Tuesday, August 31, 2010

Pertemuan Nik Aziz Dengan YB Teo Nie Ching

YB Nie Ching Gembira Bertemu Tok Guru
Saya cuba ambil inisiatif untuk mempertemukan Ahli Parlimen DAP Serdang YB Teo Nie Ching dengan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Lantas saya sms kepada YB pada jam 3.21 pagi tadi jika YB mahu bertemu dengan Tok Guru. Dan pada jam 9.10 pagi ni YB Nie Ching jawab sms saya “Ok sy datang sekarang. Can?”.
 
Maka bertemulah saya dengan YB di Lobi Mahkamah, bagaimanapun Tok Guru sudah berlepas ke Masjid Wilayah untuk mengadakan Solat Hajat mengenai Tuntutan Royalti yang dinafikan kerajaan Pusat itu.
“YB, YB pergi ke rumah Kelantan di Jalan Stonor dan tunggu di sana sehingga Tok Guru pulang,” kata saya.
Berita lanjut:
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu- JiwoKelate




Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

“Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.
“Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi,” katnya menjelaskan isi pertemuan.
Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.
Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.
“Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia,” katanya lagi.
22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.
Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.
Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.
Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.
“Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.
“Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat,” katanya.
Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu. – Harakahdaily

Perkasa Usah Mencabar Kewibawaan Dan Kepakaran Alim Ulama

Halang Bukan Islam, Perkasa Usah Memandai-Mandai
Pengerusi Seketariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ustaz Ghani Shamsudin(gambar) meminta Perkasa tidak sesekali mencabar kewibawaan dan kepakaran alim ulama dalam mentafsir kandungan al-Quran.

Cadangan Datuk Ibrahim Ali sebelum ini dianggap boleh menimbulkan kacau bilau dalam institusi keagamaan lantaran Presiden Perkasa itu bukan mahir dalam hal ehwal agama.

Perkasa semalam mencadangkan supaya menggubal undang-undang menghalang golongan bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan Fatwa Majlis Kebangsaan.
Mengikut fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kebangsan Malaysia atau Jakim pada Mac lalu, orang bukan Islam boleh memasuki ruang solat dengan beberapa syarat tertentu.

"Kita umat Islam mesti menghargai pandangan pakar dan alim. Ayat al-Quran - kalau kita tidak tahu tanyalah kepada mereka yang pakar. Berdasarkan ayat-ayat tersebut, kita orang islam mesti menurut serta menghargai pandangan pakar.

"Jika majlis fatwa dan ulama di dunia ini tidak pula membuat ketetapan mengharamkan bukan Islam masuk masjid, malah Rasulullah juga menjemput wakil-wakil luar negara datang ketika baginda dalam masjid, adakah Perkasa hendak mendahului dan menganggap diri mereka lebih pakar dari alim ulama?" katanya.

Tindakan Mais Bertentangan Dengan Keputusan Fatwa Kebangsaan


Mais Bertindak Terburu-Buru, Tidak Selidik Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tindakan Majlis Agama Islam Selangor menghantar surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berhubung dakwaan beliau telah mencemar kesucian Surau Al Huda dianggap perbuatan terburu-buru tanpa dilakukan siasatan terlebih dahulu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(gambar)berkata sepatutnya Mais menghantar surat amaran kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada Nie Ching kerana majlis itu memutuskan orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid atau surau dengan kebenaran.
"(Cadangan) itu merupakan satu tindakan yang terburu-buru dan menunjukkan pihak tersebut tidak menjalankan siasatan yang rapi. Ini juga menunjukkan tindakan Masi ini bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Kita berpendirian sama seperti keputusan dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang ke-90, pada 21 Mac 2010, iaitu tidak menjadi kesalahan kepada orang bukan Islam, sama ada lelaki atau pun perempuan untuk masuk ke dalam masjid termasuk ke dewan solat, asalkan mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan masjid," jelas Mahfuz.

Saturday, August 28, 2010

Nik Aziz - Tidak Salah Bagi Orang Bukan Islam Masuk Masjid




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Isu Surau Al Huda, Teo Minta Maaf


Sedia Mohon Maaf, Teo Jernihkan Keadaan Dan Tohmahan
Sekalipun tidak pernah berhasrat mencemar kesucian Islam apabila memasuki bahagian dalam surau al-Huda di Kajang Central, Ahli Parlimen Serdang, Toe Nie Ching tidak keberatan membuat permohonan maaf jika tindakannya meresahkan umat Islam di negara ini.
.
Di sebalik percaya peristiwa itu dipersenda pihak tertentu atas matlamat politik, beliau sedia menjernihkan keadaan dan mengindar perasaan kurang senang sekali gus mengelakkan perselisihan di kalangan masyarakat Islam.

Dengan merendahkan diri dan bersikap beralah, beliau sedia memberi penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris berhubung peritiwa berkenaan.

Dalam kenyataan media, Teo Nie Ching menjelaskan tujuan beliau ke surau Al Huda adalah untuk menghulurkan sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki surau dan menyertai program berbuka puasa.

Friday, August 27, 2010

52 Billion Saham Bumiputra Untuk Rakyat Miskin Dirompak Umno-BN


Pakatan Rakyat Desak Siasat Kehilangan 52 Billion Saham Bumiputra
 Serangan Umno-Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup penyelewengan dan kegagalan mereka mengurus khazanah negara termasuk skandal rompakan saham yang dikhaskan bagi Bumiputera dan rakyat termiskin bernilai RM52 bilion.

Sehubungan itu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci kehilangan jumlah saham sebegitu besar kepada Bumiputera.
Anwar berkata isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Bagi saya, isu yang melibatkan hak orang Melayu dan kaum Bumiputera ini masih belum dapat diselesaikan. Mana pergi agihan saham untuk Bumiputera dan faedahnya kepada siapa?.

BTN Menjadi Alat Propaganda Umno-Barisan Nasional


BTN Punca Kakitangan Kerajaan Menjadi Extremis Kaum
Biro Tatanegara (BTN), sebuah unit propaganda Umno-Barisan Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri dipersalahkan atas kewujudan sikap perkauman dikalangan kakitangan kerajaan yang dilihat semakin menjadi dewasa ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa kem latihan BTN yang diwajibkan ke atas semua kakitangan kerajaan dan juga golongan pelajar pada asasnya mengajar dan memupuk nilai ekstremis 'Ketuanan Melayu' dan mengutuk kaum lain sebagai satu kaedah lapuk Umno-BN mengekalkan undi Melayu.
Kata beliau atas sifat modul kursus yang dijalankan BTN yang menjurus kepada pengajaran ekstremisme kaum menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengambil langkah drastik menghentikan penghantaran pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan agensi itu.
Khalid juga merujuk kepada kejadian seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pelajar Cina dan India baru-baru ini.

Thursday, August 26, 2010

Panggilan "militant" Membuat Ibrahim Ali Melenting

Sekali lagi, Ibrahim Ali menjadi tumpuan. Kali ini beliau mengetuai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, berdemonstrasi sebagai protes terhadap John R Malott, bekas duta Amerika Syarikat yang menyifatkan PERKASA sebagai pertubuhan "militant".

Istilah "militant" ini cukup buat Ibrahim Ali melenting. Melonjak-lonjak Ibrahim Ali di depan Kedutaan Amerika Syarikat, menuduh John R Malott melabel sewenang-wenangnya, di samping menekankan bahawa PERKASA bukan pertubuhan bersenjata.

Babak ini berakhir dengan sindiran John Malott, bahawa Ibrahim Ali gagal memahami istilah Bahasa Inggeris, malah tidak berupaya untuk membezakan antara kata sifat dengan kata nama. Bekas duta ini berkata, "Saya menggelar PERKASA sebagai pertubuhan Melayu yang 'militant', yang mana ia adalah benar. Semasa saya menggunakan istilah ini, ia digunakan sebagai kata sifat. Ia bermaksud 'bersikap agresif', atau 'tabah memperjuangkan idealisme', misalnya 'aktivis hak asasi manusia yang militant'."Read More atau Baca Selanjutnya DI SINI

Wednesday, August 25, 2010

Buat Laporan Polis Hanya Untuk Menutup Kelemahan Umno-BN


Umno-BN Hanya Pandai Buat Laporan Polis, Takut Jelas Isu Rakyat
 Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar(gambar) menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung kenyataan beliau yang disiarkan dalam sebuah majalah di Indonesia mengenai isu kapal selam Scorpene mencerminkan sikap sebenar kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengembalikan keyakinan rakyat.
Malah Nurul Izzah terkejut dengan reaksi sebuah kerajaan yang sudah memerintah selama 50 tahun tetapi melenting kepada setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya. 
"Tindakan membuat laporan polis jelas membuktikan kerajaan tidak memandang serius dengan isu yang dibangkitkan. Sepatutnya sebuah kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun melihat setiap kritikan secara positif bukan hanya tahu melenting serta membuat laporan polis

Tuesday, August 24, 2010

Najib Gagal Satukan Kaum Di Malaysia


 Konsep 1 Malaysia Gagal Satukan Rakyat Malaysia
Konsep 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti gagal dihayati oleh kakitangan kerajaan apabila suara sumbang yang sarat dengan sentimen perkauman terus kedengaran walaupun jutaan ringgit dana awam telah dibelanjakan bagi kempen mempromosi gagasan tersebut
Bukti kegagalan 1Malaysia terserlah apabila seorang lagi pengetua sebuah sekolah menengah, kali ini di Bukit Selambau, Sungai Petani didakwa mengeluarkan kenyataan perkauman minggu lalu ketika menegur perbuatan pelajar yang melakukan kesilapan dengan kenyataan "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China".
Insiden ini berlaku selang beberapa hari setelah pengetua SMK Tunku Abdul Rahman di Kulai, Johor mengatakan pelajar Cina 'tidak diperlukan' dan perlu 'pulang ke China' manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka, selain mendakwa hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Monday, August 23, 2010

Isu Khutbah - Pakatan Rakyat Cabar Umno Buat Laporan Polis

Umno dicabar membuat laporan rasmi kepada polis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) terhadap mana-mana khatib atau imam masjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama Yang DiPertuan Agong dengan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Umno tidak patut terus bermainkan politik dalam perkara penting ini tetapi sebaliknya parti itu patut membuat laporan rasmi dengan segera bersama dengan semua butir lanjut supaya tindakan dapat diambil.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman (gambar) dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, kerajaan negeri Pulau Pinang sekali lagi menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib atau imam yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang DiPertuan Agong. Kerajaan negeri dan JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuantersebut.

Kejahilan Pemimpin-Pemimpin UMNO Dalam Isu Khutbah


Asri : Jangan Politikkan Isu Khutbah, Tak Salah Doa Pemimpin Sejahtera

Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.

Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

“Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan,” kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat “negarawan” tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun,” kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

Sunday, August 22, 2010

Dalam Sistem Pendidikan, Malaysia Ketinggalan Dibelakang Singapura

Sistem Pendidikan Singapura 10 Tahun Tinggalkan Malaysia - Dr Dzulkifly

Malaysia tidak akan mampu menandingi Singapura jika sistem pendidikan dinegara ini tidak dirombak, serta khazanah sumber kekayaan negara tidak diurus dengan berhemah.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad(gambar) berkata demikian ketika ditanya mengapa ekonomi Malaysia jauh ketinggalan dari Singgapura walhal negara itu mempunyai sumber yang jauh lebih kecil berbanding negara ini.

“Sistem pendidikan republik itu, 10 tahun tinggalkan kita. Sistem singgapura bersifat berfikir. Tidak macam sistem pendidikan negara kita yang berasaskan peperiksaan semata- mata. Ibubapa asyik menekan anak- anak mendapat 13A, 10A, akhirnya jadi apa ? Mereka tidak ada daya berfikir yang tinggi," katanya.

Saturday, August 21, 2010

Setelah Hampir 53 Tahun Mentadbir Negara, Umno Gagal menguruskan Amanah rakyat

Sudah Sampai Masa PAS Ganti Umno - Idris Ahmad

PAS berpandangan Umno yang bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi Bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini.

Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah pesepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19 Disember 2009.

Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera

Zahid Tidak Waras Mengaitkan Nama Guan Eng Dalam Khutbah

Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Thursday, August 19, 2010

Dr Pornthip- Teoh Tidak Membunuh Diri


Pakar Patologi Thai Dr Pornthip Rojanasunand berkata setiausaha politik Teoh Beng Hock tidak membunuh diri.
Katanya beliau berpendapat bahawa mangsa itu tidak membunuh diri setelah meneliti autopsi kedua ke atas mayat Teoh.
Beliau yang memberikan keterangan pada inkues kematian Teoh di sini hari ini, berkata bedah siasat itu juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum mangsa itu ditemui mati.
"Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa)," tegas beliau.

Wednesday, August 18, 2010

Dr Pornthip Tiba Dengan Kawalan Ketat

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan  
Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok.

Monday, August 16, 2010

Akhbar "Suara Keadilan" Tidak Boleh Disaman Kerana Agensi Itu Ditubuhkan Dengan Menggunakan Wang Rakyat


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.
"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

Sunday, August 15, 2010

Saiful Didakwa Buat Perhubungan Sulit Dengan Pegawai Khas PM


Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.
 Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into The Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.
RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.

Saturday, August 14, 2010

Peluru M-16 - Siapakah Yang Harus Bertanggungjawab?

Ugutan mengirim sebutir peluru hidup yang digunakan untuk senjata M-16 kepada Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hanyalah melambangkan wujudnya kepada keganasan dalam era politik negara. Kerajaan seharusnya tidak boleh bertolak ansur dalam isu ini dan lebih cepat bertindak agar politik dan keselamatan negara lebih bertamaddun.

Siapakah gerangannya yang memiliki peluru hidup ini? Sedangkan orang awam tidak dibenarkan memiliki jenis senjata M-16. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlalu dan hendaklah cepat bertindak secara rasional tanpa melibatkan sentimen kaum.
Read more.. Baca Seterusnya... DI SINI

Anwar - Melayu yang Miskin Dan Terpinggir Harus Dipertahankan

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dihujani tuduhan "pengkhianat bangsa" oleh parti musuh, mencabar UMNO dan Barisan Nasional agar mempertahankan hak untuk Melayu yang miskin dan terpinggir, dan bukan mempertahankan Melayu yang kaya raya di sebaliknya.
"Seringkali mereka menguar-uarkan mahu mempertahankan hak orang Melayu.  Tetapi Melayu yang seperti mana mereka pertahankan?  Kita tidak mahu mereka mempertahankan Melayu yang kaya raya.  Kita mahu mereka memperjuangkan nasib dan mempertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir!"
Ketua Pembangkang Parlimen (gambar kiri) ini berkata, "Jika benar mereka mahu laksanakan pembasmian kemiskinan, maka ianya harus dilakukan secara adil kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka.  Jangan yang menyokong mereka sahaja dibantu sedangkan yang tidak mendokong mereka diabaikan dan dibiarkan."
Anwar membidas kerajaan pimpinan UMNO-BN kerana mempermainkan sentimen perkauman, malah tidak adil dalam menangani masalah yang membebani rakyat, khususnya yang miskin dan melarat.  Beliau berkata sedemikian dalam Majlis Ceramah sempena Jamuan Rakyat anjuran PKR Cabang Bayan Baru di tapak pesta, Sungai Nibong, semalam.
Majlis jamuan ini menarik kehadirian kira-kira 350 orang, yang kebanyakannya keturunan Cina.  Hujah-hujah disambut dengan tepukan apabila penceramah menyentuh isu rasuah dan sebagainya.

Read more... Baca Seterusnya..DI SINI

Bebaskan Mahasiswa Berpolitik

Sekumpulan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri muda KEADILAN mendesak pembentukan kaukus rentas parti yang digandingi oleh ahli politik muda daripada semua parti bagi memperjuangkan penglibatan mahasiswa di dalam politik.

Kumpulan 10 Ahli Parlimen dan ADUN Keadilan itu menyambut baik usaha sebelum ini daripada rakan seperjuangan daripada Barisan Nasional yang turut berkongsi keyakinan bahawa mahasiswa harus dibenarkan terlibat di dalam politik dan proses politik bagi menggembleng potensi anak muda menyumbang kepada negara sepenuhnya

Friday, August 13, 2010

Pemuda Pas P.Pinang- Politik Murahan Umno-BN tak Lebih Dalam Meraih Sokongan Pengundi Melayu

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa  menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti.
Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-

Demokrasi Dalam Parti Politik - Zaid Ibrahim


Saya tidak faham mengapa parti-parti politik takut sangat dengan kaedah kempen yang dilaksanakan oleh calon-calon semasa pemilihan parti. Umno, sebagai contoh, mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi semasa berkempen. Antaranya adalah larangan penganjuran jamuan makan, larangan pengamalan politik wang, malah aktiviti-aktiviti melobi dan berkempen juga dilarang.
Umno berasa bangga kononnya mereka mengamalkan demokrasi, dan kononnnya sesiapa sahaja boleh berkempen. Tapi apakah erti pertandingan dan bertanding kalau dilarang berkempen sama sekali?

Read more.. Baca Seterusnya,,DI SINI

Thursday, August 12, 2010

Umno-BN Yang Hina Raja-Raja Melayu



Pemimpin Umno mempunyai sejarah panjang berhubung isu menghina dan mengaibkan Raja-raja Melayu sedangkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan baru dalam lanskap politik negara berpegang kepada prinsip mempertahankan Perlembagaan termasuk melindungi hak serta menghormati martabat raja-raja Melayu di negara ini.
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta KEADILAN memohon maaf kepada Sultan Johor berkaitan isu kain rentang provokatif, jelas menunjukkan Umno penuh dengan kepura-puraan dan kini cuba memperalatkan institusi Raja Melayu ketika parti itu semakin ditolak rakyat.

Muhyiddin Batu Api, PKR Dengan Istana

Selepas gagal memisahkan Pas dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan dengan DAP, pimpinan Umno kini cuba melaga-lagakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan institusi istana.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, semua ini didalangi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi meraih sokongan rakyat melalui usaha memburuk-burukkan PKR dengan membawa fitnah.

Umno dipercayai terlibat mendalangi penyebaran kain rentang yang memaparkan gambar Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi melagakan-laga PKR dan istana.

Wednesday, August 11, 2010

Pengaruh Anwar Boleh Ubah Lanskap Politik Malaysia


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang(gambar) menjelaskan antara peranan paling penting yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ialah melalui pengaruh beliau, rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan sejarah terlakar dalam perubahan besar lanskap politik negara pada pilihan raya umum 2008.
"Setiap tindakan dan pandangannya memberikan kesan yang penting terhadap halatuju negara kita. Mesej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di negara kita," kata Kit Siang.

Tuesday, August 10, 2010

Khalid Menyifatkan Noh Omar Sebagai Pemimpin Hipokrit


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad(gambar) mahu Umno Selangor supaya tidak lagi mencampuri pengurusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat sebaliknya memberikan tumpuan kepada negeri di bawah naungan Barisan Nasional.  
Beliau membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mencabar agar kerajaan negeri khususnya PAS menutup pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan.
Sehubungan itu Khalid menyifatkan gesaan itu melambangkan sikap hipokrit pemimpin Umno Selangor yang sengaja mencetuskan isu di luar kawalan mereka.  

Berita Keadilan Dedah Subsidi RM 40 Billion Untuk Kroni


 Edisi kelima tidak berkala akhbar rasmi KEADILAN bertajuk 'Berita Keadilan' kini berada di pasaran dan diedarkan ke seluruh negara mulai hari ini.
Akhbar ini menyusul selepas empat terbitan  tidak berkala oleh Angkatan Muda KEADILAN - Keadilan, Obor Keadilan, Sinar Keadilan dan Utusan Keadilan.
Siri tidak berkala ini bagi mengganti lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya sejak 30 Jun lalu apabila tempoh sahlakunya tamat.
Sehingga kini Kementerian Dalam Negeri mengambil sikap membisu termasuk Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung sama ada pihak kementerian akan memperbaharuinya atau terus menggantung.
Read More... Baca Seterusnya.. DI SINI

Monday, August 9, 2010

Tinggalkan Umno-BN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara.

Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri.

Potret Tuan Guru Nik Aziz " Tangisan Doa Syahdu" Dibida RM 6,000

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dijadualkan hadir ke pelancaran majlis Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) malam tadi terpaksa dimasukkan ke hospital petang semalam kerana kepenatan.
Menurut ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan.
"Beliau (Nik Aziz) mengalami kepenatan dan dihantar ke hospital, supaya mendapat rehat yang cukup dan tidak mendapat sebarang gangguan," kata Khalid.

Tiram Secara Rasmi Dilancar, Bantu Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya


Pakatan Rakyat melancarkan Tabung Impian Rakyat Malaysia atau singkatannya TIRAM bertujuan bagi mengumpul dana menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 dan menawan Putrajaya.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Penasihat TIRAM  Husam Musa (gambar)berkata tabung tersebut dilancarkan sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menuntut perubahan politik di negara ini.
Menurut Husam, langkah pertama TIRAM ialah menanam kesedaran mengenai sistem pilihan raya, pemerintahan dan perlembagaan negara serta berusaha menyedarkan pengundi tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi.

Najib Diselubungi 1001 Misteri Bila Jadi PM


Rakyat diseru menolak Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat kian lemas dengan pelbagai isu yang ditakrif sebagai misteri dan tidak terjawab selepas tsunami politik 2008.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin(gambar) berkata banyak persoalan yang melanda negara yang sehingga kini menjadi tanda tanya dan dianggap misteri disebabkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban tidak diamalkan oleh Umno-BN.
"Terbaru, kita dikejutkan dengan kematian dua orang pemimpin Umno yang dianggap misteri oleh media tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa jawapan yang sahih.

Sunday, August 8, 2010

Chua Soi Lek Terlampau - Nasarudin Hassan

Merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah semalam (6 Ogos), jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah.

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.

Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah. Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan Umno yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka.

Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka. Sehingga satu ketika dulu Umno kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah. Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah.

Read more..Baca Seterusnya...DI SINI

Saturday, August 7, 2010

Slogan; Walhasil Balik Asal - Aspan Alias

Salah satu dari asas Rukun Negara ialah kesetiaan kepada Negara. Rukun Negara ini memang sudah lama tidak dijadikan fokus oleh yang memerintah, kerana sibuk dengan slogan-slogan yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada rakyat.

Kalaulah negara ada pemimpin yang baru yang menggantikan DS Najib ramai yang sudah tidak mengharapkan apa-apa, cuma kalau boleh tidak payahlah memperkenalkan apa-apa slogan kerana terlalu banyak slogan yang satu pun tidak membawa kebaikkan yang diharapkan dengan slogan-slogan tersebut.

Bersih, Cekap dan Amanah yang diperkenalkan oleh seorang PM yang terdahulu misalnya tidak membantu dan tidak adapun Bersihnya, Cekapnya tiada dan jauh sekali untuk melihat sifat amanah terutamanya dikalangan yang berkuasa. Dizaman slogan inilah rasuah dan salah guna kuasa bermula dengan rakusnya dan efeknya kita hadapi sehingga kehari ini.

Slogan pandang ketimur tidak sampai kemana dan kempen ‘buy British last’ pun mati begitu sahaja. Kalau nampakpun hanyalah slogan dan pencapaian tahun 2020 sahaja yang masih boleh dianggap releven. Sogan ini dianjurkan oleh Dr Mahathir Mohammad dan rakyat sedang menanti kejayaan slogan itu. Hanya tinggal 10 sahaja lagi untuk menjadikan slogan itu sebagai kenyataan.

Baca Seterusnya...DI SINI

Saya Tidak Akan Buat Rayuan - Zaid Ibrahim

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan ekoran mahkamah menolak petisyen pilihan raya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Dalam blognya, Zaid berkata, "Saya tidak akan berbuat demikian kerana kita akan mendapat keputusan yang sama. Saya tidak mahu membuang masa kawan kawan saya Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman secara percuma dalam mengejar keadilan."

Mahkamah Pilihan Raya semalam membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.

Baca Seterusnya...DI SINI

Friday, August 6, 2010

Umno-BN Seharusnya Ikutilah Contoh DAP

Tee Boon Hock, Ahli Majlis Perbandaran Kelang (MPK)yang dilantik oleh kerajaan PR Selangor telah dipecat keahliannya oleh DAP kerana terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa.

Tee Boon Hock dikatakan telah mempengaruhi MPK untuk memberikan kontrak sebanyak RM1 juta kepada syarikat yang ada kepentingan keluarga beliau.

Ahli veteren DAP itu juga dikatakan melakukan kesalahan dengan menggunakan ‘letter head’ seorang Exco negeri Selangor, Ronnie Liew dan memalsukan tandatangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor itu.

Ronnie Liew juga diminta oleh MPK untuk membuat lapuran polis terhadap Tee Boon Hock untuk memudahkan penyiasatan dilakukan keatas ahli Majlis MPK yang mewakili DAP itu.

Pemecatan beliau sebagai ahli DAP berkuatkuasa serta merta. Saya memilih topik ini bukannya disebabkan rasuah itu semata-mata. Rasuah yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan BN selama ini bukannya sekecil itu malah dalam angka berbillion ringgit dan ianya sudah menjadi ‘norm’ dalam BN.

Baca Seterusnya... DI SINI

Thursday, August 5, 2010

Hanya Orang Yang Sesat Dan Kaki Bodek Menyertai Umno-BN



Ceramah 'Cap Ayam' Mat Ezam

Pada awalnya saya langsung tidak kenal siapa dia Ezam Mohd Nor ini. Malah saya tidak ambil peduli sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.

Tapi apa yang hendak saya kisahkan di sini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Ezam. Secara jujur saya katakan di sini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setiausaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah apparatchik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang wujud hari ini.





Baca seterusnya... DI SINI




Jika Anwar Dipenjarakan, Umno-BN Dilihat Semakin Jahat.



Umno-BN Diberi Amaran Tindakan Penjarakan Anwar Akan Hancurkan Maruah Malaysia.


Kami datang dari dua spektrum politik yang beza mengenai banyak isu besar. Walau bagaimanapun satu isu yang menyatukan kita ialah kes perbicaraan Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini menjadi pemimpin utama gagasan politik pembangkang di negara itu.
Anwar telah didakwa di dalam keadaan yang amat meragukan dengan pertuduhan liwat, yang mejadi satu kesalahan jenayah di bawah perundangan Malaysia. 
Sekiranya beliau didapati bersalah, Anwar berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun, secara hakikatnya penjara seumur hidup bagi beliau yang berusia 63 tahun.
Perbicaraan tersebut yang dijangka bersambung minggu depan mengancam bukan sahaja Anwar tetapi juga mereka di Malaysia yang memperjuangkan sebuah negara yang bebas dan demokratik. 
Ia juga adalah penting kepada seluruh dunia kerana perbicaraan ini menggugat masa depan sebuah negara yang dikatakan model kepada negara Islam yang lain.
Pandangan kami terhadap Anwar dirumus secara independen dan bebas daripada pengaruh satu sama lain. Kami tidak sellaunya bersetuju mengenai dasar luar tetapi kami sebagai bersetuju bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin politik, negarawan dan intelek mempunyai kualiti yang memberi rangsangan dan harapan kepada  masa depan.
Baca Seterusnya-DI SINI 

Tuesday, August 3, 2010

Ezam Dengan 'Politik Sumpah'.

Enam 'tips' untuk 'jeneral' Ezam


Anda dipilih untuk mengetuai pasukan dan agenda mengembalikan Selangor. Dalam ceramah terbaharu anda di Pelabuhan Klang, anda mengelar diri sendiri sebagai bekas jeneral Anwar Ibrahim. Maknanya anda bukan calang-calang orangnya, sangat berpengaruh dalam PKR suatu ketika dahulu



Setahu saya semasa anda berkuasa sebagai jeneral dalam PKR anda pernah berdepan dengan dua pilihan raya umum. Dan Selangor gagal dirampas dua kali semasa anda merupakan seorang jeneral perang, seperti yang diistihar oleh anda sendiri. Selangor hanya berjaya dirampas oleh PKR ketika anda keluar daripada parti pada tahun 2006.

Anda kuat menyerang Anwar sebagai agen Yahudi, namun pada masa yang sama anda pernah berjuang untuk beliau selama 10 tahun. Jika benar sekalipun tuduhan anda, maka anda sendiri sudah bersetuju, anda pernah mempertahankan seorang 'agen Yahudi' selama satu dekad. Apatah lagi kata anda sendiri pernah mengakui menjadi jeneralnya.

Rakyat Malaysia mula pelik dengan cara politik baharu yang cuba anda bawa ke dunia politik. Setelah meninggalkan PKR anda sudah mula dengan 'politik sumpah'. Sama ada anda sendiri bersumpah dalam banyak kenyataan politik, dalam banyak ceramah politik seolah-olah anda tahu rakyat sudah hilang kepercayaan kepada anda. Atau seolah-olah anda rasa Umno masih ragu-ragu padamu. Disamping anda mencabar orang tertentu untuk bersumpah atas ini dan itu.



Baca seterusnya-DI SINI

Banyak Penyelewengan Felcra Disembunyikan

Hancur Malaysia Selagi Umno-BN Dibiarkan Mengurus Negara
 Kira-kira 30 isu penyelewengan di dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang dibentangkan hari ini yang cuba disembunyikan oleh pengurusan Felcra daripada diketahui warga Felcra, sekaligus menafikan hak kamu sebagai peserta Felcra, demikian kata bekas Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Nizar yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata  semasa kerajaan PAS mengambil-alih Kelantan daripada Umno-BN dahulu, Felcra telah dipastikan membayar kerajaan negeri RM11 juta untuk penggunaan tanah negeri Kelantan di mana sebelum itu Felcra tidak pernah membayar untuk menggunakan tanah negeri.
"Wang itu merupakan hak rakyat Kelantan yang telah dinafikan oleh Felcra dan Umno-BN. Penempatan Felcra terbesar adalah di Perak dengan kira-kira 26 ribu peserta, dan dianggarkan royalti yang patut dibayar kira-kira RM40 juta.

Baca Seterusnya - DI SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...