Saturday, December 26, 2009

BN-KHIANATI RAKYAT KELANTAN.

Kadang-kadang bila aku bersendirian, berbagai-bagai persoalan yang timbul difikiran aku. Nak
fikir masaalah politik, aku bukanlah orang politik, cuma saorang insan kerdil yang tak tahu
tentang politik. Politik bagi aku hanya seperti cerita-cerita donggeng seperti cerita-cerita Pak
Pandir zaman dulu kala. Politik hanyalah mainan bibir yang tidak bererti namun membawa sejuta duka kapada rakyat sekelian alam. Kadang-kadang aku malas nak berbicara tentang politik tapi kerana aku anak Malaysia, dilahir dan dibesarkan dinegara ini, memandangkan
negara ini, negara demokrasi maka terasa jugak ingin mengambil tahu tentang dan suasana
politik tanah air.
Kalau dilihat dalam ahkbar-ahkbar tempatan, suasana politik Malaysia cukup tenat dan membosankan. TV3 dan TV1 tak habis-habis dengan propergandanya yang cukup mengelirukan. Dipaparkan saban hari dengan cerita-cerita donggengnya. Tak habis-habis dengan cerita politik. Segala-galanya nak dipolitikkan. Sepatutnya biarlah dimusim pilihanraya.
Cakap orang-orang politik ini tidak boleh dipercayai. Cakap bukan kepalang. Janji sana sini, tapi
habuk pun tidak ada. Cakap negara ini negara demokrasi, adil dan saksama tapi bohong
semata-mata. Rakyat bercakap dan berhimpun ditangkap dan ada di ISA kan. Apakah ini
demokrasi namanya? Tipu rakyat dengan janji-janji kosong. Projek-projek diageh-agehkan
untuk kroni-kroni. Rasuah disana sini. Orang rasuah tidak ditangkap, yang ditangkap hanya
lah orang-orang yang laporkan rasuah. Adakah adil dan saksama namanya. Inilah hasil daripada
pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (UMNO-BN).
Tiba musim pilihanraya berduyung-duyung orang politik masuk kampong, kempen bermacam-macam gaya dan ragam, mengajak rakyat bersama-sama mereka. Ada yang beri gula, kain
batik, wang, beras , ada yang menziarahi orang-orang tua yang sakit dan malah ada yang
menyuapkan makan kapada pesakit-pesakit itu. Menteri-menteri pulak mengayuh basikal
keliling kampung dan ada pulak yang mengecap rumah. Segala-galanya nak tunjjukkan mereka
prihatin dan simpati kapada rakyat. Itulah gaya dan lakonan yang penuh donggeng dan tipu
helah dalam politik untuk memastikan rakyat memilehnya. Lepas menang, jadi menteri atau
wakil rakyat, hilang entah dimana, batang hidung pun tak nampak.
Pak-pak menteri dan wakil-wakil rakyatnya riuh rendah nak tolong melayu, tapi melayu terus
dizalimi, melayu terus ditekan dengan kos-kos kehidupan yang tinggi, biasiswa dihapuskan,
bantuan disekolah agama dihapuskan, PPSMI dikekalkan dan melayu terus dijadikan musuh
oleh Kerajaan Barisan Nasional (UMNO-BN). Contohnya Kerajaan Kelantan yang terus menerus dizalimi dan dijadikan musuh politik dengan memperlambat-lambatkan bantuan
peruntukan.
Baru-baru ini, kerajaan Barisan Nasional (UMNO-BN) terus menafikan hak rakyat Kelantan
dengan isu royalti minyak dengan istilah wang ihsan. Ini jelas melanggar perjanjian diantara
Petronas dengan Kerajaan Kelantan 1975. Idea wang ihsan yang dibuat oleh Mahathir hanya
lah dilaksanakan keatas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang sahaja. Begitulah
jugak dengan Abdullah Badawi yang meneruskan dasar-dasar ini yang telah ditinggalkan oleh
Mahathir. Kini BN yang dipimpim oleh Najib telah meneruskan dasar-dasar ini dan sengaja
telah mengkhianati rakyat Kelantan. Kenapa kerajaan Barisan Nasional nak nafikan wang
royalti ini, yang terang-terang milek kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan undang-undang. Apakah Kerajaan Kelantan sebuah kerajaan yang haram? Sebenarnya kerajaan
Kelantan adalah Kerajaan yang sah disisi undang-undang dan telah dipileh oleh rakyat melalui
pilihan raya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kerajaan Barisan
Nasional seharusnya menerima hakikat ini.
Dalam tahun 1975, satu perjanjian ditanda tangani diantara Menteri Besar Kelantan ketika itu,
Datuk Mohamad Nasir dengan pengurusi Petronas Tg Razaleigh Hamzah untok memberikan
royalti minyak (bukan wang ihsan) sebanyak 5% setiap tahun kapada kerajaan Kelantan. Tapi
semenjak Kerajaan BN dibawah Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang ini Najib, menafikan
perjanjian-perjanjian itu. Najib sebagai Perdana Menteri sekarang boleh dianggap menderhaka
kapada perjanjian-perjanjian royalti minyak itu, sewaktu ayahnya Tun Ab Razak sebagai
Perdana Menteri . Kemungkinan jugak yang menyebabkan Najib enggan membayar royalti
itu kerana beliau lihat kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS dan kekalahan terus BN di
pilihanraya umum yang lalu.
Tindakan beliau itu, jelas mengkhianati rakyat Kelantan yang kebanyakanya lebeh kurang
95% orang-orang melayu. Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz, hanya
menuntut RMI billion daripada kerajaan Persekutuan(BN) . TGNA berhak menuntut wang
itu, kerana anggaran petroleum diKelantan adalah 2.5 billion setahun. Ini adalah hasil-hasil
perjanjian yang telah pon dimeterai 34 tahun yang lalu. Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh
menerima hakikat ini dan telah membelakangi undang-undang negara. Najib sendiri sedar,
jika beliau memberikan royalti ini kapada kerajaan Kelantan pimpinan TGNA, kemungkinan
dengan hasil royalti itu, kerajaan Kelantan akan terus membangun dengan berbagai-bagai
projek pembangunan yang besar boleh menyebabkan imej TGNA dan Kerajaan Kelantan
lebeh popular dimata rakyat. Inilah yang kerajaan Barisan Nasional dan Najib takutkan.
Apakah Najib dan UMNO-BN pembela orang-orang melayu? Najib adalah diantara salah
saorang daripada peminpim-peminpin yang mengkhianati bangsanya sendiri. Jika beliau
pembela melayu, beliau harus bersikap adil dan iklas.
Najib jugak harus ingat, jika beliau maseh lagi enggan memberikan royalti minyak itu, diminta
TGNA menyerukan sekelian rakyat Kelantan keseluruhannya melakukan solat hajat memohon
pada tuhan supaya wang royalti itu dikembalikan kapada rakyat dan Kerajaan Kelantan.

Monday, December 14, 2009

MALAYSIA NEGARA SUMPAHAN MINYAK

Kuala Lumpur - Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti, saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya sewaktu berucap di sidang
kemuncak ahli2 korporat muda Malaysia di Menara intergriti, disini semlam. Begitulah luahan rasa yang
disampaikan oleh Tan Sri Tg Razaleih Hamzah, bekas naik presiden UMNO yang jugak sebagai mantan menteri
keuwangan Malaysia.
Tan Sri Tg Rzazaleigh berkata, Malaysia telah menjadi negara 'Sumpahan minyak" di mana hasil buminya
itu tidak di manafaat untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi telah dibazirkan oleh kerajaan. Apa yang
dikatanya lagi, hasil minyak yang seharusnya menjadi warisan untuk semua lapisan raayat Malaysia dan
generasi akan datang, telah digunakan untuk kepentingan pemerintahan autoritarian, menghakis demokrasi
berlembagaan dan rasuah kesemua golongn elit politik dan perniagaan.
Beliau berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kapada
masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya tinggal simbol kosong sebagaimana "Menara Petronas'. Tujuan
awal pengunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kapada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan
kapada pekerjaan berpendapatan tinggi.
Bekas naib Presiden Umno itu berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut
rancangan sewaktu Petronas diwujudkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja
yang mentadbir negara tanpa bertanggung jawab. Hasil dan kekayaan minyak negara dibazirkan dan disalah
gunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal. Pendapatan minyak tidak digunakan untuk membasmikan
kemiskinan, di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kiatan
dengan politik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...