Wednesday, September 29, 2010

Dr Asri - Umno Janganlah Bersikap Jumud Dan Terkebelakang


Gambar: Dr Asri
Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman


"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

Judi Haram, TOTO Dan 4 Nombor Ekor Dihalalkan

Umno Dengan Judi Macam Kembar Siam
PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

Jika Judi Haram, Kenapa Umno Keluarkan Lesen Untuk TOTO Dan 4 Nombor Ekor


Umno Iri Hati Program Bantu Rakyat Miskin Dengan Fitnah Sumber Duit Judi
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada usaha Umno-Barisan Nasional yang cuba mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas sebanyak RM100 yang diberikan setiap tahun.
Menurut beliau, Umno-BN sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri dengan mendakwa program itu dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, Umno-BN mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. 
Jelasnya, taktik jahat tersebut bertujuan semata-mata untuk menggagalkan program Kerajaan Negeri yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada usaha Umno mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

Tuesday, September 28, 2010

Siap Sedia Untuk Pilihan Raya Kecil Dun Galas


SPR Belum Tetap Tarikh Mesyuarat Pilihan Raya Kecil Galas
Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan  kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.
"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lepas.
"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lepas meninggal dunia kira-kira 4.30 petang tadi.
Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.
Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh. Sementara itu, di RANTAU PANJANG,  Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian  Allahyarham.
"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.
"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPRM bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya.-TVS

Kutipan Cukai Judi Juga Dibayar Gaji Kepada Pemimpin-pemimpin Umno


Kerajaan Umno-BN Guna Hasil Judi Urus Negara
 Ketika sibuk menuding jari kepada kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa memberi bantuan kepada rakyat menggunakan hasil judi, kerajaan Pusat juga melakukan perkara sama, kata Ahli Parlimenm Rasah, Loke Siew Fook, hari ini.
Beliau menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui hasil judi dikategori sebagai hasil cukai kerajaan dan dimasukkan ke akuan hasil yang mengumpulkan hasil cukai lain, untuk mengurus perbelanjaan negara.
Ketua Pemuda DAPSY Negeri Sembilan itu berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Husein juga mengakui kutipan cukai judi bagi 2009 digunakan untuk membayar  elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri  Kabinet.

Monday, September 27, 2010

Adun Pas Meninggal Dunia

Adun Galas Kembali Ke rahmatullah
Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, (gambar) kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang .Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong

Muhyiddin Tidak Bijaksana Pertahankan Pengetua Rasis


Kenyataan Muhyiddin Bersifat Anti-Perpaduan
 Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran tidak berkuasa menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau dianggap tidak bertanggungjawab dan anti- perpaduan kerana pada masa yang sama beliau cuba menjadi hero perpaduan melalui gagasan '1Malaysia'.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar) berkata kenyataan Muhyiddin itu dilihat kurang bijaksana kerana seolah-olah mempertahankan pengetua yang bersikap perkauman terhadap pelajar bukan Melayu. 
"Sekurang-kurangnya mereka disiasat kerana melakukan provokasi terhadap murid-murid ini kerana mengikut Perlembagaan yang termaktub, kita perlu menjaga hak dan kepentingan semua kaum.

Jika PR Memerintah , Umno Yang Hilang Kuasa Bukannya Orang Melayu


PR Perintah: Umno-BN Hilang Kuasa, Bukan Melayu
 Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerajui pentadbiran negara, maka kuasa Melayu tidak akan hilang, sebaliknya kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan terhapus dari persada politik negara ini.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man berkata demikian sebagai mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa kuasa dan suara Melayu akan hilang sekiranya pembangkang menguasai kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir dan PAS Kawasan Permatang Pauh di Permatang Pasir, semalam.
Menurutnya, adalah tidak munasabah dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir sebagai seorang yang telah lama memegang tampuk pemerintahan negara terhadap PR.

Sunday, September 26, 2010

Shamsul - Siasat IPD Banting, Kemungkinan Wujud Penyelewengan


Shamsul Mahu SPRM Tubuh JK Khas Siasat IPD Banting
Ketua Angkatan Muda KEADILAN , Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan jawatankuas khas bagi menyiasat sepenuhnya kemungkinan wujud elemen penyelewengan serta rasuah di Ibu Pejabat Polis Daerah Banting berhubung empat laporan polis yang kini dikaitkan dengan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya.
Shamsul yang juga seorang peguam kanan berkata SPRM perlu membuat siasatan rapi dan mendalam untuk membongkar apa yang sebenarnya berlaku di kawasan pembunuhan di Ladang Gadong, Banting dan mengapa empat laporan terdahulu mengenai kehilangan beberapa individu tidak disiasat.
Bercakap kepada media di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini semalam setelah memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan pihak polis dengan kes pembunuhan  Sosilawati, Shamsul berkata beliau berbuat demikian bagi menuntut SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus untuk menentukan jika kes tersebut berkait dengan unsur rasuah dan penyelewengan.

Semua Lesen Judi Di Negara Ini Diluluskan Oleh UMNO

Umno Patut Malu, Mereka Lulus Lesen Judi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Saturday, September 25, 2010

Nizar - Jika Pakatan Rakyat Ke Putrajaya Umno Hilang Kuasa Bukannya Orang Melayu

Umno Bukan Melayu Hilang Kuasa, Kata Pakatan
Menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Katanya, dakwaan Mahathir yang disiarkan di laman sesawang Umno-online, satu kenyataan bersifat perkauman.

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.

Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.

Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP

Friday, September 24, 2010

Syarikat I"DA World Ada Hubungan Dengan Umno

Cek RM4b: Dalang, Motif Pemberian Makin Terdedah
Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.

Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk "I'Da World Group menjayakan 1Malaysia" Khamis, 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang di belakang mereka.

Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Thursday, September 23, 2010

Cek RM4 Billion ; Propaganda Jahat Untuk Memusnahkan Pas.

Cek RM4 Billion: Pas Anggap Propaganda Jahat
PAS Pusat menyifatkan tindakan penyebaran gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan sebagai satu propaganda jahat memusnahkan nama baik PAS.

Selain menafikan PAS menerima cek itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menyeru ahli PAS berhati-hati dengan isu yang cuba mengaitkan PAS tersebut.

"Kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

"Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Nik Aziz- Syarikat I'DA World Tidak Mempunyai Sebarang Projek Di Kelantan

Cek RM4 Billion : Kelantan Senarai Hitam I'DA World
Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Wednesday, September 22, 2010

Jika Polis Bertindak Cepat, Mungkin Sosilawati Selamat


Sosilawati Tidak Mungkin Dibunuh Jika Polis Bertindak Awal
 Jutawan kosmetik, Datuk  Sosilawati dan tiga rakanyn tidak mungkin dibunuh sebegitu kejam sekiranya polis bertindak segera menyiasat beberapa laporan terdahulu berhubung kehilangan individu dan dakwaan jenayah komersil yang dikaitkan dengan suspek utama.
Menurut Lawyers for Liberty, sebuah badan dianggotai peguam yang memperjuangan hak asasi dan reformasi undang-undang pihak polis, dalam kes tersebut pihak polis tidak sepatutnya dipuji secara keterlaluan kerana mereka dilihat bertindak pantas hanya bila berdepan dengan kes-kes berprofil tinggi.
"Lawyers for Liberty merasa bimbang melihat ramai ahli politik dan pihak lain yang terlalu cepat memuji pihak polis kerana berjaya menyelesaikan siasatan terhadap kes pembunuhan Datuk Sosilwati dan tiga rakannya.
"Hakikatnya, pujian bahawa Polis DiRaja Malaysia sebuah pasukan yang efektif, kompeten dan profesional adalah jauh dari kebenaran. Pihak polis hanya bertindak seperti kilat apabila kes membabitkan kehilangan individu penting dan kaya berpangkat 'Datuk' tetapi pada masa yang sama tidak menghiraukan atau melengah-lengahkan penyiasatan terhadap banyak lagi kes kehilangan, pembunuhan dan komersil yang lain," kata Surendran dalam satu kenyataan media Jumaat lalu. -Readmore.. Baca Seterusnya .. DI SINI

Monday, September 20, 2010

Mahfuz - Jais Dan Mais Terus Bersikap Double Standard




Kamalanathan ; Mana Fatwa ' Hadas Besar ' Khusrin
Sultan Selangor diharap tidak membiarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terus bersikap double standard apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak beragama Islam masuk ke dalam masjid, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek, Mahfuz menempelak sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
"Sebelum ini Mais mengambil alih Surau Al-Huda di Kajang kononnya kerana Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di surau itu manakala Khusrin pula memberikan 'fatwa' kononnya orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar'.

Nik Aziz Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga Sosilawati



Nik Aziz Lawat Keluarga Sosilawati
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.

Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.

Polis Gagal Mengambil Tindakan Terhadap Empat Laporan Terdahulu


Polis Dilihat Bertindak Terhadap Kes Berprofil Tinggi Sahaja
Kecekapan pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap kes jenayah tertentu dilihat seperti hanya menumpukan kepada kes berprofil tinggi sahaja manakala banyak kes lain dibiar begitu sahaja.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata ini berikutan terdapat empat laporan polis awal yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya sejak Januari lalu tetapi tiada tindakan serius diambil pada masa itu.
"Pertama, saya ingin menegaskan tindakan polis patut dipuji di dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati kerana kita dapat lihat betapa cepat dan lancar polis bertindak sejak mendapat laporan kehilangan beliau bermula dengan proses mencari bukti hinggalah kepada penangkapan suspek.
"Tetapi pada masa yang sama polis gagal mengambil tindakan terhadap empat laporan terdahulu yang diantaranya kehilangan seorang peniaga warga India yang dikaitkan secara langsung dengan suspek kes ini. Tindakan polis yang tidak konsisten ini menimbulkan tanda tanya," tegas Khalid.

Sunday, September 19, 2010

Umno Terdesak, Jadikan Wang Ehsan Cerita Donggeng



Wang Ehsan: Bukti Umno Bankrap Modal Politik
Dakwaan yang dilemparkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bahawa wang ehsan kepada warga emas sebanyak RM100 setahun setiap orang dari hasil judi adalah satu bukti mereka telah bankrap modal politik.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik, semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Teluk Air Tawar, Kepala Batas, malam tadi.
Menurutnya, dengan isu yang ditimbulkan oleh Reezal Merican itu, kemungkinan orang Melayu di Pulau Pinang akan terpedaya dengan retorik perkauman sempit yang mereka laungkan.
Namun begitu, beliau yakin isu tersebut merupakan sebahagian dari ciptaan yang akan terus dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih simpati sokongan orang Melayu yang semakin lama semakin terhakis terhadap mereka

Dilema Seorang Polis Pencen

Mohd Rashidi Hasan

TAN Sri Musa Hassan barangkali termasuk di kalangan Ketua Polis Negara yang paling malang dalam sejarah perkhidmatan polis negara. Hari Ahad 12 September lepas diadakan majlis perpisahan tugas beliau.

Nasibnya malang kerana setelah berkhidmat lebih 40 tahun dalam pasukan polis, beliau dihentikan dengan cara yang amat hina.

Apa tidak hinanya, jika seorang yang menjawat kedudukan paling tinggi dalam institusi yang paling penting dalam menguruskan keselamatan negara, diberhentikan secara tiba-tiba.

Cara Musa diberhentikan memang hina, kerana beliau langsung tidak diberitahu oleh kerajaan. Kata Musa beliau hanya mengetahui kontraknya tidak disambung, hanya melalui pengumuman media.

Memang Musa patut bersedia untuk tidak disambung kontrak, namun tidak bolehkah pihak kerajaan membuatnya dengan prosedur yang lebih berhemah, iaitu dengan memaklumkan kepada beliau lebih awal, supaya beliau boleh keluar dari pejabat KPN dengan cara yang terhormat.

Kalau kita jadi Musa kita pun akan terkejut. Apa malangnya Musa? Mengapakah kerajaan Umno-Barisan Nasional melayannya dengan begitu hina?

Saturday, September 18, 2010

Khalid - TV Selangor Berani Mengangkat Suara Rakyat


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap TV Selangor berani mengangkat suara rakyat apabila menyiarkan teguran terhadap kelemahan institusi polis dalam mengendalikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Shukor Idrus yang mencela  TV Selangor kerana dianggap mengganggu siasatan kes itu, beliau percaya banyak pihak termasuk masyarakat umum  yang turut mempersoal  kecekapan polis dalam kes tertentu.
"Saya rasa apa yang dinyatakan oleh TV Selangor adalah perkara yang dipersoal oleh rakyat jelata, dan memang ada empat laporan orang hilang dibuat tetapi tiada tindakan berkesan.  Ini yang menjadi tanda tanya," katanya. 
Mengikut laporan Utusan Malaysia, Shukor meminta polis menyiasat TV Selangor berikutan laporan berita berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dianggapnya tidak wajar

Dulu Utusan Menghentam Pakatan Rakyat, Kini Giliran Najib Pula


 Media milik Umno, Utusan Malaysia yang digunakan sebagai agen untuk memfitnah Pakatan Rakyat kini menjadi 'senjata makan tuan' apabila akbar itu mula merasai peranannya semakin mengkucar-kacirkan parti itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata akhbar itu dilihat sedang digunakan sebagai platform untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkannya.
Ujar beliau, bekas pemimpin Umno itu kini giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk satu ketika dahulu mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi supaya melepaskan jawatannya.
"Saya melihat ada satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib. Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan akhbar itu sebagai hak kebebasan bersuara.

Bukan Islam Masuk Masjid Umno Putar Belit Fakta



'Ustaz Kamal' MIC Pula Didakwa Masuk Masjid
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

AMK Perak Dipecat Bukan Keluar Parti

Empat Pemimpin AMK Sudah Dipecat Kerana Masalah Disiplin
Empat pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak yang keluar parti hari ini, sebenarnya sudah lama dipecat dari parti berikutan masalah disiplin, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mustafa Kamil Ayup.

Beliau berkata, mereka ini disyaki bersekongkol dengan Umno untuk memburukkan PKR selain cuba menyebarkan fitnah serta menghasut ahli AMK lain supaya meninggalkan parti.

Naib Presiden PKR itu juga tidak menolak kemungkinan mereka dikatakan diupah pemimpin Umno untuk menghasut ahli PKR supaya lompat parti dengan menyogok sejumlah wang dan tawaran projek.

“Pengunduran mereka dari parti membantu proses pembersihan dalaman PKR,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, petang ini.

Badan Kehakiman Lebih Condong Kepada Eksekutif

Institusi Kehakiman Ghairah Bantu Eksekutif

Sebuah ucapan mengenai “kesihatan” badan perundangan negara oleh seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan semalam gagal mendapat ruang dalam media arus perdana hari ini , mungkin untuk menutup mulut tokoh berkenaan.

Namun ucapan Gopal Sri Ram menzahirkan sentimen umum rakyat Malaysia, iaitu badan kehakiman di Malaysia semakin condong mempertahankan kepentingan kerajaan dan bukannya menegakkan keadilan.

Bagi seorang hakim yang baru bersara Febuari lalu, Sri Ram agak berani untuk tampil di sebuah forum awam mengenai integrasi nasional bagi menyatakan pandangan beliau

Friday, September 17, 2010

Janji Air Bersih Hanya Politik Donggeng Umno-BN


Kelantan DiJanjikan Air Bersih, Sabah Dan Sarawak Terabai Berpuluh Tahun
Kerajaan Umno-BN hanya melontar kata-kata retorik apabila menjanjikan Kelantan bekalan air bersih jika dapat menawan Kelantan.
Kordinator Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Thevarajan berkata, ini kerana Sabah dan Sarawak yang berpuluh tahun menjadi 'deposit tetap' BN masih tidak berpeluang menikmati bekalan air yang sempurna sehingga hari ini.
"Kini sudah terdapat ura-ura yang mengatakan pilihanraya Sarawak semakin dekat dan ini merupakan tindakan terdesak Umno-BN memenangi undi dengan taktik lama menabur janji-janji manis," tegas beliau.
Katanya lagi, rakyat Malaysia secara keseluruhannya lebih celik dalam isu politik negara dan dapat mengenali parti yang mampu melaksanakan janji dengan yang hanya pandai bermanis mulut.

Semua Mayat Dibakar Untuk Hapuskan Bukti


 Kes Bunuh Sosilawati : Taktik Licit Hapus Bukti                                                                                     

Taktik siasatan polis berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’ digunakan suspek(Gambar) utama yang juga seorang peguam berstatus Datuk dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, baru-baru ini.
Teori itu dikatakan digunakan suspek ketika dia cuba menghapuskan segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

 Malah bagi mengelirukan polis, suspek turut membuang abu mayat mangsa, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan yang ada kaitan dengan kes itu ke dalam beberapa sungai yang terletak berhampiran ladang berkenaan. Dengan perancangan rapi dilakukannya, lelaki berkenaan disifatkan sebagai bijak kerana mengetahui cara terbaik menghapuskan barangan kes.

Suspek Dipercayai Memiliki Harta Luar Biasa






Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.

Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan. 

Thursday, September 16, 2010

Jika Enggan Mematuhi Arahan Mereka, Suspek Akan Gunakan Anjing Rottweiler Untuk Menakutkan Mangsa

16 Anjing Ganas
BANTING: Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya(gambar) dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.
Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.

Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.

Semua mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan melupuskan bukti.

Tuesday, September 14, 2010

Jutawan Sosilawati Serta Tiga Mangsa Lagi Dibakar Dan Dibuang Ke Sungai




Anggota Forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di sungai Kancong Laut, -Gambar ihsan Berita Harian




Senjata Cangkuk Diguna Bunuh Sosilawati


Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.

“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Monday, September 13, 2010

Walaupun Terbabit Dalam Empat Kes Jenayah, Tiada Tindakan Diambil Tehadap Peguam Yang Bergelar "Datuk"

Empat Rekod Jenayah Suspek Sosilawati, Mengapa Tiada Tindakan
‘Kecekapan’ seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin(gambar) hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain.

Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang.

"Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis.

"Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor, DI SINI....

Mahathir Banyak Melakukan Kesilapan Membohongi Orang Melayu



Mahathir Sesal Tak Sudah Hancurkan Masa Depan Melayu
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara. 
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya. 
Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...