Wednesday, January 27, 2010

MUSTAPHA MOHAMAD DAN AWANG ADEK....PENDERHAKA KAPADA RAKYAT KELANTAN.

Apabila kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran PAS menuntut royalti minyak terhadap kerajaan persekutuan, UMNO Kelantan pula cuba memainkan peranannya dengan menghasutkan kerajaan persekutuan supaya menghalang tuntutan itu. Dua pemimpin UMNO
Kelantan yang dilihat menjadi penghalang besar tuntutan itu ialah Pengurusi UMNO Kelantan ia
itu Datuk Seri Mustapha Mohamad dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein. Kini isu
royalti minyak telah pun menjadi sebahagian besar perjuangan rakyat Kelantan, malah percakapan itu boleh didengar disetiap-tiap kedai kopi dan dimerata-rata tempat diKelantan.
Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Hussein merupakan anak Kelantan
sendiri yang cuba menghalang tuntutan ini. Jika penentangan ini datangnya dari pemimpin-pemimpin UMNO dari negeri-negeri yang lain, bolehlah dianggap dendam kesumat mereka terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz, tetapi jika pemimpin-pemimpin itu dikalangan rakyat Kelantan sendiri meski pun perbezaan parti politik, ianya bolehlah dikatakan pengkhianat dan jahat kapada rakyat kelantan yang kebanyakannya
terdiri daripada orang-orang melayu.
Setelah tuntutan Kerajaan Kelantan kaatas royalti minyak baru-baru ini, beberapa kenyataan
Mustapha Mohamad menimbulkan kritikan keras pemimpin-pemimpin PAS terutamanya
Tuan Guru Nik Aziz terhadapnya sehinggakan ada diantara pemimpin-pemimpin PAS mencabar
dilakukan perdebatan dalam isu royalti ini.
Setelah isu royalti minyak dikemukakan oleh kerajaan Kelantan, Mustapha Mohamad telah
memberi kenyataan bahawa Kelantan tidak berhak menuntut royalti minyak dan gas kerana
hasil petroleum itu diperolehi dikawasan bertindih diantara Malaysia dan Thailand. Dalam akta
perjanjian tidak disebut atau pun dinyatakan kawasan bertindih atau pun tidak, asalkan melibatkan mana-mana negeri, maka negeri itu berhak mendapat haknya dalam royalti itu.
Manakala timbalannya Awang Adek Hussein juga menafikan tuntutan itu kerana menyifatkan
royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan itu, harus diberi kapada kerajaan Persekutuan
untok dibelanjakan bagi pembangunan negara berbanding kapada kerajaan negeri. Malah Awang
adek turut mencabar kerajaan Kelantan membawa kes royalti minyak ini ke mahkamah sekiranya tidak puas hati dengan cadangan kerajaan persekutuan memberikannya dalam bentuk wang ihsan.
Sebenarnya rakyat Kelantan kini telah dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang berfikiran sempit dan bukanlah arif dalam penafsiran undang-undang, terutamanya tentang
isu tuntutan royalti minyak diKelantan. Masaalahnya sekarang, pemimpin-pemimpin UMNO,
haruslah faham bahawa tuntutan royalti ini ialah berkaitan dengan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti daripada Petronas bukannya daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan
persekutuan juga berhak menuntut royalti ini daripada Petronas begitulah juga dengan negeri
pengeluar dan pemilek kawasan petroleum. Kini kerajaan Kelantan berhak menuntut royalti
minyak ini kerana penggalian minyak itu dikawasan perairan Kelantan.
Kerajaan Kelantan harus menolak pemberian wang royalti itu dalam bentuk wang ihsan kerana
dalam perjanjian termaktub bahawa sesebuah negeri akan mendapat 5% hasil petroleum yang di
temui diperairan sesebuah negeri dan wang ihsan pula hanyalah wang yang diberi mengikut
sesuka hati dan wang ihsan juga akan diberi bukanlah kapada kerajaan yang memerintah tapi kapada UMNO melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Kita ambil satu contoh yang
terdekat dengan kita ia itu negeri Terengganu. Apa yang mereka laksanakan dengan wang ihsan
tersebut. Mereka gunakan wang tersebut mengikut sesuka hati dengan membinakan projek-projek mega untok kepentingan kroni-kroni mereka. Dengan wang ihsan itu rakyat Terengganu
tetap susah dan miskin, yang kaya raya hanyalah pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu. Tidak mustahil Kelantan akan mengalami nasib yang sama dengan Terengganu sekiranya mereka menerima wang ihsan. Nasib baik Tuan Guru Nik Aziz, lebeh licit dan lebeh bijak menangani isu ini dengan menolak wang ihsan.
Perjanjian -perjanjian ini telah pun dibuat dalam tahun 1975, hanyalah diantara Petronas dangan dengan negeri-negeri diMalaysia dan pembayaran royalti pula dibuat terus daripada Petronas kapada kerajaan negeri yang berkaitan dengan pertemuan minyak. Oleh kerana Kerajaan Persekutuan telah campurtangan dalam royalti ini, maka segala-galanya mahu dipolitikkan dan membelakangi undang-undang yang sedia ada.
Cuba kita renung dan berfikir. Selagi pemimpin-pemimpim UMNO bermain politik keperibadian dan hawa nafsu mengatasi mereka serta tidak beriman, selagi itulah rakyat Kelantan akan terus dkhianati dan dizalimi. Mustapha Mohamad dan Awang Adek Hussein harus ditolak oleh rakyat Kelantan dalam Pilihanraya umun yang akan datang kerana mereka berdua menjadi dalang dalam tuntutan royalti ini. Mereka merupakan pengkhianat kapada bangsanya sendiri.

Sunday, January 24, 2010

UMNO DENGAN PROVOKASINYA.

Umno merupakan parti poitik yang paling lama berkuasa diMalaysia. Sudah hampir 53 tahun
lamanya. Jika usia manusia ianya sudah hampir kepenghujung jalan. Sekiranya dibuat andaian
UMNO sudah hilang kredibilitinya untok membela rakyat yang penduduknya berbilang bangsa.
Pemimpin-pemimpinnya sanggup melakukan apa saja (by hook or by crook) demi survival
politiknya, asalkan mereka dapat mengekalkan kuasa, biar pun mengorbankan jiwa dan
kepentingan awam. UMNO sudah hilang kewibawaannya sebagai sebuah parti yang tunggal dan
terbesar dinegara ini.
Kita lihat satu isu yang kontroversi baru-baru ini berkaitan dengan kalimah Allah yang melibatkan katolik dan muslim tanpa menngambil apa-apa tindakan terhadap badan-badan NGO yang melakukan demostrasi tempoh hari. Ini membolehkan kita membuat andaian bahawa mereka turut terlibat dalam demostrasi jalanan ini, malah mereka pula membesar-besarkan isu-isu ini melalui media-media arus perdana milek mereka supaya menjadi lebeh
hangat dengan mengunakan taktik provokasi dengan mengambil kesempatan dalam isu kalimah
Allah ini bagi menimbulkan suasana tegang dan huru hara untok kepentingan politik mereka
yang semakin hilang kepercayaan daripada orang-orang melayu/muslim. Seharusnya UMNO-BN, hendaklah mencari jalan kearah penyelesaian melalui meja rundingan, bukan cara mengapi-apikan isu berkenaan.
UMNO-BN maseh lagi bermain politik dengan memprovokasikan golongan-golongan tertentu
bagi meraih simpati apabila memutar belitkan isu kalimah Allah dengan memperalatkan sentimen agama dikalangan orang-orang melayu islam. Cara provokasi ini telah menjadi trend
politik UMNO-BN sudah bertahun-tahun apabila mereka lemah untok menjadi daya penarik
untok mengambil hati orang-orang melayu supaya menyokong mereka semula. Janganlah
kerana kelemahan ini, mereka sanggup melakukan apa saja dengan meniupkan api perkauman
untok memecah belahkan kerukunan rakyat yang berbilang bangsa dan agama ini. Jika tercetus
nya pergadohan kaum, amat malang sekali kapada negara kita dan tidak akan ada sesiapa
yang untung, malah negara kita akan dikecam hebat oleh negara-negara luar dan akan
merumitkan lagi keadaan untok rakyat menjalankan tugas-tugas harian mereka. Dengan kata
lain, pelabur-pelabur asing akan menjauhkan diri daripada datang melabur dinegara ini, dimana
ekonomi kita akan menjadi lemah.
Untok menyelamatkan negara, rakyat mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama hanyalah untok mencari publisiti
politik murahan. Segala apa yang berlaku ini, bolehlah dibuat tafsiran kepada kegagalan UMNO-BN mentadbir negara. Mereka sentiasa membuat properganda yang berteraskan perkauman
sempit terutamanya dalam isu-isu kontroversi kalimah Allah baru-baru ini. Media-media
milek UMNO-BN,terutamanya Utusan Malaysia yang sentiasa memain peranan mengapi-apikan isu-isu ini. Sepatutnya Kerajaan (UMNO-BN) haruslah mencari jalan terbaik dengan
mengadakan titik pertemuan secara diplomasi bukannya dengan membesar-besarkan isu ini,
dengan membiarkan demostrasi dan provokasi.
Sebenarnya UMNO-BN, tidak pernah menghormati undang-undang. Sebagai sebuah negara
yang berdaulat, sepatutnya kerajaan yang diterajui UMNO-BN, haruslah mendaulatkan undang-undang yang dibuat melalui parlimen. Hormatilah undang-undang sebagaimana yang
dituntut dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berpalimen. Tiap-tiap undang-undang yang dibuat oleh parlimen, walaupon mendapat kelulusan politik adalah tertakluk kapada perlembagaan, kerana perlembagaan adalah satu undang-undang yang tertinggi dan
dialah punca bagi semua undang-undang, dimana undang-undang tidak bercanggah dengan
perlembagaan. Jika bercanggah nescaya undang-undang menjadi tidak sah dan dengan sendiri
nya terbatal. Disini, jelaslah kapada kita bahawa perlembagaanlah yang tertinggi dan perlembagaanlah yang membataskan hak kerajaan (UMNO-BN), meracangkan sesuatu tindakan dan menaniayai rakyat. Sehubungan dengan itu, UMNO haruslah menghormati
semangat perpaduan yang diperjuangkan oleh rakyat kita yang bebilang bangsa, ketika sama-
sama berjuang untok mendapatkan kemerdekaan daripada British 53 tahun yang lalu.
Sepatutnya UMNO-BN, mestilah menghormati perlembagaan persekutuan, dimana dalam
perkara 11 telah memberi jaminan kapada kita supaya menghormati kebebasan beragama
dan hak-hak agama lain. Jadikanlah negara kita sebuah negara yang harmoni dengan semangat
perpaduan yang sejati.

Sunday, January 3, 2010

KERAJAAN KELANTAN MENJADI MANGSA.

Kota Bharu- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Ab Aziz telah menyatakan bahawa tindakan mahkamah mengarahkan kerajaan Kelantan membayar ganti rugi kira-kira 800 juta
terhadap sebuah syarikat dari Singapura, Timber & Mine corporation adalah disebabkan
kelemahan kerajaan Barisan Nasional memerintah kelantan ketika itu. Mengikut kenyataan,
Tuan Guru Nik Ab Aziz keputusan mahkamah telah membuktikan kelemahan Barisan National
mentadbir negeri hingga menimbulkan berbagai-bagai reaksi dan masaalah terhadap kerajaan
pimpinan PAS. " Orang lain yang membuang sampah, orang lain yang kena sapu. Inilah penyakit orang yang jaga negeri tidak pandai memerintah" katanya dikuliah pagi jumaat yang
lalu diDataran ilmu, Jalan Datuk Pati .
Tuan Guru Nik Aziz mengatakan keputusan mahkamah tinggi Kota Bharu mengarahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi sebanyak 800 juta kapada Timber & Mine corporation
kerana melanggar perjanjian adalah terlalu tinggi dalam kes saman sivil dinegara ini. Katanya
"apabila Barisan Nasional mendapat kuasa dan memerintah negeri, mereka jugak tidak
menyelesaikan masaalah itu sehingga kerajaan Kelantan disaman", jelasnya lagi bahawa beliau
pernah jugak mendengar isu-isu yang PAS sudah pun menjual Kelantan kapada Singapura.
Kemudian timbullah cerita-cerita mengatakan PAS sudah gadai negeri Kelantan kapada
Singapura (Timber & Mine corporation). Mereka kata nak tebus balik mestilah undi BN dan
kalau tidak undi BN, digadai buat selama-lamanya.
Kata Tuan Guru Nik Aziz,"cerita ini berlaku ketika saya balik dari Mesir pada tahun 1962 dan
1967. Selepas itu, saya bergiat dalam politik dan masuk PAS, terus bertanding. Dikala itulah
timbulnya cerita-cerita yang kerajaan PAS gadai negeri kapada Singapura, kemudian cerita-
cerita ini masuk dalam kepala rakyat dan mereka yang menciptakan isu-isu ini pun
setengahnya telah meninggal dunia, maka akhirnya rakyat undi mereka dan mereka telah
menang. Sesudah mereka menang, kita sangka dah tebus, tapi tidak lagi. Buktinya, kita kena
bayar ganti rugi 800 juta. Mereka tipu kita, ni wang ihsan nak tipu lagi".

Didipaparkan maklumat-maklumat yang diterima;
MASALAH PERJANJIAN MELIBATKAN KAWASAN HUTAN 350 RIBU EKAR ANTARA
KERAJAAN KELANTAN DAN TIMBER & MINE CORPORATION.

1. Menjelang pilihanraya umum 1964 pihak pembangkan telah menuduh kerajaan negeri
Kelantan telah mengadai tanah hutan seluas 350 ribu ekar kapada sebuah syarikat Singapura
yang bernama Timber & Mine Industrial Corporation.

2.Fitnah ini bagaimana pun gagal mempengaruhi rakyat apabila PAS terus mengeklkan
kemenangan untuk mentadbir negeri Kelantan dalam pilihanraya umun 1964.

3.Hakikatnya tindakan kerajaan negeri sebenarnya bagi menguruskan khazanah negeri
untuk kepentingan rakyat termasuklah pembinaan Jabatan Sultan Yahya Putra, Pembinaan
Stadium Sultan Mohammad ke IV, mengerakkan program pembukaan tanah pertanian untuk
rakyat, mengemaskinikan gaji dan kedudukan guru-guru agama, pembesaran Pusat Pengajian
Tinggi Nilam Puri dan menghantar pelajar Kelantan keluar negeri.

4.Perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan syarikat Timber & mine Corporation
pada dasarnya menonjolkan satu dasar yang pratikalyang akhirnya satu kaedah yang menyeluruh di kawasan projek yang hendak dibawah rancangan pembukaan tanah atas nama
apa sahaja, kawasan itu hendaklah terlebeh dahulu dikeluarkan semua kayu kayan dan hasil
hutan yang berharga. Lebih-lebih lagi apabila rancangan pembukaan tanah semakin rancak
dan meluas dengan pesatnya dan tidak dimasuk kira sebagai salah satu projek Rancangan
Pembangunan Luar Bandar.

5.Persetujuan yang terkandung dalam perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan sebagaimana
semestinya dalam erti kata untuk memenuhi semua syarat yang terkandung dalam perjanjian
tersebut, Namun begitu kerajaan negeri telah mendapat sejumlah besar 'royalti' disamping pembukaan tanah secara besar-besaran dalam kawasan berkenaan dibawah kelolaan Lembaga
Kemajuan Tanah Negeri Kelantan.

6.Kerajaan Pusat telah membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan dengan suatu tuduhan
bahawa kerajaan negeri Kelantan telah menggadai sejumlah kawasan yang luas kapada sebuah
syarikat asing. Mahkamah Tinggi Persekutuan telah membuat keputusan bahawa perjanjian
yang dibuat itu bukanlah satu penggadaian, ia itu tanah tersebut bukan digadai, malah merupakan perjanjian biasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi memajukan rancangan
pembukaan tanah. Itulah maka Mahkamah telah memberikan pandangan tentang adanya
syarat-syarat dalam perjanjian yang membolehkan kerajaan negeri membatalkan perjanjian
itu sekiranya pihak syarikat melanggarnya. Perkara tersebut terkandung dalam Malaysian
Law journal, 1968 Vol. 2, muka surat 129.

7.Akibat syarikat melakukan pelanggaran syarat, kerajaan negeri telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas untuk mengkaji perjanjian tersebut dengan tujuan sekiranya pelanggaran
syarat oleh syarikat termaklum begitu serius maka kajian itu juga akan mengambil apa jua
langkah yang munasabah untok membatalkannya.

8. Jawatankuasa ini akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan perjanjian tersebut.
Keputusan ini bagaimana pun tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab teknikal sehingga
pilihanraya 1974 dan kerajaan bertukar pimpinan kapada Datuk Haji Muhammad Bin Nasir.

9. Pihak kerajaan negeri bawah pimpinan baru meneruskan usaha pembatalan ini dan pelbagai
langkah diambil termasuk menyerahkan 30,000 ribu ekar kawasan terbabit kapada FELDA.

10. Walaupun pihak Exco kerajaan Kelantan tidak bersetuju, atas kehendak Tun Ab Razak
sebagai Perdana Menteri telah meminta agar kerajaan Kelantan mengadakan rundingan
untuk membayar sagu hati kapada syarikat tersebut dan mengetepikan hasrat asal untuk membuat penyelesaian diMahkamah.

11. Sesudah beberapa kali mengadakan rundingan, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju
menyelesaikannya. Pihak syarikat Timber & Mine telah bersetuju menerima wang sagu hati
atau imbuhan sebanyak 3.5 juta ringgit dan wang itu telah dipijamkan oleh kerajaan
Persekutuan kapada kerajaan negeri. Masalah ini boleh dianggap telah selesai. Tetapi segolongan kecil daripada kalangan yang bertentangan tidak habis-habis menabur fitnah untuk melemahkan kerajaan negeri.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

Semoga kedatangan tahun 2010 ini, memberikan semangat
yang baru terhadap keluarga dan masa depan negara kita. Masa
tidak akan berubah, jika kita tidak mengubahnya. Teruskanlah
berjuang demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Negara
kita hanyalah untuk kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...