Monday, February 28, 2011

Ali Rustam Persenda Wakil Persatuan Cina


Jika BN menang, BN akan tunaikan janjinya, jika tewas.. ?  Boleh disamakan juga dengan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.  Begitulah sikap pemimpin Umno yang hipokrit, mengugut kaum cina supaya mengundi BN. Seharusnya sikap Ali Rustam tidak matang seperti mempersendakan orang cina serta menafikan hak rakyat berbilang bangsa di negara ini. Apakah slogan ' 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan' atau slogan donggeng semata-mata hanya untuk meraih undi rakyat..? Apakah beliau ingat orang Umno-BN saja pembayar cukai..? atau beliau fikir duit rakyat, duit mak bapak mereka? Begitulah watak khianat pemimpin Umno yang penuh penipuan, sanggup melakukan apa saja demi politik sempit mereka.  .

Baca selanjutnya di bawah ini ...
Episod cubaan 'merasuah' pengundi Cina seperti di Miri dalam PRK lalu berulang lagi di PRK Merlimau. Di Miri Perdana Menteri, Dato Seri Najib berkata dalam satu ceramah kempen BN di Miri memberitahu pengundi dan penduduk Cina...' lu tolong gua dan gua tolong lu..."

Ketua Menteri Melaka, Dato seri Ali Rustam seperti belajar dan meniru dari bossnya dengan hari ini memberitahu kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong dengan memberitahu kumpulan berkenaan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Antara tuntutan kumpulan berkenaan ialah sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Taib Mahmud Lebih Kaya Daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle

Clare Rewcastle Brown bersama Peter John Jaban giat mendedahkan kekayaan luar biasa Taib Mahmud
Memandangkan kekayaan Taib adalah luar biasa, rakyat Sarawak harus berani membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang. Jika beliau masih lagi kekal sebagai Ketua Menteri,  samalah mengekalkan perasuah dan penyamun  harta rakyat, nescaya khazanah Sarawak akan terus dinikmati bersama keluarganya,  malah rakyat akan terus menderita dan dihimpit kemiskinan, sedangkan hasil bumi Sarawak adalah yang tertinggi di negara ini. Rakyat Sarawak harus menyingkir Taib dari terus berkuasa dengan tidak memberi undi kepada BN (BARISAN NASIONAL).  
Baca selanjutnya di bawah ini ...

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown.

Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.

“Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid itu.

Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.

Sunday, February 27, 2011

PRK Kerdau : Hadi Seru Pengundi Pilih PAS Untuk Selamatkan Negara

Jangan undi Umno-BN ...
Jika rakyat memberi undi kepada UMN0-BN, samalah mengekalkan kezaliman akan terus berlaku. Khazanah negara dan wang rakyat akan terus diangkut dengan berbagai-bagai bentuk penipuan. Kroni diutamakan, rakyat akan terus sengsara dengan kenaikan harga barang. Akta Zalim ISA akan terus dikekalkan untuk kepentingan UMNO-BN. Perasuah akan terus kekal sebagai pemimpin dengan tidak diambil tindakan. Rakyat yang cerdik, adalah rakyat yang berani melakukan perubahan demi anak cucu kita dimasa depan. Satu contoh yang boleh diambil ikhtibar  ialah kebangkitan rakyat mesir yang tercetus akibat kezaliman yang dilakukan penguasa negara mereka. Ditekan, ditindas tanpa boleh bersuara, dengan memperkayakan kroni-kroni, rakyat hidup penuh sengsara. Dengan kesedaran anak-anak muda inilah, mereka bangkit bersatu menentang rejim diktator Hosni Mubarak. Jadi rakyat di sini seharusnya bangkit dengan mengunakan akal dan fikiran dengan menolak UMNO-BN dan memberi undi kepada PAS -Pakatan Rakyat.   
Baca selanjutnya di bawah ini ...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru warga Kerdau mengambil kesempatan menerusi saluran pilihanraya kecil ini untuk melunaskan tanggungjawab menyokong dan memilih PAS untuk kebelangsungan misi menentang Barisan Nasional demi membela rakyat dan menyelamatkan negara.

Beliau juga menyifatkan berdepan dengan Barisan Nasional seumpama berlawan dengan orang kurang siuman kerana mereka sering mengamalkan pilihanraya tidak adil dengan mengheret Pakatan Rakyat berlawan di padang yang tidak sama rata.

"Kita berdepan dengan lawan yang tidak siuman kerana mereka tidak pernah mengikut peraturan"

"Sekurang-kurangnya kehadiran kita di sini adalah untuk menyatakan bantahan terhadap BN yang banyak merosakan rakyat, harta negara dek kerana mereka tidak amanah urus kuasa," katanya.

Tidak mustahil Sekiranya PAS Menang Di Merlimau

Untuk PAS menang Di DUN Merlimau ...
Untuk menang, PAS harus turun dengan seluruh tenaga yang ada dan mesti bersatu , berpadu, demi memenangkan calon kita. Lupakan segala sengketa yang ada dengan berpegang satu matlamat, untuk tumbangkan UMNO-BN yang zalim dan bongkak.  PAS harus akui DUN Merlimau ini adalah kubu kuat UMNO dan bukan perkara yang mudah jika ahli-ahli serta penyokong Pakatan Rakyat tidak ada komitmen. Pemimpin-pemimpin PR serta penyokong atau ahli serta yang tidak ahli yang  cintakan keadilan demi menegakkan kebenaran, harus komited demi menuju kemenangan. Jika kita yakin dan tabah serta bersatu di bawah satu panji kebenaran, insyaallah kita menuju kearah kemenangan.. 
Baca selanjutnya di bawah ini..
PAS tidak akan menyerah kalah meskipun di kubu kuat Umno BN sebaliknya akan terus menggunakan peluang yang ada untuk mengajak rakyat membuat perubahan.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Merlimau untuk menang dan yakin mampu menghadapi persaingan sengit dengan pihak lawan.

"Mahathir pernah kalah kepada calon PAS di kubu kuat BN jadi kita lawan dulu. Kita bagitahu kepada rakyat tawaran kita dan keburukan yang sedang dilakukan BN di negeri ini dan kita serah kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kalau kalah, pilihan raya akan datang kita masuk lagi.

"PAS masuk pilihan raya untuk menang. Di mana sahaja tempat yang kita boleh bagi tentangan (kepada BN) kita akan bagi kerana PAS nak pastikan risalah perjuangan kami diterima rakyat dan perubahan dalam negara ini dapat dilakukan," katanya.

Ribuan Penyokong PR Hadiri Proses Hari Penamaan Calon DUN Merlimau


Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang menyandarkan harapan kepada calon PAS.

Pegawai pengurus pilihan raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff Roslan Ahmad (BN) pada jam 11.35 pagi mengumumkan calon PAS, Yuhaizad Abdullah (PAS) akan bersaing dengan calon BN, Roslan Ahmad.
Pegawai pengurus pilihan raya DUN Kerdau, Tariff Abdul Rahman pula mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi antara calon PAS, Hassanudin Salim dan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pimpinan PR di Hari Penamaan Calon DUN Kerdau
Beberapa bantahan dikemukakan di kedua-dua kawasan pilihan raya tetapi semuanya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)- KeadilanDaily

Gambar-Gambar Di Hari Penamaan Calon DUN Merlimau

Gambar ihsan - Topeng Perak Unmasked

Gambar ihsan - Topeng Perak Unmasked

Gambar ihsan - Topeng Perak Unmasked

Gambar ihsan - Topeng Perak Unmasked

Gambar ihsan - Topeng Perak Unmasked

Sumber - Foto Koleksi dari Topeng Perak Unmasked

Saturday, February 26, 2011

Anwar Persoal Kritikan Najib Ke Atas Yusuf Qardawi Dan Ikhwanul Muslimin


Datuk Seri Anwar Ibrahim  dengan lantang  membidas Najib, jangan menuduh dengan tidak ada bukti  Ulamak termuka dunia, Sheikh Yusuf Al Qardawi  sebagai pengganas ...
Baca selanjutnya di bawah ini ..

Anwar merujuk kepada laporan National Review yang memetik Najib sebagai menggesa Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan.

Najib dalam satu wawancara di Istanbul, Turki berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap penyumbang dalam proses menjayakan demokrasi di negara itu selagi tidak menolak keganasan.

" Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?, " kata Anwar.

"Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan," tambah Anwar dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Friday, February 25, 2011

Nasihat Najib Razak Kepada Gaddafi Umpama 'Mengata Dulang Paku Serpih'

Tiada bezanya antara Gaddafi dan Najib ...
Najib cuba menasihati pemerintah Libya supaya tidak menggunakan kekerasaan  terhadap rakyatnya. Rakyat Libya kini mengikut langkah-langkah rakyat mesir turun di jalan raya menuntut hak mereka demi menegakkan keadilan sejagat. Mengata dulang paku serpih, nasihat orang dia yang lebih. Najib sepatutnya mencerminkan  diri sendiri terlebih dahulu. Apakah polis Malaysia tidak melakukan kekerasan..? atau bertindak adil ketika rakyat membuat bantahan..? Siapa yang lebih berkuasa dari polis..? Tentu Najib tahu jawapannya. Polis Malaysia lebih kurang sama saja dengan polis di negara yang mengamalkan kuku besi. Najib sendiri menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa. Setiap kali rakyat membuat bantahan meskipun bantahan itu dibuat secara aman, tapi sikap polis tak ubah seperti sikap polis di negara-negara diktator, menangkap secara kekerasan, memukul serta menendang setiap kali rakyat membuat bantahan untuk kepentingan awan. Gas pemedih mata ditembak dengan begitu rakus walaupun bantahan itu di buat untuk menuntut hak dan kebebasan bersuara dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Apakah Najib tidak sedar, apakah yang beliau lakukan selama ini.? Janganlah nak berlagak sebagai pemerintah yang baik. Rakyat tahu siapa beliau  yang sebenarnya ..
Baca selanjutnya di bawah ini ...
Mengata dulang paku serpih, nasihat orang dia yang lebih" itu peribahasa yang digunakan oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua bersabit nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahukan pemerintah Libya tidak menggunakan kekerasan bagi menumpaskan bantahan orang awam di negara itu.

Tian berkata Najib Razak harus terlebih dahulu membendung keghairahan polis Malaysia melepaskan gas pemedih mata dan memukul rakyat setiap kali mereka berkumpul membantah pelbagai isu berkepetingan awam sebelum mengeluarkan nasihat sedemikian.

Tian berkata teguran Najib kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak kena pada tempatnya, kerana kerajaan Umno-BN turut menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan di negara, walaupun ia diadakan secara aman

Yuhaizad, Hasanuddin Calon PAS Di Merlimau, Kerdau


PAS telah memilih Yuhaizad Abdullah, 38 sebagai calon pada pilihan raya (PRK) DUN Merlimau, manakala Hassanuddin Salim 43, akan mewakili PAS di Piihan raya kecil, Kerdau. Pilihan raya kecil itu akan dijalankan serentak pada 6 mach ini, manakala penamaan calon akan diadakan pada 26 Februari ini. Sama-sama kita doakan, agar kedua-dua calon PAS dapat memenangi dalam pilihanraya kecil itu. Insyaallah ...

Baca selanjutnya di bawah ini...
MERLIMAU: Yuhaizad Abdullah diumum sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau manakala Hassanuddin Salim berusia 43 tahun bagi DUN Kerdau.

Yuhaizad, Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin diumum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon pada jam 11.25 malam, depan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS DUN Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Mengikut Harakah Daily, pemilihan anak jati Kampung Chincin yang terletak dalam DUN Merlimau, berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberi tentangan sengit kepada BN.

Thursday, February 24, 2011

Janganlah Umno Berlagak Sebagai Hero Nak Bela orang-Orang Melayu

Umno lah Pengkhianat ..
Siapa yang mengkhianati melayu..? UMNO atau PAS? Umno sebenarnya lupa sejarah... Sejarah tidak boleh membohongi hidup kita. Lupakah Pemimpin-pemimpin UMNO.? Siapakah yang hakis hak melayu dan menarik kuasa raja-raja melayu? Masihkah kita ingat, siapa yang tabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan? Siapa yang mengkhianati Dasar Ekonomi Baru? Sedangkan DEB dicipta untuk menaikkan taraf ekonomi orang melayu.  Dimana wang PPRT untuk melayu miskin..? AP pula untuk kuota melayu. Tapi melayu mana. Tentu melayu atasan dari UMNO yang membolotnya..  Yang tertindas hanyalah melayu pinggiran.  Projek dan tender kecil untuk melayu bawahan diambil dan di Ali babakan. Siapakah yang untung.? Tentu pemimpin melayu UMNO. Hak istimewa orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan pula dipinda. Siapakah yang memindanya..?  Biasiswa pula untuk anak-anak melayu dihapuskan.. Siapa yang menjadi dalang dan pengkhianat.? Royalti minyak untuk rakyat Kelantan dinafikan hak sedangkan rakyat Kelantan 95 peratus dari bangsa melayu. Siapa yang hapuskan Matermatik dan Sains dari bahasa melayu kepada bahasa Inggeris.? UMNO sepatutnya tak layak nak bercakap soal bangsa. Bercakap soal melayu dikhianati hanyalah gimit politik UMNO semata-mata.   Mereka sebenarnya hilang kredibiliti sokongan politik daripada orang-orang melayu, terpaksa memainkan isu melayu untuk mendapat simpati orang melayu. Jika tidak dapat sokongan melayu, terkial-kial mencari sokongan. Setelah mendapat sokongan melayu, hilang melayu pun tak apa, asalkan aku, kroni aku, kaya raya. Melayu yang lain papa kedana...Kesimpulannya UMNO lah pengkhianat kepada bangsa melayu... 
Baca selanjutnya di bawah ini...
PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.

“Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya, kata beliau Umno yang perlu meminta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu.

PAS, katanya mencabar Umno supaya menjawab beberapa persoalan, antaranya angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.

Wednesday, February 23, 2011

Pilihanraya Sarawak - Masihkah Sarawak 'fixed deposit' BN?



Timbul tanda tanya, sampai bila Taib Mahmud ingin menjadi Ketua Menteri Sarawak? Jika beliau terus berkuasa kemungkinan khazanah negeri Sarawak akan terus di bolot.. Nampaknya tidak ada petunjuk yang beliau ingin meletak jawatan. Sehingga kini, beliau telah merajui Sarawak sudah tiga puluh tahun. Apakah tidak ada pemimpin lain yang kemampuan untuk mengganti tempat beliau?  Atau pun jawatannya nanti  akan diberi kepada kroni-kroninya? Mengikut laporan Tabung Bruno Manser (BMF) mendedahkan 49 firma milik beliau di seluruh dunia. Begitulah asetnya begitu banyak dikumpul, ketika menjadi Ketua Menteri. Kesimpulannya terpulanglah kepada rakyat sarawak samada untuk mengekalkan nya atau tidak. Katakan tidak pada Taib Mahmud serta buat pilhan yang bijak dalam pilihan raya nanti. Ubah sekarang sebelum habis kekayaan sarawak disapu bersih. Tolak Umno-BN dalam pilihan raya nanti.
Baca selanjutnya di bawah ini ...
Aspan Alias menulis ...
Sarawak akan menghadapi pilihanraya negeri selewat-lewatnya pada bulan Julai yang akan datang. Sarawak sekarang menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti politik yang akan menawarkan calun masing-masing untuk mendapatkan mandat rakyat bagi menubuhkan kerajaan negeri yang sekian lama dipegang oleh BN hanya dengan seorang pemimpin yang bernama Tan Sri Taib Mahmud (TSTM).

TSTM telah menerajui kerajaan Sarawak selama 30 tahun dan masih lagi mahukan kuasa memimpin itu diberikan kepadanya. Nampaknya Sarawak tidak mempunyai pemimpin lain dari Taib Mahmud kerana semua yang telah dianggap akan menjadi pengganti beliau semuanya sudah bersara dan tidak mahu lagi terlibat dan politik.

Jika BN masih lagi memenangi pilihanraya ini, Taib Mahmud akan duduk menerajui kuasa di Sarawak sekurang-kurangnya selama 35 tahun sebelum menghadapi pilihanraya yang berikutnya. Ini merupakan rekod yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pemimpin di negara ini. Malahan TSTM akan menjadi salah seorang ketua kerajaan yang paling lama dalam dunia ini.

Tuesday, February 22, 2011

Apabila SPR Tidak Telus, Rakyat Pilih Jalan Raya – Anwar


Rakyat kini celik dengan apa yang berlaku di negara ini. Berbagai-bagai tekanan yang di lakukan terhadap rakyat sehingga harga barangan semakin meningkat, taraf kehidupan semakin tinggi.  Pemimpin dan kroni didahulukan, rakyat ditipukan...
Baca selanjutnya di bawah ini ...
KERDAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran kepada Datuk Seri Najib Razak supaya mengadakan pilihan raya secara telus dan adil jika tidak mahu rakyat memilih jalan raya.

“Jika pemerintah terus memanipulasikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melakukan penipuan, Pakatan Rakyat tidak teragak-agak menggerakkan jentera rakyat secara besar-besaran,” katanya.

Ucapan itu disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 15,000 hadir program ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat Kuala Krau di Markas Pas Kerdau, malam tadi.

Turut hadir ialah Naib Presiden, Tian Chua; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Bruno Manser Fund (BMF) Dedahkan 49 Firma Milik Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud



Laporan demi laporan didedahkan oleh berbagai pihak tentang kekayaan Taib Mahmud, mempunyai aset kekayaan yang menakjubkan  di seluruh dunia. Jika secara logik akal seorang Ketua Menteri mempunyai aset yang begitu banyak seharusnya disiasat oleh SPRM. Yang peliknya, kenapa SPRM masih lagi membisu..? Apakah keistimewaan yang dimiliki beliau menyebabkan kekebalan, sehingga beliau tidak boleh disiasat..? Apakah kerana kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri menyebabkan SPRM takut untuk menyiasat beliau..? Tanda tanya inilah menyebabkan rakyat menganggap  SPRM sebagai kuda tunggangan, remote control yang mana boleh disiasat.. yang mana tidak boleh disiasat.
Baca selanjutnya di bawah ini ...
Empat benua di dunia didedahkan sebagai tempat 49 firma yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dan keluarganya.

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini menyenaraikan negara berkenaan termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Monday, February 21, 2011

Utama Melayu: Utusan Putar Belit Kenyataan Nik Aziz


Utusan Malaysia sepatutnya  tidak mengambil kesempatan memutarbelit kenyataan Tuan Guru Nik Aziz. Seharusnya biarlah dilihat sebagai sebuah akhbar penyebar fikiran rakyat. Bukan sekadar mengambil peluang sebagai ejen fitnah serta alat propaganda politik sempit UMNO. Justeru itu , biarlah dilihat sebagai sebuah akhbar yang professional  bebas,  wibawa tidak menggadai prinsip dan etika kewartawanan. 
Baca selanjutnya di bawah ini...
Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk 'Nik Aziz ubah nada' sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan Mursyidul Am PAS itu.

Katanya, demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa akhbar lidah Umno itu sekali lagi menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat profesional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan.

Ahmad Fadhli menjelaskan bahawa laporan tersebut merujuk kepada ucapan Nik Aziz ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jimanan PAS, yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Sebenarnya, tegas beliau, Nik Aziz hanya merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain.

Sunday, February 20, 2011

Jika Umno Bela Melayu Kenapa Perangi Kelantan


Berbagai-bagai cara dan  tuduhan yang dilemparkan oleh UMNO apabila PAS berpakat dengan DAP.  Tidak ada salahnya jika PAS bersama dengan DAP dengan satu matlamat, bersatu, bersama dalam pilhan raya untuk menumbangkan UMNO yang zalim. Begitulah juga dengan UMNO yang berpakat dengan MCA. Apa tujuannya? Segala-galanya untuk memberi  kekuatan kepada UMNO dalam pilihan raya.. Jika Umno tidak bersama serta berpakat dengan MCA, nescaya UMNO sudah lama ditelan zaman. Begitu juga UMNO dilihat mengunakan pelbagai cara supaya MCA tidak keluar dari komponennya. UMNO melihat, jika MCA tidak bersamanya, maka undi kaum cina akan berpindah ke Pakatan Rakyat. Justeru itu, UMNO sentiasa mencari pelbagai cara dan tipu helah dengan cara halal atau jahat supaya PAS dan DAP berpecah. Malah, UMNO juga mencari jalan untuk menjatuhkan PAS di Kelantan dengan mengatakan PAS tidak jaga kepentingan orang melayu, seolah-olah UMNO lebih melayu dari PAS dan orang melayu pulak tak boleh hidup tanpa UMNO. Cara begitulah yang sentiasa UMNO sebar untuk memesongkan pemikiran rakyat Kelantan. UMNO jaga melayu konon, tapi kenapa mengkhianati Kelantan sedangkan majoriti rakyatnya adalah melayu yang beragama Islam. Segala-gala projek pembangunan di Kelantan di lambat-lambatkan. Kesimpulannya bukan nak jaga melayu tapi pemimpinnya nak projek dan tender di Kelantan. Itu saja... 
Baca selanjutnya di bawah ini...
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.

Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.

'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.

"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.

Saturday, February 19, 2011

Kes Anwar: Pakar Kimia Gagal Ikut Prosedur, Keputusan DNA Mencurigakan, Kata Peguambela


Penguambela Anwar berjaya menunjukkan urutan pemeriksaan doktor pakar terhadap Saiful dan ujian yang dijalankan oleh pakar kimia kerajaan serta keterangan saiful sendiri banyak bercanggah dan risiko bukti direka cipta adalah amat jelas. Lebih banyak mencuriga serta mengelirukan mengenai keputusan DNA  didedahkan pada pembicaraan. Kesimpulannya, kes liwat  Anwar hanyalah donggeng yang direka-reka untuk menutup mulut Anwar dari terus bersuara di persada politik tanah air. Direka cipta isu liwat, kemudian tuduh Anwar, dakwa Anwar bawa Anwar ke Mahkamah, lepas itu jatuh hukuman terhadap Anwar.  Habis cerita, kemudian bawa Anwar ke penjara. Itu saja yang boleh menutup suara-suara Anwar. Apa yang Najib takut hanyalah kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin. Itu saja...      

Baca selanjutnya di bawah ini...
Lebih banyak keterangan curiga dan mengelirukan mengenai keputusan DNA didedahkan pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila peguambela menyoal balas pakar kimia kerajaan yang menjalankan pemeriksaan itu.

Pada satu ketika, pakar berkenaan Dr Seah Lay Hoong tidak menolak kemungkinan DNA air mani yang dijumpai pada tubuh pengadu Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 suspek.

Peguambela RamKarpal Singh memberitahu pemberita bahawa pemeriksaan DNA yang dijalankan amat rapuh untuk disandarkan sebagai bahan bukti kerana tidak telus dan bercanggah dengan prosedur yang menjadi amalan antarabangsa.

Semalam mahkamah digemparkan dengan pengakuan Dr Seah menemui tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful.

Pada hari ini peguam bela Datuk Seri Anwar memberi tumpuan kepada peralatan yang diguna pakai oleh Dr Seah serta rumusan-rumusan yang dibuat mengenai ujian DNA atas sampel yang diterima daripada polis.

PRK Kerdau, Merlimau serentak 6 Mac


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Pahang akan diadakan pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof turut memaklumkan bahawa tarikh penamaan calon PRK Kerdau pada 26 Februari.

Ini menjadikan PRK Kerdau dan Merlimau, Melaka diadakan serentak.

Pada 28 Januari lalu, SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK Merlimau ialah pada 26 Februari dan hari pengundian pula 6 Mac- Harakahdaily

Friday, February 18, 2011

Nik Aziz: Tidak Percaya Kebaikan Islam, Umno Sesatkan Bangsa

Tidak timbul langsung dilema  melayu di sisi Islam. Justeru itu Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai kebaikan, kedamaian serta kemakmuran di dunia hingga ke akhirat. Umno seharusnya, terimalah perjuangan Islam dan tinggallah perjuangan sekular yang tidak bererti. Bila tolak Islam bererti kita menolak agama kita sendiri. Kita mengakui yang kita muslim tapi kita tidak menerima Islam sebagai rujukan kita. Akibat tidak mengamalkan kebaikan ajaran Islam maka  timbullah bermacam-macam dilema terhadap orang melayu itu sendiri .
Baca seterusnya di bawah ini ...
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kegelishan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada “Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa.”

Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.

Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa

 dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam.

Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India.

Thursday, February 17, 2011

Ibunda Tercinta Haji Mohamad Sabu Kembali Ke Rahmatullah Jam 1.18 pagi tadi



 Semoga rohnya di tempat bersama-sama orang yang soleh. A-Fatihah..

Seluruh Jawatan Kuasa dan ahli PAS Kawasan Batu mengucapkan takziah atas pemergian ke hadrat Illahi bonda tercinta kepada Tuan Haji Mohd Sabu, Pengerusi Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat kira-kira jam 1 pagi tadi di kediamannya di Guar Petai, Tasek Gelugor.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhor di Masjid Kg. Padang Menora, Pulau Pinang. Demikian satu kenyataan ringkas Setiausahanya, Haji Ismail Yahya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi.

Sementara itu, Setiausaha Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Tarmizi Mohd Jam bagi pihak seluruh jawatankuasanya turut mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Mohd Sabu atas kehilangan sumber inspirasi dan ibu tercinta. - AL-FATIHAH.

Sumber - SanggahTokSago.com

Wednesday, February 16, 2011

Risalah Balik Pulau: Pulau Pinang Saman Adun Umno, Utusan

Utusan Malaysia milik Umno  telah menyiarkan berita palsu yang berbentuk menghasut sentimen perkauaman terhadap kerajaan Pulau Pinang yang telah meminggirkan  sumbangan orang melayu, juga Utusan Malaysia meneruskan agendanya melaporkan cerita-cerita donggeng yang memfitnahkan Kerajaan Pulau Pinang mengeluar risalah 'My Balik Pulau' yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dengan subahatnya kerajaan persekutuan. Kesimpulannya..  Umno ketandusan idea yang menarik untuk menjatuhkan imej kerajaan Pulau Pinang dengan menyiarkan cerita-cerita politik Pak Pandir yang bodoh di zaman dulu kala. Jika nak jatuhkan kerajaan Pulau Pinang, biarlah dengan cara bertamaddun, bukan dengan cara mereka-rekakan cerita palsu yang tidak boleh diguna akal. Berpolitik biarlah berlandaskan fakta bukan dengan emosi. Baru nampak cerdik. .
Seterusnya baca di bawah ini...
Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My Balik Pulau.

“Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ceramah Anwar Di Merlimau, Polis Enggan Keluar Permit


Begitulah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi. Program ceramah Pakatan Rakyat sentiasa dihalang pihak polis. Sentiasa diganggu dan rakyat pula dipukul dan ditangkap. Alasannya tidak ada 'PERMIT'. Alasan begitu sering didengar di mana-mana tempat apabila polis buat kenyataan. Jika PR memohon permit,  permohonan itu ditolak. Lepas ditolak, alasannya pula disebabkan tempat ceramah terlalu kecil.  Begitulah peranan dan sikap polis terhadap rakyat,  bertentangan dengan slogan 'Tegas, Adil dan Berhemah'. Yang pelik Bin Hairan, jika Umno-BN buat ceramah,  polis hanya datang sebagai pemerhati dan tidak mengganggu ceramah itu. Begitulah sikap 'double standard' yang dimiliki polis Malaysia, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.    

MERLIMAU: Program ceramah ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’ di Melaka dijangka berdepan halangan apabila polis enggan mengeluarkan permit.'Tegas, Adil dan Berhemah

Walau pun semua dokumen dan borang yang diperlukan sudah diisi, polis memberi alasan permit tidak dikeluarkan disebabkan tempat ceramah terlalu kecil, kata Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban.

“Permohonan permit ditolak atas alasan tempat ceramah terlalu kecil sedangkan kita sudah sediakan pelan tempat ceramah yang turut menyatakan dengan jelas tempat ceramah dan juga kawasan lapang di sebelahnya mampu memuatkan sehingga dua ribu orang,” kata Mahani sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com hari ini.

Menurut Mahani, pada mulanya beliau diminta membuat rayuan kepada Ketua Polis Jasin namun selepas rayuan dibuat, beliau diarahkan melanjutkan rayuan kepada Ketua Polis Melaka. Namun sehingga kini katanya, polis masih belum memberikan sebarang jawapan.

Tuesday, February 15, 2011

Dulu Gambar Guan Eng Menyembelih Korban, Kini Berkopiah Pula


Begitulah cerita-cerita donggeng yang dihasilkan oleh juak-juak dan balaci Umno. Mereka cuba mereka-rekakan cerita yang kononnya Lim berkopiah. Lim sememangnya  tidak pernah berkopiah. Juak-juak ini mengunakan teknik 'super impose' untuk memwujudkan sensitiviti orang Islam  terhadap Lim. Sebelum ini, Lim  difitnahkan menyembelih lembu korban, kini Lim berkopiah pula. Begitulah cara politik kuno dan songsang juak-juak  yang takut untuk berdepan dengan Lim. Nak berdepan cara debat politik secara bentuk ilmiah, ketandusan idea sebab memiliki fakta palsu, terpaksa mencari modal politik dengan menggambarkan pula Lim berkopiah supaya umat Islam membenci Lim. Setahu aku.. kenapa juak-juak ini tidak mengunakan teknik 'super impose' terhadap Koh Soon Koon ketika beliau sebagai Ketua Menteri, sedangkan beliau sebangsa dengan Lim.

Gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memakai kopiah bersama Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain diedarkan kepada orang ramai di negeri ini.

Gambar yang diletakkan dalam Risalah yang dipercayai menggunakan teknik 'super impose' itu dikesan diedarkan sekitar kawasan Parlimen Balik Pulau sejak seminggu yang lalu - turut diedarkan di masjid-masjid, kampung serta tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

Mengulas perkara tersebut, Lim dalam satu kenyataannya percaya perbuatan tidak bertangunggjawab itu bertujuan jahat dan satu fitnah yang amat dahsyat.

Katanya, ia merupakan satu serangan pihak tertentu dalam usaha mereka memburukkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selain mensabotaj perpaduan dalam PR.

Najib Takut Kalahnya Umno-BN Di Sarawak Punca SPRM Tidak Siasat Taib Mahmud




Sikap SPRM tidak pernah menyiasat Taib Mahmud amatlah dikesali. Banyak laporan polis sudah dibuat tapi SPRM masih berdiam diri. Malah dipanggil pun tidak, apa lagi nak menyiasat. Persoalannya, kenapa SPRM masih bersikap "Double Standard" ?  Apakah keistimewaan yang ada pada Taib sehingga SPRM masih lagi takut untuk bertindak. Jika wujudnya SPRM  hanya untuk menjalankan siasatan terpilih, jalan terbaik bagi rakyat Sarawak untuk menjatuhkan Taib Mahmud melalui pilihan raya dengan tidak mengundi calun-calun dari Barisan Nasional. Jika Barisan Nasional terus berkuasa sebagai pemerintah nescaya hasil bumi serta khazanah negeri atau  negara akan terus dijadikan milik mereka.     

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Baru Bian, berkata ia dapat dilihat melalui sikap berdiam diri SPRM walaupun pendedahan mengenai kekayaaan Taib Mahmud kerap didedahkan.
Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru Bian menyifatkan sikap pengecut Najib menyebabkan SPRM tidak berani menjalankan tanggungjawab dan hanya bersikap menunggu arahan pihak atasan.

“Najib percaya Taib Mahmud mampu memberi kemenangan dalam pilihan raya Sarawak. Ini yang menyebabkan sampai sekarang dia (Taib) tidak disiasat SPRM.

Monday, February 14, 2011

Rasuah Tetap Haram Di Sisi Islam

Jika Isa Samad mempertikaikan rasuah, bukan hanya berlaku di Malaysia tapi kesemua negara di dunia ini, amat malang sekali negara ini mempunyai seorang pemimpin muslim yang  rendahnya pemikiran beliau dalam pengentahuan agama.   Seolah-olah orang lain mencuri, kita juga harus mencuri. Itulah kenyataan bodoh seorang pemimpin yang tidak mempunyai pegangan dalam Islam. Bukan masalah rasuah itu teruk atau tidak di Malaysia. Di mana-mana pun, rasuah itu tetap haram di sisi Islam. Yang jelasnya tuhan telah berfirman dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188. Pemimpin rasuah tetap jijik pada pandangan Islam

Hanya pemimpin yang cetek pengetahuan agama sahaja tergamak membuat kenyataan, kononnya rasuah bukan kesalahan di sisi agama, sedangkan Islam jelas memaktubkan amalan itu sebagai haram dan pemberi serta penerima akan masuk neraka, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau yang mempersoal tindakan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengatakan rasuah bukan masalah besar di Malaysia kerana turut berlaku di mana-mana negara di dunia ketika berucap dalam forum di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam ucapannya, Isa dilapor berkata, rasuah berlaku di Malaysia tidak teruk kerana Malaysia belum mengalami kehancuran akibat gejala terkutuk itu.

Ops Lalang : Kenyataan Mahathir Bertentangan Fakta - Dr Aziz Bari



Sebelum polis menahan seseorang di bawah  (ISA) Akta Keselamatan Dalam Negeri, polis memerlukan satu dokumen yang harus ditandatangani terlebih dahulu oleh Menteri Dalam Negeri sebelum boleh menangkap mereka semua. Tapi siapa Menteri Dalam Negeri ketika itu ? Bukankah Mahathir ? Jika polis menahan seseorang itu di bawah ISA tanpa dokumen yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, maka ianya jelas bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Kenyataan Mahathir yang menyalahkan pihak polis seolah-olah negara ini milik polis adalah fakta palsu yang boleh dikatakan beliau telah nyanyuk dan buta perlembagaan.

Cubaan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad cuba menyalahkan pihak polis di atas penangkapan 106 orang menggunakan akta zalim ISA dalam Ops Lalang 1987 tampak memakan dirinya sendiri.Hal ini juga menimbulkan paradoks dalam pentadbiran Malaysia.

Pakar Perlembagaan Prof. Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa kenyataan itu, sebagai bertentangan dengan fakta yang dilihat semua pihak serta tak boleh dipercayai.

Bagaimanapun jika mengambil kebenaran kata-kata Perdana Menteri keempat itu, ia jelas bertentangan dan melanggar mandat serta perlembagaan negara.

"Kalau selepas hari ini selepas jadi PM dia kata tak tau apa-apa, ini satu perangai yang sangat berbeza dengan apa yang kita nampak, jadi sudah nyanyuk ke dia?, Pada saya, saya tak percaya apa dia cakap.

"Kalau mengandaikan apa yang dia cakap itu betul sekalipun, itu satu benda yang salah. PM adalah orang yang memegang mandat oleh rakyat dan dia tak boleh biar negara ini diperintah polis yang tak dipilih oleh rakyat. Jadi adakah dia nak beritahu kita bahawa Malaysia ni negara Polis, yang orang boleh ditangkap Polis tanpa perintah kerajaan yang dipilih rakyat," ujarnya.

Sunday, February 13, 2011

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka



Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak cuba merasuah sebahagian kakitangan awan dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji . Malangnya tawaran ini tidak dapat tempat dihati rakyat. Apalah sangat dengan kenaikan gaji dengan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi rakyat selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek. Kesedaran rakyat Mesir inilah yang menyebabkan kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung lagi. Malah rakyat Mesir bertekad dan bersemangat dengan pertaruhan nyawa sekali pun untuk membebaskan negaranya dari  cengkaman pemerintahan kuku besi dan rejim diktator Hosni Mubarak.


Hafiz Zainuddin
Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.

Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera". Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!

Jadikan Kejatuhan Hosni Mubarak Iktibar


Penguasa  Malaysia dan Mesir,  sinonimnya lebih kurang sama. Dasar 
ekonominya menekan rakyat, zalim, sistem pilihan raya yang berat sebelah, tidak adil serta pentingkan kroni-kroni. Tangkap ulama dan ribuan rakyat yang bersuara mengkritik dasar-dasarnya, dipenjara serta ada rakyat hilang tanpa boleh dikesan. Hampir 3o tahun, rakyat Mesir hidup di bawah pemerintahan kuku besi.  Doa sekelian rakyat dan ulama termakbur. Kini rakyat Mesir berjaya menumbangkan pemerintahan ditaktor


Peristiwa Mesir perlu dijadikan iktibar anak muda agar berani menentang kebatilan.

Hal itu disuarakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mengikut rapat peristiwa bersejarah ini.

Menurut beliau, keadaan di Mesir sinonim dengan Malaysia dengan penindasan pemerintah terhadap rakyat dan pembangkang.

"Itu merupakan ilmu dan manfaat yang harus kita pelajari apatah lagi dalam konteks Mesir ini dekat dengan Malaysia. Ada pemerintah zalim, dasar ekonomi menekan, sistem pilihan raya yang tak adil serta pembangkang yang tidak dibenar beri pendapat mereka. Lebih kurang sinonim keadaannya dengan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di sini hari ini.

Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada kebangkitan rakyat dengan meletak jawatan pada hari ke-18 demonstrasi rakyat dan disambut gembira penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Thahir.

Semalam Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera

Saturday, February 12, 2011

Adun Kerdau Meninggal Dunia, Satu Lagi Pilihanraya Kecil

Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh, Al-Fatihah

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada jam 6.30 petang.

Tahniah Kepada Seluruh Rakyat Mesir Yang Bangkit Menentang Regim Diktator Hosni Mubarak


Rakyat bangkit menentang kezaliman rejim diktator, Hosni Mubarak 
Jika amalan kerajaan mana sekali pun di bumi ini yang rasuah, zalim, tidak mengikut undang-undang, tutup segala ruang demokrasi serta menindas rakyat dengan bermacam-macam akta untuk terus berkuasa, maka suatu hari nanti akan tetap tersungkur ke bumi ditangan rakyat. Suara Rakyat adalah suara keramat. Jangan harap dapat kekal selama-lamanya. Sebaliknya buatlah apa cara sekali pun by hook or by crook , sampai masa rakyat akan bangkit... bangkit untuk menuntut kebenaran dan keadilan. Kerajaan Zalim, tidak akan dapat bertahan lama. Kerajaan yang zalim seharusnya mengambil iktibar daripada kejatuhan rejim Hosni Mubarak yang bertindak zalim dan diktator bukan saja kepada rakyatnya malah  kepada seluruh ummat Islam di dunia, setelah Hosni bertindak bersama-sama dengan Zionis Israel dengan membunuh ummat Islam Palestin yang tidak berdosa. Syabas !!!.. Tahniah!! rakyat Mesir yang bersatu menyatukan kekuatan untuk menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak.   


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkalungkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir yang bangkit melawan regim Hosni Mubarak hingga menjatuhkan pimpinan kerajaan diktator itu.

“Tahniah rakyat Mesir! Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.

“Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka.
“Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi,” katanya.

Desakan Kebangkitan Rakyat, Hosni Mubarak Akhirnya Letak Jawatan

Rakyat Mesir bangkit dengan nekad, tidak akan berundur ke belakang lagi  samada menang atau kalah dalam tuntutan untuk menghapuskan rejim diktator Hosni Mubarak,  sekali pun nyawa menjadi pertaruhan. Tahniah rakyat Mesir. Lapan belas hari berhimpun membuat bantahan secara besar-besaran sehingga berakhirnya pemerintahan rejim diktator. Kejatuhan Hosni Mubarak sebagai pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah. Suara rakyat, suara keramat.  Penguasa zalim, rasuah serta khianat harus disingkir. Kini kuasa rakyat tegak di Mesir. Kepada pemerintah Malaysia, jadikan pengalaman ini satu pengajaran. Jika kita sering bertindak zalim terhadap rakyat,  menghalalkan cara, kemungkinan  suatu hari nanti negara kita juga akan ikut jejak langkah rakyat  Mesir. Rakyat tidak akan bangkit secara besar-besaran, jika penguasa bertindak adil dan tidak bertindak zalim terhadap rakyat.  

Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).

Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera.

Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.

Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Friday, February 11, 2011

Ops Lalang: Najib Orang Pertama Yang Sepatutnya Ditahan ISA



Jika polis  bertindak bersendirian tanpa arahan dari Mahathir, nescaya Najib akan ditahan. Mahathir adalah dalang kepada peristiwa Ops Lalang . Ketika itu Najib merupakan Ketua Pemuda Umno yang berucap dengan menghasut rakyat serta mengapi-apikan perkauman, menyebabkan keadaan menjadi tegang. Tapi Najib tidak ditahan disebabkan beliau merupakan Ketua Pemuda Umno. Polis mana yang berani menahan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya tidak dapat restu dan arahan dari pemimpin-pemimpin tertentu. Jika dibuat andaian, Mahathir melindungi beliau diatas kuasanya sebagai Perdana Menteri dan  Menteri Dalam Negeri ketika itu. Sekiranya pihak polis mempunyai kuasa seratus peratus tentu Najib telah pun ditangkap dan ditahan bawah ISA.


Jika benar polis bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang 1987, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya turut sama ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) ketika itu.

Ini kerana Najib yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada masa itu
merupakan orang pertama yang membuat hasutan mengapi-apikan kebencian
sesama kaum.

“Najib adalah orang pertama yang harus kena (ditahan). Dia orang pertama yang mengapi-apikan kebencian sesama kaum sewaktu berucap di perhimpunan di Stadium TPCA Kampung Baru,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad bahawa polis bertindak tanpa arahan beliau semasa Operasi Lalang 1987.

Mahathir berkata demikian di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M:
Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’

Isa Samad Perlu Cermin Diri

Amat malang bagi peneroka felda dapat seorang Pengurusi baru yang terbukti terpalit dengan rasuah. Perlantikan ini seharusnya dipertikaikan oleh warga felda,  memandangkan institusi ini membabitkan orang melayu yang bergantung sepenuhnya sumber rezeki mereka kepada kelapa sawit. Sebaliknya  jika UMNO  bertanggungjawab kepada orang melayu, mereka tidak seharusnya melantik seorang perompak sebagai pengawal bank.  

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Tan Sri Isa Samad mencerminkan dirinya sebelum mempertikaikan hak orang lain bagi membincangkan perlantikan seorang yang terbukti terpalit dengan rasuah dalam institusi penting di negara ini.

Isa Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi FELDA hari ini mempertikai kritikan Angggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara(NEAC) Zainal Aznam Yusof yang menyifatkan perlantikan itu sebagai hari sedih, kerana bekas Meteri Besar Negeri Sembailan itu terpalit dengan tuduhan rasuah.

Bagi Abdullah Sani perkara ini perlu dipertikai kerana ia membabitkan masa depan orang Melayu.

"Perlu dipertikaikan kerana ini masa depan orang Melayu yang khususnya bergantung sumber rezeki kepada kelapa sawit yang dikategorikan sebagai sumber kedua terbesar dalam negara.

Gelombang Merah, Rakyat Kelantan Makin Matang


Disebabkan kehilangan sokongan, Umno Kelantan melancarkan gelombang merah untuk mendapatkan sokongan pengundi muda. Oleh kerana  ketandusan idea, mereka mengambil kesempatan mengunakan anak-anak muda dari "The Red Worrior", kumpulan penyokong pasukan bolasepak Kelantan. Tindakan mereka seolah-olah mengambil kesempatan di atas kejayaan Kelantan dalam menjuarai Piala Malaysia untuk mencari pengaruh baru dalam politik. Mereka gunakan bolasepak untuk kepentingan politik dengan membawa Piala Malaysia ke program parti, biar pun Piala Malaysia bukan milik Umno tapi milik keseluruhan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan samada ahli Pas atau Umno jadikan "The Red Worrior" penyokong setia bolasepak negeri Kelantan bukan menyokong mana-mana pemimpin politik. Jangan jadikan bolasepak untuk kepentingan politik.  Ini melambangkan Umno ketandusan modal untuk menarik sokongan rakyat Kelantan menyokong mereka, kecuali mengunakan bolasepak sebagai platform politik sempit mereka. 

Rakyat Kelantan kini semakin matang dan tidak akan tertipu berhubung pelancaran gelombang merah oleh Umno Kelantan dalam usaha mendapatkan kepercayaan pengaruh pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang.


Menurut Exco Pembangunan Wanita Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Patah Mahmood, tindakan Umno mempolitikkan warna merah akan menjadi 'senjata makan tuan' kepada Umno memandangkan merah putih merupakan warna bendera Kelantan.

“Sebenarnya, bagi kita bila Umno mempolitikkan warna bendera dan sebagainya, kita rasa ia akan menjadi 'backfire' kepada diri dia sendiri. Kita harap rakyat Kelantan tidak tertipu dengan pelancaran gelombang merah yang dilancarkan. Bagi kita, negeri Kelantan mempunyai warna bendera merah dan putih,” katanya.

Abdul Fatah menambah, tindakan Umno seolah-olah mengambil kesempatan di atas kejayaan pasukan bola sepak negeri itu yang digelar 'The Red Worrior' yang berjaya merangkul Piala Malaysia baru-baru ini

Perhimpunan Gelombang Kebangkitan Pas Ganti Umno Kedua Di Besut

"Kita bermula di Kemaman, lepas itu di Besut. Selepas itu, kita akan adakan pula di daerah-daerah lain nanti di seluruh Terengganu - Hadi

Perhimpunan besar-besaran bagi gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno di Terengganu bagi kali kedua dijangka akan diadakan 5 Mac depan.

Jika tidak diadakan pada tarikh itu pun, perhimpunan bagi kali kedua itu tetap akan diadakan pada bulan Mac depan dan tempatnya telah ditentukan di daerah Besut.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, perhimpunan tersebut dijangka akan mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari kalangan penduduk Besut, tetapi juga seluruh penduduk Terengganu.

Menurut beliau, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan sambutan hangat oleh rakyat Terengganu terhadap perhimpunan PAS Ganti Umno bagi kali pertama di Kemaman bulan lalu sehingga disertai sekitar 40,000 orang.

"Kedatangan sebanyak itu sedikit sebanyak bolehlah dikatakan sebagai bukti kemahuan rakyat Terengganu agar gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno benar-benar menjadi kenyataan pada pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Thursday, February 10, 2011

Nik Aziz, Anwar Dan Kit Siang Di Merlimau

Program lawatan pimpinan Pakatan Rakyat di Merlimau. Semua dijemput hadir.

Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Melaka, Bahiki Ismail berkata, tiga orang pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR) iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan melawat Merlimau dan menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Negeri.

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah Merlimau pada 11 Februari, jam 11.00 pagi.

Katanya, Tuan Guru akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di Pusat Tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama.

Tambahnya, pada 12 Februari, Tuan Guru akan menyampaikan ceramah bermula jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan Lim Kit Siang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Ibrahim Abdullah," tambahnya ketika ditemui di Bilik Operasi PRK Merlimau, pagi ini.

Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar PR ini dilihat mampu menaikkan semangat petugas PR dan sokongan pengundi kepada PR bagi menghadapi pilihanraya kecil Merlimau yang dijadualkan pada 6 Mac ini.-HarakahDaily

Bila Kuasa Mengatasi Segalanya,Yang Lemah Terus Ditindas

'My name is Anwar. I'm not a terrorist. Begitulah kata-kata Anwar jika siasatan dilakukan terhadap beliau. Media Umno-BN sentiasa memfitnahkan beliau. Tuduhan beliau sebagai agen Yahudi, agen Amerika, liwat dan sekarang ini sebagai pengganas. Semuanya tak masuk akal dan Khianat. Beliau dinafikan hak berterusan untuk dibicara secara adil. Cerita donggeng spesis cerita-cerita pak pandir zaman dulu kala direka khas hanya untuk kepentingan politik UMNO. Mereka takut untuk berdepan dengan Anwar secara demokratik. Maka diciptakan cerita donggeng dan karut untuk memboleh Anwar dihukum dan dipenjara. 

Katanya, media kawalan Umno-BN tidak pernah berhenti mencanang fitnah terhadap dirinya, bahkan sampai masanya, ia sudah masuk dek akal.

Tuduhan bahawa beliau agen Yahudi, perisik CIA, agen Amerika, terlibat dengan skandal liwat dan akhirnya sebagai pengganas, ibarat alah biasa tegal biasa pada dirinya.

Malah ketidakadilan kepada dirinya berterusan apabila beliau dinafikan hak untuk membela dirinya walaupun terbukti bahawa beliau tidak bersalah.


Bila kuasa mengatasi segalanya, yang lemah akan terus ditindas dan yang dianggap musuh akan terus digulingkan dengan apa jua cara sekali pun.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan tentang hikayat hidupnya bergelar seorang tokoh politik yang tidak kering dengan pelbagai cabaran.

Kenyataan Mahathir bohong mengenai Operasi Lalang 1987


Mahathir harus bertanggungjawab tentang operasi lalang 1987. Beliau menyalahkan pihak polis menyebabkan 106 orang ditangkap dan ditahan di bawah ISA. Secara logik akal, kuasa polis terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri dan ketika itu Menteri Dalam Negeri adalah Mahathir. Memang kerja polis hanya menangkap tapi siapa yang memberi arahan itu..? Tentu kuasa dan arahan penangkapan itu datangnya dari Kementerian Dalam Negeri. Siapa Menteri Dalam Negeri ? Mustahil pihak polis bertindak sendirian dalam tangkapan itu, jika tidak ada arahan dari Mahathir. Janganlah Mahathir sendiri cuba membohongi rakyat dengan memutar belit fakta sebenarnya. Rakyat bukanya bodoh. Beliau terlalu zalim pada rakyat di era beliau sebagai PM. Sejarah kezaliman beliau tidak boleh membohongi dengan kata-kata.  Janganlah cuba lempar batu sembunyi tangan..  


Penjelasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersalahkan polis atas Operasi Lalang yang menyebabkan 106 ditangkap di bawah ISA pada tahun 1987 lalu, jelas merupakan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Selain itu, kenyataan itu juga boleh dilihat sama ada Mahathir telah lupa dengan apa yang telah dilakukan atau mahu menutup imejnya yang buruk semasa menjadi Perdana Menteri dahulu yang amat banyak melakukan tangkapan di bawah ISA.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selaku eksekutif atau Perdana Menteri di negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu, mustahil Mahathir tidak tahu dengan tangkapan ISA dan membiarkan pihak polis yang bertindak sendirian dalam hal itu.

Menurut beliau, pada hal, penggunaan ISA ke atas seseorang itu bukan berada di bawah kuasa polis, tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Menteri Dalam Negeri pula ketika itu adalah Mahathir sendiri.

Wednesday, February 9, 2011

Pendakwaan ADUN Sri Muda - Khalid Samad


Tuduhan yang dikenakan terhadap YB Shuhaimi di bawah akta Hasutan. Jika didapati bersalah, mungkin di penjara atau denda yang boleh membawa kelucutkannya sebagai adun. Apa yang ditulis oleh YB Shuhaimi dalam blognya, jauh lebih kecil tulisannya jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan UMNO dalam pindaan perlembagaan terhadap institusi raja-raja melayu. Kesimpulannya, UMNO lah yang menjadi dalang dan pengkhianat. 


Apakah tindakan ini merupakan fasa ke 2 dalam usaha BN merampas balik Negeri Selangor? Kita tahu bahawa semenjak Najib menjadi Pengerusi UMNO Selangor, maka tindakan-tindakan biadap membelakangkan kerajaan Negeri dan Sultan sendiri semakin menjadi-jadi. Perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri diusahakan dengan begitu bersungguh-sungguh dan semestinya ada perancangan durjana disebaliknya. Bukan sekadar untuk menempelak kerajaan Negeri dan DYMM Sultan, tetapi semestinya ada perancangan yang lebih dari itu.

Tindakan terbaru ekoran krisis perlembagaan melihat bagaimana YB Suhaimi pula diarah melapor diri ke Balai Polis pada hari Khamis untuk terus didakwa pada hari Isnin ini. Ianya satu tindakan yang begitu laju dan cepat tidak seperti kebiasaan di Malaysia.

Pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas dirinya adalah tuduhan menghasut yang sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman penjara dan/atau denda yang memungkinkan kerusinya terpaksa dikosongkan. Ianya bermula dari tulisan YB di Blog beliau yang mana, sekiranya dibaca, jauh lebih 'kecil' isunya dibandingkan dengan apa yang pernah dinyatakan dan dilakukan oleh UMNO terhadap institusi Sultan Melayu di beberapa negeri sebelum ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...