Wednesday, March 31, 2010

1 Malaysia - Rakyat tidak Percaya Kepada Najib



KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli Umno terhadap gagasan 1Malaysia.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap kumpulan pelampau Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1Malaysia.
“Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin Umno secara terbuka menyokong Perkasa,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya PAS berharap agar rakyat menyedari perkara itu dan bersatu menolak pelampau perkauman itu.
“PAS menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau,” ujarnya.
Kaum bukan Melayu pula diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu.
Menurutnya, kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.
Justeru, katanya gagasan 1Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman tidak wujud kerana merekalah yang sering menyemarakkan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum di negara ini.
Tambahnya, gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada BN, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang menghina kaum-kaum lain atas nama Melayu.
Sebelum ini, katanya kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakkan semangat perkauman.
“Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan,” ujarnya.
Malah, katanya Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.
Tambahnya, walaupun PAS tidak menafikan hak Perkasa untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak kerajaan perlu adil dan Umno seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1Malaysia.
Beliau berkata, pengakuan ketua pemuda Umno sebelum ini bahawa memang ada ahli Umno menyertai Perkasa membuktikan bahawa Umno sendiri merupakan parti perkauman yang ekstrim dan melampau.
Katanya, kehadiran Mukhriz dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukkan pemimpin Umno memang tidak ikhlas dalam gagasan 1Malaysia dan menyokong Perkasa untuk menyemarakkan kebencian kepada kaum-kaum lain.- Harakahdaily.

Tuesday, March 30, 2010

Bantu Saya Jayakan Misi Bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz


KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, “menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.”

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-

KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

HarakahDaily

Monday, March 29, 2010

Malaysia Harus Bebas Daripada Kezaliman Umno


Malaysia kini terbahagi kepada dua - satu Malaysia untuk Perdana Menteri dan isteri beliau sementara satu lagi untuk rakyat bawahan.
Gejala ini menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa kepada satu keadaan di mana golongan elit pemerintah bebas melakukan apa sahaja termasuk merampas harta rakyat tanpa disabitkan dengan undang-undang negara manakala golongan rakyat biasa ditindas dan dikenakan hukum walaupun untuk kesalahan yang kecil.
"Umno bercakap pasal Melayu dan mempertahankan Islam tapi ahli keluarga pemimpin Umno, Mirzan anak Dr Mahatir bukan setakat botol arak, kilang arak terbesar di Filipina, San Miguel, dibeli tetapi di mana ustaz Umno saya nak tanya. Kenapa senyap?
"Tetapi apabila tiga gadis Melayu minum arak mereka disebat, dikenakan tindakan. Kalau nak laksanakan hukum syariah tidak ada diskriminasi, ini kalau puak kaya Umno minum arak sampai muntah kedarah, beli kilang arak tidak apa, rakyat biasa miskin buat salah sikit hukum, kenakan tindakan undang-undang. Hukum apa ini? Sebab itu saya katakan ada dua Malaysia - satu untuk Najib dan Rosmah dan satu lagi Malaysia untuk rakyat miskin yang boleh dipijak, ditindas.
"Kes qazaf begitu juga, sanggup ustaz Umno nak lawan supaya kes qazaf ini tidak di bawa ke mahkamah syariah. Islam jenis apa yang mereka perjuangkan? Malah fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pun puak-puak ni nak lawan dan perlecehkan, mereka ini memang sejahil-jahil manusia," kata Anwar semasa pelancaran program Gempita Perak Ke Putrajaya di Simpang, Taiping semalam.
Tambah Anwar Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membawa banyak perubahan serta membela nasib rakyat miskin tetapi telah disabotaj oleh Umno da Barisan Nasional.
"Di Parlimen saya nyatakan senarai tanah yang diluluskan kepada pekebun Cina dan juga Melayu dan India. Adalah fakta ini dilaporkan oleh akhbar seperti Utusan? Mereka tuduh saya ejen Cina dan kita dengan cakap DAP di Perak tetapi mereka tidak laporkan kita beri tanah kepada Cina miskin tetapi kita juga beri tanah lebih banyak kepada Melayu miskin.
"Umno beri gunung di Genting kepada tauke judi nombor satu, Lim Goh Tong, kenapa tidak bersuara? Lepas itu beri Bukit Tinggi kepada tauke judi nombor dua pula, Vincent Tan, ustaz, pemimpin Umno tak bising pun, pulau diberi kepada jurtwan Cina, Francis Yeoh, kenapa Umno senyap. Mereka ini bukan Cina ka?
"Umno kata dia pejuang Melayu tapi Melayu jenis apa? Hanya untuk kroni dan kauk keluarga mereka. Keluar senarai Melayu terkaya di Malaysia, kita tengok yang tersenarai Syed Mokhtar, seorang kroni Umno, lepas tu nama Nazir, adik Perdana Menteri dan juga Mokhzani anak Dr Mahathir. Ada kita lihat nama orang Melayu biasa dalam senarai tersebut? Semuanya anak beranak pemimpin dan kroni Umno.
"Begitu juga dengan Ketua Pemuda Umno, berapi-api kata pejuang Melayu dan tuduh kita dengan bermacam-macam fitnah tapi umur baru 30 tahun sudah ada beratus-ratus juta. Mana dapat semua wang itu?," kata Anwar kepada lebih 300 penyokong.
Anwar yang dalam lawatan sehari ke Perak juga mengambil kesempatan membidas beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan menjadi anggota Bebas yang dianggap beliau telah mengkhianati kepercayaan dan amanat rakyat.
"Bagaimana mereka tergamak mengkhianati amanat rakyat. Rakyat menyokong mereka dengan keringat dan airmata kerana yakin mereka akan membawa perubahan di bawah Pakatan Rakyat. Disebabkan oleh tekanan dan pujuk rayu Umno dan BN mereka sanggup tinggalkan perjuangan dan bersama-sama bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perasuah. Macam mana mereka boleh tunjukkan muka mereka kepada rakyat?
Ketua Pembangkang berkata atas alasan yang beliau sebutkan perlunya Malaysia dan rakyat negara ini diselamatkan daripada terus berada di bawah cengkaman umno-BN.
"Negara kita tidak lagi selamat. Baru-baru ini Menteri Pertahanan Zahid Hamidi kata ada kakitangan kementerian beliau terlibat jual rahsia keselamatan negara tapi tidak mengapa mereka bukan pengkhianat sebab sudah dipulihkan. Begitu juga beli kapal selam ambil komisyen RM540 juta akhirnya kapal selam tak boleh menyelam, beli jet Sukhoi komisyen RM400 juta, beli jet F5-E enjin boleh hilang. Umno tidak lagi boleh menjaga keselamatan negara kerana terlalu banyak rasuah dan penyelewengan sebab itu mereka serang saya tidak henti-henti kerana saya dedahkan segala keburukan mereka kepada rakyat," kata Anwar lagi.
Sebelum itu Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustafa Kamil Ayub dalam ucapan beliau menaruh keyakinan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin hampir mencapai kejayaan.
"Misi kita ke Putrajaya adalah 'unstoppable', tidak boleh dihalang atau disekat lagi. Ini diyakinkan dengan kenyataan bahawa 49.7 peratus pengundi Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU 2008. Kita harap bermula di Perak kita akan ambil kembali Perak pada pilihan raya akan datang dengan kemenangan lebih besar dan begitu juga dengan kerajaan pusat," kata beliau. - SK

Sunday, March 28, 2010

Lenteran Malam Untuk PERKASA


Perkasa mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.
Maksudnya, bagi Perkasa selama negara ini diperintah Umno (BN), Melayu tidak terbela. Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu terbela mengikut perlembagaan.
Sekali pandang cadangan ini macam bagus. Tapi kalau pandang kali kedua, cadangan ini nampak kurang cerdik. Pencadangnya tidak berminda strategik, minda 70 an.
Bagaimana nak bela Melayu? Dengan cium keris atau dengan jadi MP bebas?
Melayu boleh terbela bukan dengan bekerjasama dengan Umno tetapi dengan menumbangkan Umno. Kalau mahu Melayu terbela, PAS tidak perlu berbincang dengan Umno tetapi dengan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Apa yang Umno ada untuk membela Melayu? Umno nak bela Melayu dengan cium keris, beli kapal selam tak boleh selam atau terbang dengan jet tanpa enjin? Dengan gaya hidup penjajah, dengan gelumangan rasuah atau dengan politik ‘boleh apa sahaja’?
Melayu terbela dengan keadilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan. Meletak harapan kepada Najib dengan Rosmah untuk membela Melayu sama seperti meletak harapan kepada memerang untuk mengawal kolam ikan keli.
Orang Melayu ada al-Quran, tetapi itu diketepikan. Selama Umno berkuasa, pernahkah Umno melayan al-Quran melebihi layanannya sekadar memusabaqahkan kitab suci itu?
Umno bising apabila ada pemimpin PR yang baca al-Quran dalam ceramah, tetapi pernahkah Umno bising terhadap remaja yang tidak pernah baca al-Quran dimana-mana?
Daripada berkering tekak berkeriyau berteriak soal membela Melayu, lebih baik berhabis-habisan berfikir membela Islam. Bukan Islam acuan Umno tetapi Islam wahyuan Ilahi.
Mengapa perlu berpusing kepala berbimbang negara ini jatuh ke tangan Cina atau India? Apa masalahnya dengan Cina dan India? Adakah Melayu lebih mulia daripada Cina dan India? Kalau Cina dan India mampu mengembangkan Islam di negara ini, mengapa orang Melayu perlu bersusah hati?
Kalau Cina dan India lebih berpegang dengan Islam, biarkan mereka memerintah negara ini berbanding negara ini diperintah oleh Melayu jika Islamnya entah kemana.
Kalau di zaman Abdullah ada juga bunyi Islamnya walau pun Islam Hadhari, namun zaman Najib, bunyi Islamnya pun sudah lenyap.
Betulkah jika negara ini jatuh ke tangan India dan Cina, orang Melayu merempat? Malaysia akan jadi macam Singapura? Umno jangan lupa bahawa Singapura jadi begitu angkara Umno, angkara Melayu Umno. Umno lupa?
Aaahhhh… daripada berbincang dengan Umno lebih baik berkawan dengan DAP. Seburuk-buruk Lim Guan Eng, sehingga kini dia belum terbukti rasuah. Sebaik-baik pemimpin Umno, hah… rasuah sampai sesak hidung rakyat untuk bernafas. - Bila sauh dibongkar...

Musa Hitam: Wang Ihsan Atau Royalti, Biar Kerajaan Negeri Yang Uruskan


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata, pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas, katanya seperti mana dipetik dari Malaysia Insider.
Seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih 'arif' dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.
Dalam temu bual dengan Astro Awani, Musa berkata, pembayaran wang itu biar apapun istilahnya, mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.
“Sama ada wang ihsan atau royalti, itu tidak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.
“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.
Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.
Perkara itu ditekankan beliau pada ceramah perdana di Kota Baru, akhir Januari lalu.
Tengku Razaleigh akan muncul pada majlis dialog yang diadakan di negeri jiran Terengganu, yang juga hanya pernah dibayar wang ihsan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1999.
Beliau dijadual untuk menyentuh isu itu sekali lagi yang sebelum ini mencetuskan polemik dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno-BN.
Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno.
“Jelas kepada saudara, bila dengar saya cakap ni, saya punya pendapat ‘not mainstream’.
“Ada orang kata boleh jadi lagi dekat dengan Tengku Razaleigh. Jangan salah faham pulak... Musa dah balik dengan Tengku Razaleigh, tak ada, kita dah tua, ‘don’t worrylah’,” katanya.
Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.
“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya.
Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak.
Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat.
Namun kerajaan pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.
Sebaliknya kerajaan pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.
Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.
Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.
Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu. - Sumber :SK

Tembelang Umno Didedahkan Kepada Rakyat Hulu Selangor


Rakyat Hulu Selangor malam semalam didedahkan dengan pelbagai penyelewengan yang selama ini dicuba diselindung pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.Bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu yang dihadiri hampir 10,000 orang, satu persatu tembelang Umno BN dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat termasuk tokoh utama, Datuk Seri Anwar IbrahimPimpinan Pakatan Rakyat menyentuh pelbagai isu kepentingan negara, antaranya kehilangan enjin pesawat TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.“Saya, kalau saudara tengok sudah 12 tahun yang dicerca. Sebulan dua ini, panas balik sebab Umno tidak mampu berdepan dengan rakyat. Saya diaib, ditelanjangkan, dipukul, dipenjara, dituduh berbagai-bagai. "...Khianat negara, pecah belah, guna Agong, guna tentera, semua.. sebut satu kesalahan, Anwar Ibrahim!” cabar Anwar pada ceramahnya kepada pimpinan Umno BN.Beliau turut memberi gambaran perkembangan politik di negara ini termasuk suasana sebenar yang berlaku dalam sidang Parlimen yang menjadikan beliau sebagai objek sasaran tohmahan.“Titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong, dibahaskan tetapi tidak jadi bahas titah di-Raja. Yang dibahaskan ialah pidato Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini. "Hari-hari bangun tidur sahaja, orang Umno tidak ada lain, Anwar Ibrahim tidak bagus. Eh, saya kata, tajuk ini titah Agong ke apa? Punya elerginya dia,” Anwar menyindir.Meskipun Anwar dituduh sebagai ejen Yahudi dan ejen Hindu, ironinya kerajaan UMNO-BN yang mengaku memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam sebaliknya menggalakkan perjuadian.“Islam agama rasmi tapi lesen judi tambah, tak malukah kita? Di Parlimen, ahli-ahli parlimen yang Melayu, Islam, Keadilan, PAS bangkit. Kita menentang Najib tambah lesen judi, Umno diam. "Yang sokong kita siapa? Cina, termasuk Cina DAP, Anthony Loke. DAP dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju beri banyak lesen judi. Dunia sekarang sudah terbalik,” hujah Anwar lagi. - GB - TVS

Saturday, March 27, 2010

Hulu Selangor - Komposisi Kaum Beri Kelebihan Pada PR


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan pada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.
Bagi Pengarah Jabatan Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.
“Keputusan berkenaan calon itu, sekarang ini ada ramai yang cukup berwibawa untuk dicalonkan, bagaimanapun saya akan menyerahkan nama-nama mereka kepada pucuk pimpinan untuk dibuat keputusan terakhir,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
Pun begitu, beliau berkata, PKR tidak mempunyai banyak masalah dalam memilih calon kerana identiti PKR bukanlah berasaskan pada perkauman, bukan seperti Umno/BN.
Maka, kata beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan membuat ketetapan akhir berhubung persiapan pilihan raya kecil tersebut pada 4 April depan, sebelum dilanjutkan dalam Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat kelak.
Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakilnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung perkara itu Jumaat depan.
Dalam pada itu, Fuziah sendiri mengakui bahawa Umno tempatan, khususnya di Hulu Selangor cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi terbabit atas dasar majoriti pengundi adalah Melayu, sedangkan kerusi tersebut sebenarnya adalah kerusi tradisi MIC, Datuk G. Palanivel.
“Sesiapa pun (calon BN) yang diletakkan di situ, ia suatu kelebihan bagi kita, calon PKR sudah pun dilihat mewakili semua kaum,” ujarnya.
Ekoran itu, PKR menurut beliau, tidak perlu menganggap kelemahan BN tersebut sebagai kekuatan pada PKR.
Sebaliknya, beliau berkata, PKR serta Pakatan Rakyat seharusnya bersedia membuat persiapan kempen politik yang lebih rasional dan demokratik, bukannya kempen perkauman seperti Umno BN.
“Apabila kita masuk apa-apa pilihan raya, fokus dan persediaan kempen kita adalah apa yang boleh kita tawarkan kepada rakyat, tidak perlu fokus pada kedudukan orang lain (Umno BN),” jelasnya.
Demi menjayakan kempen tersebut, beliau bercadang untuk mengemukakan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang memerintah negeri Selangor supaya rakyat boleh membuat perhitungan dan perbandingan dengan rekod pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno/BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Itu lebih penting, apa pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat dari kerajaan negeri,” katanya.
Menurut beliau, dengan berbuat demikian, rakyat sekaligus dididik dengan politik yang lebih sihat, anti perkauman, anti kronisme serta anti-kezaliman yang selama ini disinonimkan dengan pemimpin tertentu dalam Umno/BN.-RM

Tengku Abdul Halim Dilantik YDP MPN Yg Baru


KOTA BAHARU 26 Mac -- Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan hari ini mengumumkan pelantikan Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sebagai Yang Dipertua (YDP) MPN yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah.
Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias berkata pelantikan Tengku AbdulHalim itu berkuatkuasa semalam selepas pembatalan pelantikan Tengku Abdul Aziz yang juga berkuatkuasa semalam.
"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris PetraIbni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan dengan ini saya memaklumkan bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah dibatalkan pelantikan dan dilepaskan menjadi YDP MPN berkuatkuasa 25 Mac 2010 (semalam)," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Shafie Ismail.
Mohd Aiseri berkata pelantikan Tengku Abdul Halim sebagai YDPM MPN yang baru itu juga telah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan. Semalam Tengku Abdul Aziz yang bergelar Tengku Seri Utama Raja telah diumumkan sebagai Pemangku Raja Kelantan selepas apa yang didakwa bahawa Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra telah melucutkan jawatan anakandanya Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa serta-merta.
Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini.
Bagaimanapun susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Mohd Aiseri berkata Tengku Muhammad Faris Petra terus kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.
Mohd Aiseri, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.
Tengku Abdul Aziz iaitu abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang. Sementara itu satu laporan polis terhadap Wan Hashim telah dibuat di Balai Polis Kota Baharu di sini sebaik selesai sidang akhbar berkenaan.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie pada pukul 10.20 pagi berikutan tindakan Wan Hashim itu semalam.
Pada pukul 9 malam tadi, polis dilaporkan telah menahan seorang pegawai kanan Istana yang bergelar Datuk di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan itu.
Sumber polis berkata penahanan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua rakyat mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan bagi menyelesaikan kemelut Istana Kelantan sekarang.
Beliau tidak mahu rakyat terikut-ikut dengan mana-mana-mana kumpulan dalam isu itu, tetapi mengikut apa yang dikehendaki oleh perlembagaan kerana kerajaan negeri mempunyai perlembagaan tubuhnya sendiri.
"Saya nasihatkan kepada rakyat semua, masa kekecohan ini supaya patuh kepada perlembagaan, jangan dengar A dengar B, tetapi ikut perlembagaan," katanya - Bernama

Friday, March 26, 2010

Krisis Istana: Setiausaha Sultan Kelantan Ditahan Polis


KOTA BARU, 25 Mac — Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang pagi tadi mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja, malam ini ditahan polis dipercayai untuk siasatan.
Wan Hashim yang diumumkan pelantikan sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam.
The Malaysian Insider difahamkan Wan Hashim diambil di rumahnya sebelum di bawa ke IPK.
Pelantikan Wan Hashim dan kenyataan yang dibuat oleh beliau sejak seminggu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan.
Dalam pada itu pihak polis didapati turut mengadakan kawalan di sekitar Masjid Muhammadi.
Malam ini pihak kerajaan negeri telah mengadakan solat hajat di masjid berkenaan.
Istana Pemangku Raja di Telipot juga difahamkan dikawal rapi pasukan kawalan keselamatan.
Sementara itu seorang yang mengiringi Wan Hashim dilihat keluar dari IPK kira-kira pukul 10.30 malam, namun Setiausaha Sulit tidak kelihatan.
Polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sementara itu menurut sumber, satu mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri (MPN) diadakan di Istana Telipot malam ini.
Kira-kira pukul 11 malam beberapa anggota MPN dilihat memasuki kawasan istana.
Sepuluh minit sebelum itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad Halim pula kelihatan memasuki istana.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa mesyuarat itu diadakan bagi melantik pengerusi baru MPN ekoran perkembangan pagi tadi.
Dalam pada itu Bernama melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan “merampas kuasa” melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.
Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.
Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Wan Hashim bahawa Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.
Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: “Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang,” katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.
Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.
Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.
Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.
Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.
“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.
Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.
Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.
“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.
Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.
Ahmad berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. -M I

Zahrain Mahu Saman Guan Eng, Saifuddin..

-





KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mahu menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mendakwa telah memfitnah beliau.
Beliau juga bercadang menyaman Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan beliau dalam akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan mengenai dakwaan beliau berhutang sebanyak RM1.8 juta dan bercadang melunaskan hutang tersebut melalui projek golf bernilai RM40 juta.
"Saya telah mengarahkan peguam saya ke Pulau Pinang esok untuk menyerahkan surat tuntutan kepada Lim Guan Eng. Kita akan tunggu respons dari pihak beliau sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut.
"Saya juga menimbangkan untuk menyaman Saifuddin berkenaan dakwaan saya berhutang RM1.8 juta dan saya mahu menyelesaikan hutang itu melalui projek golf dalam Suara Keadilan," kata beliau pada satu sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.
Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata keretakan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.- SK

Karpal Cabar Zul Kulim Nyatakan Pihak Ketiga.


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau untuk mendapatkan surat akauan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaariibu.Malah beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifli mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung."Saya cabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa pihak ke tiga yang menyuruh beliau membuat satu surat akuan bersumpah untuk kaitakan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu."Kenapa sekarang 4 tahun selepas perbicaran dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam? Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyetakan siapa pihak ke tiga, adakah beliau berani buat laporan polis? Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,"katanya.Karpal berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat.Malah beliau turut mencabar keempat-empat wakil rakyat Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakta (PKR) supaya mengosongkan kerusi bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan."Kulim Bandar Baharu bukan Yang Berhormat dalam dewan malah seorang peguam tetapi jadi pengkhianat bukan kepada PKR tetapi pengundi dalam Kulim Bandar Baharu."Di Pulau Pinang, Yang Berhormat Bayan Baru dapat keistimewaan, baru-baru ini dianugerahkan Datuk Seri, adakah dia layak dapat darjah itu? Kelakuan dia baru-baru ini buat tomahan dalam dewan atas pemimpin dalam PKR."Empat ekor ini bukan lagi dalam PKR, tidak bermakna PKR lemah, lebih baik kempat-empat ini terima cabaran saya sekarang," katanya.Karpal berkata, sekiranya keempat-empat mereka enggan mengosongkan kerusi kerana takut tidak dapat bertanding daam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil dalam tempoh 5 tahun, beliau mencadangkan agar mereka tidak menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.Katanya, mengikut Perkara 51(1) Perlembangaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang dewan selama enam bulan, bemakna kerusi kawasannya kosong, namun tiada halangan untuk wakil rakyat itu bertanding semula."Tujuan Mahathir untuk meminda Perlembagaan 48(6) adalah untuk menghalang Yang Berhormat dari Semangat 46 yang menyatakan kepada umum akan letak jawatan untuk membolehkan satu pilihanraya kecil di kawasan masing-masing. Tetapi Mahathir lupa Perkara 52(1)."Apa yang penting sesiapa yang duduk di dewan mempunyai sokongan daripada pengundi.Bayan Baru ada 27ribu pengundi, Nibong Tebal 20 ribu dan Kulim Bandar Baharu 18 ribu, mereka tidak ada hak selepas jadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat untuk duduk di sini," katanya . - TVSelangor

Thursday, March 25, 2010

Kelantan Setuju Lantik Tg Razaleigh Runding Tuntutan Royalti Minyak


KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan bersetuju melantik mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) sebagai perunding untuk berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Petronas mengenai tuntutan royalti minyak.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa memberitahu, pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta dan surat rasmi mengenainya akan dihantar hari ini juga.
Menurutnya lagi, mesyuarat Exco hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai wakil kerajaan untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.
Jelasnya, pelantikan itu tidak melibatkan apa-apa bayaran daripada kerajaan negeri kepada Razaleigh.
“Kita berharap Tengku (Razaleigh) akan bersetuju sebab sebelum ini Tengku ada menawarkan diri sebagai perunding dan orang tengah untuk menyelesaikan tuntutan itu,” ujarnya ketika ditanya sama ada veteran Umno itu bersetuju atau sebaliknya dengan pelantikan itu.
Ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 rakyat Kelantan dalam ceramah perdana tuntutan petroleum anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Stadium Sultan Mohamad ke-IV akhir Januari lalu berkata Kelantan berhak mendapat bayaran royalti sebanyak lima peratus.
Beliau sekali lagi menyatakan perkara itu ketika berucap pada satu program anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu tetapi tidak setuju isu tuntutan itu dibawa ke mahkamah.- Harakahdaily

Wednesday, March 24, 2010

Zahrain ' Gemuk' , ' Kenyang ' Selepas Jadi Bebas.


KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong.
"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.
"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?,Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.
"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.
Ghafur berkata Zahrain perlu menamakan semua nama Ahli Parlimen yang mahu melompat jika dakwaan beliau itu benar dan mempunyai asas.
Sebelum ini Zahrain mendedahkan nama lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional semasa perbahasan titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong.- SK

Zahrain - Bukan 8 Tapi 40 MP BN Akan Sertai PR


KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya seramai 40 wakil rakyat Barisan Nasional yang mahu melompat menyertai Pakatan raklyat pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan beliau sebelum ini.
"Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.
"Ahli Parlimen Kalabakan pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.
"Saya terkejut kerana Kalabakan membuat serangan peribadi dan tidak memberikan saya laluan untuk menjawab di dalam Dewan dan saya terpaksa menjawab melalui sidang media ini," kata Zahrain pada sidang media di luar Dewan petang tadi.
Sebelum itu Ghafur mendakwa Zahrain membuat pembohongan dan meminta beliau menamakan Ahli Parlimen yang disebut akan melompat pada 16 September 2008.
Dalam sidang media yang ditemani Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin, beliau enggan mendedahkan nama yang disebut akan meninggalkan Barisan Nasional walaupun dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.- SK

Tuesday, March 23, 2010

PKR Mendapat Sokongan Padu Daripada Semua Rakyat Malaysia


KUANTAN, 22 Mac [11.02 am] - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution (foto) menegaskan bahawa parti itu tidak gusar dengan senario "lompat parti" yang berlaku mutakhir ini. Ia berikutan, semakin ramai pemimpin PKR keluar, maka semakin ramai juga ahli baru yang menyertai parti itu. "Dulu hanya sekitar 10 ribu sahaja ahli baru menyertai PKR, kini angka mencecah 40 hingga 45 ribu orang memohon untuk menyertai parti", katanya ketika berucap dalam satu ceramah umum PAS dekat Taman Tas, disini malam tadi. Saifuddin turut menegaskan, begitu juga dengan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Semakin pemimpin itu ditekan dengan berbagai-baga dakwaan maka semakin kuat sokongan yang diterima daripada rakyat. Malah, masyarakat antarabangsa turut melihat Anwar bukanlah seperti yang digambarkan oleh Saiful. "Kita juga sedang mengedarkan risalah khas mengenai bukti terbaru tentang laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh tiga orang doktor pakar Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful Bukhari Azlan. Bukti kukuh yang menunjukkan bahawa beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun kini diedarkan ke seluruh negara", katanya lagi.Kerajaan Najib Gusar Dengan Sokongan RakyatDalam pada itu, Saifuddin turut menegaskan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak kini semakin gusar melihat gelombang kebangkitan rakyat. Maka, bagi menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini menerusi ceramah yang diadakan di seluruh negara maka berbagai sekatan mahu diadakan. "Mereka tidak mahu kita berceramah politik, sebaliknya hanya membicarakan soal kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya. Sedangkan mereka tahu bahawa kita adalah parti berdaftar yang sah menurut perlembagaan dan kita ada hak untuk menarik sokongan rakyat. Mereka melarang kita berbicara soal Altantunya, kapal selam tak boleh menyelam, enjin jet dan termasuk juga kes fitnah liwat. Mereka takut rakyat tahu cerita sebenar. Mereka halang kita menyampai maklumat dalam masa yang sama mereka hentam kita dari pelbagai arah termasuk menggunakan sepenuhnya media arus perdana yang ada", kata Saifuddin. Beliau turut menegaskan, Anwar sendiri dipanggil polis dan disiasat atas ucapan politiknya di Pulau Pinang. Alasan yang diberikan kerana menghasut dan sebagainya. "Sudahlah Anwar disiasat dan dihalang menyatakan pandangan beliau di ceramah-ceramah, kini di parlimen pula mereka mahu mengambil tindakan menggantung Anwar gara-gara mempertikaikan penglibatan syarikat Yahudi dalam hal ehwal negara. Apakah rakyat mahu berdiam diri melihat semua ini?", tambah beliau lagi.- Sumber PDO

Nazri Didakwa Berbohong Isu royalti Minyak Di Kelantan


KUALA LUMPUR 22 Mac - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan.
Ini kerana menteri tersebut berhujah pada sesi penggulungan sidang Dewan Disember lepas bahawa Kelantan tidak mempunyai hak menuntut royalti minyak disebabkan telaga minyak negeri itu berada melebihi tiga batu nautika daripada pesisir pantai.
Saifuddin membangkitkan perkara di bawah peraturan Mesyuarat 36(1) dan 37(12) untuk melaporkan perbuatan Nazri yang mengelirukan Dewan.
Beliau menjelaskan Pakatan Rakyat telah menemui Akta 216, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1979) di bawah seksyen 13(1) yang secara jelas menyebut Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969) telah dimansuhkan.
"Ini membuktikan Nazri tidak tahu undang-undang dan telah menyelewengan fakta berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.
Justeru itu Saifuddin mendesak Nazri dikenakan tindakan keras berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu berkaitan hukuman yang wajar ke atas Ahli Parlimen atau Menteri jika berbohong di Dewan Rakyat.
Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Kamaruddin Jaafar berkata isu yang di bawa oleh rakan sejawatnya dari Machang itu jauh lebih besar daripada perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kota Belud terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Isu yang dibawa wakil Machang adalah jauh lebih besar kerana Nazri seorang Menteri Kabinet yang mempunyai tanggungjawab untuk memberikan maklumat yang betul berbanding dengan Ahli Parlimen biasa.
Ahli Parlimen Kubang Kerian Salehuddin Ayub pula berkata kedudukan sebenar disebalik isu royalti minyak Kelantan akan dibongkar dan penyelewengan fakta oleh seorang menteri akan didedahkan dalam satu sidang media esok.- SK

Monday, March 22, 2010

Zahrain Pembohong


Pendedahan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Zahrain Hashim berhubung beberapa nama yang didakwanya berunding dengan Anwar Ibrahim untuk meninggalkan UMNO-BN dan menubuhkan kerajaan baru menjelang 16 September 2008 mencetuskan kecurigaan baru di kalangan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional.Malah ramai di kalangan mereka yang mempersoalkan apakah motif Zahrain berbuat demikian kerana ia pasti menimbulkan keretakan dalam perpaduan umno-bn yang mutakhir ini semakin rapuh.Krisis dalaman Barisan Nasional seperti yang berlaku dalam MCA serta gesaan dari pelbagai peringkat parti Gerakan supaya meninggalkan BN dikeruhkan lagi oleh pendedahan Zahrain awal minggu ini di Dewan Rakyat.“ Apa yang disebutkan oleh Zahrain di dalam parlimen, sebahagian besarnya adalah pembohongan dan ini telah dibuktikan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh, dan ini turut dinafikan oleh satu dua orang dari Sabah termasuk Bung Mokhtar” ujar Naib Presiden PKR, Syed Husin Ali.Dalam sidang Dewan Rakyat Rabu lalu, Zahrain yang dianggap sebagai tentera baru UMNO oleh Parti Keadilan Rakyat menyebut nama-nama seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Kalabakan, Ghapur Salleh dan Datuk Anifah Aman Ahli Parlimen Kimanis sebagai antara mereka dikatakan berunding dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk meninggalkan BN.Sebelum itu, Anifah yang kini Menteri Luar, pernah mendakwa dalam rundingan dengan Anwar, beliau kononnya ditawarkan jawatan penting dalam cabinet baru yang bakal dibentuk selepas 16 September dua tahun lalu.“ Bila UMNO merasakan dirinya tidak waspada akan berlaku perkara seperti ini ianya akan merugikan kepada UMNO sendiri. Dan ini apabila tembelangnya terbuka sekarang ini, saya fikir ia satu hal yang baik kepada UMNO kalau dia mahu berubah" ujar bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said zahari pula. Nama lain yang kini dalam keadaan sulit akibat faktor Zahrain ini ialah Datuk Eric Majimbun Ahli Parlimen Sepanggar; Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar Ahli Parlimen Jerantut; Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat; Datuk Chau Soon Bui , Ahli Parlimen Tawau serta Datuk Bung Mokhtar Raden, Ahli Parlimen Kinabatangan.Bagaimanapun bagi menyembunyikan kegusaran UMNO-BN, fokus cuba diberikan kepada sebahagian lagi pendedahan Zahrain kononnya Anwar ada menyatakan kepadanya bahawa Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong berkenan menyokong kerajaan baru Pakatan Rakyat dan nama panglima angkatan tentera juga dibabitkan.“ Saya fikir ini titik politik yang UMNO sengaja gunakanlah sebab mereka nampak ia titik politik yang boleh digunakan sekarang. Anwar menggunakan nama Agong dan sebagainya ia bukanlah satu perkara yang semestinya sebab ada kemungkinan pada waktu itu Anwar ada bertemu dengan Agong dan mungkin Agong bersetuju. Cuma yang tidak disangkakan oleh Anwar mungkin perkara ini mungkin diumumkan” ujar Said Zahari. Lantaran itu, apabila mendapat isyarat daripada pengerusi BN, Najib Razak, ahli-ahli umno berpusu-pusu membuat laporan polis menggesa siasatan dijalankan.“ Saya nampak tindakan yang hendak diambil oleh polis ini adalah ekoran daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri menyatakan pihak berkuasa perlu menyiasat tetapi pihak berkuasa seperti polis dan AG, Gani Patail, mereka ini tidak mempunyai kredibiliti sama sekali untuk menyisat perkara seperti ini” ujar Syed Husin pula.Sehubungan itu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua menyifatkan tindakan itu sebagai dalil menunjukkan meskipun sudah lebih setahun, umno masih dihantui baying-bayang pelan 16 September dan terus mencurigai kesetiaan wakil-wakil rakyatnya.“ Ada kemungkinan begitu. Tetapi juga menunjukkan bahawa mereka menggunakan ucapan Zahrain ini untuk menekan atau memperkukuh balik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional supaya mereka taat atau diintimidasikan supaya mereka tidak lagi berani untuk menentang kepimpinan Najib” ujar Tian.Pemuda Umno membuat dua laporan polis di Lembah Klang hari ini berhubung pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen Rabu lalu mengenai rancangan “16 September”, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.Laporan polis pertama difailkan Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira pukul 10 pagi tadi manakala laporan kedua oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari tadi.Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husein memberitahu pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara akan menyiasat pendedahan ini.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan bahawa PDRM telah menerima laporan berhubung dakwaan Zahrain itu dan akan memanggil Anwar untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948.“ Saya mengalu-alukan mereka siasatlah. Kami tidak ada masalah disiasatlah. Sekarang alasan mereka mereka melakukan semua ini their afraid to expose their witnesses and their using the independent untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan saya nampak ini mendedahkan betapa takutnya mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim”.Tian menambah rakyat umumnya sedar bahawa sokongan rakyat kepada Umno semakin menipis, terutamanya menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi dan pilihanraya umum ke-13 akan datang.“ Ini adalah satu motif yang nyata kerana 16 September merupakan sangat kritikal dan kerajaan sekarang mengakui bahawa betul mereka hampir jatuh dan mereka sekarang ini masih takut kepada ada kemungkinan ini akan berulang.....” tambahnya lagi. - TVS

Sunday, March 21, 2010

Ku Li- Perdana Menteri Jelas tersimpang


Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.
Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.
"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.
Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.
Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.
Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.
"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.
Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.
Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.
"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.
Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu."Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya. - GB- TVS

Umno-BN Sorok Perjanjian Rolyalti Minyak Nak Tipu Rakyat


PETALING JAYA 20 Mac - Bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian royalti minyak yang dibuat antara Petronas dengan Terengganu dan Kelantan.
Beliau berkata langkah ini perlu bagi menerangkan kepada rakyat kedudukan sebenarnya berhubung isu tuntutan royalti minyak yang dibuat oleh Terengganu sejak 2001 dan terakhir oleh kerajaan negeri Kelantan.
“Tuan-tuan pernah lihat ke perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu. Jadi, mereka boleh buat sesuka hati.
"Bayangkan bagaimana pemimpin kita sanggup berbohong sehingga menggunakan peguam-peguam kelas 'C' semata-mata kerana mereka tidak mahu rakyat tahu hal yang sebenar," kata beliau pada
Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Tambah Zaid perjanjian royalti minyak itu juga menetapkan kerajaan persekutuan layak memperoleh hanya lima peratus sahaja daripada jumlah pengeluaran minyak disesebuah negeri.
“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (sebagaimana yang dipertikai kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen.
"Yang ini dia tak bagi tahu rakyat. Niat asal Petronas ialah supaya duit itu disimpan oleh Petronas dan dilaburkan untuk kepentingan generasi akan datang," katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru anak-anak muda membuat daftar pemilih dengan segera dan mengundi sebelum kerajaan persekutuan memutuskan untuk memansuhkan pilihan raya.
"Tak lama lagi pilihan raya mungkin akan dimansuhkan. Tetapi kerana BN yakin dia boleh menang sebab itu dia tak mansuhkan lagi. Hanya dengan kuasa dua hingga tiga juta pengundi baru insyaAllah kita akan berjaya dan mustahil pemimpin yang menipu ini masih boleh bertahan," tegas beliau lagi.
Menurut Zaid isu tuntutan royalti minyak Terengganu/Kelantan adalah antara contoh pembohongan pemimpin Umno-BN kepada rakyat yang dianggap beliau sebagai budaya politik kotor yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi Bumiputera khususnya.
Pada persidangan itu Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kepimpinan Abad Ke-21'
Beliau berkata seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang boleh memberi keuntungan serta sumbangan kepada perkembangan tamadun selain berani dan sanggup berkorban apa sahaja secara telus dan bukannya meneruskan penipuan sepertimana yang dilakukan pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional. -SK

Saturday, March 20, 2010

BUKAN ISLAM PEMERHATI BURUKNYA PERANGAI PEMIMPIN POLITIK MELAYU


KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.
Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.
Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.
“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.
"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.
Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.
Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka. - Harakahdaily

Friday, March 19, 2010

AMK CABAR BERDEPAN DENGAN ZAHRAIN

Oleh Muhammad Faizal Zakaria
KUALA LUMPUR 18 Mac - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Zahrain terhadap Ketua Umum KEADILAN semalam sesuatu yang cukup biadap dan ia mengambarkan sikap dan peribadinya yang sebenar."Pendedahan ini bagi saya sangat kurang ajar dan cukup biadap, saya mencabar Zahrain bagi membuktikan skrip yang dikemukakan itu adalah darinya sendiri. Apa yang saya tahu skrip tersebut disediakan oleh Umno, apa yang kita tahu sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan alasan tersebut."Tuduhan yang dikemukakan oleh beliau itu adalah bukan satu tuduhan atas dasar atau polisi, tuduhannya adalah rekaan cerita yang dibuat bagi menuduh kita berlaku zalim kepada rakyat. Kita memang bersungguh untuk mengambil alih negara pada 16 September dalam membela hak rakyat."Kita lihat sebelum 16 September Barisan Nasional telah mengambil tindakan dengan meyerang kita dengan melempar segala fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Suara Keadilan.Shamsul menyifat BN telah menggunakan tindakkan yang tidak demokratik dengan mengambil tindakan menahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN takut untuk mengambil tindakan keluar parti."Saya tegaskan disini kita tidak pernah mendengar maklumat yang dikatakan Zahrain dan inilah kali pertama mendengar daripada di dalam Parlimen dan saya percaya teks ini telah disediakan oleh BN untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin lain."Bagi saya ini bukan perkara yang remeh dan Zahrain menggunakan Parlimen dalam menaikkan profilnya. Saya sekali lagi mencabar Zahrain berdepan dengan AMK agar membuktikan apa yang beliau katakan itu betul bersama bukti-bukti yang ada," tegasnya lagiBeliau menjelaskan rakyat boleh menilai tindakan Zahrain yang keluar parti lebih-lebih lagi pengundinya di Bayan Baru yang tahu masalah sebenar beliau hadapi dan juga skandal berkenaan syarikat RM2 bagi tender Bukit Jambul Country Club. -kerabubersuara.blogspot

Wednesday, March 17, 2010

MUSA LIABILITI KEPADA NAJIB,PERLU LETAK JAWATAN


Tan Sri Musa Hassan akan digantikan sebaik sahaja kontrak beliau sebagai Ketua Polis Negara tamat September depan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata proses peralihan telahpun bermula.
"Saya tahu siapa yang akan menggantikan KPN. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan siapa, maka dengan itu tidak perlulah kita berspekulasi," kata Hishammuddin di Parlimen 15 Mac lalu.
Sabtu lepas, Musa terpaksa menafikan laporan akhbar China Press yang mendakwa beliau meletak jawatan.
Tindakan berkenaan menguatkan spekulasi terdapat usaha terancang menyingkirkan beliau sebagai Ketua Polis Negara.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata perkara itu berlaku kerana kegagalan Musa dalam membanteras kadar jenayah yang semakin tinggi dan hubungkait Musa yang dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah serta kongsi gelap.
"Saya percaya adanya usaha daripada pihak kerajaan supaya beliau dipecat daripada tugasnya sebagai Ketua Polis Negara dan perkara ini dikuatkan dengan pendedahan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya baru-baru ini yang menemui sejumlah besar wang. Sehingga sekarang perkara ini tidak dinafikan Musa," ujarnya.
Kata Shamsul penafian itu merupakan strategi Musa untuk kekal berkuasa sebagai KPN supaya segala perlakuan rasuah dan jenayah yang dilakukan selama ini tidak diketahui umum.
Perkara itu dikuatkan lagi dengan pembebasan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen daripada dakwaan tiga kes gagal mengisytiharkan harta miliknya.
Beliau dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 saham Permaju Industries Berhad dan hartanah pejabat bernilai RM1,032,840.
Hakim M Gunalan memutuskan pendakwa raya telah gagal dalam membuktikan kes prima facie terhadap Ramli apabila dituduh dan digantung perkhidmatan pada 2007.
Ramli, 58, yang juga pegawai ketiga tertinggi dalam hirarki Polis Di Raja Malaysia sebelum ini mengaitkan Musa dalam kegiatan jenayah dan kongsi gelap.
Pada 2007 Ramli mendakwa beliau dan pegawainya menjadi mangsa konspirasi setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat kongsi gelap dan kegiatan bawah tanah membabitkan ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku yang turut dikaitkan dengan Musa.
Menurut Shamsul bukan satu kebetulan apabila Musa menafikan beliau meletakkan jawatan, sehari selepas Ramli Yusuf dibebaskan daripada tuduhan tersebut.
Dalam perkembangan yang sama, dilaporkan Ramli akan melapor diri untuk bertugas dalam masa terdekat. - SK

MEMORANDUM GEGAR RAKYAT MENUNTUT ROYALTI

KENYATAAN MEDIA GEGAR HIMPUNAN 10 000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATANDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONGDAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.
Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.
Dan, dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.
KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA
Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.
Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah sempena warna bendera negeri Kelantan.
Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.
Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.
GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.
Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.
Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:
13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.
Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.
GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.
GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.
“ROYALTI HAK RAKYAT”
Terima kasih.
Dr Abdul Halim Bin YusofMohamad Fauzi Bin Abu SamahPengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Sumber; jiwo kelate

Tuesday, March 16, 2010

KUASA RAKYAT MENGATASI KUASA UMNO-BN


Jika kita mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menentang kezaliman Umno-Bn yang suka buat draf dan perancangan yang menyusahkan rakyat Umno -Bn akan fikir dua kali untuk meneruskannya. Dalam laporan Malaysiakini- Dilema Najib: Cukai atau hilang undi menyatakan;Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.
Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.Baca lagi di sini.Sudah banyak ketidakadilan BN terhadap rakyat dilakukan sehingga rakyat yang bencikan kezaliman BN turun dijalanraya seperti demo Bersih, Gerakan Mansuhkan Isa,demo harga minyak, demo Bahasa Melayu tetapi kerajaan hanya memekakkan telinga dan ramai pejuang-pejuang rakyat telah ditangkap dan disumbat kedalam lokap dan penjara.Kita rakyat mempunyai kuasa untuk mengajar BN bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak betul dengan kuasa undi yang ada pada kita dalam pilihanraya. Umno-Bn sedar semua itu kerana rakyat semakin bijak membuat keputusan dalam pilihanraya.BN tidak lagi boleh mendabik dada bahawa apa saja yang mereka buat akan diterima rakyat bulat-bulat.Segala masalah ekonomi yang dihadapi negara tidak boleh dihalakan kepada rakyat untuk menanggungnya kerana segala masalah berpunca daripada pemerintah bukan kita.Orang miskin dan hidup melarat sekalipun mampu jatuhkan kuasa Umno-Bn jika mereka ada kesedaran politik yang tinggi jika pandai memakan umpan yang diberi tetapi tidak memakan mata kail yang hendak menelannya . - Misai merah.

Monday, March 15, 2010

LEBIH BAIK LOMPAT DARIPADA KEKAL JADI BARAH


Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekali lagi adalah lebih baik kehilangan Ahli Parlimen atau Exco daripada mengekalkan anggota yang bermasalah dan seterusnya merosakkan masa depan parti.
"Kalau kita nampak Exco goyang macam di Kedah, Exco itu daripada KEADILAN, saya minta Datuk Seri Azizan (Menteri Besar) panggil dia dan bagi amaran. Keluar fail hari ini, panggil dia tunjuk fail minggu depan dia lompat, lebih baik lompat daripada kekal menjadi barah dalam parti kita. Jadi kita tahu sebab apa dia lompat sebab dia ada kes.
"Saya minta maaf sebab ada calun-calun kita yang macam itu tapi Azizah (Presiden KEADILAN) kata ini adalah pembersihan," kata Anwar merujuk kepada langkah beberapa bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang lompat parti menjadi anggota Bebas termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh.
Berucap kepada lebih 8,000 penyokong yang hadir pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di kampung Air Tawar di Mersing, Johor malam tadi, Anwar mengaitkan dengan keadaan politik negara masa kini dengan pelajaran hijrah yang di bawa oleh Rasulullah SAW.
Kata Ketuam Pembangkang itu masyarakat Islam yang pertama diwujudkan di Madinah oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai "ecumenical community par excellence" oleh sarjana Islam, Allahyarham Dr Ismail Faruqi iaitu komuniti Islam yang bertaut kepada tauhid serta mengamalkan ajaran serta nilai Islam sebenar dalam kehidupan mereka..
"Ini bermakna Rasulullah telah mewujudkan masyarakat Islam yang bertaut kepada tauhid bukannya hanya bercakap mengenai Islam tapi kaut kekayaaan berbilion ringgit, cakap pasal Islam tapi rasuah, berarak dan bersalawat ke atas Nabi SAW tapi melakukan kezaliman, mengaibkan orang dan sebagainya. Islam apakah ini?
"Sebab itu pelajaran daripada hijrah Nabi SAW ialah apabila kita hendak memilih pemimpin mestilah pemimpin yang mempunyai akhlak yang baik," tekan Anwar.
Tambah Anwar dalam menyampaikan dakwah serta menyedarkan masyarakat mestilah dituruti dengan amal soleh.
"Kalau tidak orang berarak kita berarak, orang faham kita tidak faham, tahap kemaksiatan masih banyak, kita bicara pasal Islam tapi rasuah masih banyak, kita berbicara pasal Islam tapi kita tindas rakyat sendiri, kita bercakap pasal Islam tapi kita kumpul kekayaan untuk diri dan keluarga kita.
"Islam itu hebat tetapi ketinggiannya di mana - pada bicaranya atau amalan? Kita minta pemimpin DAP umpamanya supaya hormat kepada orang Melayu dan Islam tetapi hormatnya di mana - kerana kita ada kuasa, kerana kita ini Melayu dan ini negeri kita ataupun kerana akhlak dan kekuatan moral kita?" tegas Anwar lagi.
Sambil mengambil iktibar daripada sejarah Hijrah Anwar berkata Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia dengan berpaksikan kepada "uswatun hassanah" iaitu kekuatan aqidah dan keperibadian baginda.
"Baginda tidak membezakan antara yang di bawah dan yang di atas, hukum itu hukum yang satu, salah bagi menteri salah bagi rakyat, curi salah bagi orang besar salah juga bagi orang biasa, rasuah RM50 yang diambil oleh polis salah, RM500 juta yang diambil oleh menteri pun salah. Itulah yang dikatakan kekuatan "uswatun hassanah".
"Hijrah atau pindah ini adalah satu perjuangan dan perjuangan itu tidak sama dengan ungkapan, tidak sama dengan keindahan melakar kata yang memerlukan pengorbanan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Mengambil pengajaran daripada sejarah kehidupan pahlawan Islam berbangsa Kurdish, Salahuddin al Ayubi, Anwar berkata pemimpin Islam ini juga menyambut peristiwa Hijrah tetapi dengan tujuan menanamkan roh perjuangan bukan untuk berseronok-seronok.
"Roh perjuangan itu kemudiannya dikumpulkan sebagai kekuatan Islam raksaksa dan beliau dapat tawan semula Baitul Muqaddis dalam peperangan dengan King Richard "The Lion Hearted". Apa pengajarannya, kita kena pilih pemimpin yang akhlaknya baik yang tidak guna kekayaan, tidak guna kuasa merampok kekayaan dalam negeri.
"Katakan 2004 saya bebas dan bincang dengan Azizah "sudahlah abang ni pun dah tua, dah masuk penjara, kita pencen dahlah kita pi sokonglah Pak Lah Badawi pemimpin yang terulung di dunia, Najib dan Rosmah pasangan yang cukup indah gemilai", saya sekarang bukan Datuk Seri Anwar tapi Tun Anwar Ibrahim yang dipuji dan dipuja," kata beliau secara sinis.
Anwar berkata walaupun beliau terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun tetapi keadaan negara tidak berubah malah bertambah buruk.
"Dengan kudrat yang Tuhan bagi saya teruskan perjuangan sebab saya tengok banyak kepincangan, enam tahun saya dalam penjara dasar ekonomi lebih baik, dak jugak, rasuah kurang, dak jugak, tetapi apabila saya keluar penjara saya lawan tetap lawan!
"Apa yang telah menjadikan budaya kita yang jadi lesu, takut, lemah dan hancur?
Anwar menyeru rakyat Malaysia supaya segera menyertai Pakatan Rakyat sebagai ahli dan juga pengundi demi memikul tanggungjawab besar bagi membuat mengubah dan membaiki segala kepincangan dan penyelewengan di bawah pentadbiran Umno-BN. - (SK)

Sunday, March 14, 2010

DIANTARA ALI DAN BABA - ZAID IBRAHIM



Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan. Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.
Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja. Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya. Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.
Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan. Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.Baca lagi di sini

Thursday, March 11, 2010

ZULKIFLY NORDIN DIPECAT BUKAN PRINSIP PERIBADI- ANWAR

Pemecatan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifly Nordin daripada Parti Keadilan Rakyat dibuat atas dasar prinsip kepelbagaian kaum yang didokong Pakatan Rakyat dan bukannya "political expediency" atau keputusan politik yang berkepentingan kepada KEADILAN.

Dalam komen pertama beliau berhubung dengan pemecatan Zulkifly yang dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan semalam, Ketua Umun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya keputusan itu dibuat atas dasar kepentingan KEADILAN, sudah tentu ia tidak akan dilakukan.


" Saya tahu apabila kita (KEADILAN) pecat Zul, Parti kita akan kurang Ahli Parlimen berbanding DAP, itu saya tahu, tetapi KEADILAN ambil keputusan tersebut kerana prinsip dan idealisma Pakatan Rakyat yang kita pegang.

"Jadi, apa yang kita lakukan bukanlah isu peribadi tetapi atas dasar prinsip," kata Anwar ketika berucap di hadapan lebih 3,000 penyokong pada majlis makan malam anjuran DAP Kepong. Turut hadir, Exco Kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parliment Kepong selaku tuan rumah Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Rsah Anthony Loke.

Tegas Ketua Pembangkang lagi, jika mana-mana pemimpin tidak sanggup menyokong landasan perjuangan gagasan itu, pemimpin tersebut harus meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dua tiga Ahli Parlimen lompat, 20,000 ahli baru akan sokong Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu disambut tepukan gemuruh penyokong yang kebanyakannya daripada masyarakat Cina.

Zulkifly, 46, dipecat sebulat suara semalam ekoran tindakan beliau membuat laporan polis terhadap rakan Pakatan Rakyat daripada PAS, Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau juga didapati melanggar disiplin parti apabila muncul pada sebuah rancangan di stesen televisyen milik UMNO serta membuat kenyataan yang menjejaskan imej dan nama baik KEADILAN. - SK.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...