Tuesday, November 30, 2010

PERKASA Pelacur Murahan Yang Tidak Bermaruah Bersekongkol Dengan UMNO


AMK - Perkasa Pelacur Murahan


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan UMNO.

Menurut Shamsul serangan dan tuduhan Perkasa yang menyatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai 'pelacur politik' dan 'Pengkhianat' kerana menolak konsep 'ketuanan melayu' yang dibawa UMNO jeles menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

"Kalau kedua-dua pemimpin Keadilan ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira perkasa juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

Nik Aziz - Untuk Merujuk Sesuatu Perkara, Orang Bukan Islam Bolih Petik Ayat Al-Quran



Tak Salah Bukan Islam Petik Ayat Al-Quran, Kata Nik Aziz




Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.
Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul
.
Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.

Si Kitol Yang Mempertahankan Kedaulatan Raja Melayu Untuk Kepentingan Politik Umno


Khalid : Raja-Raja Melayu Perlu Awasi 'Si Kitol' Moden Yang Bermuka-Muka


Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan pemimpin- pemimpin Umno sebagai “Si Kitol” moden yang bermuka-muka mempertahankan kedaulatan Raja dan Sultan Melayu setelah menghakis kuasa-kuasa mereka dan mengaibkan institusi itu demi kepentingan politik diri.

“Tiba-tiba , sejak awal 2009, setelah 17 tahun berlalu, pihak yang berusaha dan berjaya menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja- Raja Melayu kembali bermuka- muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan,” kata Tan Sri Khalid.

“Syukur Alhamdulillah, mungkin akhirnya mereka sedar akan ketelanjuran, namun, patik teringat peranan Si Kitol dalam Sejarah Melayu. Adakah “Si Kitol” moden ini akan kembali memperalatkan Raja dan Sultan demi kepentingan politik mereka?,” tanya Tan Sri Khalid pada wacana mengenai institusi Raja- Raja Melayu.

Kerajaan Pusat Mendiskriminasikan Negeri-Negeri Dibawah Pakatan Rakyat


Pusar Hakis Hak Negeri, Dasar Tidak Pro Rakyat


Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat.

Di samping itu, berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri dan mereka mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Demikian antara kandungan resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bertemakan ‘Meneruskan Cita-cita Rakyat’ yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, malam ini.

Pada persidangan yang diadakan di sini sejak pagi tadi, selain Khalid, Menteri Besar Kelantan dan Kedah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan pandangan masing-masing.

Ketuanan Melayu Yang Cuba Ditanamkan Umno Hanya Untuk Kepentingan Politik Dan Kuasa


Apa Gunanya Ketuanan Melayu Jika Pencuri Pimpin Negara


Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam

Monday, November 29, 2010

Anwar Adalah Pemimpin Yang Sanggup Mengharungi Pelbagai Rintangan Hidup



Nik Aziz Juga Akui Anwar Pemimpin Anugerah Tuhan


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”

“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya (gambar).

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

“Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

Setelah Ahli-Ahli Yang Mabuk Kuasa Dan Jawatan Meninggalkan Parti, PKR akan Lebih Kuat Dan Matang


PKR Lebih Kuat Dan Jitu
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Parti keadilan Rakyat akan lebih kuat dan jitu selepas melalui proses pemutihan dalaman yang menyaksikan ahli-ahli yang mabuk kuasa dan jawatan meninggalkan parti itu.

Kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum lalu mempunyai hikmahnya tersendiri dalam memastikan PKR dibersihkan daripada pengkhianat-pengkhianat perjuangan, kata beliau selaku ketua umum parti.

"Ini ada hikmahnya...kerana tahap calon masih belum begitu baik..memang terbukti, lepas tujuh bulan saya kata yakin akan 'masuk' putrajaya, semuanya kata sokong, bila tak 'masuk' semuanya lompat...nawaitunya hanya jawatan dan kontrak sebab itu baguslah dia lompat... supaya kita bersihkan jentera parti," katanya lagi.

Dalam amanatnya kepada Kongres nasional parti itu, Datuk Seri Anwar berkata segala serangan, fitnah dan tohmahan anjuran Umno terhadap PKR penting untuk memperlengkapkan parti itu menghadapi musuh politiknya pada pilihanraya umum akan datang.

Sunday, November 28, 2010

Kenaikan Tarif Air Satu Penganiayaan Kepada Rakyat Selangor


Tarif Air: Jelas Umno-BN Khianati Rakyat 


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat,” ujarnya.

Saturday, November 27, 2010

Perjuangan Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan Adalah Asas Utama PKR


PKR Teruskan Perjuangan Membela Rakyat


Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru sahaja meraikan ulangtahun ke-12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999, namun usaha membela rakyat diteruskan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (gambar) berkata, dalam usia semuda itu juga PKR telahpun mencapai banyak kejayaan yang di luar dari kebiasaan.

Tambahnya, bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, parti itu telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu.

Dalam usia semuda itu, ujarnya PKR telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik.

“Maka itu, usahlah kita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan, kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah.

“Perjuangan membela rakyat perlu terus membara,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 di sini, pagi ini.

Pakatan Rakyat Tetap Pertahankan Agama Islam, Hak Istimewa Orang Melayu Dan Kedudukan Raja-Raja Melayu


Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat Tegas Pertahan Perlembagaan Negara

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasannya bahawa Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan perlembagaan negara khususnya isu bahasa,Islam,hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Anwar berkata demikian dalam program Wacana Intelektual : Islam dan Masyarakat Majmuk yang diadakan di Petaling Jaya malam tadi.

Sebelum ini Umno-Barisan Nasional menyerang Pakatan Rakyat mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik di bawah Pakatan Rakyat yang
mahu menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya terus menyokong Barisan Nasional.

Friday, November 26, 2010

Kes Mata Lebam Anwar Dipalsukan

Gani Didakwa Palsukan Maklumat Kes Mata Lebam, Lakukan Enam Jenayah
Sudah tiba masanya negara dibebaskan dengan tanggungan sejarah 12 tahun berhubung isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghantui rakyat dengan mendedahkan perkara sebenar dan menghukum pihak yang secara terang memalsukan fakta insiden tersebut.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pendedahan terbaru oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur SAC II Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mendakwa Peguam Negara memalsukan bukti seharusnya membawa insiden pada tahun 1998 itu kepada satu garis penamat yang muktamad bagi mengembalikan imej dan kredilibiti pasukan polis di negara ini.

Butiran baru tersebut terkandung dalam warkah 19 mukasurat yang ditulis Mat Zain kepada Ismail yang dihantar pada 22 November lalu bertajuk “Lagi Mengenai Insiden Mata Lebam”.

"Dalam surat beliau kepada KPN, Mat Zain menggesa agar kes mata lebam ini ditutup secara muktamad dan terhormat sambil menawarkan maklumat baru. Baginya tidak perlu diadakan suruhanjaya diraja penyiasatan kerana pihak polis sendiri kompeten untuk menyelesaikan insiden ini.

Sistem "Flight Charter" Dari Kota Bharu Ke Lanzhou Dalam Usaha Bangunkan Ekonomi Kelantan

Datuk Husam Musa
Kelantan Sasar 200 Ribu Pelancong China
Kelantan mensasarkan sejumlah 200 ribu pelancong China datang ke negeri itu setiap tahun, dalam usaha membangunkan lagi ekonomi negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata, untuk permulaan kerajaan negeri bercadang menggunakan sistem "flight charter" untuk menjayakan hasrat itu.

"Kita akan charter flight dengan beberapa bandar di China untuk permulaan.

"Dari Kota Bharu kemudian ke Lanzhou," katanya ketika berucap selepas forum 'Friendship and Prosperity Through Business, Trade and Investment, sempena ksEpo Antarabangsa Cheng Ho di sini hari ini.

Beliau yang juga pengerusi ekspo tersebut bagaimanapun berkata, kekangan utama mencapai matlamat tersebut adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Pemuda Umno P.Pinang Tidak Demokratik, Masih Bersifat Jakun

HUKUM RIMBATak Mampu Bincang Secara Ilmiah, Pemuda Umno Tunjuk Lagak Samseng Ganggu Forum ISA


Penggunaan kekerasan oleh sekumpulan 50 ahli dan penyokong Umno bagi menghalang forum membincangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan di sekitar kompleks Komtar Ahad lalu menunjukkan parti itu tidak mampu terbabit dalam perbincangan secara ilmiah berhubung isu yang melibatkan hak asasi rakyat.


Justeru itu sekumpulan enam badan masyarakat sivil mengecam tindakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman yang didakwa menganggu majlis anjuran Gerakan Mansuhkan ISA Pulau Pinang

Kumpulan itu juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap anggota keselamatan yang tidak menjalankan tugas mengawal keadaaan pada ketika itu malah membenarkan pihak pengacau bertindak ganas serta langsung tidak menghormati pihak penganjur dengan cuba memberhentikan aktiviti aman tersebut.

Thursday, November 25, 2010

Mahathir Perlu Taubat Serta Mohon Maaf Pada Orang Melayu

Perpecahan Melayu : Mahathir Perlu Taubat Nasuha


Sudah tiba masanya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca perpecahan dan juga kemunduran masyarakat Melayu pada hari ini, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,(BIPPA), PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty dalam satu kenyataan media berkata, Mahathir sejak kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman namun tanpa semena-mena menyalahkan PKR, kononnya menjadi penghalang kepada orang Melayu dan Islam untuk bersatu.

Justeru ujarnya, Mahathir harus segera melakukan taubat nasuha iaitu semurni-muni taubat yang harus dilakukan oleh seorang Islam.

"BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu.

"Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT," tulis kenyataan itu.

Mereka Pukul Saya, Mereka Penjarakan Saya 6 Tahun, Bogelkan Saya, Jadi Apalah Sangat Nak Gantung Saya 6 Bulan


Anwar Tak Gentar Umno-BN Nak Gantung  6 Bulan Dari Parlimen

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan desas desus yang tersebar bahawa beliau akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau mengnai kaitan kerajaan Malaysia dan syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata usaha penggantungan itu tidak bererti bagi berbanding keperitan dipenjara selama enam tahun serta dipukul sehingga menyebabkan kecederaan tulang belakang sehingga kini.

“Mereka telah penjarakan saya selama enam tahun, jadi apa sangatlah alu digantung selama enam bulan, Saya telah melalui lebih dahsyat daripada ini, mereka pukul saya, bogelkan saya dan kurung saya dalam sel seorang diri, sekarang hendak gantung saya pula? Anwar ketawa ketika ditanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Oposisi petang tadi.

Wednesday, November 24, 2010

Umno-BN Jangan Ingat Mereka Kuat, Bila-Bila Masa Pun Boleh Tumbang


BN Jangan Fikir Pegang Kuasa Selamanya, PR Pula Jangan Terlalu Yakin
Adalah satu kesilapan besar bagi Barisan Nasional jika beranggapan penguasaannya ke atas Putrajaya adalah kukuh dan bahawa ia mampu kembali menawan Kedah dan Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat berdasarkan kepada kemenangannya di pilihan raya kecil Galas, Batu Sapi, Hulu Selangor dan Bagan Pinang.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pengalaman PRK Ijok pada April 2007 di mana calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tan Sri Abul Khalid Ibrahim Ibrahim kalah membuktikan keadaan akan berubah semasa Pilihan Raya Umum 2008 apabila Abdul Khalid merampas kerusi tersebut daripada BN dengan majorti yang besar.

Bukan it sahaja, malah BN hilang kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta terus menkadi pembangkang di Kelantan.

Dalam nada yang sama Kit Siang juga memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat pemikiran bahawa gelombang menuju ke Putrajaya tidak lagi boleh disekat sebagai satu perkiraan politik yang bakal memakan diri dengan bersandarkan kepada kekukuhan kuasa di Kedah dan Selangor

Monday, November 22, 2010

Mungkihkah PRU 13 Akan Diadakan Awal Tahun Depan?


Negeri Pakatan Tidak Akan Brsama Dalam PRU 13?

Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

KEADILAN Sebuah Parti Politik, Bukan Syarikat Swasta, Apa Yang Zaid Nak Tunggu Lagi Sehingga 16 Dis, Belah....lahhhh ...


KEADILAN Ucap Selamat Jalan Kepada Zaid, Tak Payah Tunggu 16 Dis
Walaupun bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ahli berkuatkuasa 16 Disember depan, parti hari ini menganggap beliau telah pun keluar serta merta dan mengesahkan keputusannya.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan KEADILAN adalah sebuah organisasi politik dan bukannya syarikat swasta yang memerlukan tempoh bersyarat sekiranya ingin berhenti kerja.

Lagi pun kata Saifuddin dengan menerima keputusan Zaid meninggalkan parti yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik semalam, ini memudahkan beliau untuk merancang masa depan politiknya tanoa sebarangan halangan atau kekangan

"Zaid hantar sepucuk surat (peletakan jawatan). Terulang kepadanya untuk membuat rayuan, saya tidak boleh jawab soalan andaian," kata beloai pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.

Pemilihan PKR 2010 - Angkara Zaid Proses Pemilihan Jadi Masalah

YB Abdullah Sani
Zaid Ibrahim Watak Cemar Pemilihan PKR 2010
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim disifatkan watak utama yang mencemar proses pemilihan PKR 2010, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata tindakan Zaid berundur daripada saingan timbalan presiden dan kemudiannya keluar dari parti memberikan media arus perdana kawalan Umno peluru untuk menggambarkan parti itu seolah-olah dalam krisis, namun hakikat adalah sebaliknya.

" Zaid Ibrahim diambil sebagai watak utama untuk diperanankan menjadi pencetus kepada huru-hara ini tetapi yang jelas ialah, rakyat tidak terima kerana rakyat tahu siapa Zaid Ibrahim sebenarnya.

" Saya boleh katakan dia seorang pengkhinat yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia dapat.Seorang yang tidak tahu bersyukur, tidak sedar diri, di mana kesannya tidak ada langsung dalam pemilihan. Kalau Zaid ada atau tidak ada pun, lebih kurang sama sahaja," kata Abdulah lagi.

Sunday, November 21, 2010

Meski pun Tanpa Zaid, PKR akan Menjadi Bertambah Kuat Dan Mantap


Apa Jua Badai Politik Mendatang KEADILAN Bakal Muncul Parti Terkuat Di Malaysia
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail yakin parti akan bertambah mantap dan kukuh selepas selesai proses Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 yang akan berakhir hujung minggu ini dan seterusanya akan menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada agenda memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bercakap kepada lebih 2,000 penyokong dan anggota parti dari seluruh negeri Selangor di sini semalam pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman', Saifuddin berkata episod di mana bekas calon Timbalkan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti bukan melemahkan parti malah akan memberi suntikan semangat serta merapatkan saf perpaduan di kalangan anggota.

Pemimpin Yang Tidak Setia, Pengkhianat Harus Diusir Dari PKR


Azmin Desak Pimpinan KEADILAN Bersihkan Parti Daripada Trojan Horse, Pengkhianat


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali mahu parti mengambil tindakan tegas dan berani menyahkan segala anasir 'Trojan Horse' dan musuh dalaman parti selesai sahaja Kongres Nasional Ke-7 minggu depan.

Merujuk kepada bekas Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar parti setelah usaha menyerang dan melemahkan parti dengan mengguna media milik Umno-Barisan Nasional gagal, Azmin menegaskan sudah tiba masanay KEADILAN membersihkannay daripada semua anasir dakam yang berindak sebagai gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

"Selepas sahaja selesai Kongres Nasional kita mahui Biro Politik mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang tidak setia kepada parti. Kita mahu tahu apakah tindakan wajar yang akan diambil terhadap 'Trojan Horse' dan pengkhianat dalam parti.

Saturday, November 20, 2010

Budaya Samseng Harus Ditolak, Jaga Disiplin Parti Tentu Anda akan Diterima dalam Arus Perjuangan


Anwar : Jangan Bawa Budaya Samseng Dalam Keadilan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran setiap anggota parti perlu mematuhi tahap disiplin tertentu dan jangan membawa budaya samseng untuk merosakkan nama baik dan imej parti dengan membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas.

"Saya ingin beri amaran kepada semua anggota tidak kira siapa. Jangan bawa budaya samseng dan jaga disiplin dan anda akan terus diterima dalam perjuangan, nak mengamuk tak tentu pasal dan guna saluran yang betul untuk meluahkan rasa tak puas hati, 'out you go!'. Peperangan ialah dengan Umno-BN bukannya sesama kita sendiri," tegas Anwar.

Merujuk kepada bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar parti baru-baru, Anwar berkata beliau boleh menerima mana-mana anggota membuat sebarang aduan atau rungutan berhubung prosespemilihan pimpinan pusat yang berlangsung sekarang.

Bagaimana perbuatan mengadu kepada media yang amat terang memusuhi perjuangan KEADILAN tidak boleh diterima sama sekali mahupun boleh dimaafkan kata beliau lagi.

Rapat Umun PKR dianggap Berjaya

Gambar tidak pernah berbohong
Malam tadi telah berlangsung rapat umum perdana PKR Selangor bertempat di adotorium MBSA di Shah Alam dengan tema Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman. Rapat umun itu dihadiri oleh pemimpin besar PKR,
Saifuddin Nasution, Tan Sri Kalid, Syed Husin Ali, Azmin Ali serta Ketua Umum  de factor Anwar Ibrahim. Hampir 3,000 orang hadir dimajlis itu, dimana boleh dikatakan berjaya. Semua ruang tempat duduk di adotorium itu dipenuhi.- Sumber Gambar {Di Sini}>

Orang-Orang Politik Yang Hipokrit


Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara Ini- MSO
UNTUK menjadi popular di negara ini bukan payah sangat. Anda tidak payah berusaha bertahun-tahun atau mengemukakan penemuan baru atau pun idea baru atau pun melakukan kerja-kerja anih dan ganjil, atau pun terlalu berjasa kepada negara.

Anda tidak payah menjadi pelumba lari 100 meter atau ahli tinjau peringkat heavyweight atau pelontar cakera sehingga 600 meter jauhnya.

Anda juga tidak perlu memasuki berbarisan panjang untuk melalui test bagi menyertai Akademi Fantasia ataupun rancangan realiti Imam Muda. Tetapi cukup untuk ada menyertai mana-mana parti komponen Paatan Rakyat, baik Pas, PKR atau DAP. Anda masuk sekejap, berak dalam mana-mana ruang dalam rumah parti berkenaan kemudian anda keluar bawa punggung sambil memburukkan parti berkenaan dan pemimpinya. InsyaAllah anda akan jadi popular. Sekali mata saja anda akan dapat menawan semua media massa negara ini
.

Pasti anda akan meletup. Anda akan mendapat liputan meluas oleh media massa. Segala dosa anda akan dilupai dan anda dianggap manusia suci yang turun dari langit bersama hujan batu. Wajah anda akan terpampang di semua saluran tv kerajaan, berbayar atau swasta- sampai orang tengok naik muaklah. Wajah dan muka anda juga akan terpampang di semua surat khabar, baik arus perdana dan akhbar nyamuk. Tidak terlupa juga anda akan disorot dan diulas oleh bloger atau pun mendapat liputan istimewa dari protal berita.

Friday, November 19, 2010

Zaid Hipokrit Dengan Menimbulkan Berbagai-Bagai Masalah Dalam PKR


Anwar : Zaid Bebas Tinggalkan PKR

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya secara terbuka membidas Datuk Zaid Ibrahim kerana menimbulkan masalah dalam parti itu yang telah memberikannya pelbagai peluang dan keistimewaan.

Bercakap kepada pemberita di kediamannya di Cherok To' Kun, Pulau Pinang, Anwar berkata Zaid bebas untuk berundur dari PKR dan berhak mendirikan parti baru yang dicadang dinamakan 'Keadilan Baru'.

Menurut Anwar zaid merayu diterima masuk ke parti itu apabila beliau meninggalkan Umno pada 2008. Katanya, Zaid kemudian memohon peranan sebagai pemimpin dalam parti itu.

"Beliau juga minta dijadikan calon untuk Hulu Selangor (pilihan raya kecil parlimen) meskipun mendapat tentangan dari cabang yang membawa bantahan mereka kepada presiden.

Thursday, November 18, 2010

Dulu-Dulu Zaid Dituduh Sebagai Pemabuk Oleh Utusan Malaysia, Sekarang Menjadi Rakan Kongsi Mengutuk Anwar




Zaid Ibrahim - Musuh Semalam Kini Menjadi 'Idola' Utusan Dan Media Arus Perdana


Akhirnya Zaid Ibrahim menyertai senarai ahli politik yang satu ketika dipulau atau dikecam oleh media arus perdana tetapi kini dipuji dan diberi ruang luas oleh media yang sama.

Kenapa? Kerana mereka semua melakukan perkara sama iaitu mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) .

Seperti Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong serta rakan-rakan yang lain, Zaid turut mengecam Anwar dan dengan serta merta beliau didokong oleh Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, RTM dan TV3.

Melucukan kerana Zaid sebelum ini dikecam sebagai 'pemabuk' dan pengkhianat bangsa oleh Utusan Malaysia dan media arus perdana lain apabila beliau keluar dari Umno dan menjadi calon PKR pada pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Presiden MCA Seorang Ahli Politik Yang Bangkrap Idea

Chua Soi Lek
Kedai Tutup : Presiden MCA Salahkan Aidil Adha
Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Undi Itu Hak Anda


Yang Ku Dengar Dan Ku Lihat

Seorang tokoh politik tanahair yang pernah keluar UMNO memberitahu saya, katanya,' lebih baik kamu berkawan dengan orang yang kamu kenal dan tahu tahap kejahatannya daripada kamu berkawan dengan orang yang dikatakan baik tapi kamu tidak tahu apakah sebenarnya kebaikan yang ada padanya'. Ingatan yang saya pegan sehingga hari ini.

Desakan supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik, dengarnya macam baik tapi belum tentu desakan itu ada kebaikan kepada rakyat dan negara kerana orang yang menyuruh Anwar Ibrahim itu bersara hakikatnya kita tidak tahu apa tujuan sebenar.

Najib Tidak Berpaut Pada Realiti - Mohd Nur Manuty

Muhd Nur Manuty
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno tidak berpaut kepada realiti apabila mendakwa masyarakat antarabangsa menerima Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat atau PKR,Dr Muhammad Nur Manuty, berkata dakwaan itu rapuh kerana banyak negara mempertikaikan sistem kehakiman di Malaysia. selain penindasan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah dan layanan terhadap kaum bukan Islam.

Manuty menolak tanggapan Najib bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan antarabangsa apabila menegaskan Malaysia masih jauh daripada mencapai status negara Islam contoh.

Wednesday, November 17, 2010

Spekulasi Tercetus Pasal Rombakan Kabinet Minggu Depan

Ahmad Shabery Cheek
Rombakan Kabinet Minggu Depan?
Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.
Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan akan dibawa masuk ke kabinet menjadi timbalan menteri
.
Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menteri dalam negeri dipindahkan ke kementerian pertahanan

:Zaid Keluar PKR Atas Kemahuannya Sendiri - Tan Sri Khalid


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai kemahuan beliau sendiri yang menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin.

Tan Sri Khalid berkata demikian semasa diwawancara oleh TV Selangor di pejabatnya hari ini di sini.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa kejayaan seseorang pemimpin bukannya bergantung kepada kebolehan kepimpinan sebaliknya pengikut yang menerima kepimpinan tersebut yang berasa sesuai dengan aspirasi mereka.

"Seorang pemimpin itu tidak akan berjaya, jika beliau tidak mempunyai satu pasukan yang saling mempercayai dan mempunyai semangat kerjasama,"katanya.

Kenyataan Saya Kepada Bernama Direka-reka - Husam


Husam Dakwa Berita 'PAS terima Zaid' Karut
Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Husam Musa mendakwa Bernama membuat laporan "karut" berhubung kesediaan parti itu menerima bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim.

"Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka," katanya.

Sehubungan itu, menyatakan kekesalaannya, Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendesak berita itu ditarik balik.

Beliau juga mengkritik Bernama yang membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain, "seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi".
Semalam selepas ditemuramah Bernama menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur Husam dilaporkan sebagai berkata PAS sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Zaid yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.

Husam yang juga ADUN Salor dilaporkan berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

Tuesday, November 16, 2010

Zaid Akan Menubuhkan Parti Mengikut Acuan Politiknya Sendiri

Zaid Ibrahim
Zaid Terus Mencari "Kapal" Untuk Jadi Juragan - Wira Arjuna
Cuma tinggal satu persoalan pokok sekarang – mana satu parti yang akan bakal diambil alih dan diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Sumber mengatakan usaha sudah mula digerakkan untuk membolehkan Zaid dan beberapa konconya mengambil alih sebuah parti untuk melancarkan kempen politik beliau seterusnya.

Adalah difahamkan dua daripada tiga parti yang mungkin diambil alih adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Tidak ada sesiapa yang terkejut dengan laporan akhbar The Star yang memetik Zaid sebagai berkata bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.

Tidak ramai juga akan gusar dengan tindakan itu, baik di dalam parti mahupun di dalam Pakatan Rakyat. Malah, mungkin ramai akan berasa lega.

Monday, November 15, 2010

Isu Halang Media, Umno Ketandusan Modal Politik


Halang Media : Kenapa Perak Tidak Jadi Isu?
Tindakan kerajaan Kedah tidak membenarkan beberapa media Umno membuat liputan perjalanan Sidang Bajet 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bermula hari ini terus menerima sokongan.

Sambil menyokong, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim  (gambar) turut mempersoal kenapa isu itu diperbesarkan, sedangkan kerajaan BN Perak turut melakukan perkara sama kepada media alternatif.

"Kenapa heboh media pro BN tidak boleh masuk sidang DUN Kedah sedangkan di Perak media dan blogger pro PR sudah lama dihalang masuk dewan," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membandingkan tindakan BN Perak di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang turut menghalang media pro Pakatan Rakyat membuat liputan beberapa sidang DUN sebelum ini.

Umno Seharusnya Menyertai Pas, Bukan Pas Menyertai Umno

Pas Tidak Akan Naik Kapal BocorUstaz Idris Hj Ahmad


Parti Islam Semalaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN.

PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.

PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat
yang sudah teruji dan terbukti.

Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi.

Perjuangan yang hanya mementingkan ”perutism” sahaja.

Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media.
Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama
rata.

Jika Umno tidak ada 3 M maka umno akan berkubur begitu sahaja.

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda.

Sunday, November 14, 2010

PAS Bidas Media Umno-BN Putar Belit Pemilihan Keadilan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas tindakan media Umno-Barisan Nasional yang sengaja memperbesar-besarkan isu berhubung perjalanan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung ketika ini.

Beliau berkata media Umno-BN sengaja mengambil kesempatan melaporkan secara tidak benar yang menurutnya menjadi tradisi media di negara ini.

Malah media kongkongan Umno-Bn mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej Parti Keadilan Rakyat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap keupayaan PKR selepas membuat kejutan dalam PRU-12 lepas.

"Noktah yang kecil, mereka jadikan bukit yang besar yang menjadi amalan pengamal media dan seperti yang kita diketahui tidak semua yang dilaporkan benar.

Statistik Kedudukkan Penguasaan Kerusi Melayu Di Parlimen Adalah Kuat

Datuk Kamarudin Jaffar 
Persepsi 'Melayu Lemah' mainan Politik Umno
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.

Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.

"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di sini, hari ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...