bahawa bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Chik adalah dalang video seks berkenaan.

Menurut Saifuddin, Najib turut terbabit dalam skandal itu menerusi satu rancangan pertemuan yang diatur oleh Abdul Rahim, sekiranya Johari dan ahli pimpinan KEADILAN setuju meninggalkan perjuangan parti itu.

Wednesday, March 23, 2011

Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula

"Ini perancangan yang teliti dan dilindungi," itu kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang itu yang membidas penglibatan suaminya dalam skandal video seks lucah yang mengemparkan negara semalam.

Malah, beliau tidak menolak cubaan terdesak kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mensabitkan Anwar dengan konspirasi terbaru selepas mendapati kes pendakwaan fitnah kedua ke atas Anwar tidak lagi relevan di mahkamah.

"Memang ianya konspirasi sebab kes Saiful akan kalah. Jadi buat satu kes yang baru dan ini bermotifkan politik. Buat di Carcosa Seri Negara, satu tempat yang ekslusif yang didalangi dan yang dipanggil editor-editor atasan. Ini perancangan yang teliti dilindungi," ujar Azizah

Kalau Aku Di Tempat Anwar

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).
Baca artikel selanjutnya di bawah ini..

Tahun 1998 kita dikejutkan dengan berita pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Mahathir. Gegak - gempita sekalian alam. Penghinaan terhadap Anwar Ibrahim berterusan. Media perdana terdiri daripada RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain - lain, menjalankan tugas menghina Anwar tanpa jemu - jemu.

Tahun 2010 sekali lagi Anwar dihina. Sekali lagi dunia terkejut. Kerajaan Turki menawarkan perlindungan politik terhadap Anwar. Media perdana sekali lagi memainkan peranan sebagai tukang fitnah yang hebat. Saban hari tanpa penat. Penghinaan yang berterusan hinggalah ke tahun 2011.

Tahun 2011 bermula lagi satu penghinaan yang baru. Video seks yang ditontonkan kepada wartawan. Atas tujuan untuk memperlihatkan betapa kejinya Anwar bin Ibrahim. Serangan bertali - arus dari media perdana juga seperti biasa tidak jemu - jemu. Serangan yang bertali - arus dijangka akan berterusan. Imej Anwar bin Ibrahim pasti akan terjejas di kalangan masyarakat yang tidak mahu memikir dengan baik. Kenapa? Belum sempat Anwar menuding jari kepada Umno dan polis. Najib terus menafikan penglibatan polis. Pemimpin Umno terus menafikan penglibatan mereka. Seolah - olah mereka dalam keadaan gabra tak kena gaya

Pemimpin Pakatan Sepakat Tolak Fitnah Video Lucah Anwar

Rakyat Malaysia harus menolak taktik kotor dan usaha jahat pihak tertentu terutama UMNO sebagai dalang menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan Anwar secara tidak bermaruah.  Apakah pemimpin-pemimpin UMNO takut untuk berdepan dan berhujah dengan Anwar secara profesional melalui politik yang berilmu? Apakah Najib sebagai Perdana Menteri juga takut dengan Anwar? .Terpaksa reka cipta isu sex dan dubur hanya untuk mengekalkan kuasa. 
UMNO langsung tidak ada mileage politk yang bermaruah. Untuk berpolitik secara insan yang berilmiah ,  mungkin tidak ada pada pemimpin-pemimpin UMNO. Apa yang mereka miliki hanyalah memfitnah, reka cipta video sex dengan berlandaskan fakta palsu. 
Umno terpaksa melakukan sandiwara dan cerita-cerita dongeng zaman pak pandir hanya untuk menyekat Anwar dari terus mengungguli sebagai ketua pembangkang dalam politik Malaysia. 
Dari kaca mata Najib dan juak-juaknya hanya Anwar yang jadi satu-satunya  batu penghalang untuk mereka terus berkuasa. Justeru itu politik Anwar harus dicantas samada cara jahat atau baik terpaksa dilakukan demi survival politik mereka yang kian tenat. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak fitnah terbaru video lucah yang cuba mengaibkan beliau dan keluarganya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sebarang tuduhan yang melibatkan maruah dan moral seseorang itu perlu ditolak sekiranya wujud kekeliruan, apatah lagi sekiranya berita itu datangnya dari orang yang diragui kebenaran percakapannya.

Bercakap kepada media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini, Hadi menuntut rakyat Malaysia untuk menolak taktik kotor dan usaha pihak tertentu yang menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan lawan politik mereka.

Beliau merujuk kepada tindakan pihak tertentu yang menyebarkan video yang didakwa sebagai bukti salah laku seksual yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tuesday, March 22, 2011

Jangan Terlibat Dengan Qazaf


Setiap pihak termasuk orang ramai di setiap peringkat diingatkan agar tidak mudah percaya dan membuat perhitungan terhadap sesuatu perkara, dengan hanya berdasarkan sesuatu perlakuan yang ditayangkan di dalam video.
Apatah lagi dengan keadaan terkini yang begitu maju dengan IT dan teknologi canggih, sehingga membolehkan watak-watak yang terdapat dalam video juga boleh ditipu dengan 'superimpose'.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika mengingatkan perkara itu berkata, demikianlah juga dengan tayangan video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu kepada para wartawan hari ini.

Menurut beliau, tayangan video itu ternyata begitu mengaibkan dan ia turut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Katanya, antara persoalan yang boleh dikemukakan, sekiranya dalam Islam fitnah itu diharamkan, dalam Islam juga dilarang menuduh seseorang hanya berdasarkan perlakuannya yang ditayangkan di dalam video.

PAS Minta Polis Siasat Video Lucah Fitnah Anwar

Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.

Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat.

Najib 'Lewat' Tiga Tahun Menawarkan Sampel DNAnya

Wira Arjuna
Apakah kuasa atau ‘maruah’ yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Ketua Pembangkang untuk menyerahkan DNA beliau dalam kes liwat fitnah 2.

Berucap di Kuching semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya.

Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jelas menunjukkan Najib bukan sahaja mengenali model Mongolia itu tetapi dikatakan mengadakan hubungan seks dengannya.

Rasanya tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib kepada Abdul Razak Baginda (penasihat Najib) dan pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...